Sunday, August 28, 2011

PERSIAPAN MASAK UNTUK RAYA




Hari Ahad dah siap2 pergi pasar basah Seksyen 16, Shah Alam. Kat sini macam2 ada jual & harga dia berpatutan kalau bandingkan dengan Pasar Basah Seksyen 6, Shah Alam a.k.a pasar orang kaya (ni memang diketahui ramai ye sebab harganya a bit mahal skit). tapi mahal x mahal aku pergi gak Pasar Seksyen 6 ni sebab tergoda dengan sayur2, tulang lembu untuk buat sup etc. Lagipun suasananya lagi selesa skit la.


Ayam pencen dah tentu kena beli. Kali ni beli 6 ekor, mama kata nak masak dua kali (sekali masak 3 ekor). Masa pergi ni, orang x la sesak sangat. Agaknya orang nak datang esok membeli barang basah kot. Senang skit, x la aku berasak2. Kekadang naik darah gak bila dah ramai2 ni. Yelah dapat pulak yg perangai x reti nak queue. Macam dia sorang je yang nak beraya.

Nasib baik semua barang & bahan yang nak diguna ada kat sini, so x payah la pergi mencari kat pasar @ tempat lain plak.


Orang x ramai...kalau tidak nak mengambil ikan tu pun seksa nak panjangkan tangan & berhimpit himpit

Banyak gerai jual ayam kat sini..tapi yang jual daging ada 2 je. Itu pun kalau nasib baik baru ada tulang untuk buat sup.

Mama tengah membeli rempah2 & bahan2 masak rendang & nasi impit

Friday, August 26, 2011

OPSSSS...TERPOTONG

satu je pun kad kredit yg ada...

Haaaa...apa yg ada dalam kepala korang?? Mesti ingat ni kes x nak pakai kad kredit lagi sebab hutang banyak kan??

Idakla gitu kisahnye. Alkisah ari tu purse hilang kat Tesco Setia Alam. So call la customer service sebab nak block kad kredit. Nak jd citer malam tu gak dapat call dr customer service Tesco kata purse dah jumpa. Nasib baik la kad2 penting macam i/c aku & mykid anak beranak & kad atm termasuk kad kredit ada dalam purse. Cash dah tentu tentu la kena sebat dulu kan (kembung la perut ko pencuri woii makan duit hasil curi)

Bila dah jumpa balik ingat nak mintak la active kan balik kad kredit. Tapi dia org kata x bleh nak activekan. Tapi dia org akan hantar replacement kad dlm tempoh 5 hari dengan syarat aku kena la fakskan report polis.

So....kad yg lama tu dah x bleh guna dpat la ganti kad baru. Bleh la buat hutang lagi ye....jarang guna pun kad kredit ni. Slalu guna untuk isi minyak keta @ bila tetiba nak beli something tp malas nak gi mesin ATM keluarkan duit, so swipe je la.

Thursday, August 25, 2011

KEBAKARAN DI PAGI HARI

Pagi ni keluar awal dari rumah. Masa kat highway elite lebih kurang 5 minit nak masuk pukul 7 pagi, nampak dari jauh ada asap hitam berkepul & api yang marak. x sure lagi apa yang jadi sebab keadaan masih gelap lagi.

Masa tu aku kat lane yang paling kanan. Kereta pun x banyak lagi & x de kereta kat belakang masa tu. So, perlahankan la kereta & dapat snap 2 kali je camera hp.

Semakin dekat baru la nampak ada lori yg kepalanya terbakar. Masa dah dekat tu nampak la lori tu dalam keadaan biasa, x la terbalik ke senget ke apa. Ok je. Cuma kepala lori tu terbakar dengan api yang marak. Masa tengok api yg marak menjulang tu...meremang gak bulu roma & pada masa yg sama terpikir apa la nasib driver & kelindan. Hopefully dia org sempat keluar dari lori tu.

Wednesday, August 24, 2011

KESIAN..KESIAN


Kot ye pun gaduh laki bini, jgn la anak2 dijadikan mangsa. x kisah la bangsa apa sekalipun, ini la jadinya kalo air kencing setan dah masuk badan.

KENANGAN BUAT KUIH RAYA

dah tinggal x berapa hari je lagi nak raya. mula la mood sengal & lemau melanda. tambah plak telinga ni dok disaji dengan lagu raya. walla walla...cepat la ari Jumaat.

bila raya ni budak2 la yang seronok. mana x nye dapat jumpa sepupu sepapat. main sampai x ingat (ni kes hadi la ni). Apa lagi dapat kumpul duit raya plak.

Bulan puasa bila dekat2 nak raya ni..teringat plak persiapan raya masa zaman budak2 dulu.

