Wednesday, December 14, 2011

HUJAN, BANJIR, PARIT & SUNGAI

Asal banjir je mula la orang ramai salahkan PBT sebab x maintain parit & saliran sungai. Iya, mungkin ada sesetengah PBT yang x buat kerja. TAPI x terfikir ke yang longkang tu tersumbat sebab apa? SEBAB sikap sesetengah masyarakat yang dok buang sampah sarap dalam parit & sungai kan?? X kan la PBT tu pagi petang siang malam kerjanye nak bersihkan longkang, parit & JPS tu kerjanye dok bersihkan sungai je. Walaupun rakyat bayar kat PBT, tapi kalo semua duit nak guna untuk bersih longkang & parit je, abis tu mana nak korek duit untuk service2 yang lain plak. Kalo naikkan cukai pintu nanti, bising jugak kan? Tapi AJK kwsn perumahan x nak bergotong royong & tanamkan sikap jaga kebersihan. Kalau buat pun, ramai yang escape kan?? Time tu la ada kenduri, kena outstation, sedara sakit la etc etc. Biasa la tu. Manusia rambut sama hitam @ blonde tapi hati lain2

Monday, December 12, 2011

SAIGON: PART 5

Perkampungan My Tho

Jeti untuk naik bot ke Perkampungan My Tho
Ni mapnye
Tourist guide tengah dok explain
Coconut candy. Rasanye lebih kurang sama dengan dodol kita. Cuma dia potong kecik2 macam gula2 & letak perasa
Sambil relax dihidangkan buah2 yang ada kat situ
Ada persembahan dari penduduk kampung. Seksi pakainnya. Walaupun tertutup, tp jarang. Rezeki pak haji pak haji yang ada le :-)
Cantik2 beg dia. Tapi sebab mahal dari yang dekat bandar, so x beli apa pun. Beli coconut candy utk bagi kat ofismate je
Beratur naik sampan nak naik bot untuk balik
Jenuh makcik ni mengayuh. Lakinye kat belakang rilex je. Hampehhh. Seksi kan makcik ni hahaha
On the way balik, masa naik bot dihidangkan dengan air kelapa. Sambil2 ditiup angin sepoi2 bahasa

Friday, December 9, 2011

SAIGON: PART 4

Ni lokasi kedua lawatan: War Remnants Museum

Cuba korang renungkan. Perang mana yang lagi teruk & siapa yang paling terkesan?

Barang2 pameran dalam muzium

Perkarangan muzium penuh dengan kenderaan perang

Macam pernah tengok helikopter ni dalam movie Saigon kan...

Posing jap yea :-)

Ramai jugak orang yang datang sini. mat & minah salleh bersepah
Banyak gambar kalo nak diambik tapi part dia orang tunjuk orang2 vietnam yang terkena kesan Agent Orange tu sedih sesangat. Tambah plak ada gambar orang2 vietnam yang kena siksa dengan tentera US. Airmata dah bergenang tapi ku tahan jugak :-( Bila perang2 ni, yang paling kesian orang2 tua, ibu & anak yang x berdosa pun jadi mangsa.

Kat ground floor ada sudut kraftangan untuk kanak2 yang cacat akibat Agent Orange...sedih aku nengoknya. Tapi dia orang masih mampu tersenyum & buat aktiviti sendiri. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan?? Aku x ambik gambar dia orang, sebab aku sedih & x sampai hati nak tengok lama2.

Tuesday, December 6, 2011

SAIGON: PART 3

Cu Chi Tunnel

Tunnel ni guna untuk elak serangan dari askar US. Kalau ikut tour guide Vietnam tu, siap ada sekolah bilik etc etc kat bawah tanah tu. & Tunnel ni x de la lurus & panjang je. Dia berangkai-rangkai. Ni ada kat en. google. Gini la gayanye kat bawah tu


Kecik je kan..lagi kecik dari lubang sewer kat kwsn perumahan
Testing...muat2 je.
Tunnel lagik
Ini pun tunnel gak
Ni dia letak tangga. X tau la dulu2 memang ada ke tidak tangga ni
Ni mereka2 yang beratur nak masuk tunnel. Aku ni memandangkan baju x bawa banyak, Pastu jeans pun bw 2 helai je. Malas la nak mencuba. Abis kotor plak baju & sluar nanti.
Ni tempat dia org buat bom

Kasut tentera vietcong..dibuat daripada tayar kenderaan perang US
Perangkap...seram tengok perangkap dia yang ada besi2 tajam. kalau kena confirm melekat. Innalillah la jawabnye
Ni kawah bekas bom meletup. Dulu lagi dalam, tapi makin lama makin tertimbus
Tengok tu, bomnye 250kg. Ishhhh kalo meletup ni memang berkecai
 Sempat gak menembak guna M16 kat sini. Tapi sebab gambar kat dalam kamera member x dapat la nak letak kat sini. Kalo dah dapat nanti aku post kan ye :-))

