Tuesday, June 29, 2010

Hadiah Birthday Mama

Shhhhhh...jangan pecah lobang kat mama aku tau. Hihihi...macam la korang tau macam mana nak contact mama aku kan :-)

3 Julai ni 55th birthday mama aku. Last weekend plak ada Jusco Member Card punye sale, so memang kena timing la aku nak cari present kat mama. Dulu aku pernah bagi cincin dan jam tangan kat mak aku. Itu pun kongsi dengan adik beradik aku la.

Kali ni aku nak bagi handbag. Sebab aku tengok mama x de handban yang elok untuk dibawa berjalan atau pergi kenduri kendara. Maklum la pergi keja pakai beg basahan cap Avon je. Aku bukan la nak mengata beg Avon ye kengkawan. Memang beg Avon yang jenis mak aku pakai tu (jenis kain bleh basuh & diberus tu) hanya elok @ sesuai untuk pergi kerja saje. Sebab macam-macam bleh sumbat. Tapi untuk jalan-jalan biar la beg kulit kan.

So, cari punye cari jumpa la beg yang sedap mata aku memandang. Lagipun beg ni nampak la muda skit dan ruangnye pun besar. Pastu boleh kecikkan @ besarkan beg sebab ada zip kat sebelah bawak begnya.


Settle satu hal...ni 22hb ni plak birthday hubby aku. Aduhhhh...apa plak nak bagi ni ye. dulu dah penah bagi HP & jam tangan. Nak bagi perfume, mamat tu bukan suka sgt pakai perfume (keuali yang kawan aku beli kat Mekah @ Madinah untuk dia), mau makan tahun nak abis perfume tu. Hmmmmm... x pe, ada banyak masa lagi nak pikir ni :-)))

Kelas Talam Chef Asma


26hb lepas aku gi kelas talam Chef Asma kat Taman Putra Perdana, Puchong. Siap google map la jalan nak pergi rumah Chef Asma ni. Risau gak x jumpa rumah Chef Asma ni. Siap sesat sampai ke Puchong Perdana. Nasib baik la dpt call Chef Asma & suaminye bagi tau la direction. Cuak gak masa tu, yelah Puchong ni kan sesak skit. Lagipun x pernah pergi Puchong ni. kalau ada pun setakat lalu je on d way nak pergi Putrajaya.

Sebenarnya dah sebulan lebih daftar nak masuk kelas ni. Tapi sebab Chef Asma sibuk dengan kelas-kelas lain & mengajar kat Unitar, baru kali ni la aku dapat pergi kelas dia. Seronok gak pergi kelas ni, sebab peserta yang lain pun sporting. Pergi kelas Chef Asma ni dapat la banyak resepi kuih talam yang boleh dibisneskan :-)

Untuk kelas kali ni, ada 11 orang peserta jadi ada lebih kurang 6 group. Setiap group kena buat 1 jenis talam yang ada dalam buku resepi. Memandangkan ada 2 sesi, jadi setiap group dapat buat 2 jenis talam la ari tu. So, semuanya ada 12 jenis talam yang kita org bleh bawa balik. Yahooooooo!!!

Ini la 12 jenis kuih talam yang sempat buat untuk kelas kali ni:-

1. Talam Serimuka Pandan;
2. Talam Cendol;
3. Talam Tokyo;
4. Talam Caribbean;
5. Talam Puding Marble Jagung
6. Talam Puding Marble Kacang Merah;
7. Talam Jagung;
8. Talam Sekoteng;
9. Talam Suji;
10. Talam Serimuka Delima;
11. Talam Peanut Butter;dan
12. Talam Keladi.

Sambil kita buat talam yang dah di assigned, kita juga dapat tengok dan tolong group lain punya talam. Ini la antara kuih talam yang dapat kita orang siapkan....


Cheaf Asma siap puji kelas kali ni sebab semua kuih talamnye cantik & menjadi. Apa lagi kembang semangkuk la kita org. Hihihi...Chef Asma pun ada buat kelas untuk cupcakes, coklat dan kek. Kalau berminat singgah la kat blog Chef Asma ni. Tapi buat masa ni, blognye x la lengkap lagi sebab dalam proses nak tambah baik katanya.

Wednesday, June 23, 2010

kereta oh kereta..

pagi rabu yg syahdu ni nak berangan jap ye. hihihi

tiap hari aku travel dr klang ke putrajaya dengan kereta Myvi. sepanjang perjalanan tu nampak la banyak jenis kereta atas jalan. Aku paling suka tengok keta Honda Accord, Honda CRV, Livina & X Trail. dalam byk2 keta ni yang paling murah aku rasa Livina. Itu pun dekat RM90k gak le.

