Sunday, July 31, 2011

rumah baru..oppssss penampilan baru

Dah nak masuk bulan pose..slalunye waktu2 ni, ramai yg dahmula buat persiapan raya. antaranya, tukar cat rumah.

so, mulai sekarang blog aku ni pun dah bertukar wajah. masih dalam proses lagi ye...especially bab fonts & colors dia

goodbye to the old template

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN

Apa la punye malas nak update blog ni...blog hadi tu pun dah 2 bulan lebih x update. banyak citer sebenarnya. tp menjaga 2 org budak bertuah ni kat rumah, sempat online dgn hp je. x dapat nak bukak notebook. kalau bukak nanti, hadi plak sibuk nak tgk youtube.

Sekejap je dah nak pose kan :-) Esok nak tengok anak bulan, InsyaAllah Isnin kita dah nak pose & bermula la bulan Ramadhan. Semalam en. suami naik komuter dr bank negara, katanya ramai sangat orang bawak beg plastik berlambak2 balik shopping dari SOGO. Normal la tu...tgh mega sale pastu dah nak raya plak kan. Time ni la elok shopping, diskaun melampau2.

Okla...Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Nak siap2 lunch kat luar :-) Nak gi shopping botol susu baharu utk budak 2 org tu. 10hb ni dah nak naik keja balik. so, kena prepare brg2 untuk tinggalkan kat umah nenek dia org nanti.

Sunday, July 10, 2011

RECAP (SAMB LAGI...)

Recap 6
Ari sabtu 14 Mei aku & Hadi dah bleh keluar hospital. Tapi baby masih kena tahan. Memikirkan bil hospital yang nak ditanggung (bil bersalin je dah RM6000 lebih), terpaksa la aku balik dulu & tinggalkan baby bawah jagaan Dr. & nurses. Sedih memang sedih, tapi kalau duduk kat hospital pun not much I can do. Lagi pun aku batuk & selsema teruk, menjangkit dari Hadi. Takut nanti menjangkit plak kat baby. Nak menyusu badan pun, susu tak keluar lagi. Kalau balik rumah bleh usaha berurut keluarkan susu badan.
***************************************************

Recap 7
En. suami hari2 lawat baby kat demc. Lepas aku keluar demc, baby kena jaundice plak. So, kena la tahan lagi kat wad. Tapi baby dah x pakai tiub dan boleh minum susu direct dari botol. Alhamdulillah…Kandungan gula dalam darah pun dah ok.

19 Mei baby pun dah boleh balik. Seronoknya dapat peluk cium baby Khayla Hana.

Nama ni aku yang bagi. Dulu lepas kahwin dah buat perjanjian dengan en. suami. Kalau anak lelaki, dia yang bagi nama & anak perempuan pula aku yang bagi nama. So, sekarang fair & square la kan

RECAP (SAMB...)

Recap 4
Bukan main jauh lagi entrance ke bilik operation. Seram sejuk gak memikirkan nak kena cucuk jarum untuk masuk ubat & air. Nak buat camne “no pain no gain’ kan. Baca la apa yang patut & focus kat benda lain supaya tak ingat sangat kesakitannya. Kali ni Dr. bius tak sama dengan Dr. masa bersalinkan Hadi dulu. Biusnye untuk separuh badan je, so sepanjang operation tu sedar la. Dapat la dengar Dr. & nurse2nye berborak sambil operate aku. Wahhhh nampak relax je dia org. Macam belah ayam je gayanye. Yelah dah beratus org kot Dr. tu operate. Kali ni Dr. pediatrik tak tunggu sekali kat bilik operation. Masa Hadi dulu Dr. Koshy siap tunggu dalam bilik operation.

Alhamdulillah dapat lahirkan baby girl seberat 3.55kg pada 12 Mei 2011, pukul 11.16 pagi.

Lepas operation mula la rasa sejuk sampai menggigil2 terketar2 bibir. Nurse kata tu effect dari ubat bius tadi. Siap kena balut dengan 2 lapis selimut, tapi still sejuk sangat lagi. En. suami naik risau & pelik sebab masa Hadi dulu tak de la sampai menggigil2.

