Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, November 7, 2011

AIDILADHA 1432H

Raya2 ni apa lagi kalau x citer pasal makan... Layanzzz
Kuah Kacang

Rendang ayam pencen

Ayam Bamiah

Ketupat segera & Lemang beli

Bahan untuk makan dengan Laksa

Agar-Agar Pandan

Jelatah

Fruit cocktail

Kari dhal makan dengan nasi minyak
1st time buat..beli yang segera je. Sedap gak

KAK LONG & KAK NGAH

Kak Ngah & Kak Long
Kak Ngah: Mak Long..mak long ada bawa mekap x?
Mak Long: Ada. Mak Long ada lipstick, maskara & eyeliner je. Mata2 & blusher x de
Kak Long: Eyeshadow la mak long
Mak Long: *uikkkk*

Wednesday, September 28, 2011

JAMUAN RAYA KAT OPIS

Kalau citer bab jamuan ni...x payah tulis panjang2 kan. Tengok je la gambar & caption yg ada

Biskut raya & manisan

Kek & Kuih muih. Kek carrot yg berlapik hijau tu aku yg buat :-)

Tart coklat...memang best

Presentation memang baekkk..x sempat nak merasa best @ tak. Kalau habis tu kira best la ye tak??

Nasi hujan panas di makan dengan lauk pauk ni. Daging masak hitam memang sedappp

Satay memang wajib time2 jamuan raya ni

Mee Kari

Ada sambutan birthday utk bulan Julai - Sept skali

Sebang sayangkan tudung Fareeda hihihi

Aku & colleagues..Kusss semangatnye aku huhuhu sob sob sob

FIRST TIME MASAK NASI MINYAK

Raya kali ni x buat open house pun mcm tahun lepas. yelah x larat nak layan Hadi & Hana. nanti sibuk dok jaga dia org, nak layan tetamu pun x dapat. InsyaAllah kalau tahun depan ada rezeki boleh la buat open house.

Tapi kali ni abang ipar & family, adik ipar dengan bakal tunangnya dapat la singgah rumah. Disebabkan dia org nak datang lepas maghrib, jadi masak la nasi minyak, ayam masak merah, kari dhal & jelatah.

Ni kira first time masak nasi minyak & lauk pauknye. Nasib baik la menjadi & dapat pujian dari abang ipar.


NASI MINYAK
Sumber: hasil pemerhatian & belajar dengan mama

Bahan-bahan
4 cawan beras Faiza Moghul basmathi
4 cawan air
1 biji bawang besar (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
4 biji bawang putih (hiris/tumbuk)
2 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi utk menumis
sedikit garam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Kismis kuning sebagai hiasan

Cara memasak:-
  1. Basuh beras dan toskan airnya.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar termasuk bunga lawang, bunga cengkih, pelaga & kulit kayu manis menggunakan minyak sapi sehinga naik bau.
  3. Masukkan air dan susu cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan pula beras basmathi, daun pandan dan garam.
  5. Bila nasi dah hampir kering, kecilkan api & taburkan kismis kuning & tutup periuk nasi. Jangan kacau nasi waktu ni sebab takut nasinya pecah2. 
AYAM MASAK MERAH
Sumber: KakIna KL

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam potong 8
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
2 sudu besar madu
1 batang serai-ketuk hujung
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak
garam

Cara memasak:- 
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan sampai garing sangat.
  2. Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.
  4. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
  5. Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
  6. Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
  7. Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
  8. Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.

 JELATAH
Sumber: hasil pemerhatian & belajar dengan mama

Bahan-Bahan
1 batang timun
1 biji nenas saiz kecil
Air limau nipis (4 biji)
2 tangkai cili masak
Garam
Gula

Cara memasak:-

  1.  Basuh timun, belah dua & hiris nipis.
  2.  Buang kulit nenas & matanya. Hiris nipis (jangan terlalu nipis, hancur pula nenasnya nanti).
  3.  Hiris nipis cili merah secara menyerong.
  4.  Campur timun, nenas, cili masak dan air limau nipis.
  5.  Perasakan dengan garam dan gula.
KARI DHAL
Sumber: hasil pemerhatian & belajar dengan mama

Bahan-Bahan:-
1 batang lobak merah
2 biji kentang
3 batang bendi
1 biji terung bulat
Segenggam kacang dhal (direndam dengan air sampai kembang sikit)
2 tangkai cili hijau
Rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
Serbuk cili (dibancuh dengan sedikit air)
Santan (pakai yang paket kecil je sebab tak nak pekat sangat kuahnye)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis
1 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

 Cara memasak:-

  1. Potong lobak merah bentuk 4 segi panjang. Potong 4 terung bulat dan kentang. Cili hijau belah 2 jangan sampai putus. Cuci bendi & buang tangkai.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau. Masukkan bancuhan rempah kari dan serbuk cili. Masak hingga terbit bau.
  3. Masukkan santan dan masak hingga agak mendidih. Jaga jangan sampai santan pecah. Lepas itu, masukkan sayur yang telah dipotong dengan kacang dhal. Kalau kuah pekat masukkan sedikit air.
  4. Perasakan dengan garam dan masak sampai sayur empuk & dhal lembut.