Sebenarnya dah lama teringin nak miliki keta selain dari national car. Bukan la aku ni x suka kereta nasional ni, tp aku rasa kita berhak untuk memiliki sesuatu yang berharga sebagai satu kepuasan atas titik peluh kita dari mula belajar sampai la sekarang ni dah bekerja. bukannya memiliki kereta2 mewah & berjenama antarabangsa ni untuk bermegah tau.

tapi kekadang bila fikir2, kereta ni akan susut nilai. macam rugi la plak spend banyak untuk sesuatu yang akan turun nilainya. aku rasa lebih baik invest in property. contohnye mcm beli rumah kos sederhana rendah macam apartment @ flat, pastu sewakan pada org. kurang2 value property tu akan naik & kita dapat la tambah income bulan2.

tapi sampai bila la Myvi aku ni bleh bertahan. Maksud aku dr segi ruang. Yelah sekarang ni bertiga je, okla. Esok kalau dah berempat @ berlima. Nak duduk bleh tahan lagi la, tapi tempat letak barang sure sempit. Sekarang ni pun, kalau pergi jalan jauh2, kena la tumpang barang kat tempat duduk belakang. Kalau mak aku ikut, dah x selesa plak dia nak duduk belakang. Tambah plak kalau dah menyinggah beli barang2. itu belum lagi kalau abah aku ikut, jgn harap la nak shopping sakan. memang x de tempat nak letak dah.

but i have decided, from now kena simpan duit untuk beli 2nd transport (car @ MPV). Haven't decided yet what type @ brand sebab sekarang ni kerap sangat keluar model baru kan? Rambang mata la. Till then...berangan je la aku tengok kereta2 ni. Uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, June 21, 2010

tempe untuk kecantikan!!!


hihihi, dulu org semua gelak bila mantan MB selangor kata muka dia dah cantik sebab tempe. tp dalam paper berita harian hari ni, confirm tempe memang boleh mencantikkan kulit & melambatkan penuaan. ini kenyataan daripada Penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM ni:

“Tempe adalah bahan semula jadi daripada kacang soya yang boleh mencerahkan kulit dengan cara yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan peluntur dan produk pemutih yang menghakis kulit.

“Saya melakukan kajian terhadap sel kolagen yang dirawat dengan tempe yang sudah diekstrak dan hasilnya menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya. Modul ujian yang dilakukan adalah membandingkan antara sukarela yang menggunakan produk daripada tempe dan sebaliknya,” katanya.

Produk berasaskan tempe itu bukan bertindak memutihkan kulit secara total, tetapi dalam istilah penggunaan kosmetik, produk berkenaan mencerahkan kulit di samping tidak mematikan sel kulit.

Katanya, terdapat empat produk yang sudah dihasilkan daripada tempe iaitu facial cream cleanser, purifying tuning mist, moisturising day cream dan reforming night cream."


Haaaaa...kan betul kata mantan MB selangor tu. Tapi jangan la harapkan muka akan bertukar bujur sirih & hidung menjadi mancung plak ye. Tempe ni untuk memutihkan kulit muka dan melambatkan penuaan je ;-)

Apa lagi pergi la cari, mana tau raya ni masing2 berseri2 wajah. kikiki...Tapi yang pasti aku suka tempe goreng dgn kacang tanah & ikan bilis, tambah plak petai. Sodapnyeeeee

asam keping???

sure korang kenal asam keping kan. ala yang selalu guna untuk masak asam pedas @ laksa tu. aku memang slalu guna asam keping ni sebab malas nak guna asam jawa. lg pun senang, campak je dalam periuk. hihihi

kebetulan masa gi sg. congkak tu ternampak la pokok asam keping ni. ye cik2 adik, cik kak & abg sekalian, ini la rupa asam keping sebelum diproses. fresh lagi bergayut kat atas pokok tu.


