Thursday, November 1, 2012

JEMUR STOKIN

Musim hujan... Jemuran yang dah mula nak kering sudahnya lembap2 @ sejuk balik. Dah tuan rumah balik malam kan? Bilanyer nak angkat kain. Cari stokin plak, pasangannya sebelah ada sebelah x de. Yang ada pasangannya ini la sepasang. Disebabkan kasut Cik Dibab tu besar sikit, nak x nak kena pakai stokin. Apa lagi, ini la cara kreatif untuk jemur stokin. Alhamdulillah, sampai ke destinasi, stokin dah kering :-)

Tuesday, October 16, 2012

LEPAK-LEPAK DI TAMAN SETIA CITY MALL

Dekat dgn rumah sekarang dah ada Setia City Mall. Best la nak jalan2..kalau nak berbelanja tu, kena tengok kedai. Majority jual barang branded & mahal la. Tapi yang sukanya sebab banyak kedai baju branded budak2 & banyak pilihan tempat makan. 


tapi selalunya kita orang pergi sini untuk makan esp kat Seoul Garden atau bawa anak2 main2 kat tamannye. ada playground, air pancut, tasik & taman bunga. Gambar kat playground x de. X sempat nak ambik, mata dok melilau sambil mengejar Hadi. dapat main, ibu & babah ditinggalkan.
Hadi biasa la..x pernah serik, melompat sana sini je kerjanya.

Hana plak penuh dengan curiosity...walaupun mata dah berat. Tengok abangnye yang dekat belakang tu. Apa aje la kerjanya

Ngantuk ye dik...Jom la kita balik. Nanti kita datang lagi ye

Monday, October 15, 2012

CIK DIBAB @ 17 BULAN

12/5/2012..Cik Dibab dah 17 bulan. Sekarang ni kuat sangat mengamuk. X dapat je apa yang dia nak @ orang tegur @ marah dia, mula la dia ngamuk baling barang & then guling2 kat lantai. Menangis berjurai2 air mata. dah macam cerita hindustan. Kekadang tu ibu dah tak larat nak layan. Biarkan aje. Sudahnye nanti Cik Dibab datang sendiri kat ibu mintak dipujuk. Macam2 perangai anak2 ni kan


Sekarang dah laju je naik tangga..Boleh gugur jantung ibu & babah bila tetiba tengok Cik Dibab dah naik nak sampai ke atas.


Bila dihadang camni, marah pulak dia. Nasib baik tak pandai lagi nak merangkak bawah meja tu. kalau x, lepas la naik tangga.


Tak padan dengan perempuan, abis dipanjat meja la kerusi la. Siap menari2 melompat2. Tak Tau takut


Kalau masuk shopping complex & nampak mainan yang bergerak2 lepas masuk RM1 @ 50sen tu mula la menonong je jalan terus nak naik. kalau x bagi mula la ngamuk


Nak ambik gambar pun dah payah sekarang ni, belum sempat nak click dia dah sibuk mintak nak tengok gambar dia kat dalam kamera. Cerdik budak2 sekarang ni.

Tuesday, October 9, 2012

PAVLOVA


First time buat pavlova Ahad lepas. Sebenarnya dah lama teringin nak makan pavlova ni. Tapi x confident nak buat, takut x menjadi. Tapi sebab nafsu nak makan tu membuak2, google resepi kat internet & apa lagi mula la membuat pavlova ni. Rupa2nye senang je. Bahan pun x banyak. Cuma yang mahal sikit tang buah2 yang nak ditabur

Ini la rupa pavlova yang sedang dibakar. Oh ye, sepanjang dibakar tu, jangan la gatal2 tangan konon nak check pavlova tu dah masak ke belum. Biar je dalam oven tu. nanti x pasal2 pavlova tu x kembang, pastu salahkan resepi plak ye :-)



Bahan-Bahan

Meringue
4 biji putih telur (gred A) pada suhu bilik
1 cawan confectioners sugar (gula aising) dibahagi dua ¾ cawan dan ¼ cawan
1/2 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh cuka putih
 
Vanilla Cream
¾ cawan heavy whipping cream
1 sudu makan gula
½ sudu the esen vanilla
 
Hiasan
Strawberi
Kiub Nenas
Kiwi
Anggur
Lain-lain buah ikut selera masing-masing
 
Cara membuat
1.    Alas dulang pembakar dengan kertas parchment (warna kelabu boleh beli kat kedai bakeri) yang dah ditanda bulat dengan diameter 2 ½ inci
 
