Thursday, February 20, 2014

WEDDING @ NEGERI SEMBILAN (30/11/2013)


Aku lupa dah nama tempat gi wedding ni. Rasanya Kuala Pilah, tapi for sure dekat2 dengan Seri Menanti sebab on d way balik kita orang menyinggah ke sini. Sejak ada highway ni senang nak ke sana sebab x payah dah dok berpusing2 ikut jalan Bukit Putus tu.

Hana memang suka bab-bab pergi wedding ni. Iyalah dapat melawa. Sekarang dah pandai pilih baju sendiri. Nak yang cantik2 je. T Shirt dengan seluar legging ikut mood. Kekadang nak pakai, kekadang tak cantik katanya.

Lokasi utama yang akan dituju dek Hana ni dah tentunya la pelamin. Settle je makan, mula la dok tunjuk kat pelamin. Nak suruh ibunya bawa la tu. Malu jugak la nak ke pelamin sebabnya si Hana ni siap nak duduk kat kerusi pengantin. Kalo sedara mara sendiri punya kenduri x pe la. Ni kawan en. suami yang punya kenduri. Tapi dah nak sangat, aku letak kan je dia kat pentas tu. Pepandai la dia nak buat apa pun kat atas pentas tu. Pastu posing bagai, suruh ibu ambik gambar.





Baju peplum bermanik ni beli masa jualan akhir tahun Jakel kat belakang Petronas Section 7 tu. RM22 je rasanya kalau tak silap.


Settle semua orang makan & posing2, maka menuju la ke Istana Seri Menanti.




Ini gambar cubaan nak ambik famili photo. Neneknya jadi camerawoman guna nhandphone android aku. En suami dok tolong tunjuk kat mak mertuanya camne nak ambik gambar. Kesudahannya...langsung x dapat ambik gambar family dengan askar2 dua orang tu dok berlari sana sini. Dengan neneknya dok fail je nak ambik gambar. 
 



On d way balik, neneknya dok memborong ikan keli salai & itik salai yang dijual sepanjang jalan2 kampung.

BIG BAD WOLF BOOK SALE (6/12/2013)


Kali ni kira tahun kedua la aku pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni terpaksa pergi beberapa trip sebab kesuntukan masa nak membelek buku2 yang berlambak kat MIECC tu.



Ni 1st trip...ingatkan pergi  Jumaat malam ni tak la ramai orang. Punya la jem jalan dari tol Mines tu sampai ke jalan nak masuk ke MIECC tu. En. suami pelik sangat kenapa la sampai camni keadaannya. Itu la aku cakap kat dia Big Bad Wolf ni memang ramai orang pasal gila2 punya harga sale buku2nya. Dah tengok keadaan jalan ni baru nak percaya. Lepas tu pulak, kat dalam dewan MIECC tu sampai ke pukul 2 pagi pun ramai lagi orang. 
 


Askar2 dua orang ni pun diangkut sekali. Sebab trip kali ni nak membelikan buku2 untuk dia orang la. Tengah dok beratur nak membayar ni, dia orang biasala. Mana boleh dok diam.


Kesudahannya masuk kereta, on d way balik rumah yang si adik dah sujud syukur sebab kepenatan & mengantuk. Dengan mulut terngana & air liur melelah kat seat. Yang abangnya pulak melekat tido dengan abahnya kat depan. Tinggal la driver ni sorang2. X pe janji puas hati dapat membeli 


Ini la buku2 yang dibeli masa 1st trip. Kebanyakkannya hard cover & ada beberapa yang 3D & ada music. Harga buku2ni per piece dalam RM5-RM15 je rasaya. Kalau x silap, beli semua buku ni tak sampai RM100 pun. Tahun ni 3 kali trip pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni dah x beli buku2 masakan. Sebab tahun lepas punya buku masakan pun x sempat nak ditest resepinya. Beli novel2 & dictionary je.