Mama aku dulu suka buat kuih @ biskut raya sendiri. Antara kuih @ biskut raya favorite yg akan dibuat; buah rotan, samperit, kuih goyang @ kuih ros, kuih gunting, biskut kelapa, tart nenas & biskut kacang tanah (bukan biskut mazola tau). Bila buat buah rotan, kita org adik beradik akan tolong sama uli tepung bulat2 kecik2. lepas tu salut dengan bijan. Siap semua, mama akan goreng. ni gambar dr en. google rupa buah rotan tu

Kuih gunting mama paling best. Kalau buat tu sekilo tepung dapat la satu bekas besar. Krup krap krup krap makan sambil tengok tv.

Kalau buat kuih ros pun selalu mama guna 1 kilo tepung, dapat 1 tin biskut yg besar tu. Abah kekadang bantu gak buat kuih ni. Sebab senang. Panaskan acuan ros dalam minyak panas, pastu celup acuan dalam bancuhan tepung sekejap. Pastu goreng dalam minyak panas. Masa nak turunkan bancuhan tepung dari acuan kena la goyang2 skit. Tu yang dapat nama kuih goyang tu. Cari2 kat google jumpa gak. Ni la rupanya..

Tapi semenjak aku sekolah menengah & dah pandai (perasaann) buat kuih raya, memang mama x buat la dah keja2 membuat kuih raya ni :-)) Ada pembahagian kerja katanyaaa...rendang, ketupat & lauk pauk mama siapkan. Kuih, biskut @ kek, tugas aku plak. Tapi bab2 kuih tradisional tu idak la aku reti membuatnya. Biskut2 moden & tart nenas reti la.

p/s: Bila Hana dah besar nanti, aku cadang nak ajar dia buat kuih @ biskut raya. Just like what aku & mama buat dulu. Seronok...having quality time together

Tuesday, August 23, 2011

ALMOND LONDON

Lagi biskut raya yang berjaya disiapkan. Kali ni Almond London. Ni memang favorite aku la, sebab ada hazel & coklat kan??? Hadi pun suka, x sempat nak salut coklat dah berapa biji biskut tu dikebasnya. Sedap ibu sedap..katanya. Hilang penat buat biskut bila anak suka makan & cakap sedap.

Mula2 siapkan biskutnye dulu...2 tiga hari lepas tu baru la buat keja2 mencelup coklat. Ini la hasilnya

Buat 2 adunan, dapat la 4 botol. 2 botol untuk mama, 1 botol untuk adik ipar & 1 botol lagi dah tentu la untuk umah tukang buatnye

Ok..ni resepinya. resepi ni pun x ingat dah ambik kat mana.

Almond London

Biskut:-
250gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang sudah dibakar @ panggang dalam oven

Untuk hiasan:-
Coklat masakan
Almond nibs (dipanggang sekejap dalam oven)
Cawan kertas

Cara:-
1. Pukul gula & mentega sampai kembang.
2. Masukkan telur & esen vanila & gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit & gaul rata lagi.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan badam di tengah-tengah sebagai inti & bulatkan @ bujurkan adunan.
6. Bakar pada suhu 180 sehingga masak.
7. Selepas biskut masak, sejukkan dulu baru dicelupkan dengan coklat masakan.
8. Lepas celup, masukkan dalam cawan kertas & taburkan almond nibs.
9. Bila coklat dah keras bolehla disusun dalam bekas.

Nota:-
1. Ada orang suka letak lemak sayuran masa cairkan coklat masakan. But me, lagi suka rasa coklat 100%
2. Nak senang cairkan coklat masakan, masukkan je coklat masakkan yang dah dipotong kecil2 dalam kole besi & panaskan dalam oven. Bila dah mula cair, kacaukan sikit dengan sudu & masukkan semula dalam oven sampai coklat x berketul lagi.
3. Almond kena panggang dulu sebelum digunakan, jadi sedap la rasanya.
4. Kalau nak senang, siapkan biskut dulu banyak2. Lepas tu bila2 senang, baru celupkan biskut2 tu dengan coklat.
5. Ada orang tuang je coklat masakan tu dalam cawan kertas yg ada biskut, nak senang kerja katanya.


EMAS NAIK HARGA LAGI!!!

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Nampaknya harga emas naik lagi. Hari ni kat berita harian kata dah naik RM180 segram. Jumaat lepas gi kedai pak habib, cuba2 cincin. Iyalah..cincin merisik, tunang & nikah dah x muat nak pakai.