Meringue
1.    Pukul putih telur selama 4 minit sehingga kembang dan gebu.
2.    Tambahkan ¾ cawan gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan sederhana selama 3 minit.
3.    Masukkan sedikit demi sedikit baki ¼ cawan gula yang telah dicampur dengan tepung jagung selama 2 minit. Kalau diterbalikkan mangkuk, adunan tidak terkeluar.
4.    Masukkan cuka putih dan pukul sehingga 1 minit.
5.    Tempoh adunan mula dipukul lebih kurang 10 minit
6.    Kaup adunan ke atas marchment paper dan bentukkan bulat seperti kek.
7.    Bakar meringue selama 40 minit pada suhu 180c (jangan buka oven sehingga cukup masa).
8.    Cukup masa, tutup oven dan biarkan meringue di dalam oven dengan pintu oven tertutup selama 30 minit
9.    Buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue sejuk di dalam oven lebih kurang 30 minit lagi.
 
Vanilla Cream
1.    Campur semua bahan dan pukul sehingga kembang dan gebu.
 
Hidang
1.    Sapukan vanilla cream atas meringue dan taburkan buah-buahan yang telah dipotong dua atau didadu.
   
Budak ni pun nak tumpang glamer pavlova ibu dia....
Selamat mencuba!

Wednesday, September 19, 2012

KEK RED VELVET

First time guna nozzle untuk hias kek. Ingat nak buat corak rosette, tapi macam tak jadi je. Maybe salah beli nozzle kot. Tak pun tangan keras x reti nak pusing2 buat ros.

Musim raya kali ni dah 3 kali buat kek ni. 1st time buat rasa x puas hati sebab buat frosting guna gula halus. Sebab malas nak gi kedai cari gula aising. Jadi frostingnya manis sgt plak. Kali kedua buat blender kan gula halus sambai jadi serbuk, pun agak manis & gula tak berapa nak halus. Ini kes mata pisau blender kering tu dah x berapa tajam. Kali ketiga cuba baru la guna gula aising. Hasilnya...memang sgt ok dari percubaan sebelum2nya.

Resepi ni ambik dari annies-eats. Resepi asal untuk cupcakes. tapi boleh je guna untuk kek :-)

Untuk memudahkan...ditranslatekan resepi setakat yang aku mampu ye.

Bahan-Bahan untuk Kek
2 1/2 cawan tepung kek (aku pakai brand Nona)
1 1/2 cawan gula
1 sudu teh baking soda
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh garam
2 biji telur saiz besar (aku guna 3 biji sebab telur ayam yang ada kat rumah tu saiz kecik)
1 1/2 cawan minyak sayuran ( aku guna cap seri murni)
1 cawan buttermilk ( aku guna brand Pauls)
2 sudu makan (1 auns) pewarna merah (guna star brand 1 botol)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan

Bahan-Bahan untuk frosting
8 auns krim keju Philadelphia (mahal la skit tapi yang penting sedap)
5 sudu makan butter tidak bergaram (aku guna brand Tatura)
2 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan confectioners' sugar ( sebabkan malas nak cari gula ni so, guna gula aising aje la)

  1. Panaskan oven. Alaskan tin pembakar dengan kertas dan sapu mentega di bahagian tepi sebelah dalam tin pembakar supaya kek mudah dikeluarkan setelah masak.
  2. Campurkan tepung kek, baking soda, serbuk koko dan garam. Gaulkan sebati.
  3. Dalam mixer, masukkan telur, minyak sayuran, buttermilk, pewarna, esen vanila dan cuka. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan kering yang telah disebatikan tadi ke dalam bancuhan dan pukul dengan kelajuan rendah selama lebih kurang 2 minit.
  5. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan bakar. Kalau ikut oven aku, aku bakar dalam tempoh 1 jam  dengan suhu 180c & api atas bawah.
  6. Bila kek dah masak, tutup suis oven, Buka sedikit pintu oven dan tinggalkan kek dalam oven dahulu. Dalam 15 minit baru keluarkan kek dari oven. Ini supaya kek x la tetiba terus mendap.
  7. Untuk frosting, pukul krim keju dengan butter dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga sebati dan gebu selama 2 minit. Kemudian masukkan esen vanila. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis dan pukul lagi sehingga gebu.
  8. Hiaskan la kek dengan frosting setelah kek dan sejuk pada suhu bilik.
Selamat mencuba ye. InsyaAllah kalau betul-betul ikut resepi menjadi la Kek Red Velvet tu.

