Thursday, October 28, 2010

check up

syukur alhamdulillah...the check up with Dr. Zamri went well. but, i need to take DUPHASTON for 10 days coz i have a history of miscarriage. for those who are not familiar with DUPHASTON, this medicine helps to strengthen the womb especially in the early stage of pregnancy.

i have another check up on the 10th (hadi's 2nd birthday). till then i need to watch my sugar intake. coz the last time i got pregnant (abt 8mths), i got diabetes. hopefully this time around, i'll be able to go thorugh the pregnancy w/out any problems.

Tuesday, October 26, 2010

NERBES..NERBES....

Specialist aku ada hal plak 28hb ni, so klinik dia lmbt skit buka. nurse kata dlm pkl 11. kalau gi klinik pkl 11 tu, sure beratur org tunggu doktor tu. dah la plak nanti nak bertolak gi JB. hmmmm jd terpaksa la cari date lain.

Sib baik esok petang doktor ada. So, petang esok la aku gi jumpa dia. Tetiba plak aku nerbes ni...badan dah seram sejuk..jantung dah berdegup degup kencang ni. haiiiii gini la gayanye kalo kena gi jumpa doktor hihihi

'Sandwich tanpa sardin'

'Sandwich tanpa sardin' tu bg aku roti kosong la. Slalu makan kena cicah dgn air kopi @ milo @ teh kan? Sape la cipta menu sandwich tanpa sardin ni???

ini la kisahnye
pasal Rancangan makanan Tambahan (RMT)

Hangin betul aku satu badan bila duit utk rakyat ni...x dipantau betul2 penggunaannya.

apa ke halnya masak bihun kosong, x de sayur, x de telur pastu plak kekadang tukar pakai mee segera. aku ingat elok tn punya katering @ tukang masak tu yg disumbat dgn makanan2 ni. cuba tgk sanggup ke dia org mkn @ dia org bg anak2 dia org mkn. org2 mcm ni elok blacklist je. jgn bagi muka langsung. hampehhhh betul

tambah sakit hatinya, masak kari tengahari ni, untuk sarapan budak2 esok pagi. kan ke kari tu bersantan, x ke basi & bleh buat budak2 tu sakit perut.

punyala banyak allocate duit RM249.26 juta utk 2009, makanan x berkualiti & x berkhasiat yg budak sekolah tu dapat.

Penyelewengan Mengagihkan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Sesuatu yg menarik daripada Laporan Ketua Audit Negara pasal KWAPM:_

Info skit pasal KWAPM ni ye:-
* KWAPM ditubuhkan pada 2003
* kerajaan memperuntukkan RM1.45 bilion untuk tabung KWAPM
* RM1.62 bilion dah dibelanjakan untuk bantuan kepada pelajar miskin
* ada gak sumbangan daripada sektor awam dan swasta, orang ramai dan pulangan daripada simpanan tetap.

Apa Ketua Audit Negara jumpa:-

1. Hasil temu bual pihak audit dengan 404 penerima bantuan tahun lalu di 42 sekolah mendapati 75 orang atau 18.6 peratus keluarga ada kemudahan Astro di rumah, 72 keluarga (17.8 peratus) memiliki antara dua hingga enam kenderaan dan sembilan keluarga memiliki antara satu hingga dua unit pendingin hawa. (memang la kenderaan sekarang ni satu keperluan kalau kat area perumahan kita tu x de public transport, tapi kalau sampai 6 kenderaan tu bukan miskin dah tu. Baik bagi kat aku je yg ada satu je kereta dok hurung ke sana sini tu)

2. 8 kes kehilangan & penyelewengan berjumlah RM196,550 dilaporkan dari 2004-2008 di mana 2 daripadanya akibat penyalahgunaan wang oleh guru besar, kehilangan wang oleh guru besar (3), kegagalan guru besar menyerahkan wang (2) dan aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar (1). (ni namanye harapkan pagar, pagar makan padi. apa lagi surcaj la. biar dia org rasa skit. x malu ke makan duit untuk anak2 miskin yg entah2 antaranya anak yatim @ piatu)

Harap2nye...tindakan keras diambil pada org2 yang terlibat. Bukan setakat lapor je tp x de tindakan.

Monday, October 25, 2010

apa dah jadi dengan rancangan NONA


dlm harian metro hari kata, TV3 nak tukar pengacara NONA utk tahun depan. so, x de la muka Maya Karin lagi. kata TV3 lagi, dia org memula ambik Maya Karin tu untuk naikkan rating NONA yang makin menurun & nak tarik wanita urban tengok NONA.

tp bagi aku la bukan isu pengacara sangat. aku rasa pengisian NONA ni yang x berapa sesuai. pengisiannya terlalu typical untuk wanita. abah aku pernah gak complain, katanya "ASYIK ASYIK TUNJUK CERITA ORANG KAYA RAYA KAHWIN". apa psl plak abah aku tgk NONA ye??? dah tu, kekadang bukak gak NONA nak tengok selebriti kahwin kan hahahaha

aku ingat lagi masa kecik2 dulu, mama aku x bleh missed tengok NONA ni. zaman2 christine ling, ezzah aziz fawzy mmg mantap la NONA ni. tp sekarang mama aku pun dah x heran nak tengok.

so, my advice to TV3 sebagai penonton la kan (maklum la x tau menahu pun psl penerbitan rancangan ni kan????)

1. kn survey penonton2 NONA ni...tanya kenapa dia org x brp nak tgk sgt NONA ni

2. jgn la sbb nak tarik urban viewer, yg org kampung & org biasa2 ni dilupakan

3. pengisian tu biar la seiring dgn masa (pompuan skrg ni byk kategori yg kawin awal, yg kawin lewat & yg x minat nak kawin, yg muda, yg tua, yg IT savvy, yg fashion forward etc etc) so, cari la isu yg cater utk semua kaum & peringkat wanita.

