Monday, April 25, 2011

TUTTI FRUITTI


balik dari antenatal class dapat la singgah Tutti Fruitti kat sect 13. dah lama teringin & akhirnya dapat green light en. suami. bukannye dia x bagi, tapi sebab aku ni selsema & sakit tekak. memandangkan hadi x ada & selsema pun dah kurang, dapat la merasa aiskrim yogurt kat tutti fruitti.

memula tu macam jakun gak, yelah x tau macam mana nak membeli. rupanya self service daaaa... kena pilih bekas dulu, pastu pilih la flavor plak & then bleh letak mcm2 topping daripada buah, kekacang & coklat etc etc. dah ambik apa yg patut sila la timbang kat cashier. tapi nak ingat kan la ye...masa ambik tu beringat2 skit sebab harganya bleh tahan gak. kalau x silap RM5.30 untuk 100gm.

yang aku ambik ni harganya dalam RM22.25. flavornye campuran original, red velvet & dead by chocolate. pastu letak topping longan, laici & choc chips. kalau ikut hati nak letak kacang2. tapi tengok la tu dah membukit, mana nak letak :-))

kelas antenatal..

apa kes dah masuk anak kedua baru nak gi antenatal class???? huahuahua...

alkisah masa 1st time preggy dulu, x sempat nak gi antenatal class sebab dah kena tahan wad. ni semua kencing manis punye psl la. nak tunggu plak next round punye class, dah selamat bersalin la plak :-))

nasib baik la kali ni dapat gak attend class ni. walau pun dah ujung2 ni. seronok pergi class ni. memula aku & en. suami takut ngantuk & boring je. maklumlah, kelasnye start pukul 9 pagi sampai 5 ptg. tapi sib baik la speaker2nya semua lawak2 belaka.

dapat la sikit panduan pasal labor pain (maklumla dulu bersalin c sect, tak tau menahu pasal labor pain ni), cara2 breast feeding yang betul, exercise waktu mengandung (walaupun aku x buat, jd tukang tengok je) & lain2 isu pasal kesihatan baby.

disebabkan kita org berdua ni 'bertuah sangat' masa sesi ice breaking terpilih kena perkenalkan diri kat atas pentas. sabor je la. ni semua angkara lagu berhenti masa 'dadu beracun' kat tangan en. suami. tapi x pe, dapat la hadiah cloth book.

pastu nak jadi cerita, penghujung class ada cabutan bertuah. rezeki anak agaknya, nama aku kena panggil pemenang ketiga cabutan bertuah. wahhhh seronoknya. suami kata berbaloi la bayar RM100 per couple sebab ceramah pun ok, siap ada makan minum & dapat cabutan bertuah lagi :-)

ni gambar2 yg sempat snap masa sesi exercise. en. suami x bagi aku buat. katanya org yg x mengandung pun seksa nak buat, ni kan pulak aku yang dah 8 bulan ni. Karang ada plak yang terbersalin kat situ :-)))
ni muka en. suami masa org dok concentrate dgr cikgu ajar exercise :-))

Monday, April 18, 2011

barang2 berpantang

disebabkan keadaan yg dah x berapa larat nak berjalan ni, awal2 dah siap beli barang2 nak berpantang. kalau nak harap en. suami nanti kelam kabut plak. baik pergi beli sendiri, sebab dah tau apa yg kita nak & x nak.

kali ni untuk jamu, x lalu dah nak makan jamu serbuk yang tukang urut Kak Mah tu buat sendiri. bercinta betul nak makan sebab rasa macam makan rempah kari campur rempah kurma. melekat kat tekak ni. kena siap ada air manis kat sebelah kalau nak makan jamu tu.

jadi nak memudahkan dah siap2 beli Ammy 60 days Sendayu Tinggi. tapi beli untuk yang makan & dalaman je.

ni le rupa setnye. gambar google je kat internet.

nak tau fungsi ubat2 ni bleh tengok kat sini

bengkung plak dah beli kat sini yang jenis lekat je. senang skit nak pakai. x payah la nak lilit2 bagai.


untuk lemak2 kat perut & lain2 bhgn badan yg naik lemak sakan masa pregnant, dah siap beli losyen mustajab untuk disapu. losyen ni sedap sebab dia panas & x rasa melekit2 @ berminyak. kira dia meresap la lepas disapu. pastu panasnya tahan lama. beli yang warna oren, x lalu la nak beli yang merah. takut panas melampau plak.