Ada la sebentuk cincin tu, memang dah berkenan sebab cute ada ukiran bunga jasmin kecik2. Tapi bila suruh SA tu kira harga, terus berkira2 nak beli. Berat baru 4++gram dah RM700 termasuk upah. Hmmmm..pikir punye pikir x jadi la beli cincin tu. Lagi baik simpan duit bawa family gi cuti mana2, lagi best.

Pikir2 lagi, kalau cincin seberat tu dah RM700...kalau bracelet lagi berat lagi la mahal. Berangan aje la aku nak tukar bracelet huhuhu.

Apa sebabnya emas naik ye? Dah tentu la sebab permintaan kan?? sila la baca ye



p/s: Sesape yg nak tunang @ nikah tu siap sedia la duit berkepuk ye...

Wednesday, August 17, 2011

KISAH RUMAH TANGGA

Lawak betul bila terbaca cerita ni kat online paper

Alkisah suami isteri ni dah bercerai. Yang lelakinya claim, ex wife dia asyik dok ganggu dia. Jadinya, lelaki yg sakit hati ni pergi la hantar batu megalith seberat 20 tan kat depan driveway rumah ex wife dia dengan tulisan ucapan selamat harijadi. Siap ada riben pink lagi u. Huahuahua...x bleh tahan x bleh tahan.

Macam mana lelaki tu bleh bw batu sebesar 20tan tu kan?? Hahaha..laki ni rupanya ada syarikat excavation, jadi tengah2 malam dia guna heavy duty punya machine angkut itu batu besar la.

Ni jawapan lelaki tu bila ditanya kenapa dia buat macam tu, ini la jawapannya:-

"The enormous stone was a gift. I had to do something so she'd leave me alone."

"She never had a rock big enough for her tastes, now she has one. That's the biggest rock she'll ever get in her life."

"This is the final straw so that my ex-wife will leave me alone. She continues to harass me behind my back despite many warnings and legal appeals. This is probably the largest gift she will receive in her life."

Tuesday, August 16, 2011

HANA DAH PANDAI SENYUM

12hb ari tu Hana dan genap 3 bulan. Ini la gambar close up terkini. Sekarang dah pandai menegur, pandai senyum & pandai gak tengok tv. Suka sangat gambar ni sebab dapat tangkap masa Hana senyum.

Ni plak bukti2 menunjukkan ke'tembaman' Hana yang rasanya dah lebih 7kg ni.

Bahagian2 ini la yang slalu jadi mangsa geram Hadi hihihi

Ni senyum lagi...tunggu nak mandi. p/s: sila abaikan background gambar. Abangnye terbongkang tido dengan pampers, akibat layan kartun Cars sampai 12 pagi.

Monday, August 15, 2011

Kisah Norma


Sedih..sedih..x bleh tahan nak baca semua entry pasal Norma & Talib kat sini

Lagi sedih bila seorang ibu yg baru bersalin x dapat membelai babynya macam ibu2 yang lain kerana menderita sakit tumor. Rasa kasihan yang teramat kat babynya, Rafiq kerana x dapat merasa belaian & kasih sayang seorang ibu. x bleh nak tulis lagi ni...sedih sedih.. dah berjurai2 airmata.

Singgah la moon punyer blog kalau nak tau.

Khabarnya cerita norma ni dah masuk MHI 10hb lepas kalo x silap.

Ya Allah Ya Tuhanku...berikanlah kekuatan kepada hambamu itu supaya dapat menempuhi kesukaran ini. Semoga dia sembuh dan dapat menikmati kehidupan bersama suami & anak yang tercinta. Amin Ya Rabbal Alamin.

Resepi Tart Nenas Gulung

Alkisahnye..masa nak buat tart nenas ari tu, cari punye cari kertas yg tertulis resepi tu dah MIA (missing in action). Wallaweiii...dah pening dah kepala ni pikir mana lagi nak cari. Kalau guna resepi lain yg dekat internet @ majalah tu belum terbukti lagi kesedapannya kat tekak aku ni. Dulu dah taip resepi ni kat dalam PC & save kat dalam pen drive. Tapi sebab dah tukar2 opis & rumah ni, ntah ke mana la perginya.