TEATER BAHAYANYA WANITA (29/12/2013)

 

Rasanya dah bertahun-tahun tak tengok teater ni. Dulu-dulu pergi teater sebab kena paksa memenuhkan dewan. Kali ni memang kes sukarela nak pergi. Ni first time en. suami pergi teater. Sebabnya aku yang beria2 sangat nak tengok teater ni bila tahu pelakon2nya. At the same time jugak sebab nak celebrate anniversary. Tahun-tahun sebelumnya, kalau celebrate anniversary mesti pergi tengok wayang & karaoke. Jadi tahun 2013 nak buat kelainan sikit la.

Bam Bam nya kita orang berdua :-)
Persembahan pembukakan oleh Zizan Razak a.k.a. Syed Maadon

Berbalik pada teater Bahayanya Wanita ni, memang la best & tak kering gusi dibuatnya. Walau pun tahap 'kelucahan' nya tu kadang-kadang macam 'terlebih sudah'. Tapi sesuai la kan dengan watak Syed Maadon yang bini empat tu. Kalau x gatal x la Maadon tu sampai 4 bininya. Pastu punya la comelnya Syanie Masterchef tu pakai tudung jadi bini Ustaz (Johan Asaari).

Kebetulan pulak hari yang kita orang tengok teater ni (29/12/2013), Nasha Aziz dan Awie pun ada datang tengok. Cantik betul Nasha Aziz walaupun x mekap beria. Slim plak tu.

Sharifah Fatima Maruka (Umie Aida) i.e isteri pertama Syed Maadon
Kamelia (Erra Fazira) i.e. isteri kedua Syed Maadon
Memang bantai gelak aje la aku laki bini dengan penonton2 lain. Kira berjaya la nak buat kelainan celebrate anniversary kali ni. Walau pun awal harinya memang sakit hati sangat dengan 1 kejadian yang disebabkan oleh sorang manusia ni. Tapi what for nak rosakkan anniversary kita orang disebabkan sorang manusia ni.

Pasal gambar2 ni, Istana Budaya ada nasihatkan jangan ambik gambar. Tapi aku dok ambik jugak beberapa keping gambar, curi2 dengan handphone. Tapi kena la off kan flash. Nanti menganggu plak kan.

Disebabkan experience yang best ni, kita org macam excited plak nak tengok lagi teater @ Istana Budaya. In Sha Allah...kena la kumpul duit, sebabnya tiket teater ni mahal la sikit compare dengan tiket wayang. Tapi ok la sebab ko dapat tengok live pelakon-pelakon ni beraksi & ada aksi2 & dialog spontan lagi.

LAMA GILA TAK UPDATE BLOG

Last update penghujung bulan Oktober 2013. Dah masuk bulan Februari 2014, baru tergerak hati nak update blog. Bukan apa, awal bulan November aku kena attend kursus 6 minggu sampai la dekat cuti Krismas baru masuk kerja.

Dah lama benar x attend kursus dalam tempoh yang panjang, jadi stress dibuatnya. Kursus plak bukan setakat ko datang kelas pastu buat dengar x dengar. Kursus siap kena buat powerpoint presentation, group work, praktikal dan yang paling hazab ada 2 exam. Alhamdulillah selesai dah. Cuma result je tak tau. Lulus ke idak. Harap2 semuanya ok la.


Sepanjang kursus di Bukit Kiara tu, ini la makanan favorite aku & kawan2. Selang seli...kadang lamb chop, kadang chicken chop. Dia punya blackpepper sauce memang terbaik. Sampaikan baju-baju dah mula rasa 'mengecil' & chef yang masak tu dah kenal sgt muka kita orang.

Ni dah masuk ofis pun memasing dok teringatkan lagi lamb chop & chicken chop. Ada kawan aku sorang tu, badan je kurus tapi dua pinggan chicken chop dia bleh bedal sekali jalan. Hua hua hua...chef yang masak tu punya x percaya siap dua kali tanya masa nak ambik order.

Inilah cerita pemanas badan orang kata. Jadinya perlahan-perlahan la nak mengupdate cerita2 kat dalam blog ni. Baca la cerita2 basi yang akan menyusul kemudian ye