Monday, December 5, 2011

SAIGON: PART 2

Kali ni nak tunjuk tempat2 makan HALAL yang kita orang dah test. Susunan mengikut kesedapan tekak aku hokey :-))

Sikit punye besar tanda halal dia. Satay House ni pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Memang sedap la lauk pauknye. Kalo makan kat sini sure licin pinggan nasi & pinggan lauk. Travel agent Malaysia kata sini selalu penuh. Kalau group besar2 ni mesti kena booking awal2. kalo x melepas la nak makan kat sini
Taugeh tumis air, sambal belacan dengan sayur2an & nenas, fish cake (macam bergedil la), kari kepala ikan & ayam goreng. Kari dia memang power. Macam kari mamak, x berlemak sangat.
Kedai ni pun ok gak. Cuma dia agak tersorok ke dalam. Tauke dia kalau x silap orang Melayu Champa. Tapi nak masuk kedai ni kena lalu parking motor yang bersusun.
Ni lapar sangat la ni. Bersilang sana sini tangan memasing. Gambar pun blur je sebab tukang ambik gambar pun dah gigil lapar nak makan hahaha
Nak melintas jalan masuk ke kedai ni punye la susah. Motor sikit punye banyak. Siap kedai ni sediakan staff dia untuk tolong kita orang lintas jalan.
Sup kosong & telur dadar ni kat Kedai Shamsudin & Saigon SeriPenang memang wajib ada. Yang hujung sekali tu daging masak dengan kudup bunga. Aku pun x tau la bunga apa. Ngap saja lah. Ok aje la rasanye. Yang penting x la pahit :-)
p/s: Travel agent Malaysia kita orang bagi tau, kedai2 makan dekat2 dengan masjid, x HALAL. Katanya dia pernah ternampak tokong dalam kedai makan tu & bila soal rupa2nye tukang masak tu bukan Islam. Dah tu plak dia orang ada serve makanan x HALAL kat kedai tu. Euwwww

SAIGON: PART 1

Ini la 1st time dapat pergi melancong 'bujang' dengan kawan :-)) Memula nak bawa mama pergi tapi mama lagi risaukan cucu2nye yg nak dijaga oleh en. suami. En. suami plak bila diajak kata kesian nak tinggal anak2 dengan mama. Sudahnye dua2 orang ni x pergi & sama2 menjaga Hadi & Hana. Kalau ikut hati & perasaan memang la kesian nak tinggalkan anak2. tapi trip ini aku anggap sebagai satu reward untuk diri sendiri selepas menanggung berbadan dua selama 8 bulan & berpantang dekat 2 bulan.

Part 1 ni nak cerita part yang aku rasa Saigon ni amat2 berbeza dengan Malaysia

Punye la susah nak nampak kereta. kalau ada pun teksi. tour guide kata sebab tax untuk kereta tinggi

Satu dua tiga lekuk :-))) Tengok la helmet tu. Jauh beza dari helmet kat Malaysia yang ada cop SIRIM. Helmetnye lebih kurang macam helmet yang ekuestrian pakai tu tau. Aku siap beli satu untuk Hadi pakai naik basikal. Helmet pun ada yang x pakai kat tengah2 bandar. Pastu motor plak bleh naik sampai 1 family (4 orang). Tour guide kata, kalau polis nampak pun x saman sebab dia tau org2 tu semua x mampu & x de pilihan lain.
Tour guide tu kata lagi yang nak beli motor kena bayar cash. Kat sana x de sistem macam kat Malaysia ni. Nak beli kereta @ motor boleh buat pinjaman individu kat commercial bank. Disebabkan kat sana popular dengan motor, macam2 jenis motor termasuk la vespa yg aku nampak. Cute2 tau...x pernah nampak kat Malaysia.

On the way nak pergi ke perkampungan my tho, nampak banyak tompokan pusara i.e. kubur kat tengah2 bendang. Yang dekat belakang rumah pun ada gak. Huiiissshhh seram plak

Pokok buah longan...kecik2 lagi. Belum musimnye. Kat pasar aku tengoh ada longan yang saiznye besar. Kecik sikit je dari buah rambutan

Madu daripada lebah yang bersarang kat pokok longan dibancuh dengan teh memang sangat2 sedap. Rasa & baunye pun macam longan. Kalo madu biasa kat Malaysia ni memang aku x sanggup la nak minum. tapi yang ni memang best. Aku beli sebotol nak bagi mama & abah test

Orang vietnam ni kat mana2 pun boleh meniaga. Abg tu meniaga buah manggis kat depan hotel BLEH?? tu belum lagi yang meniaga baju & souvenier. Nampak je tourist keluar hotel, mula la menyerbu 


Jual paper & majalah camni je. Yang jual plak siap makan minum kat tepi jalan dengan kerusi & meja kecil. Kalau hujan alamatla cha alif but

Selamba kodok je buat sepah kat tepi jalan. Sepanjang aku kat sini x de pun nampak orang Pihak Berkuasa Tempatan. Agaknya dia bersihkan la kot lepas tu. Tapi bayangkan la bila angin tiup, x ke berterbangan & bersepah daun2 tu.