normal birth @ c-sect

appointment kali ni doktor tanya aku nak cuba ke bersalin normal. aku kata ok, kalau boleh nak cuba normal la. dulu masa bersalin c-sect, dekat 6k++ berabis. kalau normal, save la duit skit.

tapi doktor kata, kena tengok keadaan baby dulu. kalau nanti nak bersalin, aku ada contraction, baby pun elok2 sedang je besarnya boleh la cuba bersalin normal. doktor takut kalau baby besar & contraction x de, nanti baby boleh sangkut. kalau baby sangkut, ibu & baby sama2 problem. doktor pun problem gak.

ok la...kalau camtu we'll wait & see la macam mana.

bagi aku c-sect ni lama la skit nak menanggung sakitnya. yelah lukanya berapa lapis perut. masa bersalin tu memang la x sakit sebab dibius separuh badan. tapi lepas operate tu, Allah je yang tahu betapa sakitnya. kalau bersalin normal tu & x de apa2 complication, mcm adik ipar aku tu, x abis pantang lagi tp dia dah nampak bertenaga. yang aku ni dok membongkok skit bila jalan. sebab takut perut tegang & tertarik tempat operate tu.

dulu ada exofismate aku, dia kata bersalin c-sect ni x sakit sangat macam dia yg bersalin normal. hmmmm aku senyum sinis je la. dalam hati dok kata, cakap memang sedap, cuba ko yang kena. memang la masa operate x rasa apa. tapi lepas operate & ubat bius hilang, sakitnya & pedihnya aduhhhhh x terkata. nak bersin @ batuk @ gelak pun takut tau.

p/s: teringat plak kes isteri sepupu aku. isterinya dah sakit nak bersalin, x de complication jadi cuba la bersalin normal. sekali babynye x nak kluar2. masa tu dah bukak berapa cm dah. memang sakit yg amat la sebab ada contraction. sudahnye, doktor decide kena c-sect. bila dah c-sect, ada bleeding plak kat rahim. nak x nak sepupu kena benarkan doktor operate & buang rahim isteri dia. itupun bleeding x berhenti gak. doktor terpaksa masukkan kapas @ gauze untuk serap bleeding tu. syukur alhamdulillah...semua selamat. cumanye x bleh la nak pregnant lagi.

check up @ 16 April 2011

ari ni checkup, doktor kata kalau ikut LMS kiranya kandungan ni dah 31 minggu. bila scan tengok baby dah 2.0++ kg, kiranya dalam 33 minggu la. So, perkembangan baby cepat skit la.

doktor kata nak jumpa lagi 1 bulan. dlm fikiran aku ni, mcm x percaya plak. biar betul doktor ni. aku ni rasa macam dah x terdaya lagi. dia bleh plak nak jumpa 1 bulan lagi. silap2 aku bersalin dulu, x sempat nak jumpa dia balik.

sampai kat umah en. suami suruh buat appointment awal skit. lagi 3 minggu ke, kira2 sabtu pertama bulan Mei. en. suami kata dia risau dah tengok perut. macam dah nak bersalin dah.

and seperti biasa, isu sex baby dalam perut ni masih jadi tanda tanya. masa buat detail scan, doktor yang scan ckp lain. dalam report tulis lain. masa appointment plak, doktor zamri ckp sama dengan yang doktor scan tu cakap. whatever la..janji baby ni sihat. kalau anak perempuan, bonus la kat kita org. kalau dapat anak lelaki, bersiap sedia la kemungkinan dpt sorang lagi yg hyperaktif. tp sekarang ni lelaki @ perempuan pun sama je aktifnye kan??

Friday, April 15, 2011

Makan makan @ Asiari, SACC Mall

Semalam disebabkan balik awal, en. suami ada mtg kat UiTM Shah Alam & x menyinggah umah mama, kita org terus dinner kat luar.

Penat dek melayan hadi kat ofis sampai x sempat makan nasi untuk lunch. minum milo ais & makan roti krim je. Jadi dinner nak makan nasi la. So, apa lagi masuk la Asiari. tapi sebelum gi Asiari, hadi dah 'pau' mainan kat babah dia.

Senang la skit nak makan, sebab hadi dok sibuk main. Tapi kejap2 dia kacau babah dia suruh betulkan mainan. Kesian en. suami, sabar je la ye.

Well...apa yang kita org makan??

