Wednesday, September 28, 2011

BOLEH KE KURUS NI???

Last weekend gi follow up dgn Dr. Z kat DEMC. Doktor check tempat jahitan c set. Doktor kata bleh pregnant skali lagi ni sebab jahitan ok.

Pastu doktor tengok lemak2 kat perut agak banyak ye..ye banyak. nak buat camne. Nak buat sit up, rasanya x sesuai memandangkan aku baru 4 bulan je c sect. So, doktor tanya nak kurus x? Semstinya jawapan aku 'Ye, mesti la nak kurus doktor'. amboi amboi...

So, doktor suruh makan ubat Liposinol ni. Tapi sebelum tu doktor suruh timbang dulu. Waduh waduh ni yang lemah ni. Sekali timbang berat aku dah 77.5kg ye tuan2 & puan2 sekalian. Sebelum pregnantkan Hadi, berat aku 68kg. Kalau time blaje dulu paling tinggi berat aku pun 55kg je. Sob sob sob

Gambar google..sebab nak bg korang nampak tulisan kat kotak tu kan :-)

Ubat ni dari german & diperbuat daripada herbs. Kena makan 1 tablet 2 kali sehari lepas makan. Setakat ni ok aje la. Tapi aku mcm was2 la kalo makan je bleh kurus kan. Mesti ada diet seimbang & exercise gak kan????


Sikit punye besar tabletnya..Aku ni dah la fobia skit bab2 nak telan ubat besar gedabak ni. Pahit plak tu huhuhu

Macam mana ubat ni berkesan untuk kuruskan badan...Ni aku google ...


So, mulai ari isnin 26 Sept 2011 aku pun start diet ala2 diet Atkins. Kiranya x bleh ambik karbohidrat la ni. Nasi, roti & sewaktu dengannya memang x bleh sentuh termasuk makanan & minuman bergula. Ingat nak exercise tp sebab tgh period ni, tangguh dulu la. Karang ada plak yg merengkok kesakitan.

Doktor pun bg aku ubat metformin untuk kawal gula dalam badan sebab aku kan masa pregnant dulu kena diabetes. So, Jumaat ni kena buat MGTT skali lagi nak tgk ada x lagi diabetes selepas bersalin. Hopefully x de la.

JAMUAN RAYA KAT OPIS

Kalau citer bab jamuan ni...x payah tulis panjang2 kan. Tengok je la gambar & caption yg ada

Biskut raya & manisan

Kek & Kuih muih. Kek carrot yg berlapik hijau tu aku yg buat :-)

Tart coklat...memang best

Presentation memang baekkk..x sempat nak merasa best @ tak. Kalau habis tu kira best la ye tak??

Nasi hujan panas di makan dengan lauk pauk ni. Daging masak hitam memang sedappp

Satay memang wajib time2 jamuan raya ni

Mee Kari

Ada sambutan birthday utk bulan Julai - Sept skali

Sebang sayangkan tudung Fareeda hihihi

Aku & colleagues..Kusss semangatnye aku huhuhu sob sob sob

FIRST TIME MASAK NASI MINYAK

Raya kali ni x buat open house pun mcm tahun lepas. yelah x larat nak layan Hadi & Hana. nanti sibuk dok jaga dia org, nak layan tetamu pun x dapat. InsyaAllah kalau tahun depan ada rezeki boleh la buat open house.

Tapi kali ni abang ipar & family, adik ipar dengan bakal tunangnya dapat la singgah rumah. Disebabkan dia org nak datang lepas maghrib, jadi masak la nasi minyak, ayam masak merah, kari dhal & jelatah.

Ni kira first time masak nasi minyak & lauk pauknye. Nasib baik la menjadi & dapat pujian dari abang ipar.


NASI MINYAK
Sumber: hasil pemerhatian & belajar dengan mama

Bahan-bahan
4 cawan beras Faiza Moghul basmathi
4 cawan air
1 biji bawang besar (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
4 biji bawang putih (hiris/tumbuk)
2 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi utk menumis
sedikit garam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Kismis kuning sebagai hiasan

Cara memasak:-
  1. Basuh beras dan toskan airnya.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar termasuk bunga lawang, bunga cengkih, pelaga & kulit kayu manis menggunakan minyak sapi sehinga naik bau.
  3. Masukkan air dan susu cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan pula beras basmathi, daun pandan dan garam.
  5. Bila nasi dah hampir kering, kecilkan api & taburkan kismis kuning & tutup periuk nasi. Jangan kacau nasi waktu ni sebab takut nasinya pecah2. 
AYAM MASAK MERAH
Sumber: KakIna KL

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam potong 8
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
2 sudu besar madu
1 batang serai-ketuk hujung
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak
garam

Cara memasak:- 
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan sampai garing sangat.
  2. Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.
  4. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
  5. Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
  6. Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
  7. Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
  8. Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.