Puas la en. suami selongkar stor, sampai cantik tersusun barang2 dalam stor tu (ada hikmahnye hilang resepi ni ye kihkihkih). Sudahnya terjumpa kat dalam laci meja kopi (mesti dalam hati en. suami berkata2 "Hampeh!!! kalau aku tau ada kat sini x de la berpeluh dok memunggah stor tu") Tetapi sebagai suami yang baik & mithali...en. suami hanya tersenyum pada isterinya yang tersenyum lebar sampai ke telinga sambil cakap "i love u la abang"

So, sebagai panduan @ rujukan kalo hilang lagi resepi ni elok la aku taipkan kat blog ni. Resepi ni pun aku x ingat ambik kat majalah @ blog mana. Kalau tuan punya terbaca, terima kasih la sudi berkongsi resepi ye :-)

Bahan-Bahan
250gm butter
2 biji kuning telur
70gm gula aising
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Jem nenas secukupnya
Kuning telur untuk disapu sebagai hiasan

Cara membuat
1. Putarkan butter dan gula dalam mixer hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla & putarkan lagi adunan hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum & tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
3. Masukkan adunan dalam acuan tart.
4. Isi jem nenas dan gulung.
5. Sapu kuning telur di atas tart sebelum dibakar pada suhu 180 lebih kurang 20-25 minit (ni ikut jenis oven korang guna la ye)

Nak buat jem plak...ni citernya pendek tapi banyak skill nak guna ni. Nanti bila nak buat 2nd batch punye tart nenas, aku ambik gambar step bt step ye.

Biskut Red Pearl

Ni first time buat biskut ni. dulu masa kat opis lama pernah beli biskut ni. Memang sedap la. Sekali hadap je kalau sebotol tu. Mana x nye combination cornflakes, almond nibs & chocolate chips.

alkaedahnya tetiba teringin nak makan biskut ni, cari punye cari jumpa la kat sini resepinya. Apa lagi dengan berkobar2 la aku buat. Orang buat comel je kecik2, aku...nah ambik ko hihihi. Baru la ada terasa skit kan. Kalo x macam celah gigi je kihkihkih. Buat dua adunan dapat la 2 botol. 1 botol akan dipos ke rumah mama.

Sunday, August 14, 2011

biskut raya..

Dah masuk 15 Ramadan dah ari ni kan?? So, camne dah banyak ke buat biskut raya @ main tunjuk2 je kat kedai :-))) Mine, combinaton. Buat ada beli pun ada. Tapi selalunya beli biskut @ kuih yg ustahil la aku nak buat. Yelah macam kerepek2, batang buruk & kacang2.

Aku ni tiap kali raya wajib buat Tart Nenas & Almond London. Sebab apa??? Sebab ramai peminat biskut2 ni kat rumah. Lagipun selalunya tart nenas yang jual kat kedai tu x menepati citarasa tekak ni. Nak nak almond london....boleh dikira almond nibs kat atas tu. Pastu plak cokelat dah pudar je warna @ nampak berkilat berminyak sebab dah dicairkan dengan lemak sayuran @ apa2 yg sewaktu dengannya. Harga plak tu mahal sampai tart nenas biasanya RM20 ke atas, almond london plak RM25. Kalo buat sendiri lagi murah & dapat banyak.

Seperti biasa, jem nenas pun buat sendiri tau. Ini la hasil pemerhatian, pembacaan & testing bertahun2. Tak pakai pewarna, x pakai perasa pun kekadang ada orang letak oren sunquick nak bg gelap skit warna & ada rasa masam2). bahannye nenas, air secawan & gula. X letak kulit kayu manis sebab eewwww x suka

Guna 5 biji nenas yg selalu harga dalam RM2.00 sebiji tu dapat la banyak ni. Kalau buat 2 adunan guna resepi & acuan yg biasa aku guna, dapat la dalam 150 biji. Kalau beli kosnye RM22 x3= RM66. Kos buat x sampai la RM66. Itu pun kalo korang dah ada peralatan2 nak membuat biskut kat rumah kan??

Inilah rupanya masa dibakar..

Ini dah siap 3 botol lebih. Tapi rasa macam x cukup. Sebab 2 botol besar tu nak 'dipos' ke umah mama & botol kecik yang penuh tu ke rumah adik ipar. Tukang buat punye enggak ada lagi. Tinggal berapa ketul je dalam botol untuk kudapan :-))

Friday, August 12, 2011

x suka x suka


lemah betul la...baru dapat emel ada meeting bahagian petang ni pkl 3. x suka x suka meeting di petang2 Jumaat. Harap2 abis cepatla, aku nak balik 4.30 ptg woiii macam la org lain x nak balik kan????

sib baik x spoil mood nak gi window shopping yelah tu...ada gak yg disambar nanti

MASALAH..MASALAH


Bulan puasa ni teruk betul rekod...Bukan rekod x puasa tau :-)Rekod nyaris terbabas x bangun sahur. Selalunya aku ni x de masalah bangun pagi2 kalau dah pasang alarm kat HP. Kali ni ada 2 @ 3 hari je yang aku dengar alarm clock tu & bangun. Tapi selalunya terbangun sebab en. suami yang bangunkan @ Hana menangis nak susu. Itu pun bangun dah 5 @ 10 minit sebelum pukul lima. Apa lagi macam lipas kudung la masak nasi @ panaskan lauk @ menggoreng apa yg patut. Abis kerja2 tu plak, dah gelojoh semacam makan sahur sebab nak dekat dengan imsak. Paling x tahan...dalam waktu2 kecemasan tu, Hana plak merengek nak susu. Wallaweiiii...