Gubahan bunga dia lain kan??? x pernah nampak macam ni kat Malaysia. Mungkin untuk sembahyang kot. Buah2an pun banyak aku baru tengok kat sana. tapi x beli pun. Iyalah bila nak makannye pun. Pisau pun x de nak potong

Friday, December 2, 2011

TEASER FOR NEXT ENTRY

Merasa jugak jadi jutawan

BIKIN SPOIL MOOD AKU

Semua sebab 1 SMS..

Sampai je Malaysia dari Vietnam, dapat 1 SMS yang panjang berjela. Belum baca habis lagi tapi dah mula malas nak abiskan baca SMS tu. Not the right time hokeyyy. Aku baru nak sronok2 dapat jumpa family especially anak2. X sabar nak bagi2 kan apa yg aku belikan utk family. Tetiba ada plak SMS mintak belas kasihan ni.

SMS apa??? SMS nak mintak pinjam duit. SMS ni from sedara gak la bukan kengkawan. Dulu dia dah pernah minta pinjam. Tapi aku sedekah je sebab kesian dengan masalah kesihatannya. Lagi pun mengenangkan dulu aku pernah menumpang jap kat rumah dia masa memula ambik diploma. Walau pun masa aku menumpang dulu, aku ada terdengar parents aku dok bisik2 yang dia ada bunyi2 mintak bagi duit (lebih kurang mcm sewa la), sedangkan aku ni mkn pun jarang sangat. Makan kat tempat belajar je. Api & air pun berapa sangat la aku guna (banyak lagi kalo nak cerita benda2 yang aku x berkenan dengan orang ni). Jumaat pun aku dah balik shah alam. Aku pun x tau la samada parents aku bagi ke tidak duit tu bulan2 kat dia ni. Bila dengar2 cerita macam ni, aku sanggup ulang alik dari kl ke shah alam tiap2 hari. biar la penat asalkan x sakit hati bila sedara mara sendiri pun buat macam ni.

Kali ni dia mintak pinjam lagi. Katanya dah 3 bulan x bayar hutang & dah dapat warning. Tapi kali ni aku nekad x nak bagi pinjam duit lagi. Walaupun dia dah janji nak bayar bila dapat bonus. Kejam??? Aku x rasa aku kejam. Aku forward kat mama SMS tu & dia pun kata x payah la bagi pinjam. So, cakap ibu kena dengar kan???

Yang aku heran, anak2 dia semua dah besar & berumah tangga & bekerja.  Sorang je pun yang x bekerja. Hutang yang nak dibayar tu hanya paling tinggi pun RM200 1 bulan. Kalau anak2 dia bagi sebulan RM50 sorang pun dah lebih cukup nak bayar hutang tu. Dalam SMS tu kata anak2 dia 'x de'. X tau la apa maksud 'x de' tu. Aku x nak ambik tau masalah dia anak beranak. yang aku nampak anak beranak dia ok je. Elok je siap ada pakai gelang & rantai tangan kasar2 plak tu. Aku ni harap rantai tangan halus tu aje la. Bila time raya pun, sakan je aku tengok dia bergaya. Ada plak duit...Anak sulung dia pun pernah pinjam duit kat aku. Sampai sudah x bayar. Bila nak pergi haji baru la datang jumpa aku nak settle hutang. Tapi kira baik lagi aku ni sebab kira burn je hutang tu memikirkan dia nak pakai banyak duit pergi haji. Laki anak sulung dia ni pun pernah SMS aku mintak pinjam duit. Tapi sebab track record bini dia, mintak maaf bebanyak la aku nak bagi pinjam lagi.

Mentang2 la tengok aku ni dah kerja elok2, mula la nak 'pau' aje. Maaf la, kalo adik beradik & parents aku sendiri memang aku x kisah langsung nak tolong. Sebab susah senang aku, dia org selalu support

p/s: aku SMS balik dengan cara berhemah la. x de la aku sindir2 plak kan. Mama aku ajar berbudi bahasa dengan orang tua :-) Peace no war ok