 Ini plak dessertnya...Death By Chocolate Cake

Tuesday, September 6, 2011

MY FAVORITE

Meletus letus di dalam periuk...yum yum...Kekadang x sempat nak kering skit kuah rendang ni, ayamnye dah dikebas orang :-))
Ini la dia rendang favorite aku...Rendang Ayam Pencen masakan mama. Tiap-tiap tahun mesti ada. Kalau makan memang x muak sebab guna ayam pencen. Dah tu plak ayamnye tidak la hancur. Pergi la raya rumah siapa pun, balik rumah aku mesti cari rendang mama ni.

Malam nak raya selalunya rendang ni dah siap dimasak & boleh dimakan masa berbuka. Memang menjilat jari dan pinggan la :-))

Tahun ni ada menu baru..Daging Masak Hitam. Tahun lepas ada buat tapi x menjadi. Tahun ni meletup Daging Masak Hitam air tangan abah ni. Resepi...jangan tanya. Aku pun x tau. X sempat nak tengok pun abah masak. Dia masak pun main campak2 ikut sesedap rasa tekak dia.

Terbayang2 & terasa rasa lagi kesedapan daging ni kat tekak
Nampaknye menu ni pun akan menjadi menu wajib kat rumah setiap kali raya FULLSTOP 

DEATH BY CHOCOLATE CAKE

Merekah skit keknya sebab tukang buat punye x sabar pegi pasang api oven atas bawah :-))

Last cake ialah Death by Chocolate Cake a.k.a Meninggal Kerana Kek Coklat hahahaha...........

Saki baki kek yang tinggal...itu sebab potong nipis2 ala2 macam x ikhlas nak bagi makan
Resepi ni diambil dari blog Cik Mat Gebu selepas tengok komen2 org2 yang mencuba makanya aku percaya kek ni memang sedap walaupun belum buat lagi masa tu. So, percubaan pertama memang la didapati kek ni memang sedap & senang nak dibuat FULLSTOP. Dah tu pulak x la terlalu manis untuk dimakan berkali2.

Bahan-bahan

1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, gred A (aku guna 4 biji telur size M)
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Bahan Ganache:

300 g coklat masakan
1 camca teh mentega
3 - 4 camca besar susu cair

Satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan.

Bahan Hiasan:

Strawberry secukupnya
Chocolate curls secukupnya

Cara membuat:

  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata guna spatula je.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam loyang berukuran 10 inci yang telah dilenser. Kalau nak senang keluarkan kek, alaskan dasar loyang dengan tracing paper. Bakar dengan suhu 175c sehingga masak.
  3. Kalau rajin boleh la hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry.

MARBLE CHOCOLATE CHEESECKE

Kek ni plak dapat resepi daripada blog rozzan. Memang sedap & senang nak buat. Cumanya kali ni bahagian coklat bawah nipis sangat la plak. X pe, lain kali bleh buat lagi.
Kek yang dah siap dibakar
Saki baki kek yang tinggal...itu yang x cantik potongannya

Kek yang tengah dibakar dihias dengan taburan chocolate chips
Kalau nak cuba, ini la resepinya

Bahan-Bahan A
180gm mentega
20gm serbuk koko (diayak)
170gm gula kastor
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)

Bahan-Bahan B
250gm krim keju
60gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:
  1. Pukul mentega & gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  2. Masukkan tepung, serbuk koko & baking powder yang telah diayak. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  3. Dalam bekas yang lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
  4. Tuangkan 1 bahagian adunan A dalam loyang berukuran 7 inci dan ratakan.
  5. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B dan ratakan.
  6. Tuangkan baki aduanan A dan ratakan lagi.
  7. Bakar dalam oven selama 60 minti pada suhu 160c
  8. Setelah masak, tunggu sehingga betul2 sejuk sebelum dipotong.

KEK LOBAK MERAH SURIA

Sempena nak raya, pg Isnin lepas sahur aku start buat 3 jenis kek; kek lobak merah, marble chocolate cheesecake dan death by chocolate cake. Iyalah...oven & mixer semua dah angkut kat umah aku, kena la siap2kan kek kat umah dulu baru gerak ke rumah mama.

Ini la rupa kek lobak merah aku. Sedap tau guna resepi mamafami ni. Gebu je keknya & x muak nak dimakan.


Actually masa bulan puasa tu, ada la skali beli kek lobak merah kat bazar ramadhan. Adik bongsu & Abah suka bukan main makan kek tu. Jadi memandangkan resepi pun memang dah ada, apa lagi buat la kek lobak merah suria ni. Resepi daripada mamafami ni memang sedap la, gebu je keknya. Tambah plak ada walnut, lagi la sedap. tapi kali ni buat x hias dengan cream cheese sebab takut bebudak x suka makan & x kena plak dengan tekak abah.