Apa kes ni??? dah cuba tukar lagu alarm clock tu, lagu rancak..lagu slow x jugak berjaya. Agaknya sebab kepenatan sangat kot. Itu yang tido bom meletup pun x sedar. Tapi yang peliknya, kalau Hana merengek bleh plak aku dengar & bangun. Musykil..musykil

Thursday, August 11, 2011

bazar ramadan

last weekend mama datang umah sempat la bawa dia gi bazar ramadhan kat meru. mama suka pergi bazar kat meru ni sebab macam2 pilihan ada. sempat la sambar homemade cendol, pecal jawa, kek batik, mihun sup, bubur lambuk & air katira. lauk pauk x beli sebab dah siap2 nak masak kat rumah. ingat nak cari kerabu mangga yg sedap macam beli tahun lepas. tapi pusing punye pusing x de plak gerainya tahun ni. huhuhu...

jalan2 kat situ jumpa plak ayam panggang tempayan. ni 1st time aku tengok ayam dipanggang dalam tempayan. selalunya ayam panggang kat bazar ni dicucuk kat besi & digolek2 kat api macam kat kenny rogers tu. x tau la sedap ke tak. sebab x beli.

mama kata next weekend nak buka kat umah aku lagi, tapi x payah masak. katanya lagi nak beli je kat bazar.

menu ramadhan

memandangkan aku ni masih lagi fulltime housewife minggu pertama puasa,sempatla memasak kat umah untuk berbuka. sempat buat sup tulang & sup kaki ayam, tapi terlupa plak nak ambik gambar.

ni antara menu yang sempat ambik gambar.

kobis masak lemak putih

sambal udang petai

sambal tempe ikan bilis

masak lemak cili api sepat masin dengan nenas

kari ikan cencaru

sambal terung ikan bilis

bawal sweet sour

tempura sotong (yg x berapa nak jadi)

tempura terung

cempedak goreng

lepas2 ni mungkin hujung minggu ajelah aku masak. Working days berbuka kat rumah mama. Sempat aje nak masak, tapi biasala mama. Dah dapur dia kan, mesti la dia nak masak. Balik aku singgah bazaar je belikan kuih2 skit.


teringin gak nak berbuka kat luar. ari tu sempat buka kat JM Beriani, Tesco Setia Alam. Itu pun parah nak melayan Hadi yang x reti dok diam. Nasib baikla Hana ok je, x buat perangai. Kalau x, sohih en. suami serik nak berbuka kat luar lagi :-)))

Wednesday, August 3, 2011

HANA & TIDO...TIDO & HANA


biasa la kan...sape2 dapat baby baru memang dok jakun ambik gambar kan :-)) macam2 aksi, tapi kalau baby umur2 mcm ni mesti la kuat tidur kan. lagi2 lepas minum susu & mandi, nikmat je tengok dia org tido.

tengok si hana ni tido siap terkangkang kakinye

ni plak lepas mandi tido menonggeng

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H

Pukul 4.45 pagi handphone berbunyi...ada call masuk

Me: Hello
Mama: Dah bangun dah nak sahur?
Me: Dah (dengan nada berlakon konon2 dah bangun dulu)
Mama: Ok.

Panggilan pun disconnected

Hampehhhh...Dah kahwin anak dua & tinggal rumah lain pun masih mama kejutkan sahur ye :-) Konon pasang alarm kat hp pukul 4.30 pagi. Nasib baik mama call hehehe. Agak2 mama aku tau x yg anak pompuan dia ni sebenarnya baru terjaga dek panggilan telefon dia tu? Selalu dalam kes2 mcm ni emak2 mesti dapat 'tangkap' kan? Yelah dah anak sendiri, tau la perangai macam mana kan?

Tapi zaman kecik2 dulu aku la yg paling senang bangun. Sekali mama panggil 'Alonggg" @ dengar mama dok kelentang kelentung kat dapur terus bangun. Tak la macam adik lelaki aku yg dua orang tu, kekadang aku dah abis makan sahur pun x bangun2 lagi.



Esok2 si Hadi ni macam mana plak ye..agak2 mau kena suap kat atas katil kot :-))

Nasib baik en. suami x mcm ni..