Tuesday, September 18, 2012

BIRTHDAY BABAH KE 32

Rewind balik time bulan pose. Maklumla rajin sangat nak update blog. Orang dah masuk bulan Haji, awak dok citer bulan pose lagi.

Puas la dok nego2 dengan Hadi pasal nak pilih kek. Sudahnye ini kek yang dibeli..Kira ok la dari dia nak beli kek Angry Bird @ Kek orang main bola kat padang tu hihihi

Posing dulu dengan kek. Tengok Hana tu, suka sangat buat muka camtu bila ambik gambar

Potong kek..ni birthday sape ni..Hadi plak yang lebih

Friday, September 7, 2012

RUMAH MAHAL, SALAHKAN KERAJAAN

Ada kenalan kat FB update silap ludah haktui sebab marah harga rumah naik tinggi disebabkan Kerajaan. Hmmmm...mudah kan ada je yang x kena salahkan Kerajaan. Jalan berlopak salahkan Kerajaan, parit tersumbat salahkan Kerajaan, banjir pun salahkan Kerajaan....

Tapi kenapa tak pikir...

Harga rumah naik mendadak sebab aktiviti spekulator. Ini golongan2 yang bila ada perumahan baru dibuka untuk jualan, dia orang la sibuk dok beli. Bila dapat je kunci rumah terus iklan nak jual. tak percaya tengok la area shah alam, klang, petaling. Pastu up harga rumah 20-30% atau lebih sebab nak untung. Tuan rumah belum masuk rumah pun, berderet iklan ejen jualan bergantung sana sini.  Sebenarnya aktiviti2 ni la yang sebabkan kenaikan harga rumah yang melampau. Ini kes yang kaya jadi bertambah kaya yang miskin mengikat perut nak beli rumah. Nilai pasaran hartanah semasa ditentukan oleh transaksi jual beli hartanah di kawasan sekeliling tau. 

Itu la sebab Kerajaan perkenalkan Real Property Gains Tax. RPGT ni tidak begitu ketat tapi sedikit sebanyak spekulator ni akan berfikir  panjang. nak tau lanjut pasal RPGT, google la. Harap2 dalam bajet tahun ni, Kerajaan naikkan lagi RPGT. Kita bukan nak halang orang dapat untung. Tapi perbuatan dia orang ni menyebabkan orang2 yang berpendapatan sederhana tidak mampu membeli hartanah.

Pasal isu bahan binaan, x kan Kerajaan nak kawal semua harga barang. Asas ekonomi, supply & demand. Bila supply kurang tapi demand tinggi, dah tentu la pembekal2 (tengok la plak sape pembekal2nye. sendiri paham la) naikkan harga. jangan la plak mintak Kerajaan subsidi beli rumah. Kalau boleh dari lahir sampai ke mati kita ni nak makan subsidi aje ke???

Dalam kes rumah mahal ni, jarang plak dengar ada yang menyalahkan pemaju. Buat rumah high end & mahal2 je. Rumah untuk golongan pendapatan sederhana rendah & rendah x de. Patutnya dia orang ni pun patut dilibatkan. Dalam dunia ni semua berkait. Takdenya bleh jadi sendiri kecuali kuasa Allah swt.
 
Ada jugak yang mintak Kerajaan bina rumah mampu milik. Tapi setakat mana Kerajaan mampu biayai semua tu. Malaysia ni negara sedang membangun (developing), banyak duit nak pakai untuk physical / infrastructure development yang boleh dirasai semua rakyat & bukan segelintir sahaja. 

Tapi yang musykilnye, dok la kata rumah mahal nak beli. Tapi ada je yang ku tengok, kereta menjalar bukan main lagi, handphone memanjang tukar nak ikut peredaran masa konon, bila beraya baju berpasang2 pasang lip lap sana sini macam nak gi ABPBH. What ever la...hidup memasing kan...Jangan esok dah tua dok la menyewa lagi x berharta sikit pun.