pokok asam jawa aku dah pernah tengok banyak kali tapi pokok asam keping setakat tengok kat dalam tv @ paper @ majalah je. baru ni la dalam 31 thn aku hidup ni dapat tengok dengan mata & kepala sendiri pokok asam ni. elok gak jalan2 ni kan. luas pemandangan & banyak pengetahuan. walau pun aku bukan org kampung, kurang2 nye aku pernah la tengok pokok asam ni. org kampung pun agaknye ada yg x pernah tengok pokok asam ni. tau tau je dah ada kat kedai & siap2 packing :-)

kolam air panas

on d way balik dari sg. congkak, ternampak la plak banyak kereta berhenti kat bus stop IKBN dekat dengan gerai jual air kelapa. so, berhenti la sekejap. ingat nak beli air kelapa, hilangkan haus. pastu ternampak plak kat tepi jalan sebelah belakang bus stop tu ramai yang dok rendam kaki kat dalam kolam. pelik gak memula tengok. apa yang dia org buat tu. sebab x de sign board apa pun. bila tenung lama skit, baru la tau rupanya dia org dok rendam kaki kat dalam kolam air panas.


mama pun apa lagi. laju je la dia pun pergi merendam kaki. panas jugak air kolam tu, siap ada buih2 kecil mcm air nak mendidih tu. aku x tahan la nak rendam kaki. setakat tumit je boleh la. orang kata elok rendam kaki kat kolam air panas ni. bleh hilangkan lenguh2 & sakit kaki. yelah mungkin air yang panas tu dapat melegakan urat saraf & perjalanan darah. sebabkan air yang agak panas tu, x lama la kita orang kat situ. lepas beli air kelapa gerak la balik shah alam.

next time bleh la singgah lagi kat tempat ni. InsyaAllah..

sg congkak


semalam pergi rumah kawan masa UiTM dulu di dusun tua. Ada kenduri kawin adik lelakinya. lauk pauk nye banyak & sedap belaka. sampai x larat nak makan. tambah plak cuaca sgt la panas. so, x duduk lama la kat situ.

memandangkan dusun tua tu dah dekat dengan kawasan sg. gabai, pangsoon & sg. congkak, jadi kita org singgah la kejap kat sg. congkak. Asalnye nak pergi sg. gabai. tapi sebab dah terlepas simpang, terus je la ke sg. congkak. cantik jugak sg. congkak ni. cuma jalannye agak sempit untuk lalu lalang. air pun agak keruh sikit. mungkin sebab ramai yang datang mandi ari tu & mungkin gak pagi @ malam tadi hujan. jadi keruhla skit airnye. sedap gak main air kat sini. sebab airnye x la sejuk sangat sampai ke tulang.

kali ni, hadi je yang sempat mandi. aku, abang & mama mandi pun. main rendam2 kaki & jalan kat air je. x bawa baju pun. malas nak tukar2 baju. lagi pun esok dah nak kerja. malas la nak balik lambat. balik nanti nak singgah plak kedai2 jual buah, jagung, keledek, petai atau pun durian kat tepi2 jalan kampung ni. aku memang suka pergi dusun tua & hulu langat kat area2 kampung ni. seronok. tapi cuma jalannnye nyelah, bengkang bengkok. orang2 kat area sini plak bawa kenderaan amboi mak, macam x sayang nyawa pun ada.

mungkin lain kali nak gi sg. gabai. pergi ramai2 pulak & bawa bekal makanan sekali. baru best ;-)

Wednesday, June 16, 2010

sabor je la


petang smlm dlm kereta, on d way from putrajaya ke shah alam. cik abg telah bt satu kesalahan! jeng..jeng..jeng. apa kesalahannya??? x la besar sgt, tp amat la geramnyer aku. sudahnya dapat la dia satu cubitan manja di pipi.

kita org tgh borak2 pasal our family & life spnjang kahwin ni. & suddenly aku tanya la dia dah berapa tahun kita kahwin ye bang. tengok muka dia pun aku dah tau. dia tengah dok kira2 la tu dah berapa tahun kahwin @ sebenarnya sedang dok ingat tahun bila dia kahwin. aku dah siap jeling dah. mcm la banyak bini sgt sampai tak ingat tahun kahwin. pastu aku tanya plak, tarikh nikah kita bila bang? cik abg ni pun dah senyum sengih. pastu dia jawab, kita kahwin tahun 2006 (sambil sengih2).

apa??? tahun 2006!!! sohih, memang nak kena cubit ni :-)))) aku pun cakap la, yelah tu. cuba check balik. dia pun dengan bangga check la dlm calendar kat hp. x de maknanye, mesti x tulis punye. kalau ada pun anniversary je. itu pun nasib baik la kot tulis.

