Thursday, September 23, 2010

APA LA PUNYE MAK??

Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya." Ditanya sama ada beliau masih menyayangi MFA, SN berkata: "Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (SH) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."KOMEN AKU: APA KE BANGANG PUNYE POMPUAN??"

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibutertuduhmeraung_pengsan2kali

Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H


tahun ni kira kali pertama la sambut puasa & raya kat rumah sendiri & kali kedua plak sambut raya dengan hadi. tahun ni baju raya hari pertama temanya warna biru turqouise.

syukur alhamdullillah semua persiapan dapat ready sebelum pergi shah alam. walapun aku bleh terlupa yang langsir dapur x ada. apahal la bleh terlupa plak ye. sib baik kain langsirnye dah beli berkurun dulu. sempat la potong & beli renda. lepas cuti raya & kedai pun mula bukak, apa lagi cepat2 la cari kedai jahit.

macam biasa la...beraya di shah alam, ampang, banting & sg merab. itu pun kat sg merab sebab nak ziarah kubur je. tapi senang la kan, x yah bergaduh tiap kali raya nak pikir & discus turn kampung siapa nak balik kan:-)))tp yang pentingnya semua ahli keluarga dapat beraya bersama. menu raya yang wajib kat rumah mama tiap kali raya: rendang ayam pencen, kuah kacang, nasi impit, ketupat pulut, kek & biskut raya. dan seperti biasa jugak, laksa dah jadi kemestian. cuma bezanya tahun ni, ada buat nasi minyak. walau pun cubaan pertama abah masak nasi minyak x berapa menjadi sebab nasinya lembik skit. cubaan kedua plak, mama & aku masak nasi minyak berjaya. so, sedap sungguh la makan dengan daging masak hitam yang abah masak. nyum..nyum...

insyaAllah ada perancangan nak ajak kawan-kawan rapat & sedara mara datang rumah untuk makan-makan. tapi mungkin dalam skala yang kecil je kot. bukan apa, maklumla bila dah terlampau ramai, x dpt la melayan & berborak dengan kawan2 yang dah lama x jumpa. tambahan plak, hadi tengah lasak sangat ni. takut x terkawal plak majlis nanti.

Thursday, September 2, 2010

kes buang bayi lagi


kali ni aku nak share gambar kes buang bayi kat seksyen 13, shah alam on 29 Ogos 2010 yg lepas. sakit hati betul bila dengar kes buang bayi ni. manusia x de hati perut je sanggup buat macam tu. sebab haiwan pun tau sayangkan anak dia. macam macam kes buang bayi yang ada. ada yang tinggal kan kat muka pintu rumah orang lain, ada yang tinggalkan kat masjid, ada yang lagi setan sanggup flush baby dalam tandas.

balik pada citer baby yang kena buang kat seksyen 13 ni. baby tu kiranye baru lahir dalam 1/2 jam la sebab uri masih ada, tali pusat pun belum dipotong & masih ada kesan darah yang fresh kat badan baby tu. baby ni dibalut dengan kain batik & diletakkan dalam beg kertas. lepas tu disangkutkan kat papan tanda beri laluan berdekatan dengan simpang tepi apartment brunsfield.


tapi nasib baik la, rasa ingin tahu sorang pemandu lori india, berhenti kat tepi jalan tu & pergi check apa ada kat dalam beg kertas tu. bila dia nampak baby kat situ & ramai pemandu lain yang lalu kat situ pun dah perasan jadi ada la ramai yang datang membantu sambil tunggu bantuan daripada pejabat kesihatan.

ada gak yang orang ramai yang dermakan selimut untuk baby tu. sebab kesejukan hanya dibaluti kain batik.



p/s: geram betul la...dia ingat baby tu apa, main sangkut2 kat papan tanda. eloknya orang yang buang baby tu disangkut kat papan tanda GIANT yang besar tu tengah2 panas terik. entah2 ibu baby tu pun tak tau anak dia kena buang. alih2 jantan x guna yang sebabkan dia mengandung buang baby tu & kata yang baby tu dah mati (thinking positive). bleh gak jd mcm tu kan???? hmmmmm...entahlah

gambar courtesy of:
http://www.facebook.com/album.php?aid=203750&id=714006511&ref=mf#!/album.php?aid=203750&id=714006511