Monday, March 31, 2014

1ST TIME BUAT DONUT

Sebenarnya dah lama nak buat donut keledek. Tapi sampai la keledek tu tumbuh tunas, x jugak dia jadi donut. Akhirnya buat jemput2 saje.

Tapi beberapa hari lepas, mama bagi tau " Beli la donut untuk Hadi. Dia suka makan donut. Hari tu mak ngah dia beli donut, bukan main suka dia makan". Lepas tu tanya kat Hadi, Hadi suka ke makan donut? Dia jawab la " Kita suka makan donut gula ibu".

Ok, bila anak dah cakap suka makan sesuatu, dah tentu2 la ibunya walaupun x tau nak buat donut macam mana tetap berusaha nak belajar buat donut. Sekarang ni semua di hujung jari kan. Jadi cari la resepi donut yang simple kat internet. Akhirnya terjumpa resipi dekat sini. Jadi sila la rujuk kat situ ye. Malas nak taip balik. 

Cumanya nak ingatkan, bila nak campur tepung dengan bahan cecair yang dah disebatikan, masukkan tepung tu sikit2 sampai tepung x melekat di jari atau bekas uli. Lagi satu, guna air yang suam2 kuku untuk larutkan gula, susu pekat & yis tu. Kalau tak nanti yis terbantut x kembang plak donut nanti.

Ini rupa adunan yang telah disebatikan sampai jadi doh

Ini adunan yang dah direhatkan selama 45 minit
Doh yang dah diterap dengan acuan donut
Doh yang digoreng dengan api sederhana panas
Goreng sedikit kecoklatan kalau nak makan terus.

Doh ni boleh dapat dalam 30 biji donut. Jadi sebahagiannya aku buat frozen dan hantar kat rumah mama. Kalau nak frozenkan, goreng sampai kekuningan sikit je. Sejukkan, lepas tu masuk dalam bekas kedap udara & simpan dalam freezer beku. Hari ni, neneknya gorengkan untuk bekal Hadi bawa ke sekolah.
Donut yang siap digolek2kan dengan gula kastor. Kalau nak fancy boleh la celup coklat di bahagian atas & tabur dengan kekacang yang dah dipanggang atau pun colorful coklat rice etc etc
Ini ni la rupa donut yang telah dingap sebelah. Dah telah berapa biji baru teringat, masa ngandungkan Hadi dulu aku memang suka breakfast donut boleh kata setiap hari bekerja donut la sarapan aku.
Alhamdulillah dapat jugak menunaikan tanggungjawab pada anak. In sha Allah lepas ni nak cuba pulak buat donut kentang @ donut keledek. Terbukti Hadi memang suka makan donut gula ni. Ada la dekat 4 @ 5 ketul dia makan. Hilang penat ibu buat donut *penatmanalasangat*