wahai cik abang oiiiii, kita nikah 30 Disember 2005. bukan 2006 ok. 2006 kita beli kereta Myvi. 2007 kita dapat beli rumah & 2008 plak kita dapat IKHWAN HADI. 2009 kita pindah rumah sendiri. 2010 ni blum ada apa2 lagi. kalau dpt baby sorang lg pun bagus gak. hihihi. tapi x sempat la bersalin tahun ni kan. ni pun dah bulan 6. insyaAllah akan diusahakan dengan jayanya. kikiki

lepas dah tau jwpn salah, bg alasan katanya bukan lupa, tp x ingat. apa punye jawapan da :-) ni blum tanya tarikh lahir anak lagi. ntah ingat ke tidak...sabor je la

Thursday, June 10, 2010

Sample HR Memo...Kureeennng betul :-)

Untuk release tension pagi2 ni...

To all Employees

*Effective January 2010*

*Dress Code*
It is advised that you come to work dressed according to your salary. If we see you wearing Prada shoes and carrying a Gucci bag, we assume youare doing well financially and therefore do not need a pay raise.

If you dress poorly, you need to learn to manage your money better, so that you may buy nicer clothes, and therefore you do not need a pay raise.

If you dress just right, you are right where you need to be and therefore you do not need a pay raise.

*Sick Days*
We will no longer accept a doctor's certificate as proof of sickness.
If you are able to go to the doctor, you are able to come to work.

*Holiday Days*
Each employee will receive 104 personal days a year. They are called
Saturday & Sunday.

*Compassionate Leave*
This is no excuse for missing work. There is nothing you can do for dead friends, relatives or co-workers. Every effort should be made to have non-employees attend to the arrangements.

In rare cases where employee involvement is necessary, the funeral should be scheduled in the late afternoon. We will be glad to allow you to work through your lunch hour and subsequently leave one hour early.

*Toilet Use*
Entirely too much time is being spent in the toilet. There is now a strict three-minute time limit in the cubicles.

At the end of three minutes, an alarm will sound, the toilet paper roll will retract, the cubicle door will open, and your picture will be taken.

After your second offence, your picture will be posted on the company notice board under the 'Chronic Offenders' category.

Anyone caught smiling in the picture will be sanctioned under the company's mental health policy.

*Lunch Break*

Skinny people get 30 minutes for lunch, as they need to eat more so that they can look healthy.

Normal size people get 15 minutes for lunch to get a balanced meal to maintain their average figure.

Chubby people get 5 minutes for lunch, because that's all the time needed to drink a Slim-Fast.

Thank you for your loyalty to our company. Remember we are an employer of choice and we are here to provide a positive employment experience. Therefore, all questions, comments, concerns, complaints, frustrations, irritations, aggravations, insinuations, allegations, accusations, contemplations, consternation and input should be directed elsewhere.

Tima kasih la kat kawan baikku yg emailkan Memo HR ni. hihihi...enjoy k

Wednesday, June 9, 2010

AL-FATIHAH BUAT ALANNA QISH

Masa blogwalking...aku terjumpa citer pasal seorang anak kecil Alanna Qish...seorang anak kecil yang berjuang untuk terus hidup. Namun Allah s.w.t. lebih menyayanginye..pilunye bila mula2 baca kisah Alanna di sini. Sedih lagi apabila melihat wajah anak kecil ini di saat2 akhir hayatnyer.

Sebagai seorang ibu, sayu sungguh hati ini melihat dugaan yang ditempuh oleh keluarga ini. Membuatkan aku rasa betapa beruntungnya aku. Aku selalu mengeluh penat berulang-alik dari klang-shah alam-putrajaya untuk bekerja setiap hari. Pukul 5 pagi dah terpacak di dapur menyiapkan bekal anakku. Malam lebih kurang pukul 9 baru sampai ke rumah. Mengemas rumah bersama2 suami ku & melayan anakku yang semakin lasak dari hari ke sehari. Namun, aku alpa bahawa sesungguhnya ada lagi insan yang lebih sukar menjalani hidup seharian.

Alanna Qish...walaupun tidak pernah mengenalimu apatah lagi bersua, ibu percaya Alanna bahagia di samping Penciptamu. Al-Fatihah

Tak mampu lagi berkata2 mahupun menulis lanjut kerana naluri keibuan ini membuatkan aku x berhenti menitiskan air mata.

Ini catatan diari ibu Alanna Qish yang sempat aku baca....

Diari si kecil..