TAKDE KERJA CARI KEJA

Tunjuk muka malu plak. Masa tunjuk punggung x plak malu. Aku x kisah la apa fahaman politik pun. Budi bahasa dan pekerti tu perlu dijaga. Beringat2 la sikit jangan jadi lembu yang dicucuk hidung. Sekarang dah susah, sape nak tolong. Kesian kat mak bapak yang tak berdosa, tanggung malu keluar paper & tv nak mintak maaf atas perbuatan ko.

Tuesday, August 28, 2012

BILA CIK DIBAB DAH MAKIN LASAK

Terpaksa la babah sekat jalan ke dapur & ke tangga...Cik Dibab dah mula nak memanjat tangga. Sambil-sambil tu dok kacau ibu buat kerja kat dapur. Nasib baik Cik Dibab x terpikir lagi nak merangkak ikut bawah meja tu.

PROJEK BULAN PUASA 1

Tart nenas la apa lagiiiii.................
6 biji nenas yg harganya RM3/biji...puas la nak kopek kulit & buang mata yang tajam tu
Masak la nenas yang dah di blender sampai hampir kering airnya baru ditambah gula
Masak lagi sampai la jadi begini...kalau diangkat dengan sudip, x mudah jatuh. Baru senang digentel
Kerja yang paling malassss nak buat...menggentel
Ok...kerja2 menekan, menggulung & merias plak

Wednesday, August 8, 2012

2ND TIME CIK DEBAB KENA TAHAN WAD

Dah bagi ubat dengan antibiotik tapi nampaknya x berkesan. So, isnin pagi (23/08/2012) bawa ke DEMC. Hajat hati nak mintak tukar antibiotik lain. Tapi bila doktor check, demam dah masuk 5 hari & tonsil kiri kanan masih bengkak walaupun ambik antibiotik, doktor advise tahan wad nak bagi antibiotik thru IV.

Kesian tangan Cik Dibab nak kena cucuk...Tapi ini saja la jalannya. Daripada temperature naik turun x menentu, takut2 boleh kena fit. Nauzubillah mintak la jauhkan. Cukup2 la Hadi sorang kena camtu.

Kesian baby ibu..muka sedih je..Lalok pun ye sebab layan ubat

Hari Kedua dah mula bosan. Budak aktif sekali kena duduk wad memang mati kutu la
Nasib baik ada Cartoon Network dapat la jugak hilangkan boring
Tapi bila TV pun dah muak tengok, mula la tunjuk perasaan. Ngamuk sebab ibu x bawa jalan2 kat luar. Kalau kat rumah nenek abis dijelajah satu rumah kan :-)
Alhamdulillah, Rabu tengahari doktor kata dah boleh keluar sebab Cik Dibab dah x demam. Cuma kena continue makan antibiotik (jenis lain dr yang memula makan) untuk 2 hari lagi.

Thursday, July 26, 2012

ALHAMDULILLAH

Email yg diterima 12.30 pg tadi
Alhamdulillah...dapat bonus Raya. Orang kata bonus pilihanraya... Eh dari tahun lepas pun macam tu jugak orang kata. Tapi x jugak pilihanraya :-) Terima kasih daun keladi Tok Jib. Gaji dah naik, elaun dah naik, bonus pun dah dapat....apalagi kerja la elok2. Jangan nak mengular & bertai chi je

Monday, July 23, 2012

HELPFULL TAK BERTEMPAT

Ok babah...jangan risau kita tahankan tangga ni.
Apa cepat sangat turun ni Babah? Kita baru nak tolong pasangkan mentol. Apsal x menyala plak tu??
Eh eh eh..alamak tersilap langkah la plak. Ni ibu kita la sibuk plak flash kan camera. Dah kita terlepas plak nak pijak tangga.
Ok ok...confident..confident..Kaki kanan plak dulu. Ok Babah, dont worry. Kita nak datang tolong ni

p/s: Kita nak bg tau ni..Abaikan rumah kita yang bersepah tu tau. Ibu kita cita2 tinggi nak sambut raya tahun ni. Abis tunggang langgang rumah dikemasnya. Ni pun dengar cerita, ibu kita nak suruh Babah kita drill balik dinding sebab nak susun balik frame2 feature wall. Kita tengok babah kita tu dah senggih2 semacam je. Tu rela dalam keterpaksaan la tu hahaha. Takpe..takpe. kita bleh tolong Babah

Ibu kita nak cakap jugak:
Apa ke halnya anak pompuan aku ni x berbaju. Dia tgk Babah & abangnye x berbaju, dia pun ikut skali. Ni Babahnye punye kerja la ni. Ish ish ish...Pompuan kena pakai baju la Hana!

