Tuesday, September 6, 2011

DEATH BY CHOCOLATE CAKE

Merekah skit keknya sebab tukang buat punye x sabar pegi pasang api oven atas bawah :-))

Last cake ialah Death by Chocolate Cake a.k.a Meninggal Kerana Kek Coklat hahahaha...........

Saki baki kek yang tinggal...itu sebab potong nipis2 ala2 macam x ikhlas nak bagi makan
Resepi ni diambil dari blog Cik Mat Gebu selepas tengok komen2 org2 yang mencuba makanya aku percaya kek ni memang sedap walaupun belum buat lagi masa tu. So, percubaan pertama memang la didapati kek ni memang sedap & senang nak dibuat FULLSTOP. Dah tu pulak x la terlalu manis untuk dimakan berkali2.

Bahan-bahan

1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, gred A (aku guna 4 biji telur size M)
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Bahan Ganache:

300 g coklat masakan
1 camca teh mentega
3 - 4 camca besar susu cair

Satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan.

Bahan Hiasan:

Strawberry secukupnya
Chocolate curls secukupnya

Cara membuat:

  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata guna spatula je.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam loyang berukuran 10 inci yang telah dilenser. Kalau nak senang keluarkan kek, alaskan dasar loyang dengan tracing paper. Bakar dengan suhu 175c sehingga masak.
  3. Kalau rajin boleh la hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry.

No comments:

Post a Comment