Discharge from HKL, keadaan alanna stabil.maybe dia happy nak balik

8 May - Bertolak ke Melaka, untuk mencuba perubatan kampung..dah pergi 2-3 tempat..kata mereka sawan mayat..Wallahualam..

9 May - Alanna mula meragam..merengek dan tak tidur. Dah 2 hari. Nak 24jam dodoi..Dady la mangsanya.Petang tu bertolak ke Pontian,Johor. Bawa alanna jumpa seorang ustaz ni, dia tolong tengok kalau-kalau ada yang mengganggu. Alanna tak berhenti menangis sepanjang perjalanan dari Melaka ke Pontian.

10 May - Ustaz semalam bawa alanna pergi berjumpa kawannya yang mengamalkan perubatan homoepati..hasilnya sama seperti yang dikatan oleh Dr. di HKL. Katanya organ-organ dalaman alanna mula lemah. Hampir 60% dah rosak. Patut la dia asik merengek. Seperti sesuatu yang di tahannya. Rupa-rupanya dia menahan kesakitan. Kesian sayang alanna, nak bagitau mumy xdapat.

11 May - Bertolak pulang ke Melaka. Tangisan alanna mula kurang. Ustaz di homoepati ada membekalkan sedikit ubat. Harapnya dapat membantu alanna menghilangkan kesakitan.

12 May - Petang tu alanna dessect again..1st time since discharge dr HKL..menggeletar tubuh masa tu..tanpa Dr..tanpa nurse..kami hadapinya sendiri..tp Alhamdulillah nasib baik tak lama dan tak teruk. Situasi pada masa itu cukup cemas. Mama xberhenti menyebut Allah..Allah..dan yang terkejutnya..nadim pun ikut sebut Allah..mukanya serius seolah-olah mengerti apa yang adiknya sedang alami..dia berlari kesana-sini, lepas tu dia datang balik sambil membawa botol air alanna sambil berkata 'nah mumy, ubat adik nun.."..begitu lah alanna..agaknya sepanjang hayatnya terpaksa lalui semua ni..bila-bila masa....nasib mu nak..mumy hanya mampu berdoa agak alanna dapat bertahan..dan mumy tahu ramai diluar sana yang ikhlas mendoakan kesihatan mu nak..terima kasih

16 May - Alanna beransur baik..Alhamdulillah..kurang meragam dan menangis..cuma kadang-kadang dia tak selesa..sedia maklum cuaca di Melaka panas terik..lebih-lebih lagi rumah mertua berdekatan dengan pantai..bahangnya amat terasa sekali..Along buat cukur jambul untuk baby barunya alisya...alanna pun tumpang sekaki sket..hehehe..dady sampai petang sbtu tu sebab minggu ni dady kerja..malam tu dady pusing satu melaka cari susu alanna..susunya special sket..900g rm84..susu AR..khas untuk bayi yang bermasalah..hari ahad dady bawa round naik satu kampung dengan motor.heheh

17 May - Hari ni alanna makin ceria.tersengih-sengih bila bergurau dengan dia...tapi pagi tadi tiba-tiba ternampak tiub alanna di tangannya..pantas sungguh dia menarik keluar tiub tu..agaknya dia xsuka kot..hmm..nak kena pergi hosp. plak nak masukkan tiub ni..mumy tak berani nak masukkan..sementara itu, cuba untuk suap nestuk ..alanna makan sampai habis..memang dia lapar kot..mana taknya..sepatutnya baya dia ni dh makan macam-macam..tapi bila di suapkan susu kemulut alanna sedikit tersedak..merah muka..kesian anak mumy ni..kenapa susah sangat susu tu nak mengalir masuk..tak pe la sayang..nanti di syurga kelak, alanna makan lah sepuas-puasnya..

20 May - She did it again..straight away from Hosp Melaka to HKL and admitted @3a.m..

23 May - Alanna dah kembali stabil..2-3 hari ni asik tido je..mungkin kepenatan lepas kesakitan. Sepatutnya dah boleh discharge hari ni..tapi terpaksa menunggu untuk berjumpa Dietition esok.hmmm..tunggu je la..xpe la.sekarang ni i dah anggap HKL ni our 2nd home..ehehe

1 June - Pagi ni alanna back to school a.k.a HKL..baru isnin minggu lepas keluar..masuk balik..dah puas kami than dan tunggu seboleh-bolehnya tak nak la masuk balik..tp alanna dah 2 hari tak tidur dan pagi tadi tiba-tiba suhunya naik mendadak..so terpaksa lah redah pagi yang sesak tadi ke HKL......

