Monday, January 30, 2012

AKU SAKIT MATA

Adoiiii sakit la mata aku nengokkan fesyen minah sorang ni. Plz la get a consultant ke hapa ke bagi betul skit apa yg ko pakai. Ni bukan nak mengutuk k. Tapi aku rasa minah ni kalo pandai pilih pakaian mesti bertambah cantik rupanyer. Satu lagi...rambut tu tolong la kemas skit. Kekadang tu dah macam baru bangun tido rupanye. Mekap pun biar la sesuai.

Cer tengok baju2 pilihan dia...

X kena langsung tang selendang @ ekor tu. Pastu pakai inner x sepadan. Nampak x sepadan sungguh.

Yang ni plak saiz baju macam terlebih besar. dah nampak lagi plump minah ni

Yang ni dari pinggang ke atas, nampak ok. Tapi ngape banyak sangat beropol kat ujung baju & kain dah nampak rendah & kembang semacam plak Eloknya kalau tang atas dah sarat, yang bawah tu biar la simple. Setakat kain je beropol ok la. Ni dengan baju skali beropol2

Dik...kalo badan tu plump x payah la pakai baju bunga lagi besar dari kepala. Aku pun suka kain bunga2 ni, tapi aku sedar diri ni kalo beli kain yang bunga ala2 comel je

Gambar kredit kepada web & blog yang ada watermark pada gambar tu ye.

Tak sudah..sudah

Dah org bagi peluang banyak songeh plak. Yang nak ramai2 masuk jadi panel tu kenapa? Patutnye sebagai ketua ko tau la nak bagi pendapat & pandangan. Yang nak bawa escort sampai 3 orang tu buat apa. Ari tu ko yang beria pukul canang x setuju itu ini. Bila panggil jadi ahli panel, dah kecoh plak nak bw masuk 3 org lagi. Kalo camni ni la bleh ke settle dlm tempoh 3 bulan.

Dah la whatever....yang penting buat kerja jangan mengular, jgn malas2.

Nak Jugak Citer Pasal AJL26

Well....kan dah mata cam Panda. Mak bapak dok layan AJL26, anak2 pun ikut skali tido lambat.

Apa yang boleh dikata pasal AJL26 ni...bagi aku memang best. Macam tengok konsert. Yang bestnyer:-

Projekpistol: Wallaa...sore vokalis dia memang macho+husky+romantik abis. Tambah plak dgn music arrangement & 'gorengan' gitar & pukulan dram dia. macam x boleh dok diam aku bila tengok dia org perform. Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu...huhuhu

Faizal Tahir: what to say...kalo perform memang all out. Siap ada berapi api pianonye. Tapi nasib selalu x menyebelahi dia. X dapat lagi gengam trofi Juara Lagu. 

Jaclyn Victor: Hahahahahaha...nape aku gelak? x de pape x de pape. Ayat2 dengki en. suami: ala lagu tu bukan sedap sangat, tapi sebab anuar zain yg nyanyi menang la AIM. bagi aku lagu2 macam ni dah biasa2 sangat. Lagu balada yang mendayu2 ni memang kegemaran ramai kan tu sebab menang kategori mobile Celcom tu. Tapi kalau dah selalu sogok kat telinga, aku pun naik boring. Tapi Jac punye sore memang best, walaupun x menang vokal terbaik. 

Aizat: Menenangkan bila dengar lagu ni. Cuma rasanya bunyi anklong tu ada masanya mcm x perlu kot. Relax & penuh confidence je Aizat nyanyi. Kurus betul Aizat sekarang kan. Bila la aku nak kurus macam tu...huhuhu

Trio Kalau Berpacaran: Hmmmmm...bosan. Sori la aku memang x minat dengan Ana Rafali.
Trio Beribu Sesalan: Music arrangement & penyampaian malam tu x berapa berkenan. Lagu tu lagi best yang original punye macam dalam drama Annisa tu. Ning Baizura macam sengsara nak nyanyi malam tu sampai tegang2 urat kat leher hihihi

Loque & Atilia: Salute la...musik malam tu lain dari kebiasaan. X kisah la kalo x menang pun. Tapi percubaan yang amat2 bagus & berani ambil risiko. Suara Atilia very cute :-)

Yuna: Gadis Semasa ok ok je. Dah rasa lain plak bila dia org buat2 arrangement baru ni. Best lagi yang original & aku sangat2 suka video clip dia. Very cute & chic.

Yuna: Penakut....terpaku aku tengok kat tv tu. Suka penyampaiannya. Lagu yang aku rasa x ramai boleh terima. Ramai yg buat2 lawak psl lagu ni. Benda baru kan. Tapi kalau kat oversea lagu2 macam ni dah bersepah kot. Tapi bagi aku, i am proud budak2 muda ni berani bawa pembaharuan dalam industri muzik Malaysia.   

