Saturday, October 29, 2011

KEK MARBLE TRIO

Sempena cuti deepavali & nak perabis bahan2 yg lebihan bulan puasa, buat la kek marble trio ni. Ambik resepi kat blos CMG. First time buat ari ahad lepas. Tapi sebabkan x menjadi...


Ini la rupanye kek yg x menjadi tu. Ni semua akibat x baca dulu instruction. Memula ingat nak buang je dalam tong sampah adunan tu. Tapi sayang plak, bakar la jugak adunan yg dah siap. Keknye x la gebu sgt. Padat skit & pilihan color plak x mengancam.

Nasib baik la second time buat menjadi. Ini la resepinya. Tapi x follow betul2 sgt resepi CMG sebab ada bahan2 yg x cukup. Belasah je la apa yg ada dalam stok.

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega
280 g tepung gandum * (pakai tepung kek Nona)
1 camca besar susu tepung* (pakai susu enfagrow A+ yg Hadi punye hihihi)
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A (pakai 6 biji telur yg rasa2nya gred B)
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)

Color 1
1 1/2 camca teh coklat emulco (1 tbsp)
Colour 2
1 camca teh strawberry emulco (2 tsp)
Color 3
1 camca teh pewarna hijau epal
1 /2 camca teh esen vanilla
  1. Putar mentega sampai gebu skit & warna jadi pucat. Pastu masukkan tepung sikit2 dan putar sampai sebati. 
  2. Dalam bekas lain (pastikan bekas bersih & kering ye! Nanti kek x kembang kembang & gebu jgn salahkan resepi plak), Campur gula halus dan ovallate, putar hingga sebati. Masukkan kesemua telur dan putar laju sehingga adunan jadi gebu. 
  3. Masukkan pula adunan tepung tadi dan putar dengan kelajuan perlahan. Pastu masukkan gliserin yang dibancuh dengan air & kacau rata.  
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan tampah perasa & pewarna ikut suka. Tapi aku pakai yang mcm kat resepi di atas tu la.  
  5. Guna senduk & tuang adunan selang seli. Guna tangkai sudu @ chopstick & lorek adunan jangan lebih 4 kali. Pastikan lorak sampai dasar adunan @ tin pembakar.  
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu. Aku bakar suhu 180c dekat 1 jam.

Thursday, October 27, 2011

BOLA PUNYE PASAL

Mereka2 yg mintak tiket bola turun harga dari RM50 ke RM30

Semalam tgk berita tv3, penyokong Terengganu dapat subsidi tiket bola. Yang penyokong N9 pun nak mintak jugak gayanye. Pasal nak tengok bola pun mintak subsidi??? Macam2...

Daripada subsidi kat tiket bola baik la bg duit tu ke tempat yang lebih berfaedah. Bola tu bukan barang keperluan pun, kehendak semata2 kan. Dok riuh rendah x puas hati tiket naik sampai RM50, ugut nak boikot la. Bila harga rokok naik, korang beli gak rokok berbatang2 berkotak2 x plak korang kecoh sampai nak boikot bagai kan. Ok je plak korang beli demi nak memenuhi kehendak nafsu.

Sib baik en. suami x kemaruk nak tgk bola kat stadium. Rimas katanye. Tgk kat rumah lagi best. Bleh rilex2 sambil kunyah jajan. Agak2 penat, tido je depan tv :-)