5 June - Selesai membaca yassin, alanna dibawa keluar dr HKL terus ke rumahnya..selepas berjumpa semua,dan hanya ahli keluarga yang tinggal, dia seolah-olah telah bersedia untuk 'pergi'. Dia tercungap dalam dakapan mumy, dia menghembuskan nafasnya dalam dakapan daddy.Jam 11.35malam..dia pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah (Alanna Qish bt Syarulniza 24/8/2009-5/6/2010)

credit to
http://puteri-nuur.blogspot.com/

Tuesday, June 8, 2010

cantiknye....

ahad ari tu, singgah rumah contoh kat housing area kita org. Ada satu rumah tu, dah siap dengan ID. Memang cantik la. Agaknye kalo ambik ID ni memang mahal la gamaknye. Kalau nak murah cari sendiri barangnye & install sendiri.


Paling aku suka, bekas lilin yang melekat kat dinding & frame gambar. mana la nak cari ni ye. Tapi frame gambar mcm tu kat IKEA ada rasanya. nanti la kumpul duit dulu & then gi IKEA. Takkan la semata2 nak pergi IKEA beli frame gambar je kan :-)))

Console table yg ada pasu bunga dengan cermin muka lekat kat dinding tu pun menarik ideanya. tapi mampu ke bertahan kalau buat kat rumah aku mcm tu. Bukan apa, takut hadi memanjat, alamatnya selamat la melayang harta benda tu. Sabor je la ye buat masa ni. Berangan je la...duit pun enggak cukup lagi mau buat gitu

ZAMAN SEKOLAH...


Sejak ada Facebook (FB) ni mula la gambor2 lama semua keluar balik. Ada sorang kawan aku ni memang rajin la cari gambor2 lama ni & post kat FB dia. Segan plak aku tengok muka aku masa skolah rendah dulu. Aku dulu sekolah kat Sekolah Rendah Shah Alam, Seksyen 16. Ni kira sekolah rendah yang paling awal kat shah alam ni. Ziana Zain pun sekolah kat sini dulu. Tapi dia super senior...so, x dpt la jumpa kat sekolah dulu.


Kelako la tengok muka aku yg comot dengan rambut berjambul. Korang jgn x tau, mama aku ni dulu memang suka fesyen rambut ala2 Lady Diana ni. tu yang rambut aku ni pendek gitu gayanye. Kata mama aku senang nak jaga, x payah la pagi2 nak pergi sekolah nak sisir & ikat rambut bagai. Lagi pun aku rasa x sesuai la dgn ke'tomboy'an aku nak berambut panjang. Hihihihi

Monday, June 7, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


Skrg ni filem Lagenda Budak Setan (LBS) dah pun tayang kat wayang. Dgr citer ada yg siap sedu sedan tengok citer ni. Aku dulu masa sekolah x la ikut baca pun citer budak setan ni. Yang aku diberitau buku LBS ni asalnye bukan la senaskah buku. Tapi ada 3 @ empat citer yang bersambung2 pasal cinta Akasyah & Ayu. Budak sekolah aku dulu memang giler baca buku ni. buku dia org pun siap beralih tgn la. kejap org ni baca, nanti org lain plak baca. memang kira hangat la buku citer LBS ni. Aku je yg x baca, yelah buku skolah pun malas nak baca. baca pun time nak exam je. Ini kan plak nak baca buku LBS yang tebal giler tu. x de maknanye kat aku.


Tapi bila dah tengok trailer filem ni & teringatkan satu fenomenanya buku LBS ni ms kat sekolah aku dulu, teringin plak nak tengok. Yelah aku ni memang jenis malas nak hadap satu buku novel. Kalau aku dah hadap, jwbnye makan minum pun bleh x hengat. Perut lapor pun sanggup tahan. Tapi gi toilet, cannot be tahan :-)))

Bila aku ajak hubby gi tengok filem LBS ni, dia kata nanti aku mula la nangis sedu sedan tengok citer jiwang camni. Sabor je la :-))) Tapi betul gak kata dia tu. Dulu aku tengok filem Kabhi Kushi Kabhi Gam dengan sorang classmate aku, siap bengkak mata kita org tengok. Malu gak la masa tu, sebab org India yang dok sebelah kita org tu relax je. tapi kita org punye la nangis sedu sedan. memang x malu betul la. Jiwang karat sungguh. kikikiki...