Me...pilih nasi goreng dgn chicken wings. dalam nasi goreng tu ada kismis. sedap la makan ada pedas skit, manis skit. Tapi sambal goreng dia tu memang pedas la.

en. suami plak pilih ayam percik dengan nasi butter. en. suami kata sedap, kalau ikut tekak aku ni kira ok je lah.

minum plak....ice lemon tea & air longan. air longan tu sedap tau...rasa fresh sebab dia letak skit daun pudina. walla...sejuk tekak den.

dan yang paling sedap la..chicken wings dia. perghhhh kalah KFC la. garing & berempah kat luar tp juicy kat dalam. untuk yg berdiet, memang hancusss la kalau makan chicken wings ni

Wednesday, April 13, 2011

11 April 2011: my 32nd birthday

ari ni baru ada hati nak tulis pasal birthday. x celebrate pun. cuma dapat wish from en. suami & nyanyian lagu merdu happy birthday from hadi :-)

al kisah, x de kerja cari kerja. ingatkan malam 11 April 2011 tu nak balik umah cepat & lepak2 je. nak jadikan cerita bapa mertua ku yg 70 tahun lebih tu bleh plak jatuh motor. sebabnya tayar motor dia meletup. yelah, kira macam malang x berbau. tp yg aku & suami rasa x brp nak puas hati tu sebab kedegilan bapa mertua aku tu. maklum la org tua kan. kalau ditegur nanti merajuk plak.

ada ke patut dari ampang tasik tu, bapa mertua aku bleh lagi naik motor dgn mak tiri suami aku tu pergi chow kit. semata-mata nak pergi beli barang2 basah. macam la kat area rumah tu x de pasar @ kedai yg jual barang2 basah. mata tu dah la x berapa nak nampak, ada sakit gout plak tu. ada hati lagi nak bawa motor pergi chow kit. alahai bapa mertua ku!!!!

dah la masa tu hujan & peak hour. time org balik kerja. nak dekat 1 jam lebih gak adik ipar aku gi jemput bawa bapa mertua aku ke hospital. lepas ambik hadi kat shah alam, kita org pun terus ke hospital ampang la nak gi ziarah. x pergi karang bleh jadi isu besar.

en. suami dgn adik & abangnye memang dah maklum perangai bapa mertua aku tu. memang degil & penakut nak gi hospital. adik ipar aku kata, masa memula dia sampai kat tmpt kejadian, bapa mertua aku mintak bawa gi klinik biasa je yg ada kemudahan x ray. bleh mcm gitu plak???

bila x ray kat hospital ampang, tengok tulang dekat bahu dia patah. doc bagi ubat tahan sakit & mintak dia dtg balik awal bulan 5 untuk operation. pelik gak aku, tangan patah bleh balik dulu ye??? sudahnye sampai pukul 10 lebih kt org kat sana. sampai umah dah dekat pkl 12. apa lagi terus bersiap sedia tido la. esok pagi2 pkl 5 dah nak bangun plak.

penat...penat...spoil my day betul la. tp syukur la nothing serious sangat. kalau x makan hari la plak en suami nak berulang alik mensettlekan hal bapa mertua aku tu.

al kisah suatu masa dulu...

masa memula lepas final semester punye exam, aku dapat kerja kat accounting & secretarial firm. masa tu gaji cuma RM900 lebih je. nak pergi & balik keja punye la azab turun naik & bertukar bas. sib baik baik la bila dah lama sikit keja tu, ada kawan yg sanggup tumpangkan separuh jalan. bila bagi duit skit kat dia, katanya x payah. syukur alhamdulillah, murah lah rezeki dia hendaknya.

ni yg nak cerita sebenarnya. ada la satu hari tu aku dok kemas2 workstation,terjumpa la sekeping kertas A4 yang ada tulis2 calculation. bila tgk2 mcm calculation utk belanja gaji bulanan. ada mcm2 item la, bayar rumah, kereta & yg menarik minat aku part peruntukan untuk abah RM50. hmmmmm...terbayang2 dlm kepala aku ni, gaji RM2500 lebih. x kan la bagi bapaknye Rm50 jek. anak baru sorang. ada kereta & motor kapchai sebijik. rumah plak sewa flat je.

al kisahnye...beberapa hari kemudian gaji pun masuk. so, bos aku pun tanya la soklan cepu emas? soklannye "siti slalu bulan2 bagi duit x kat parents" aku pun jawab la ada. dia tanya lagi "slalu berapa siti bagi?" aku jawab lagi "ada la dalam RM150" bos aku tadi pun macam terkejut je la mukanya siap cakap "wah, gaji siti kecik macam tu pun bleh bagi sampai Rm150 bulan2 ye"

bagi aku RM150 tu pun kira x cukup kalau nak bandingkan dengan kos yang dtanggung parents aku ms belajar dulu. and setiap kali naik gaji, setiap kali tu jugak la peruntukan untuk parents aku lebihkan. rezeki kena kongsi sama2 la kan.

