Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

WEDDING @ NEGERI SEMBILAN (30/11/2013)


Aku lupa dah nama tempat gi wedding ni. Rasanya Kuala Pilah, tapi for sure dekat2 dengan Seri Menanti sebab on d way balik kita orang menyinggah ke sini. Sejak ada highway ni senang nak ke sana sebab x payah dah dok berpusing2 ikut jalan Bukit Putus tu.

Hana memang suka bab-bab pergi wedding ni. Iyalah dapat melawa. Sekarang dah pandai pilih baju sendiri. Nak yang cantik2 je. T Shirt dengan seluar legging ikut mood. Kekadang nak pakai, kekadang tak cantik katanya.

Lokasi utama yang akan dituju dek Hana ni dah tentunya la pelamin. Settle je makan, mula la dok tunjuk kat pelamin. Nak suruh ibunya bawa la tu. Malu jugak la nak ke pelamin sebabnya si Hana ni siap nak duduk kat kerusi pengantin. Kalo sedara mara sendiri punya kenduri x pe la. Ni kawan en. suami yang punya kenduri. Tapi dah nak sangat, aku letak kan je dia kat pentas tu. Pepandai la dia nak buat apa pun kat atas pentas tu. Pastu posing bagai, suruh ibu ambik gambar.





Baju peplum bermanik ni beli masa jualan akhir tahun Jakel kat belakang Petronas Section 7 tu. RM22 je rasanya kalau tak silap.


Settle semua orang makan & posing2, maka menuju la ke Istana Seri Menanti.




Ini gambar cubaan nak ambik famili photo. Neneknya jadi camerawoman guna nhandphone android aku. En suami dok tolong tunjuk kat mak mertuanya camne nak ambik gambar. Kesudahannya...langsung x dapat ambik gambar family dengan askar2 dua orang tu dok berlari sana sini. Dengan neneknya dok fail je nak ambik gambar. 
 



On d way balik, neneknya dok memborong ikan keli salai & itik salai yang dijual sepanjang jalan2 kampung.

BIG BAD WOLF BOOK SALE (6/12/2013)


Kali ni kira tahun kedua la aku pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni terpaksa pergi beberapa trip sebab kesuntukan masa nak membelek buku2 yang berlambak kat MIECC tu.



Ni 1st trip...ingatkan pergi  Jumaat malam ni tak la ramai orang. Punya la jem jalan dari tol Mines tu sampai ke jalan nak masuk ke MIECC tu. En. suami pelik sangat kenapa la sampai camni keadaannya. Itu la aku cakap kat dia Big Bad Wolf ni memang ramai orang pasal gila2 punya harga sale buku2nya. Dah tengok keadaan jalan ni baru nak percaya. Lepas tu pulak, kat dalam dewan MIECC tu sampai ke pukul 2 pagi pun ramai lagi orang. 
 


Askar2 dua orang ni pun diangkut sekali. Sebab trip kali ni nak membelikan buku2 untuk dia orang la. Tengah dok beratur nak membayar ni, dia orang biasala. Mana boleh dok diam.


Kesudahannya masuk kereta, on d way balik rumah yang si adik dah sujud syukur sebab kepenatan & mengantuk. Dengan mulut terngana & air liur melelah kat seat. Yang abangnya pulak melekat tido dengan abahnya kat depan. Tinggal la driver ni sorang2. X pe janji puas hati dapat membeli 


Ini la buku2 yang dibeli masa 1st trip. Kebanyakkannya hard cover & ada beberapa yang 3D & ada music. Harga buku2ni per piece dalam RM5-RM15 je rasaya. Kalau x silap, beli semua buku ni tak sampai RM100 pun. Tahun ni 3 kali trip pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni dah x beli buku2 masakan. Sebab tahun lepas punya buku masakan pun x sempat nak ditest resepinya. Beli novel2 & dictionary je.

TEATER BAHAYANYA WANITA (29/12/2013)

 

Rasanya dah bertahun-tahun tak tengok teater ni. Dulu-dulu pergi teater sebab kena paksa memenuhkan dewan. Kali ni memang kes sukarela nak pergi. Ni first time en. suami pergi teater. Sebabnya aku yang beria2 sangat nak tengok teater ni bila tahu pelakon2nya. At the same time jugak sebab nak celebrate anniversary. Tahun-tahun sebelumnya, kalau celebrate anniversary mesti pergi tengok wayang & karaoke. Jadi tahun 2013 nak buat kelainan sikit la.