MY HANA

Kita ni bab memunggah memang no.1. Paling best kalo dapat kacau ibu kita tengah lipat baju. Bila ibu lipat baju, selalunya babah kena jadi guard kita tau. Dah la ibu kita ni memang rajinnnn sangat lipat baju. Mesti dia tension bila kita kacau kan??? Kita bukan nak kacau, cuma kita x bleh la tengok benda2 tersusun elok. Lagipun ibu kita comel bila dia tengah geram.
Haaa....Apa la agaknya yang ada dalam handbeg ibu kita ni? Kita nak handbeg gak. Tapi apa kita nak letak ye dalm handbag tu??? Haaaa kita letak botol susu & pampers ok tak??
Amacam rambut kita, stylo x? rasanya dah berapa kali ibu sikatkan rambut kita ni. Tapi ibu sikatkan stylenye skema sangat. Ropol2 & kembang2 camni baru la stylo mylo. Nah..nak skit x biskut kita ni?
Ibu kita ni memang rajinnnn sangat memasak. Kesian kat kita. Kekadang tu terpaksa la masak sendiri. Ibu kita kata kita ni kuat makan sekarang ni. Badan pun dah debab. Tapi kita rasa ok je. Eh...ada sesape x yang tinggal dekat2 dengan rumah kita. Agak2 lapar, kita boleh singgah

Monday, July 9, 2012

FAREEDA TO LET GO @ UNTUK DIJUAL

Salam...So ada 3 tudung Fareeda original aku nak let go. Masih suci x pernah berpakai lagi ok :-) Alasan nak jual: panjang ceritanya. Kononnya beli tudung dulu, pastu baru nak cari kain yang matching untuk dipakai sedondon. Sampai ke sudah, bayang kain pun x nampak. Aku rasa macam gelap je masa depan tudung ni untuk aku pakai. So, aku nak let go. Tudung2 ni aku beli end of last year @ awal tahun ni (nampak sgt dah tua) time sale.

Harga aku nak let go ni, RM120 kalau ambik sendiri @ kita jumpa kat mana2 area Klang, Shah Alam @ Putrajaya (hari bekerja saja). Kalau nak diposkan, sila lah tambah RM6. Kalau berminat plz email kepada zidasaddle@yahoo.com. Ni harga x buat untung k. Itu la harga yang aku beli, itu jugak la harga yang aku jual.

SOLD
SOLD
SOLD

Thursday, July 5, 2012

BONUS RAYA..(RUMORS SEMENJAK DUA MENJAK)

Syukur alhamdulillah...Rezeki jangan ditolak. Punya la baik PM bagi bonus nak raya..anak2 nak masuk sekolah pun sblm ni dapat bonus. Apa lagi yang x puas hati?? Kerja la elok2. Jangan dok ngular..tai chi sana sini kerja tu. 

Bila PM umum nak bagi bonus, ramai jugak yang x puas hati...yang dapat pun x puas hati, yg x dapat lagi la sakit hati.

Yang dapat bonus, komen plak bonus yg dibagi sikit, nape x bagi sama rata? Tapi yang peliknya bila tang kerja x pulak ko pikir nak bagi sama rata kan. Kejap2 macam chipsmore je kat opis tu. Masa mula2 aku kerja dulu gaji kecik, dapat bonus pun skit. Jeles jugak tgk pegawai2 senior & org2 atas dapat bonus besar. Tapi aku redha kerana setiap orang ada rezeki masing2 yang ditentukan Allah s.w.t. Mungkin rezeki kita x datang dalam bentuk bonus. Tapi datang dalam bentuk lain contohnya diberikan anak2 yang soleh & pandai, kesihatan yang baik, hidayah untuk taat pada agama etc etc.. Contoh paling dekat, mama aku. kerja atendan hospital je dulu. Dapat bonus pun sikit tapi merasa la anak2 pakai baju baru setiap kali raya & bukak sekolah. Alhamdulliah..sekarang anak2 semua boleh berdikari & x lupa pada parents. 