Najwa Latif: Cinta Mukabuku biasa2 je. X puas hati sebenarnya kenapa lagu ni dapat masuk. Sedangkan lagu Pokok lagi best. Lagi2 kalau Pak Lang Hazama yang nyanyi :-))

Awan Nano: Ohhh rupa2nye M Nasir yang cipta lagu ni. nampaknye dah naik balik M Nasir ni. Dulu kan lepas arwah Loloq pergi, M Nasir macam ketandusan idea suka ati je kan nak cakap camtu. Sekarang dah dapat gandingan mantap ye. Ok la lagu ni memang best, simple, penuh makna & disampaikan dengan vokal yang bagus. X payah pakai baju mahal2 @ lawa pun. Selamba kodok je pakai tracksuit & t shirt.  

Yang lawaknye...masa memula Hafiz kluar & nyanyi lagu ni, en. suami mati2 ingatkan Herman Tino  buat gimic nyanyi lagu ni. Senijik dah macam anak beranak hafiz & Herman Tino ni aku tengok.Tahniah Hafiz dah 2 kali berturut2 menang vokal terbaik kat AJL. Mesti kembang hidung Hazama kena puji dengan M Nasir masa ucapan kemenangan.

Alyah: Kisah Hati ni pun satu...x suka arrangement malam tadi. Lagi suka yang original macam drama yang fathia kekwat tu berlakon. Baru la rasa macam berhantu sikit lagu tu. Remy Ishak ada ye malam tadi, bertuah la Aliah. Bleh jeles Tiz Zaqyah ni ada aku kesah kata Alyah.

Ni pasal hiburan sampingan plak...

Apa kejadahnye banyak sangat bunyi guruh & petir time Jamal nyanyi. Potong stim betul. Skit2 okla. Ni sepatah dua nyanyi guruh bunyi...sepatah dua nyanyi guruh bunyi. Hilang feel aku yg mendengar ni tau. tapi Jamal bab2 lagu macam ni memang terbaekkk, dah 'makanan' dia kan.

Awie punye performance ok. Tapi rasa macam tenggelam dek bunyi muzik. Nape x panggil Amy Search ye. Aku rasa Amy lagi best. bagi dia nyanyi lagu Pelesit Kota. Memang bergegar la stadium.

Sheila Majid: X padan dengan genit kan?? Tapi nyanyi relax je. X de la macam nak terputus urat kentut. Dah kurus dia kan x abis2 lagi dengan citer kurus2 ni.


Black, Hazama & Azlan: Ok la nak buat penyampaian cara baru kan. Tapi bagi aku, lagu2 lama ni lagi sedap dikekalkan dengan cara lama. Vokal ketiga2 tu x de masalah. Memang sore dia org best. Cuma ada part lagu Chow Kit Road tu, Azlan macam lupa lirik ke aku yang silap dengar. Haippp nak kena rotan ke?? Camne lagu Sudirman pun ko bleh lupa.

Friday, January 27, 2012

PUJAANKU........

Puan punye blog ada penyakit M...layan teaser ni ye


Thursday, January 12, 2012

Tangguh lagi SBPA???

Ntah la..dah malas nak mengharap. Kalau ada rezeki dapat la. Kalau x duduk je la kat skim sekarang ni dah x payah gaduh2 lagi. Pasal SBPA ni yang orang nampak hanya isu GAJI & exit policy. Punye la takut dapat markah rendah & tergolong dalam yang terkena dalam exit policy tu. Hahhh kalo dah tau takut kena exit policy, keja elok2. Jangan dok mengular, keja dok taichi kat orang sana sini, gebang je kuat kerja x tau buat. Bila dapat markah rendah salahkan bos, kata bos berat sebelah la, x pandai bodek bos la. Aku ni pun x pandai langsung nak bodek bos. Tapi syukur alhamdulillah x pernah la plak dapat LNPT kurang dari 90.

Ingatla..gaji setinggi mana pun kalau kerja tu x ikhlas & amanah, pikir kan la apa effectnya pada anak bini yang makan hasil gaji kita tu. & aku pernah disajikan satu cerita yang mana katanya, rezeki tu bukan terletak pada gaji & wang ringgit sahaja. Contohnya, mungkin gaji kita kecil, tapi sebab kita ikhlas & komited pada kerja rezeki mungkin akan datang dalam bentuk kejayan anak2 kita dalam pendidikan. Wallahualam.

p/s: Huhuhu walaupun naik skit je gaji, tapi syukur alhamdulillah & dah bajet2 naik gaji dapat simpan lebih skit & bw family melancong @ bg duit lebih skit kat mama sebab tolong jagakan Hana. Tapi apakan daya...SYMP

Thursday, January 5, 2012

LAYANKAN ANAK-ANAKKU

Sempena tahun baru 2012 & celebrate 6th Anniversary, aku dah booked 1 bilik kat Gold Coast Morib. Nape pilih Gold Coast Morib?? Sebabnya aku malas nak drive jauh2. Lagipun kat situ ada water theme park. So, sesuai la bawa anak2 kan. Walau pun si Hana Dibab tu punye la merengek bila babahnya rendamkan dalam pool. Ratenye 1 malam dalam RM250 - RM300. Ok la sebab bilik dia besar & selesa. Siap ada jacuzzi dalam bilikair & ada 2 complimentary pass ke water theme park.