Bam Bam nya kita orang berdua :-)
Persembahan pembukakan oleh Zizan Razak a.k.a. Syed Maadon

Berbalik pada teater Bahayanya Wanita ni, memang la best & tak kering gusi dibuatnya. Walau pun tahap 'kelucahan' nya tu kadang-kadang macam 'terlebih sudah'. Tapi sesuai la kan dengan watak Syed Maadon yang bini empat tu. Kalau x gatal x la Maadon tu sampai 4 bininya. Pastu punya la comelnya Syanie Masterchef tu pakai tudung jadi bini Ustaz (Johan Asaari).

Kebetulan pulak hari yang kita orang tengok teater ni (29/12/2013), Nasha Aziz dan Awie pun ada datang tengok. Cantik betul Nasha Aziz walaupun x mekap beria. Slim plak tu.

Sharifah Fatima Maruka (Umie Aida) i.e isteri pertama Syed Maadon
Kamelia (Erra Fazira) i.e. isteri kedua Syed Maadon
Memang bantai gelak aje la aku laki bini dengan penonton2 lain. Kira berjaya la nak buat kelainan celebrate anniversary kali ni. Walau pun awal harinya memang sakit hati sangat dengan 1 kejadian yang disebabkan oleh sorang manusia ni. Tapi what for nak rosakkan anniversary kita orang disebabkan sorang manusia ni.

Pasal gambar2 ni, Istana Budaya ada nasihatkan jangan ambik gambar. Tapi aku dok ambik jugak beberapa keping gambar, curi2 dengan handphone. Tapi kena la off kan flash. Nanti menganggu plak kan.

Disebabkan experience yang best ni, kita org macam excited plak nak tengok lagi teater @ Istana Budaya. In Sha Allah...kena la kumpul duit, sebabnya tiket teater ni mahal la sikit compare dengan tiket wayang. Tapi ok la sebab ko dapat tengok live pelakon-pelakon ni beraksi & ada aksi2 & dialog spontan lagi.

Monday, June 11, 2012

JAKARTA-BANDUNG: PART 2

Pagi2 lagi dah gerak dari Jakarta menuju ke Bandung. Puas la mengangkut 4 beg besar yg bleh muat 16-18kg/beg. Sengsara la jugak. Mau x nye. Dah en. suami kena jaga anak2. Mama plak bw hand luggage. Sib baik la 4 beg tu hanya 2 yg berisi. Yang 2 lagi tu utk brg2 yang akan dishopping.

Destinasi pertama bila sampai Bandung...Tangkuban Parahu. Ni sesape 1st time gi Bandung kalo x jejak memang kira x cukup syarat la.

Lokasi wajib untuk bergambar. X sempat nak pikir nak posing camner...orang dah ramai dok tunggu turn
Kawah Ratu...salah satu kawah gunung berapi. Berasap2 kat hujung tu
Ibu cakap gunung berapi, Hadi ingat Gunung Bunga Api. Puas la dia dok tanya "Mana Bunga Api bu?"
Sape yang rajin boleh la menapak tengok kawah yang lain pulak. Tengok la nunnnn jauh kat sana. Sori la tengah2 panas ni nak menapak dgn budak2 lagi fuhhh
Masa kita orang sampai ni punye la ramainye manusia. Kebetulan kat Indon pun time cuti sekolah. Yang x tahannye penjual2 yang ada kat situ. Dok la ikut ke mana je kita orang pergi.
Posing jap...Apsal pulak jari tu tunjuk 3 Hadi. Peace guna 2 jari aje la hahaha
On the way nak pergi lunch, singgah plak kat ladang strawberi. Hadi bukan main suka dapat petik strawberi. Walaupun sebenarnya x reti nak pegang gunting. Dan dan tu la nak belajar menggunting. Hana jadi tukang tengok je :-) 

Risau je..takut dia  terpotong jari
Hana pun sibuk nak tengok
Ini la rupa kebun strawberi
Suka sangat senyum sampai sepet mata.

Yang ni aku x pernah tengok...Ada plak rekreasi untuk budak2 tangkap anak ikan. Siap ada flying fox plak kat situ. Macam x percaya je aku tgk flying foxnyer tu. 
Lunch @ Restoran Sederhana, Masakan Padang. Ok la makanannye. Tapi lagi sedap makan kat Sari Ratu kot :-)

Thursday, June 7, 2012

JAKARTA-BANDUNG: PART 1

Nama je pergi Jakarta-Bandung, tapi sempat singgah ITC Mangga Dua, Jakarta on the last day sebelum check in kat airport. Kalau ikut hati memang x puas la shopping kat Bandung & Jakarta. Tapi dah namanya ikut rombongan, kena la ikut schedule kan. Ni dah pasang niat nak pergi lagi. Tapi nak pergi sendiri2, booking supir. Senang skit, kita bleh tentukan schedule nak pergi mana yang kita suka. Tengok tu, cerita pasal ari tu pun blum update kat blog dah berangan nak gi Bandung balik. Tapi dah ada yang tarik diri kalo next trip nak gi shopping je. Hahahaha...cuba teka siapa??