Thursday, October 20, 2011

PONDERING

  • Harijadi hadi yang ke3 dah x lama lagi. present bukan main dia dah tentukan apa dia nak from ibu & babah. Hari2 dok ingatkan babah dia :-). Persoalannya nak celebrate camne birthday dia kali ni. Ada 2 option. First option: celebrate kat KFC @ i-City. Dah lama Hadi x pergi sana. Sibuk nak pergi tp sebabkan Hana masih kecik lg jd tertangguh la nak pergi. Tambah plak skrg ni musim hujan. Second option: celebrate kat rumah. Involving family members aje. Tapi buat meriah skit ada bbq, belon, dessert (cake Chunggington & ice cream).
  • Plan nak bw anak2 gi jalan2 oversea (alasannn....sebenarnya ibu & babah nya yg dah lama simpan niat nak gi oversea ni). Tengok ex schoolmate gi London & Paris sekali dengan gi Disneyland, atur sendiri macam ok je. Bajet la skit. Kalau ikut pakej mahal. Hmmmm...bila nak perginye?? Bila ongkos dah cukup & Hana pun dah leh jalan & paham apa yg dia tengok. 2 thn lg ok kot. Sempat la menabung.
  • Sakit hati bila meeting dgn org yg dibagi betis nak peha. Sudah2 la  semuanye nak dibantu & minta belas ihsan Kerajaan. Baik tolong org miskin. Ko tu bukan miskin pun, dtg meeting pun pakai beg cap LV la, Gucci la (x tau la ori ke @ AA @ AAA ke kan?). Dok jd agen & wayang kulit je kat org lain. Makan komisyen je lebih. Bila la Melayu nak maju kalo camni??
  • US & Europe dah mula jatuh ekonominya & China is going to lead in the near future (thats what i heard). Perlu kah Hadi masuk chinese school so that he can learn Mandarin & have added advantage to survive?? Skrg dah ada lebih 200k student Melayu kat chinese school.
  • Bila nak start buat proposal master ni???? Jangan hangat2 tahi ayam kali ni sudah la. Umur pun dah meningkat, lambat2 nanti dah lemau & malas plak nak further study. Ada PA kat opis ni anak dah 8 orang pun sambung study kat UiTM part time. Memang tabah betul la pompuan tu. Salute to her.
  • Sabtu depan ada appt dgn dr. Z. Dr. dah suruh decide nak planning family pakai apa? Ambik ubat @ ikat for the time being. Kalau ambik ubat dr bg tau tinggi chances untuk berat badan naik. Masalahnya aku kn turun kan berat badan sebab ada diabetes ms pregnant. Test MGTT yg baru ni x tau lagi ok ke tidak. Kalau ikat, seram la plak nak masuk benda2 asing kat dalam badan ni. Tp kalau ikat chances nak pregnant tu kurang la compare to ubat. Hmmmm...bukan x nak pregnant lagi tau. Nak pregnant tp bkn dlm tempoh 1 @ 2 thn ni. Keadaan kesihatan kena pikir jugak. Lagi plak umur dah meningkat & kesian gak kat baby. Hana dulu 1 minggu kat NICU.
  • Tahun depan ujung Jan & awal Februari banyak cuti, bersambung2 plak tu. Mana nak gi bercuti ni. Dah lama betul x berjalan holiday ni. Last time ms 5 bulan pregnantkan Hana. Itu pun pegi Lumut sebab ofis punye bengkel. 

Wednesday, October 19, 2011

YEAH YEAH..DAH PANDAI MENIARAP

 1

2

3

Yeah..Yeah...Hana Good Girl 
Oh tidakkkkk...saya dah boleh meniarap :-)))

Sunday, October 16, 2011

MEE BANDUNG MUAR ADAMI

Ada logo halal & instruction nak masak pun ada kat paket. Option bila tiba time2 malas nak masak
Ni first time try buat mee bandung guna pes Adami. Kira sedap la & senang nak masak. Cuma didihkan pes dengan air 1 liter pastu masukkan la udang, sawi & telur. Celurkan mee kuing pastu tuang kuah mee bandung dah bleh makan.

Satu paket ni bleh makan dalam 5 orang la, sedang elok la pekat kuahnye. Sebab kalau buat utk 7 org macam tulis kat paket tu, takut cair sangat. Air dikurangkan dari 1.4 liter, guna 1 liter je. Next time boleh buat lagi kalo camni.

Camne boleh beli @ tau pasal Adami ni?? Alkisah ada ofismate punye kakak belajar kat overseas. So balik cuti raya aritu, kengkawan kakaknya sibuk suruh belikan stok pes Adami ni. Macam2 lagi produk Adami ni buat tau. Kalau ikut cerita dah lebih 30 thn dia org ni meniaga. Kalau dapat bertahan lama ni, mesti la produk dia ok kan.