tapi kalau ikut citer member2 yg suka baca novel tebal2 ni...slalunye bila novel tu dibuat filem, sure x se 'best' novel. Hmmmm...x tau la plak kisahnye dengan filem LBS ni. nanti la cuba2 pujuk hubby gi tengok gak. Bagi sokongan skit kat ex-classmate yg isteri Ahadiat tu :-)

Sunday, June 6, 2010

laman rumahku


aku ni x la rajin sangat tanam pokok bunga ni. kebanyakkan pokok bunga yg ada, pokok bunga yg x perlu nak jaga sgt a.k.a pandai jg diri sendiri.kikikiki...


sebulan dalam 2 kali aku gemburkan tanah & letak tanah baja. siram pokok plak ada la 3 hari sekali. yelah pergi keja pun gelap, balik pun gelap. jawabnye bila agak2 pokok tu dah nak longlai je...cepat2 la siram.

kat laman belakang rumah plak, ada la tanam serai, daun pandan, pokok lily & bunga ros. bunga ros ni pokoknya gemuk & selalu berbunga. ni baru je gugur bunganye. x lama lagi naik la kudup baru. yg buruknye laman belakang ni, sebab x de rumput & tembok pun x bercat lagi. tengokla ada bajet nanti bleh la diusahakan.

pokok2 ni ada yang aku beli...ada gak yang aku kidnap dari rumah mak aku kat shah alam tu & ada gak yg mak aku sedekahkan kat aku :-))) kalau ada pokok2 kat laman rumah ni, rasa segar & sejuk la sikit mata memandang bila buka sliding door @ pintu kan...

kembar ke???

cuba tengok gambar ni...


kembar ke??? hmmmmm....tidak tidak. budak dua org ni mak bapak lain2. cuma baju je sama & kepala dua2 dah gondol. hihihi..baju memang sama, sebab tukang belinya org yg sama. dia org ni kira bersepupu la. yang senyum nampak gigi tu, itu la anak aku IKHWAN HADI. yang senyum malu2 tu plak, anak adik aku nama MUHAMMAD HAZIQ HAKIMI. panjang nama dia, tapi panggil haziq je. pembeli baju ni, adik ipar aku a.k.a mak si haziq ni la.

kebetulan haziq datang rumah aku pakai baju ni. so, aku pun apa lg cari la baju yg sama untuk hadi pakai. pastu ambik gambar dia org. oh ye...haziq ni tua sebulan dari hadi. haziq lahir 11/10/2008, hadi plak 10/11/2008. nombor tarikh lahir pun lebih kurang je kan. tapi hadi ni bukan bleh main dengan haziq. dia x bagi haziq main mainan dia. maklum la, hadi ni x de adik lg. x tau la nak berkongsi barang. tu yang kedekut amat tu. oh ye...haziq ni ada kakak kembar 2 org.

class beading

kelas ni memang best la...sebab ada 2 org student yg kira sedara mara la. dia org ni memang riuh mulutnya. yg sorang tu plak dtg skali dengan 2 ofismatenye. campur aku jadi 5 orang la. tapi aku ni biasa la, kalau org x kenal lg memang la aku ni nampak pendiam je. jadi tukang gelak je la.

menarik la kelas ni. cumanye aku ni memang x de basic jahit menjahit ni. jadi lembab la skit :-))) maklum la tangan keras. senang kata x de seni punye tgn . memang ms skolah dulu memang x minat lukisan ni & benda2 yg ada unsur lukis melukis @ seni ni.


dengan tangan aku yang keras ni...ini je la yang berjaya aku siapkan. tapi yang penting aku ingatkan step2 yang Pn. Roza ajar. Jadi bleh la aku cuba try test lagi, supaya jahitan aku lebih kemas. InsyaAllah...boleh la aku aku berbaju raya dengan jahitan manik. hihihi... dan kalau ada lagi kelas jahit manik yang lain, aku nak jugak pergi.