Ni first time naik KLM. Kapal terbang kali ni besar, jumbo. Ada 3 column seat & selesa skit kat ruang kaki. 
Foods on the plane. Mee tu aje yang x sedap.
TV ni kira penyelamat. Diam la skit Hadi layan kartun Ben10
Suka ambik gambar awan macam ni...Terbayang2 tilam yang empuk. Cari2 jugak kot ada Care Bears kat situ hahaha
Kena naik aero train nak ke tempat boarding flight KLM. Ini 1st time kita org naik aerotrain. Huhuhu..jakun la tu
Mama plak 1st time pergi oversea :-) InsyaAllah ada rezeki lagi nanti Along bawa gi jalan2 lagi ye
Suka la tu dapat naik train. Hadi ni memang kemaruk train. dari chuggington sampai la ke thomas. Kat rumah tu macam2 mainan train yang ada.

 Hadi ni kira 2nd time naik flight. 1st time naik masa pergi Langkawi dulu. Masa tu Hadi baru 10 bulan.
Hana baru first time, muka tu memang macam blur skit la. Ni baru bangun tido dengan mata lebam terlanggar meja kopi nenek.

Flight pukul 4.20 petang, ambik masa 2 jam sampai Jakarta. Sampai Jakarta dalam pukul 5.30 (Jakarta lewat 1 jam dari Malaysia) terus gi dinner kat Salero Jumbo. Makanannya ok la. Bleh la masuk tekak. Yang penting gambar kat pelamin ni mesti ambik sebagai bukti :-)

Ala ala cinonit je Hana dalam gambar ni.
Hana muka toya. Maklum la masa gi Jakarta -Bandung ni dia selsema & batuk.
Ini la kalo ambik gambar dengan anak2...ada je yang buat muka x semenggah, pastu pandang ntah ke mana. Belasah aje la. orang lain pun dok menunggu nak bergambar gak
Lepas makan terus check in kat Hotel Gren Alia Chikini (apsal la comel no bunyi nye macam kuchi kuchi kuchi). besar betul bilik yang kita orang dapat. Apa lagi Hadi & Hana siap la buat QC merayau sana sini.

Friday, May 25, 2012

ESOK NAK NAIK AEROPLANE...YAHOOO!!

1st time nak naik KLM...
Macam jakun x pernah naik kapal terbang gayanye muahaha..Lama gak la x naik. last time bulan 11 tahun lepas. Aku anak beranak & mama nak gi jalan2 & shopping spree kat Jakarta-Bandung 4 hari 3 malam. Dalam seronok2 tu, pening gak buat checklist barang2 yang nak dibawa pergi. Kalo harapkan babahnye memang x ambik pot la :-)) Yang dia tau tugasnye dukung hana & load dalam & unload keluar kereta. Yang maknye pening nak pikir dari pakain sampai la ubat2 yang nak distandby kot2 anak x sihat berubah cuaca ni kan. X pe x pe...nanti babah jaga anak2 ye time ibu & mama nak shopping muahaha.

List untuk yang pesan2 barang & souvinier utk org2 kat opis ni pun kena siapkan. Nanti ada je yang terlupa. X la banyak pun nak belikan. Maklum la bawa ongkos pun bukan banyak sangat. Dah tu angkut anak beranak pun dah berapa kosnya. X pe first time pergi ni kita ikut agen. Esok2 dah pandai, bleh gi sendiri kan.

Ni satu lagi yang risau ni. Flight ke Jakarta dalam 2 jam. Camne plak la gaya anakanda aku 2 org tu. Yang adiknya maybe baik sikit la kot @ jadi penakut hihihi. Yang abang hmmmm camne la nak dok diam 2 jam. Sedangkan 10 minit pun x bleh dok diam. Flight petang, harap2 la dia org 2 orang tido time tu.

Monday, February 20, 2012

Part 3: Jalan-Jalan Kuantan

Special entry untuk Hana @ Kuantan

Cik Dibab ni sekarang kalau orang makan dia pun sibuk nak makan. Babahnye suapkan je kuah sayur campur tu. dah itu je pun yang dia boleh makan.
Leka main pasir. Pandai Hana ni. Dia x masukkan pasir dalam mulut pun. Hadi dulu memula korek2 pasir tu, tetiab tengok dah disuapnye dalam mulut.
hahaha...Kena sakat dengan ibu.
Dah mula seronok main air
Memula dok berpaut kat Babah
Dapat topi comel Babah belikan kat Cherating
Tu dia...air dah sampai