Kalau x silap bulan Jan 2012 ni ada promotion, 1 malam RM200. Cuba-cuba la tengok websitenya kalau berkenan. Kalau rasa rate bilik tu mahal, boleh je beli tiket untuk water theme park saja. Dewasa RM25 & kanak2 3 tahun ke atas RM15. Nak beli @ sewa pelampung semua ada kat situ.Nak tukar baju @ mandi, bilik air & tandas pun selesa & bersih.

Sebelum pergi GCM, kita orang singgah Morib dulu memandangkan penuh orang kat GCM tengah check out masa pkl 12 lebih tu. Malas nak citer panjang2. Layan gambar dengan caption je OK :-)

Sotong bakar dengan sos & kacang goreng memang terangkat. makan nasi goreng kat 1 kedai tu amatla x sedap. Ntah apa2. Aku masak lagi sedap kot. Tapi lapar punye pasal, telankan jugak.
Jalan2 kat Morib..Sampai je En. Suami dah kena 'pau' kipas angry bird
En. Suami melayan anak daranya, Hana Dibab
Gelap la plak.. Jgn banyak komplen k. Nasib baik ada yg sudi ambikkan gambar :-))

View dari bilik
Jacuzzi..selamat 3 beranak berendam. Hana Dibab x join sebab penakut air & dah tertido kepenatan. Ntah apa yg penat pun x tau cik Dibab tu :-)
Memasing cuak. Hadi baru lepas tenggelam jap dalam air lepas naik gelongsor air kat belakang tu. Kesian dia. Marah dia kat En. Suami.
Yang ni x takut plak. Sebab ibunye dah suruh babah peluk Hadi kuat2
Sempat berjalan tepi laut masa air surut waktu pagi. Kalau la air lautnya bersih, boleh la mandi laut
Hana Dibab geli pijak pasir. Muka x mandi dengan baju tido lagi
Aku plak kena 'pau' Cars punye pelampung. Huhuhu
Pelampung Hana Dibab jadi mangsa Hadi
Breakfast tepi kolam. Makanan asal boleh masuk tekak je ;-(
Pesisiran pantai waktu air surut
Oh ye  lupa plak Hana Dibab dapat 1st bikini yang ku beli kat mothercare. Cute tak?? Tengok la pehanya tu huhuhu


Satu je kekurangannya kalau stay kat GCM, nak cari tempat makan yang sedap susah skit. Nak cari kedai makan kena menghala ke pantai morib. Kalo menghala ke Batu Laut alamat la gelap gelita je.Kat pantai morib tu ada la tempat makan, tapi nak yang sedap tu memang x dpt nak jamin la. Lagi pun kat area tu kawasan kampung, so x berapa nak hidup la.

Nak makan BBQ kat hotel mcm x berbaloi nak makan RM45 /head. Makan pun x berapa banyak sebab anak2 terlebih aktif kan. Bukan naknye lepak2 makan slow2 ni :-))

AKU X PAHAM

Aku x faham??? Tolong jelaskan dengan akal yang waras & justifikasi yang logik. Belajar pun x abis lagi. Makan minum pun mak bapak tanggung yang dapat PTPTN pun ada jugak agaknya. Kenapa perlu berdemonstrasi??? Malu aku bila mahasiswa boleh ke panggil mahasiswa kalau diploma pun x dpt lagi, yelah belajar pun blum abis kan yang kononnye golongan terpelajar tapi mudah dipergunakan oleh pihak2 yg x bertanggungwab untuk menjadi pelakon2 dan kuda2 tunggangan. SEDIH...amat2 SEDIH bila yang terlibat boleh kata semuanya ANAK MELAYU. ANAK MELAYU yang ada antaranya, mak bapaknye hanya bekerja kampung & berpendapatan rendah.

Adakah masa depan orang lain lebih penting dari masa depan KELUARGA, IBU BAPA, ADIK BERADIK & DIRI SENDIRI??

Dah tu sanggup pula menabur fitnah pada PDRM. Walau pun aku x de kat situ masa demonstrasi tapi fikir logik la. Takkan la korang dah berdemonstrasi macam nak naik hantu polis tu nak pujuk manja2 " Mari la dik mari kita naik lori pergi balai. Jom la...jangan la macam ni. Meh abang bawa gi balai ye. Tak baik tau buat macam ni. Jom la"

Tengok je kat youtube tu rasanya ada rakaman kejadian. Jangan setakat tengok tapi fahami & analisa la keadaan yang berlaku.

Pesanan buat adik2 yang masih belajar di Institusi Pengajian Tinggi "INGAT LA YANG IBU BAPA KITA MENGHARAPKAN SUPAYA KITA2 YANG CERDIK AKAL INI BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN DAPAT MEMBELA KEHIDUPAN KELUARGA BUKANNYA MEMBELA KEHIDUPAN ORANG LAIN YANG TIADA KENA MENGENA & TALIAN KEKELUARGAAN PUN SERTA BELUM TENTU BERADA DI BELAKANG KITA SEWAKTU KITA SUSAH"