Yang x dapat macam kakitangan swasta tu x payah la dengki. siap kata gomen ni lembab etc etc. Well kalau dah kakitangan kerajaan ni ada 1 juta lebih je nak cater 28 juta ++ manusia kat Malaysia ni  mesti la ada masalah sana sini. Yang orang x nampak kakitangan gomen yang bersengkang mata, tinggal anak bini hujung minggu sebab tuntutan kerja. Orang luar ingat kakitangan gomen ni keja senang je. cukup time balik. Well memang ada segelintir macam tu, tapi jgn sebab seekor dua, nak pukul rata kat semua.

Kakitangan swasta pun ada gak yang macam tu kan?? Swasta pun ada yang lembab kan???  Dah nama manusia. Nothing is perfect. Ada syarikat swasta yang dapat bonus berbulan2 sebab prestasi bagus. Kita org, org gomen ni dapat berangan je la nak dapat bonus berbulan2. Tapi ada gak kakitangan swasta yang x dapat bonus langsung. Maybe sebab prestasi syarikat x berapa bagus. Yang penting bersyukur masih ada pekerjaan untuk menampung hidup. Ada lagi cara lain nak tingkatkan pendapatan. Contoh terdekat, abah & mama aku. Gaji kecik sebab lulus sekolah rendah & setakat tingkatan 3. buat partime kerja kat kilang & jugak kat rumah orang2 tua. Alhamdulillah...x la mewah tapi keperluan & kehendak anak2 x pernah terabai, Walaupun kalau berjalan2 pergi zoo negara @ bukit cahaya sri alam selalunya mama bangun pagi siapkan bekal mihun @ nasi lemak. Yang penting kami bahagia dengan rezeki yang ditentukan Allah s.w.t.

Sekarang ni ramai dok bising gaji kecik, petrol naik harga la bla bla bla....tapi pakai black berry. keta mengalahkan pegawai. pegawai pun pakai kancil @ myvi je.

Dapat bonus ATAU X DAPAT PUN baju raya untuk anak2 kena beli jugak. Cuma  kalau dapat, bleh la save sikit duit dlm bank :-)

Monday, June 11, 2012

JAKARTA-BANDUNG: PART 2

Pagi2 lagi dah gerak dari Jakarta menuju ke Bandung. Puas la mengangkut 4 beg besar yg bleh muat 16-18kg/beg. Sengsara la jugak. Mau x nye. Dah en. suami kena jaga anak2. Mama plak bw hand luggage. Sib baik la 4 beg tu hanya 2 yg berisi. Yang 2 lagi tu utk brg2 yang akan dishopping.

Destinasi pertama bila sampai Bandung...Tangkuban Parahu. Ni sesape 1st time gi Bandung kalo x jejak memang kira x cukup syarat la.

Lokasi wajib untuk bergambar. X sempat nak pikir nak posing camner...orang dah ramai dok tunggu turn
Kawah Ratu...salah satu kawah gunung berapi. Berasap2 kat hujung tu
Ibu cakap gunung berapi, Hadi ingat Gunung Bunga Api. Puas la dia dok tanya "Mana Bunga Api bu?"
Sape yang rajin boleh la menapak tengok kawah yang lain pulak. Tengok la nunnnn jauh kat sana. Sori la tengah2 panas ni nak menapak dgn budak2 lagi fuhhh
Masa kita orang sampai ni punye la ramainye manusia. Kebetulan kat Indon pun time cuti sekolah. Yang x tahannye penjual2 yang ada kat situ. Dok la ikut ke mana je kita orang pergi.
Posing jap...Apsal pulak jari tu tunjuk 3 Hadi. Peace guna 2 jari aje la hahaha
On the way nak pergi lunch, singgah plak kat ladang strawberi. Hadi bukan main suka dapat petik strawberi. Walaupun sebenarnya x reti nak pegang gunting. Dan dan tu la nak belajar menggunting. Hana jadi tukang tengok je :-) 

Risau je..takut dia  terpotong jari
Hana pun sibuk nak tengok
Ini la rupa kebun strawberi
Suka sangat senyum sampai sepet mata.

Yang ni aku x pernah tengok...Ada plak rekreasi untuk budak2 tangkap anak ikan. Siap ada flying fox plak kat situ. Macam x percaya je aku tgk flying foxnyer tu. 
Lunch @ Restoran Sederhana, Masakan Padang. Ok la makanannye. Tapi lagi sedap makan kat Sari Ratu kot :-)