Maaf la ye x sempat nak snap gambar yang dah siap, sebab dah lapar sangat hihihi..mana xnye, lunchnye dah dekat pukul 3.

Tuesday, October 11, 2011

MAKAN KENDURI

08/10/2011: Wedding @ Selayang

Cantik pelamin, dewan pun grand

Mama & Kawan sesama dah pencen

View dari meja kami
 01/10/2011: Wedding @ Shah Alam

Tema Kelabu & Pink..Ok gak kan

Hujan selebat2nya. Siap blackout bbrp kali. Kesian kat budak2 gamelan tu. Pembesar suara plak siap kena selubung dgn plastik sampah

Makan beradab. Slimnya pengantin perempuan ni :-) Makan hati je tengok
Cerita pasal makan kenduri ni satu je yang aku x berkenan. Well call me kuno..x kisah pun. Aku tengok ada la dua 3 kerat pompuan melayu yg datang wedding pakai seluar jeans, pakai skirt labuh dengan blouse la etc etc. Sakit plak mata aku memandang. X bleh ke kalo datang wedding tu pakai pakaian yang sesuai. Apa x lawa ke baju kurung?? kalo ko rasa baju kurung tu mcm kampung2, byk lagi pilihan ada. Baju kebaya, Pesak Gantung @ Kaftan pun ada.

Ok la maybe korang ada program lepas wedding tu kan. Tp bukan lama pun kena pakai. Kejap je. Abis wedding ko pakai la apa pun ko nak pakai. Bawa baju spare gantung dalam keta, abis cerita. Cari mana2 r&r @ public toilet yg bersih tukar la baju tu.

Monday, October 10, 2011

UMUR BERSARA WAJIB PENJAWAT AWAM DARI 58 - 60 TAHUN

Nak pergi kerja...nak pergi kerja...Sempat ke nak punch card ni???
Dulu naik dari 56 tahun ke 58 tahun pun aku tetap pilih 56 tahun. Huhuhu jauh lagi perjalanan nak bersara ada la dekat 24 tahun lagi. Ini kan pulak nak tambah lagi 4 tahun. Alamatttt...

Ok la umur bersara wajib 60 tahun tp mesti bleh option bersara awal kan i.e. 56 tahun @ lebih awal (kalau bleh 50 tahun dah nak bersara). Yang penting kenaikan gaji tahun lebih tinggi berbanding SSM. Kalau gaji lebih tinggi dah tentu la pencen pun lebih tinggi, tapi x la setinggi org yang kerja sampi 60 tahun tu kan??? Apa2 pun tunggu pekeliling JPA keluar & for sure ada penerangan dari BPSM kementerian nanti kan. So , tunggu je la tgk apa cer dengan SBPA ni.

Fuhhh 60 tahun? ntah idup ke entah x de lagi kat dunia yg fana ni :-))

Friday, October 7, 2011

BAJET 2012: APA YG ANDA HARAPKAN?


Pembentangan bajet 2012 dah start. Kat ofis siap pasang kat audio system. Puas la satu bangunan dapat dengar.

Apa yang diharapkan dari bajet 2012??? Tahun lepas alhamdulillah cuti bersalin naik dari 2 bulan ke 3 bulan. Merasa la aku cuti bersalin 3 bulan tu.

Tahun ni apa yg aku harapkan untuk bajet 2012??? Sebagai manusia normal, tentu la nakkan bonus. Tapi x dapat pun x pe la sebab before raya ari tu dah dpt 1/2 bulan gaji punye bonus.

Dengar citer gaji govt servant nak naik. Entahla x tau betul ke tidak. Last time naik gaji 15% tahun 2007. Kalau dapat alhamdulillah, kalau x dapat pun idak la melemahkan semangat aku bekerja. Kerja tetap kerja. Kalau gaji banyak tapi x tau manage pun x guna ye dak. Yang penting keja kena ikhlas, baru la berkat bila kita belanjakan untuk anak pinak.