Friday, June 4, 2010

shrek..happpily ever after


mlm sabtu lepas dapat la pergi tengok wayang. hubby nak sangat tengok criter SHREK. katanya dari sesame bujang tengok shrek ni, so x nak miss la yg final chapter. ikut kan je la. lg pun SHREK ni memang best. paling x lupa muka kucing yg comel tu. korang ingat lg x muka ni??? comel giler kan..hihihi


tapi kali ni...kucing comel ni dah jadi gemuk...dah macam garfield, pemalas. gemuk punye psl sampai bootsnye pun terkoyak. lawak betul. ni le rupenyer miow buncit tu..suara miow buncit ni pakai suara antonio banderas, suami melanie griffith tu.


si keldai tu still la becok mcm bertih jagung.


moral of the story untuk citer ni... hargai & bersyukur la dengan apa yang kita ada. jangan menyesal di kemudian hari.

shopping lagikkk...

biasa la ari jumaat memang ada pasar tani kat dgn ofis aku ni. apa lg, time ni la nak tukar selera makan, jamu mata & shopping. minggu ni plak ada pesta nasi lemak 1Malaysia skali. jadi lagi la macam2 yang ada.

hajat di hati nak beli tudung sehelai, nak matching dengan blouse purple. tapi sebab rambang mata, TERbeli 2 helai..hihihi. murah la tudungnye, yelah bukan tudung ariani... ala2 ariani je. nak jimat skit kongsi beli ngan ofismate, dapat la diskaun. yang hitam+putih+merah tu, 2 helai RM35. kira sehelai dalam RM17 la. yang purple pink tu plak RM45 dua helai, so RM23 sehelai. berbaloi baloiiiii


kalau ikut hati nak beli bbrp helai lagi...tapi bila pikir kan nak gaji balik lama lagi woiiiii...esok lusa plak ntah apa lagi yg nak dibeli. disiplin kan la diri

Thursday, June 3, 2010

menyoppingkan diri...

ye aku sempat menyoppingkan diri(pktn cipta suka ati...hihihi) time lunch tadi. sempat menyambar brownies cheesecake 2 ketul & baju tshirt untuk hadi 2 helai. brownies cheesecake memang power. sedap betul, x muak makan. harga bleh tahan la dgn rasanya. RM3 seketul. kalau kat secret recipe x ingat la plak berapa harganye. maaf la ye gambar x berapa memuaskan. maklum la hp cikai je. cikai2 pun byk jasa tau.


tshirt ni pun kira mahal gak, satu RM15. tp ok la sebab kain dia tebal skit, lagipun tshirt hadi untuk jalan2 dah macam sarung nangka. beli la jugak. cute sebab ada cartoon print. kalau yg girl punye lagi comel. ada powerpuff girl. yg gambar upin & ipin pun ada, tp x de saiz la plak.

aku & beading...bleh ke??

hihihihi...dah daftar nak join kelas beading sabtu ni dengan Roza Beads. mana la tau bleh buat side income ambik upah jahit manik plak lepas ni. Lip lap la baju2 aku lepas ni :-)))

x sabar plak rasanya, bleh ke aku jahit beads ni. setakat nak jahit french pleat langsir, jahit butang baju, jahit kain koyak bleh la. InsyaAllah... cuba dulu la kan baru tau. ahad nanti aku update gambo class ye.

Wednesday, June 2, 2010

cat rumah..perlu ke?

x lama lagi dah nak masuk bulan pose. pastu nak raya plak. macam macam nak kena prepare ni. maklumla ni kira first time la sambut raya kat umah sendiri. dok pikir2 ni...rasa macam nak cat rumah. terutamanya exterior, sebab cat macam dah pudar & ada yang dah mengelupas. pastu macam dah bosan je living & dining hall warna putih merah. ingat nak cat dengan satu warna yg nampak sejuk & luas je. tapi bila tanya2, kos nak cat satu rumah pun dah RM2000 (interior + exterior). x la plak tanya kalau cat exterior je brape caj nye.

tingkap plak ada yg x berlangsir lg. harapkan railnye je yg dah drill. hmmmm...terbayang Nilai 3 di saat ini :-)))) last time pegi rambang mata wooooooo. nampaknya kn tengok bajet ni & buat planning dulu. tengok mana yg lebih penting kena dulukan la.

1ST POST

Morningggggg...

Niat di hati wujudkan blog ni sebab I teringin nak menulis & meluahkan apa yang terlintas di fikiran in my daily life. In a way, I'm "TALKING TO MYSELF" thru writing selain dari berfikir je sorang2 kat dalam otak ni. Bleh gak release kan tension & turunkan blood pressure. Hahahahaha....

Maaf la kalau ayat dalam blog ni macam rojak (BM + BI). Bukan apa, kekadang tu dah terbiasa. Tetiba hilang ingatan plak bila bab2 translate (BM-BI) @ (BI-BM). For sure korang pun pernah alaminye kan. But, most important thing is, korang bleh paham apa yang ditulis kat sini.