Separuh badan dari pinggang ke bawah tak boleh gerak untuk beberapa jam. Tapi kali ni ubat bius dia cepat hilang plak. Puas la menahan sakit yang teramat sangat, berdenyut2.Sampai kena mintak ubat injection untuk tahan sakit. Lepas dapat injection baru le lega skit & bleh tido. Mama masa ni dah memang tido kat demc gak. Tolong jaga Hadi & aku gilir2 dengan en. suami.

Dalam 1 minggu operate nak bersihkan diri & mencuci lepas buang air besar pun x mampu. Sakit...nak membongkok & tegakkan badan pun sakit. Mama & en. suami yang tolong. Sebak gak tengok mama & en. suami sanggup jaga sampai macam tu sekali.

Beruntung la aku masih ada mama lagi...dalam pantang mama yang masak lauk & mandikan baby. En. suami x berapa confident nak mandikan baby lagi sebab baby lembut lagi (sama la dengan aku...hihihhi)
*********************************************

Recap 5
Dr. Roliza bagi tau masa lahir baby ok, tapi lepas bagi minum susu dapat detect problem kat paru2 baby. Pastu kadar kandungan gula dalam darah baby pun rendah, kesan biasa sebab aku ada diabetes masa pregnant. Lepas minum susu, badan baby macam biru2 skit. So, baby kena tahan kat NICU untuk monitor paru2. Baby kena minum susu guna tiub & kena pasang wayar untuk monitor. Kesian tangan baby kanan & kiri kena cucuk.

Walaupun sakit sangat, gagahkan gak diri nak pergi tengok baby kat NICU. Sib baik la bleh naik wheel chair sampai depan pintu masuk NICU. Sedih betul bila dapat tengok baby dengan wayar kat badan & tiub susu kat mulut dia. Bergenang gak air mata. Ada sorang nurse yg duduk jaga baby dalam NICU tu. Nurse tu terangkan perkembangan baby & bagi tau aku supaya jangan risau, dia akan jaga baby & baby nampaknye tunjuk perkembangan baik.

Baik nurse tu…dia faham betul nampaknye naluri seorang ibu.

RECAP

Recap 1
Sebab dah tak larat sangat, 5 Mei 2011 pergi jumpa Dr. kat demc. Bila dr. scan dah nampak penuh sangat kat dalam kandungan & baby dah dekat 4kg. So, Dr. kata nak kena operate next week. Dr. tak syorkan bersalin normal sebab baby agak besar. Takut baby sangkut sebab x pernah ada laluan lagi. Maklumla dulu bersalin pun operate gak. Jadi Dr. bg MC dari 6 Mei – 10 Mei 2011. 11 Mei kena dtg jumpa Dr. balik.
***********************************************

Recap 2
Nak jadi cerita selang beberapa ari Hadi plak demam panas sampai kena sawan 2 kali. Sebab takut kena sawan lagi, bawa Hadi jumpa Dr. Koshy kat demc. Dr. bg option nak bawa Hadi balik @ admit ke wad. Sebab takut tengah2 malam Hadi kena sawan lagi dgn keadaan perut aku yg sarat ni, kita org setuju admit je Hadi ke wad. Kalau dah admit ni, paling kurang pun mesti kena tahan 5 hari sampai habis ambik antibiotic. Nasib baik la en. suami dah ambik insuran untuk Hadi sejak umur 6 bulan. Jadi tak la risau pasal nak bayar bil hospital. Nampaknya berumah tangga la kat demc sampai la aku selesai bersalin.


***********************************************

Recap 3
11 Mei 2011 jumpa Dr. balik. So, confirm esok pagi pukul 8.30 kena check in kat bilik operation. Seram la plak, walaupun dah ada pengalaman dulu. Apa lagi sambung la lepak kat wad sama dgn en. suami menjaga Hadi. Aku & Hadi duduk dalam bilik double bed. Senang la skit en. suami & mama nak jaga. Lagi2 lepas operate nanti.
***********************************************

Bersawang...

Dah lama benar x ber’update’ blog…Banyak nak cerita tapi maklumla penyakit M melanda. Dah tu plak, asal pegang je laptop ni, mula la ada yang nak tumpang sekaki. Sape lagi kalau bukan Hadi. Terima kasih la buat yg menyinggah, insyaAllah lepas ni ada entry utk recap apa yg terjadi dalam tempoh 2 bulan ni. Hmmmm sekejap je dah 2 bulan ye, tinggal sebulan je lagi nak masuk keja balik