Apa2 pun hopefully bajet 2012 yg pentingnya untuk rakyat marhein ni, bajet tahun depan dapat la:-
  • dapat ringankan beban hidup dan kos sara hidup golongan pendapatan rendah, sederhana & miskin;
  • rancakkan ekonomi negara & buka peluang kerja yang lebih banyak;
  • gaji minum dapat dilaksanakan (kesian kat pak guard & lain2 keja yg gajinya sgtla rendah);
  • bantu rakyat mampu miliki rumah sendiri yang selesa (rumah yg mahal gilosss. kalau murah pun nun jauh kat ujung dunia. dah banyak plak kos petrol nak gi keja);
  • kawal inflasi harga barang keperluan asas;
  • kurangkan cukai pendapatan individu;
  • penambahbaikan pada pengangkutan awam (kesian en suami selalu berasak2 naik komuter. itu belum lagi komuter rosak memanjang)
Ok la nak dgr Tok Jib berucap jap.

ALHAMDULILLAH DAH MAKIN SIHAT

Masa memula demam masih boleh senyum

Lampin basah dipakai ala tudung...muka sedih je plak

Cik boolat ni batuk & selsema so kepala ada panas skit..letak la lampin basah. Eyebag ibu & babah baekkk punye nampak dlm gambar. Ni akibat x cukup tido

Cik boolat relax je kena neb. Siap bleh borak2 dgn nurse 

Hana nampak dah sihat. Cuma kekadang tu ada batuk skit aje. Hadi plak seperti biasa kalo demam memang lama nak baik. sampai ubat abis sebotol baru baik. Tapi pagi tadi dah mula minum susu sebotol abis. Maybe sebab malam tadi babah paksa dia minum air badak, jadi badan & tekak pun sejuk skit.

Tuesday, October 4, 2011

CEPATLAH SIHAT ANAK2 KU

aduhaiiii..berdenyut2 kepala, mata pun dah rabak mcm mata panda. Kalau la dapat tido dengan aman walaupun satu jam amatlah seronoknya.

Hadi & Hana x sihat. Hana batuk & selsema dah beberapa hari. Sampai kena ambik neb dekat 4 kali. Dah tu sebab kesian, aku sedut kan hidung dia bg hingus keluar. Geliii???? Lupakan semua tu demi anak tercinta hokeyyy.

Hadi pulak tonsilnya dah bengkak. Boboy ni kalau tonsil bengkak sure demam & akan muntah2. Kesian kat dia. Kekadang tu abis susu sebotol yang dia minum semua keluar balik. Mula la plak kena basuh segala toto, selimat & sarung bantal. Nasib baik x tidur atas katil. Kalo x gigil la nak menjemur tilam.

Yang paling aku takut kalau Hadi kena sawan tarik masa demam. Tak sanggup la nengoknya. Masa aku pregnant 8 bulan dulu & tunggu ari je nak bersalin, Hadi kena sawan tarik 2 kali dalam sehari. Masa 1st time kena tu, abah & aku je ada kat rumah. Walau pun perut ni sangat la sarat, gigih jugak dukung hadi yg 16kg sambil berlari anak dari bilik ke singki kat dapur sebab nak sejukkan kepala & badan dia dengan air. Dah la singki tu tinggi skit. Sambil dok mendukung tu sambil la menjerit panggil abah aku. Bila dipikir2kan balik x tau la mana datang semua kekuatan tu. Takutkan kena sawan tarik kali ketiga, petang tu lepas babahnya balik keja terus surrender kat Dr. Koshy & Hadi kena tahan wad sampai la aku keluar hospital lepas bersalin.

Baru lepas bersunat. Mata berair sebab selsema & batuk
Memula risau gak Hana demam sebab batuk & selsema. tapi nampaknye Hana ni kuat gak semangat dia. Setakat ni x de la demam. Dia plak jenis yg pandai skit batuk2 sampai keluar lendir2 putih, kahak dia lah agaknya tu kan. Sebab batuk & selsema nampak pipinya yg tembah tu dah surut skit.

Malam ni kena tido berjaga2 la lagi selagi dua2 org anak kesayangan tu x sihat betul2.