oppssss..lupa plak nak bagi tau. kertas yg ada calculation2 tu tadi, bos aku tu punye la :-)) aku rasa dia x tau pun aku terjumpa kertas tu. lagipun dah aku buang dlm tong sampah. karang malu plak dia kalau org lain terjumpa kan???

cerita ceriti...

taking into consideration bil. ahli keluarga yg bakal bertambah ni, kita org ni dah mula berkira2 nak cari kereta lain yang lebih accomodating. maklum la kereta skrg ni bonet belakangnya kecik. masuk je stroller, terus benda lain dah x bleh nak masuk. abis tu x kan nak letak kat seat belakang. kesian plak si hadi nanti. terpaksa duduk dengan barang2 kat belakang. itu belum lagi kalau nenek & atuk ikut skali gi jalan2.

kekadang jealous gak tgk kengkawan mampu pakai kereta cap2 berharga tinggi ni mcm honda la toyota la chevy la etc. bila pikir2 insyaAllah kalau ada perancangan kewangan yg tight bleh la pakai. tp rasanya x sanggup la bajet2 part makan minum pakai. lagi pun insurans utk anak2 pun penting, ansuran rumah lagi, komitmen family (mama & abah) lg.

en. suami kata, kalau nak pakai kereta yg mahal & selesa boleh, tapi dia kena kerja lebih kuat la. time dgn family pun kurang. selalu kena outstation lagi.

ohhhhh tidak..bab2 tu la yg x sanggup. bab kena tinggal selalu demi nak dapatkan wang ringgit yg beriban2. dgn kerja sekarang pun, bila outstation x de kat umah satu malam je pun, aku dah mcm org hilang laki.

Monday, April 11, 2011

detail scan

25hb bulan lepas kena buat detail scan kat demc. nervous pun ada gak, maklum la suka sgt pikir yg bukan2 kan.

syukur alhamdulillah...doc yg buat scan tu kata baby ok. muka bulat doc kata lagi. and dr scan tu, bibir anak aku ni nampak gaya memang ambik pattern bibir tebal babahnye lah kan. x tau la plak kalo mata aku ni silap nengok :-))

ni gambar jari jemarinya...memang nampak 4 je, sebab ibu jari selalunya tersorok ke dalam. doc yg scan tu kata, kalau nampak 5 dalam scan tu kira problem la plak.

ni tapak kaki dia....hahahaha cutenye, rasa mcm nak gigit kaki dia bila kluar nanti

ni bahagian kepala dia. nampak macam dia memandang ke arah kita kan?? hai baby :-))

ni bleh nampak tulang rusuk dia

ni plak tulang belakang

kat sini bleh tengok & tau yang baby ni berat dalam 1.398kg & lebih kurang 28 minggu 6 hari


isu jantina plak...doc x bagi tau secara spesifik la. aku plak mulut ni macam terkedu bila doc tu sebut gabungan kromosom tu. lepas kluar je dr bilik scan tu, terus google. sebab apa??? nak cari gabungan kromosom yg doc sebut tu girl ke boy. hampeh betul laki bini ni kan? bleh plak x tau hihihi. bukan x tau, tp x ingat daaaa. dah lama tinggal skolah. kwang..kwang..kwang. so, girl @ boy ???? SURPRISE!! tungguuuuuuu

teringin sangat nak makan durian

dah beberapa hari teringin nak makan durian, so apa lagi sambar la dua biji kat kedai tepi jalan tu. walaupun bukan D24, x kisah la. janji dapat durian.

memula konon2 rajin la nak buat roti jala makan dengan serawa durian. sudahnya penyakit malas & x sabar2 nak makan serawa durian, sudahnye cicah roti gardenia dengan serawa aje la. siap simpan baki serawa dalam peti sejuk, so esok bleh sambung lagi. almaklum la en. suami x berapa kemaruk bab2 makan durian ni. hadi pun nampaknye ikut jejak langkah babah dia la. lagipun baru baik demam, nanti panas plak badan dia.

disebabkan ada baki lagi durian fresh, so buat la cucur a.k.a cekodok durian. resepi cucur durian ni belajar dari mak anjang. sebelum tu, memang x terfikir plak isi durian ni bleh buat cekodok. sedap tau cekodok durian ni. lembut, gebu & smooth je rasanya. en. suami yang x berapa makan durian pun bleh laju je makan cekodok durian ni.

bahan2nye & cara nak buat pun mudah je. masuk isi durian, tepung gandum, gula, soda bikarbonat sikit & air pastu diblender sampai adunan sebati. pastu apa lagi, goreng la macam kita goreng cekodok pisang tu.

