Monday, October 28, 2013

M&M Cookies

Meriah kan warnanya....nyum nyum. Rasanya pun sedap.

Dua beradik ni memang saja dijemput turut serta buat biskut ni.
Berebut-rebut nak letak cookies atas dulang. Lepas masak ni kalau ada terjumpa rambut dalam biskut, dah tau dah rambut siapa.

Ok resipi asalnya di sini. Ini resepi yang dah ditranslate kan untuk memudahkan sesiapa yang nak mencuba.

Perfect M&M Cookies

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan unsalted butter
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
12 auns M&M (lebih kurang 340gm)

Cara membuatnya:-

1.  Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan baking soda. Ketepikan.
2.  Pukul kedua-dua gula dengan butter sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3.  Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sehingga menjadi doh. Akhir sekali masukkan M&M dan gaul dengan menggunakan tangan.
4.  Sejukkan adunan dalam bekas bertutup di dalam peti ais selama 30 minit.
5.  Selepas itu, bulat-bulatkan doh sebesar duit 20 sen @ 50 sen. Susun di atas dulang. Jangan letakkan adunan terlalu dekat takut bercantum biskutnya nanti.
6.  Bakar adunan. Aku bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20 minit.

Bebola Keledek

Memula beli keledek oren kat pasar ingat nak buat donut. Tapi memandangkan kereta masih di bengkel, malas nak menapak ke kedai mencari yis segera. Tambah pulak dok hujan je. Sudahnya buat bebola keledek aje la.

Bebola keledek yang telah siap digoreng. Agak garing sebab melayankan si Hana Debab yang dok keluar masuk dapur
Bebola keledek yang telah disalut dengan gula kastor
Resipinya dari Izzah Muffin Lover di sini .

Bahan-bahannya sama macam nak buat jemput2 pisang. Cumanya untuk resipi ni, keledek kena la direbus dulu. Keledek kemudiannya dilenyekkan. Masukkan sedikit garam, telur sebiji, 1/2 sudu makan baking powder. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi boleh dibuat bebola dan tidak melekat pada tangan.

Gorengkan bebola dan letakkan bebola yang telah masak atas bekas yang dilapik dengan paper towel untuk serap minyak. Kemudian golek-golek bebola dalam gula kastor. Buat sampai habis dan bolehlah dimakan.

Saturday, October 26, 2013

IKAN BAKAR PORTUGIS VERSI CHE MAT GEBU

Semenjak dua menjak ni jarang dah keluar berjalan-jalan setiap minggu. Nak jimat duit. Bukan apa, Hadi setiap kali keluar nak beli mainan la, buku la, jajan la. Kalau abangnya dah beli, adik pun nak jugak. Bukan la nak kedekut dengan anak2. Tapi Hadi tu, tiap2 hari beli mainan, kat stesen minyak pun jadi gak dia bershopping mainan. Yang paling xtahan, mainan2 tu cuma kekal jadi perhatian paling kuat pun 2 hari. Lepas tu, patah la, pecah la, sepah merata2.

Jadi sekarang ni, dalam sebulan ada 4 kali weekend. 2 kali weekend je boleh keluar jalan2. Jimat duit minyak, parking, makan minum.

Ok sebelum melalut lagi jauh. Disebabkan malas nak keluar, makannya kena la masak di rumah. Ni masakan paling senang nak buat. Ikut resipi Che Mat Gebu. Resipi sila la rujuk di sini ok. 

Dah siap masak sambal, letak sambal dalam pemanggang ajaib yang dilapikkan dengan aluminium foil. Kalau ada daun pisang boleh guna gantikan aluminium foil. Susun ikan dan curahkan lagi baki sambal yang ada. Taburkan daun kantan yang telah dihiris nipis.


Lepas tu, tutupkan ikan sepenuhnya dengan aluminium foil. Bakar ikan sehingga masak.


Ini la rupanya setelah masak. Rasanya dalam 15 minit je ikan dah masak kalau guna pemanggang ajaib ni. 