 JELATAH
Sumber: hasil pemerhatian & belajar dengan mama

Bahan-Bahan
1 batang timun
1 biji nenas saiz kecil
Air limau nipis (4 biji)
2 tangkai cili masak
Garam
Gula

Cara memasak:-

  1.  Basuh timun, belah dua & hiris nipis.
  2.  Buang kulit nenas & matanya. Hiris nipis (jangan terlalu nipis, hancur pula nenasnya nanti).
  3.  Hiris nipis cili merah secara menyerong.
  4.  Campur timun, nenas, cili masak dan air limau nipis.
  5.  Perasakan dengan garam dan gula.
KARI DHAL
Sumber: hasil pemerhatian & belajar dengan mama

Bahan-Bahan:-
1 batang lobak merah
2 biji kentang
3 batang bendi
1 biji terung bulat
Segenggam kacang dhal (direndam dengan air sampai kembang sikit)
2 tangkai cili hijau
Rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
Serbuk cili (dibancuh dengan sedikit air)
Santan (pakai yang paket kecil je sebab tak nak pekat sangat kuahnye)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis
1 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

 Cara memasak:-

  1. Potong lobak merah bentuk 4 segi panjang. Potong 4 terung bulat dan kentang. Cili hijau belah 2 jangan sampai putus. Cuci bendi & buang tangkai.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau. Masukkan bancuhan rempah kari dan serbuk cili. Masak hingga terbit bau.
  3. Masukkan santan dan masak hingga agak mendidih. Jaga jangan sampai santan pecah. Lepas itu, masukkan sayur yang telah dipotong dengan kacang dhal. Kalau kuah pekat masukkan sedikit air.
  4. Perasakan dengan garam dan masak sampai sayur empuk & dhal lembut.


 Ini plak dessertnya...Death By Chocolate Cake

Monday, September 26, 2011

CERITA DAH BASI: CUKUR JAMBUL HANA


Ni order sesaja utk makan2 dgn family

Yang ni token untuk kumpulan marhaban

Attention seeker betul si Hadi ni

Hana yang lena sepanjang marhaban


Makcik2 a.k.a jiran setaman

Abis la rambut Hana yang lebat dah lena potong


Ni la keja budak dua org ni kat dapur

Sebelum cukur jambul

Selepas cukur jambul
En. suami buat lawak..katanya kalo rambut Hana x tumbuh panjang lg raya tahun depan, beli la rambut palsu pakaikan kat kepala. hahaha..risau sgt la babah ni kan :-)

Friday, September 23, 2011

MEDELA SWING TO LET GO A.K.A DIJUAL: NOT AVAILABLE DAH!

Aku nak let go medela swing sebab dah x pakai lagipun. Sempat pakai sampai abis pantang je. So, memang barang ni masih ok lagi. Medela swing ni rupanye mcm gambar kat bawah tu la. Kalau ada yg minat nanti, aku pastekan gambar medela swing yg real skali dengan setnya ok.
Ni gambar dari google ye...

HARGA UNTUK LET GO: RM400nett
(PURCHASE PRICE: RM614) 
STATUS: NOT AVAILABLE DAH


Kandungan Set :
Personal Fit breastshield
2 botol & penutup
Pemegang botol
Adaptor (sesuai diguna di Malaysia)
Tali pemegang
Tubing
Valve and membrane

Untuk yg berminat please tinggal comment kat bawah sekali dengan no. tel & email add k. Kalo segan bleh email je kat aku zidasaddle@yahoo.com

Wednesday, September 21, 2011

X DE MOOD

Don't wake the lion within me!
Semenjak dua menjak ni x de mood nak update blog sebab sakit hati, telinga, mata & jiwa raga dengan rakan sekerja yg lebih junior. Aku igt aku sorang je yg ada problem dgn 'org itu'. Rupanya ada gak a couple of co workers yg ngadu nasib yg sama. Hmmm....conclusion mmg la 'org itu' hampehhh. Kaki kipas oppssss bkn kipas dah, aku rasa dah tahap aircond la kalau bleh persoalkan immediate boss dia kat bos yg lebih atas. Bleh arah2kan co workers yg sama gred dgnnya buat kerja. Buat kerja x rujuk dgn yg lebih senior, bila salah pandai plak ko senyap je kan????