Sunday, April 10, 2011

KURMA AYAM

Dah lama x masak ayam masak kurma. Semalam macam rajin je nak masak kat rumah (sebenarnya malas nak kluar).

senang je nak masak ayam kurma ni, lebih kurang macam masak kari. cuma guna rempah kurma instead of rempah kari.

memula tumis dulu bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih & kulit kayu manis sampai kuning. dah tu masukkan rempah kurma yang dah dilarutkan dengan sedikit air. tumis sampai naik bau. masukkan ayam dalam 5 ketul. biar sejat sikit ayam & then masukkan santan.

bila dah mendidih skit santan tu, masukkan la kentang, carrot, cili hijau & cili merah. masukkan jugak air asam jawa sikit. kalau malas like me, masukkan je asam keping satu keping. perasakan dengan garam & bila kentang & carrot dah empuk, tutup la api. settle!

Thursday, April 7, 2011

breastfeeding


al kisah...masa lahirkan hadi dulu, aku memang pressure. Yelah sebab bersalin ceaser, pastu nak berpantang plak. Tau je la pantang, mcm2 tukang urut pesan. Jangan minum air byk la etc etc. Habis gaya mananye susu badan nak ada. Nurse demc yg datang utk check up lepas bersalin plak, pesan minum je air suam mcm biasa. Katanya lg x de maknanye minum air bleh kembangkan rahim. dia tambah lagi, mana ada air yg diminum tu terus gi rahim, x de saluran pun nak ke situ (dlm pikiran aku betul gak kata nurse tu). nurse & tukang urut siap urut badan & breast nak bagi susu keluar. tapi ya ampun, mungkin sebab aku stress & menahan sakit ceaser tu susu pun sikit punye siksa nak kluar.tambah plak nipple aku ni jenis inverted.

sudahnye putus asa nak bagi susu badan kat hadi, sebab hadi plak tengah kena jaundice. kena paksa minum susu selalu. dah susu badan x de, bagi la susu tepung cap SNOW. maaf la hadi,ibu x mampu di saat tu. tapi x makna ibu x sayang kat hadi tau!

kali ni..cita2 tinggi nak breastfeed second baby. dah siap beli medela swing lagi. walau pun harganya mahal, tapi aku rasa berbaloi la dari nak membeli susu setin yang berat 650gm dengan harga RM70 - 80. Kenapa beli medela swing...sebab dah ada pengalaman beli yg manual & yg electric (yg murah punye) naik cramp tangan & jari jemari ni nak pam susu.

Hopefully niat murni aku ni tercapai la kali ni. InsyaAllah....

Tuesday, April 5, 2011

Result MGTT

dulu kan aku ada citer kena buat MGTT sebab nak tengok ada diabetes x pregnant kali ni. lupa plak nak citer result dah dapat. kwang..kwang..kwang

ni la resultnye...fuh nasib baik la x payah inject insulin sendiri lagi kali ni. cuma dr. zamri pesan suruh jaga diet. kalau tengok result ni, masa mula2 ambik darah result 4.0 je. tapi lepas 2 jam minum air glukos yg manis nak mamppppppss tu result jadi 8.0 kira terlebih la dari paras normal 7.8.

So. sekarang kena la kurangkan makan benda2 manis. Next time appointment doktor baik la aku pose gak dari malam tu sampai lepas jumpa doktor baru makan @ minum. tapi air kosong bleh la minum, agak kalo x minum air kosong langsung bleh merangkak la aku :-))

Sunday, April 3, 2011

kek butter bertukar jadi kek marble


Ari tu masa jejalan kat blog nanirostam, dapat resepi kek butter. tapi tekak aku ni kalau setakat kek butter ni x berapa nak jalan la. So, dapat idea nak transform resepi ni jadi kek marble perasa oren & coklat.

Senang je. buat adunan tu 2 kali satu perasakan dengan esen oren (kalau nak tambah pewarna kuning telur skit pun boleh gak). Yang satu lagi tu kurangkan tepung naik sendiri dari 6 oz jadi 5 oz. Tambah serbuk coklat 2 oz dengan susu pekat jadi 3/4 cawan (kalau x tambahkan lagi susu pekat pun ok dah). Nak bagi kek tu jadi marble, selang seli kan adunan tu masa nak masukkan dalam tin pembakar ok!

Full recipi kat sini ye.