Ok, selamat mencuba resipi Che Mat Gebu.

Monday, October 21, 2013

Gelagat 2 Beradik

Tak nak turun ke Hana...
Abangnya naik balik. Tunggu dulu Hana
Woiii tepi sikit la
Woiii tak dengar ke? Tepi sikit la
Ok Hana dah boleh turun. Abangnya dok pegang pinggang adik
Abang tersenyum gembira sebab adik berjaya gelongsor ke bawah

 Ibu & Babahnya tengok dari bawah sambil gelak sakan. Poyo la Hadi ni :-) Adik relax je.

Sunday, October 20, 2013

Ayam Percik Kelantan Menggunakan Pemanggang Ajaib



Resipi ni aku ikut dari blog aziejaya jugak. Resipi asal di sini. Cuma aku tambahkan skit cili kering sebab nak pedas.

Bahan Utama
Ayam 3 paket ( beli di tesco yang peha+thigh single)

Bahan perap
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam

Bahan kuah
1 tiub santan
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 tangkai cili kering (yang jenis kurang pedas. direndam sekejap dengan air panas)
Garam
1 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping

Cara memasak:-

Bersihkan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap yang telah dikisar halus. Perap dalam 30 minit.

Kisar bahan-bahan kuah kecuali asam keping, gula pasir, garam dan santan.

Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kuah sedikit pekat.

Panggang ayam di dalam pemanggang ajaib. Bila 3/4 masak, guna senduk dan curah sedikit kuah di bahagian atas dan bawah ayam semasa memanggang.

Bila ayam dah masak. Tutup api dan hidangkan.

Kalau rajin boleh la buat nasi kerabu untuk dimakan bersama. Kalau x rajin macam aku, makan aje la dengan nasi putih. Sedap jugak.

Saturday, October 12, 2013

Stew Daging diinspirasikan oleh Aziejaya

Tekak ni dah boring asyik makan lauk yang sama. Kali ni nak makan western skit. So, masak la stew daging yang diinspirasikan dari blog aziejaya. Original resipi dimasak dengan slow cooker. My version, reneh atas dapur je. Bahan-bahan yang digunakan lebih kurang sama saje. Cuma ada substitute dengan bahan lain dan dikurangkan.

600 gm daging batang pinang (dipotong kiub)
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong panjang2)
2 biji kentang (pakai yang russet punya potong 12)
1 batang celery (potong serong) 
1 paket cendawan butang (dipotong 4)
3 ulas bawang putih (dicincang)
6 cawan beef broth (6 cawan air didihkan dengan 3 kiub daging knorr)
1 tangkai thyme segar
2 helai daun bay (pakai sehelai je)
1 sudu besar oregano kering
3 sudu besar tomato paste
3 sudu besar tepung gandum
Minyak zaiton
Garam
Lada Hitam


Langkah 1
Gaulkan daging dengan serbuk lada hitam, garam, dan tepung gandum.


 Langkah 2

Goreng daging dengan sedikit minyak zaitun hingga keperangan. Elok pakai non stick pan. Dah abis goreng, ketepikan.


Langkah 3
Guna minyak yang sama dan tambah sedikit lagi minyak zaitun untuk menumis bawang holland, bawang putih. Tumis hingga kekuningan dan masukkan daging, tomato paste, daun bay, oregano, thyme serta 3 cawan beef broth dan renehkan.


Langkah 4
Masukkan 3 cawan lagi beef broth sekali dengan lobak merah, kentang, celery dan cendawan.

 

Masak hingga daging dan bahan-bahan semua empuk. Tidak perlu tambah garam lagi sebab daging dah pun dicampur garam dan garam dari beef broth kiub knorr dah mencukupi.

Siap. Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun garlic bread. Saya prefer garlic bread.

Nak buat garlic bread senang je. Beli roti baguette dan garlic butter kat tesco @ giant. Potong serong roti baguette sampai habis. Sapu sebelah permukaan roti baguette dengan garlic butter. Pastu bakar @ grill sekejap roti dalam oven dengan permukaan yang disapu dengan garlic butter di sebelah atas. Bakar hingga permukaan roti yang disapu butter agak garing.