Konsep aku:
  • What goes around comes around.
  • Pandai buat pandai la tanggung
  • Jgn kacau aku kalau aku x kacau ko

KAPISH!!

Monday, September 19, 2011

PAKSU 26TH BIRTHDAY

Birthday cake yg aku sponsor

Dah x sabar la tu nak potong kek

Tahun ni paksu dah ada girlfriend, jd dapat la 2 biji kek bday

Posing dulu dengan kek

Sibuk gak nak potong kek

Memasing x sabar nak makan kek

Nak strawberi plak

Ok dah dapat kek & strawberi



Tuesday, September 13, 2011

12/09/2011: HANA DAH 4 BULAN

Sekejap je Hana dah masuk 4 bulan. Berat dah lebih 8kg & pampers pun dah elok2 je pakai saiz M. Kusss semangat gegirl sorang ni


Walaupun baru 4 bulan, macam2 babah a.k.a. en. suami pesan:-
  • Jangan nakal2 & lasak sangat macam Hadi, x larat nak kejar kat shopping complex nanti (yang ni ibu sokong sesangat);
  • Dah besar jadi doktor, nanti boleh la jaga ibu & babah (abis kalau kerja lain x bleh la jaga ibu & babah???)
  • Nak kahwin nanti, kahwin la dengan org yang dekat2. Jadi tiap2 kali pagi raya bleh beraya dengan babah (tamak sungguh) 
  • Besar nanti nak cari boyfriend biar la yang mcm babah (perasannnnnn bagus la tu hihihi)

Thursday, September 8, 2011

AKHIRNYA...TERIMALAH KENYATAAN

Dah setahun lebih aku kat ofis ni. Memula masuk Bahagian ni rasa bersemangat, tp bila kena buat kerja yg x pernah dibuat org (a.k.a function baru) memang terasa down sangat. Dah memang nasib aku sejak masuk service mesti dapat kerja yg x pernah orang lain buat kat Jabatan / Kementerian tu. Memang la perit bila x de benda nak dirujuk. Fail meja memang x wujud la. Kena start from scratch..kalau aku x gerak, makanya yg lain2 tu lagi la x bergerak.

Tapi lepas je cuti raya, masuk kerja aku rasa dah tiba masanya terima saja la hakikat yg dah nak masuk 2 tahun & mungkin lama lagi aku kat sini. Selama ni ruang kerja aku kosong...apa yg perabut & alatan pejabat yang disediakan, itu aje la yang ada. Harapkan frame gambar kahwin aku aje la yg ada. lain-lain perhiasan memang x de.

Mood raya pun masih menebal. So, kemas la ruang kerja serba sedikit & mula la menghias.

Kad raya digantung, ada la gambar family lekat kat dinding, souvenir kengkawan @ bos bagi lekat kat dinding. Tisu tu pun baru je beli
Atas kabinet gondol je...so letakla apa yang patut. Souvenir kaca yg bunga tulip tu pemberian ex-staff. Ada lampu kat belakangnye, tp x kose la aku nak bazir kan letrik. macam tu pun dah cantik
Pokok yang sebelah kiri tu beli kat giant RM8 je. Yang sebelah kanan tu import dari rumah aku je
Pokok ni pun diimport dari rumah aku. Pokok ni asalnya pemberian mama masa aku pindah rumah sendiri dulu. Ni yang baru ditanam balik, tu yang ada dua helai daun je
Bunga kat side table tu, bunga palsu. Beli masa time nak raya. Atas meja kopi tu plak aku letak gula2 dalam bekas kuih raya. Kalau ada discussion, bleh la kunyah2. Alas meja tu pemberian ex staff masa dia gi Sarawak
Bila dah siap kemas & rearrange kedudukan perabot semua, sedap plak mata memandang. Rasa sayang plak kat ruang kerja a.k.a bilik aku ni. Rasa lebih bersemangat kerja pun iya gak :-))

Tuesday, September 6, 2011

A GIFT FOR LITTLE HANA

a gift for Hana..tangan siap posing mcm model habib jewel versi tembam
Mahal nak mampss emas sekarang ni. Masa beli tu, 1 gram RM192. Ni berat baru 3.6++ dah RM760. Nasib baik la memang dah niat nak belikan untuk Hana, tambah plak Tok Jib dah bagi bonus 1/2 bulan gaji kan. Tapi kalau untuk diri sendiri, memang x de la nak hulur duit byk tu. 