Ok...ini resepinya. Selamat mencuba

Bahan-Bahan
4 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
1 1/2 cawan minyak jagung / sayuran
150gm gula kastor
150gm gula perang
1 1/2 cawan lobak merah (disagat)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis ( x letak pun sebab x suka dengan bau & rasanya)
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
100gm walnut (dicincang)

Cara membuat:

Pukul kuning telur. Masukkan minyak, gula kastor, gula perang dan lobak merah yang dah disagat. Kacau sebati.

Masukkan walnut dan bahan-bahan yang diayak. Kacau sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang.

Masukkan putih telur ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sehingga sebati.

Bakar adunan pada 180c selama 45 minit (ikut oven masing2 la ye)

Hiasan
120gm butter
250gm krim keju
120gm gula aising

Cara:
1. Pukul bahan-bahan di atas sehingga kembang dan ringan.
2. Sapukan ke atas kek & taburkan dengan walnut.

Monday, September 5, 2011

BILA MAK LONG DAH X DE KEJA

Budak dua orang ni anak adik aku yg kedua. Dia org ni kembar, tapi perangai lain2.

Mangsa pertama... Kak Long
Mangsa kedua...Kak Ngah
Kak Ngah selepas makeup...


Kak Long selepas mekap


Kak Long & Kak Ngah



Ni semua keja mak long dia a.k.a aku la sape lagi. hahaha...anak sendiri kecik lagi. Anak org lain yg jadi mangsa. Mekap biasa je. Letak fundation skit, pakai bedak compact, mascara, lipstick & lip gloss. Cukup suka kalau dapat pakai mekap, minyak wangi & yg sewaktu dengannya.

AKTIVITI HARI RAYA

Lepas solat sunat Aidilfitri, x sempat nak bermaaf maafan pun. Dok sibuk kemas beg & Mak Lang sefamily plak sampai. Mama plak dok sibuk panaskan rendang & kuah kacangnya. Macam huru hara skit la. Nak ambik gambar pagi2 raya pun x sempat.

Sudahnya sempat melayan sekejap je family Mak Lang, lepas tu terus pergi ziarah kubur ibu mertua kat Jalan Kuari. Bunga untuk ditabur kat kubur ibu mertua pun terlupa nak beli. Nasib baik ada org berniaga bunga2 kat area kubur tu . Kali ni terpaksa la tunggu dalam kereta je sebab bawa Hana. Maklumla panas & orang pun ramai. Sempat la posing2 dengan Hana kat dalam kereta :-))


Selesai kat kubur, pergi ke rumah bapa mertua kat Ampang. Lepas Zohor terus gi Banting beraya kat rumah pakcik & makcik en. suami kat sana. Hadi memang suka pergi Banting ni. Sebab ramai budak2 kat situ. Walaupun budak2 tu x la nak main sangat dengan dia, tapi dia peduli apa. Mana x nye, budak2 tu semua dah besar dari dia, pastu jumpa pun setahun sekali.

Sampai shah alam balik dah dekat pukul 10 malam.

Esoknya plak pergi ziarah kubur arwah Atuk kat RKT Sungai Merab, Kajang. Arwah atuk ni ayah angkat mama aku. Arwah bela mama sejak kecil lagi lepas ibu mama meninggal. Arwah atuk kandung x dapat nak jaga. Mungkin sebab dia dah ada anak2 dengan isteri pertama. Lagi pun arwah Atuk angkat ni x de anak perempuan. Jadi dia ambik la mama untuk dipelihara.



Pusara Allahyarham Haji Ramli bin Haji Hassan

Sedekahkan Yaasin, ditaburi bunga & air bacaan yaasin
Bersih kawasan kubur Atuk ni sebab ada orang yang menjaganya. Memula susah gak mencari kubur ni sebab pokok2 yang jadi tanda dekat kubur ni dah ditebang sebab terlalu besar.

InsyaAllah...nanti kami datang ziarah lagi ye Atuk. Teringat masa kecik2 dulu selalu ikut atuk duduk kat lereng bukit kat kebun duriannya. Atuk selalu bawa senapang patah, tapi dia x tembak tupai @ monyet yang ganggu pokok duriannya masa musim buah. Dia tembak ke udara nak bagi tupai @ monyet tu takut & lari dari kebun duriannya saja. Arwah Atuk ni dulunya seorang askar. 

KANAK-KANAK RIANG DI AIDILFITRI

Bila raya...budak-budak la yang paling suka. hiruk pikuk rumah dibuatnyer bila jumpa rakan sebaya.

Budak 2 orang ni..kejap baik kejap gaduh
 
Ini la kejanyer...panjat sana sini

Dah ambik gambar, pandai plak nak tengok camner rupa dia org dalam kamera tu

Yang ni plak merajuk kena marah dengan ayahnya pasal duduk atas meja kopi

Dua pupu yg sama fesyen

Si botak ni nak jugak interframe

Amboiiii...bukan main lagi posing ye!

Dua pupu yang ceria selalu

Kat mana ada kamera..kat situ la dia org ada
Ada lagi dia org ni..x senang la Hana nak ambik gambar :-)