Saturday, October 5, 2013

Lemon Rosemary Roast Chicken


Resipi ni dah 2 kali buat. Bagi yang nak berdiet memang x berapa sesuai la resipi ni sebab ada ayam akan dilumur dengan butter ;-)

Tapi memang sedap ayam ni dimakan sekali dengan mashed potatoes, coleslaw & mushroom sauce.

Sila la tengok resipi asal. Cuma aku pakai 2 biji je lemon. Sebab mana muatnye lemon enam potong nak masuk dalam perut ayam tu.

Tuesday, October 1, 2013

To Let Go / Jual: Coach Gallery Signature Zipper Tote (Black)

Gambar sebenar

Condition: 9/10
Spec:
Bag Length: 12.5"
Bag Height: 9"
Bag Depth: 4.5"
Strap Drop: 4.5"
Material: Jacquard
Purchase Price: RM556
Selling Price: plz emel zidasaddle@yahoo.com
Reason to let go: Modal untuk beli bag baru :-)

Gambar ihsan global.rakuten

Sunday, March 31, 2013

Mix Match Hobo Nine West Vintage American Collection Untuk Dijual @ To Let Go



Spec:
12" L x 14" H x 4"D. 12" handle drop
Purchase price: RM580
Selling price: plz email to zidasaddle@yahoo.com
reason to let go: Modal untuk beli beg baru :-)

Wednesday, March 6, 2013

DARAH SATRIA

Aku tak nak buat entry ni sebenarnya..sedih, sebak, tak tahan air mata bila kenangkan isteri, anak2 & ahli keluarga mereka. Tapi sebagai penghormatan buat mereka yang terkorban & tercedera.

Al-Fatihah..buat pejuang-pejuangku yang terkorban. Yang tercedera semoga cepat sembuh & jangan patah semangat
Ramadhan yang lepas aku berkesempatan berjumpa & berbual dengan Allahyarham Insp. Zulkifli Mamat dalam satu function di Putrajaya. Arwah sempat berlawak dan berbual pasal persiapan baju raya untuk anak-anak. Masih terngiang2 lagi suara arwah kat telinga ni. Menitis airmata bila baca paper, anak sulong arwah sebaya pula dengan Hadi. Kesian kecil2 lagi dah kehilangan seorang bapa, ditambah kesian apabila isteri arwah pula sedang mengandung 2 bulan. Ya Allah...berat sungguh dugaanMu kepada mereka.

Kepada yang dok mengutuk mencaci polis tu semua, sudah2 la. cakap memang senang, cuba korang berada di tempat mereka. Hidup ni ada undang-undang & peraturan. Nak selesaikan masalah kena fikir jangka masa panjang, penyelesaian jangka pendek saja tak memadai. Keselamatan rakyat Sabah kini & akan datang amat penting.

Kepada yang mempolitikkan isu ini, sudah2 la tu. Berperikemanusiaan la skit. fikir la perasaan ahli2 keluarga pejuang kita. kalo ko x de hati perut pun, jangan la heret orang lain sama. 

Kepada yang jadi batu api @ batu ronson @ dalang, moga satu hari balasan yang setimpal akan menimpa mereka.

Al-Fatihah & RIP...Semoga tenang di sana
Kepada semua ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi menentang pencerobohan di Lahad Datu, saya mengucapkan takziah dan semoga tabah dengan dugaan ini. Sesungguhnya, kami amat terhutang budi dengan pengorbanan mereka.

Monday, February 11, 2013

Coach Embossed Patent Demi Clutch Fuschia To Let Go @ Jual


Coach Patent Fuschia Wrislet Original from Coach Outlet to let go. Condition 99% new. Br pakai bbrp kali. Reason jual: rambang mata nak beli lain plak. Interested plz emel zidasaddle@yahoo.com.

Warna sebenar mcm 2nd pic.