MY FAVORITE

Meletus letus di dalam periuk...yum yum...Kekadang x sempat nak kering skit kuah rendang ni, ayamnye dah dikebas orang :-))
Ini la dia rendang favorite aku...Rendang Ayam Pencen masakan mama. Tiap-tiap tahun mesti ada. Kalau makan memang x muak sebab guna ayam pencen. Dah tu plak ayamnye tidak la hancur. Pergi la raya rumah siapa pun, balik rumah aku mesti cari rendang mama ni.

Malam nak raya selalunya rendang ni dah siap dimasak & boleh dimakan masa berbuka. Memang menjilat jari dan pinggan la :-))

Tahun ni ada menu baru..Daging Masak Hitam. Tahun lepas ada buat tapi x menjadi. Tahun ni meletup Daging Masak Hitam air tangan abah ni. Resepi...jangan tanya. Aku pun x tau. X sempat nak tengok pun abah masak. Dia masak pun main campak2 ikut sesedap rasa tekak dia.

Terbayang2 & terasa rasa lagi kesedapan daging ni kat tekak
Nampaknye menu ni pun akan menjadi menu wajib kat rumah setiap kali raya FULLSTOP 

DEATH BY CHOCOLATE CAKE

Merekah skit keknya sebab tukang buat punye x sabar pegi pasang api oven atas bawah :-))

Last cake ialah Death by Chocolate Cake a.k.a Meninggal Kerana Kek Coklat hahahaha...........

Saki baki kek yang tinggal...itu sebab potong nipis2 ala2 macam x ikhlas nak bagi makan
Resepi ni diambil dari blog Cik Mat Gebu selepas tengok komen2 org2 yang mencuba makanya aku percaya kek ni memang sedap walaupun belum buat lagi masa tu. So, percubaan pertama memang la didapati kek ni memang sedap & senang nak dibuat FULLSTOP. Dah tu pulak x la terlalu manis untuk dimakan berkali2.

Bahan-bahan

1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, gred A (aku guna 4 biji telur size M)
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Bahan Ganache:

300 g coklat masakan
1 camca teh mentega
3 - 4 camca besar susu cair

Satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan.

Bahan Hiasan:

Strawberry secukupnya
Chocolate curls secukupnya

Cara membuat:

  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata guna spatula je.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam loyang berukuran 10 inci yang telah dilenser. Kalau nak senang keluarkan kek, alaskan dasar loyang dengan tracing paper. Bakar dengan suhu 175c sehingga masak.
  3. Kalau rajin boleh la hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry.

MARBLE CHOCOLATE CHEESECKE

Kek ni plak dapat resepi daripada blog rozzan. Memang sedap & senang nak buat. Cumanya kali ni bahagian coklat bawah nipis sangat la plak. X pe, lain kali bleh buat lagi.
Kek yang dah siap dibakar
Saki baki kek yang tinggal...itu yang x cantik potongannya

Kek yang tengah dibakar dihias dengan taburan chocolate chips
Kalau nak cuba, ini la resepinya

Bahan-Bahan A
180gm mentega
20gm serbuk koko (diayak)
170gm gula kastor
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)

Bahan-Bahan B
250gm krim keju
60gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:
  1. Pukul mentega & gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  2. Masukkan tepung, serbuk koko & baking powder yang telah diayak. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  3. Dalam bekas yang lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
  4. Tuangkan 1 bahagian adunan A dalam loyang berukuran 7 inci dan ratakan.
  5. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B dan ratakan.
  6. Tuangkan baki aduanan A dan ratakan lagi.
  7. Bakar dalam oven selama 60 minti pada suhu 160c
  8. Setelah masak, tunggu sehingga betul2 sejuk sebelum dipotong.