4. pengacara tu pun jgn la kaku & maintain ayu sgt. relax & santai la skit. skrip jgn terlalu formal & terikat la. kalo x dah rasa mcm tengok drama la plak

5. timing NONA ni ditanyangkan, sesuai ke?? yelah siang2 AHAD selalunya org keluar jln2 & lunch time2 tu. so, brp ramai la sgt yg nak menghadap TV masa tu

ok la...just my 2 cents...bior la org TV3 & datuk farid ridzuan tu pikirkan2 camne nak naikkan rating NONA ni

alhamdulillah...rezeki pagi Isnin

yeah yeah... yeah yeah...

ari ni gaji dah masuk & spt biasa la lepas beli breakfast aku pun dengan bangganya berjalan menuju ke mesin ATM. dgn ucapan bismillahirahmannirrahim...aku pun tengok la baki akaun. syukur alhamdulillah, elaun memangku yang dah tertunda beberapa bulan dah masuk. yahooooo adalah duit poket lebih skit nak belanja kat JB & singapore.

28hb Okt

well..28hb ni ada 2 perkara penting

1. The 3 of us akan bertolak ke JB sblm gi sightseeing in Singapore city on the 29th & also Universal Studio trip on the 30th.

2. I have an appointment with my specialist @ DEMC. Dah lama sungguh x jumpa my specialist ni. So, be prepared to hear some lecture from him. Oh lupa ye...appointment ni to confirm 'something' which already been confirmed by another MD (medical doctor). utk memuaskan hati aku selagi aku x nampak sejelas-jelasnya :-))

Tuesday, October 19, 2010

1st time masak rendang sendiri

Memandangkan kali ni first time sambut raya kat rumah sendir, makanye teringin la nak masak rendang & kuah kacang sendiri.

So, cari punye cari jumpa la resepi rendang yang agak2 kira menarik untuk dicuba. Sebelum ni bleh la masak rendang sendir. Tapi rendang main campak2 je. X cukup syarat sebab x pakai lengkuas & kerisik pun.

Kali ni masak rendang yg betul2 cukup bahan & syarat2nye...Ini la rupe rendang tengah dimasak.



Abaikan la dapur aku yang 'bersih' ni ye. Habis dapur kena percikan kuah rendang ni. Al maklum la, mana de kuali besar kat rumah aku ni. Kira baik la ada kuali tefal yg aku beli masa sale kat Parkson ari tu.

BAJET 2011

Hmmm...nampaknye byk berita gembira untuk wanita di luar sana ye :-)

First:
Pemansuhan duti import barangan pelancongan dan barangan kegunaan harian

Second:
Pengecualian cukai jualan ke atas telefon bimbit

Third:
Cuti bersalin 90 hari (maksimum 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan). i.e. 3 kali bersalin je la dpt 90 hari. yang keempat ada balance 30 hari, kn la ambik 30 hari cuti tanpa gaji @ kumpul la cuti rehat kalau nak cuti bergaji.

In my case dah ambik skali cuti bersalin 60 ari, so ada balance 240 hari. kalo nak anak 3 org lg (tingginye cite2 ye) & x nak sacrifice gaji, bahagi je la 240 dengan 3. dapat la cuti bersalin setiap anak tu 80 hari. ok gak kan :-)

Dannnn yg x bestnyer:-

Pengenaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar starting 1/1/2011. 6% drpd yuran langganan tau. So, thn depan siap la bil ASTRO mula la naik.

p/s: bleh refer kat sini ye

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Syukur alhamdullillah....Jumaat lepas 16/10/2010 dapat berita yang amat menggembirakan. InsyaAllah akan dikongsikan beritanya nanti. Buat masa ni, TUNGGUUUUUU.

Ya Allah Ya Tuhanku..sesungguhnya kami amat2 bersyukur di atas rezeki yang engkau berikan ini. Engkau berikanlah kekuatan dan kesihatan kepadaku untuk menempuhi perjalanan ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, October 6, 2010

OPEN HOUSE

25hb sept ari tu buat la open house...biasa2 je. x la grand sangat sampai nak pasang khemah kan :-) plan nye nak la jumpa kengkawan masa belajar kat IPB & UiTM, tp nampaknye sebab cuaca & jemputan open house yg terlalu byk & keaadaan trafik yg sesak, ada la yg x dapat datang. x pe la mungkin x de rezeki nak jumpa kali ni.

menu open house kali ni nasi ayam, mihun sup, tauhu sumbat, kek coklat & kuih raya & buah-buahan. bagus gak buat open house ni. dapat kenal2 dengan jiran. al maklum la kita org ni kuar gelap, balik pun gelap. sempat senyum je kat jiran2 x sempat nak borak sangat. ujung minggu plak, mcm biasa la x bleh lekat kat umah. ada je aktiviti x rasmi :-))

gambar pun x sempat la nak ambik. bukan apa, takut x selesa plak tetamu tengok tuan & puan rumah dok sibuk jd papparazi nanti.


gambar ni pun ihsan puan2 yang ada dalam gambar ni. ni geng2 kat IPB dulu masa ambik Diploma Business Studies. Lama betul dah x jumpa dia org ni. rasanye dari tahun 2000 sampai la tahun 2010 ni. mak aiiii dah 10 thn. tapi dia org ni ttp maintain, aku gak la yg makin menembam ni. x bleh jadi ni...bila la nak sedar2 ni ibu aries ????




hadi pun sronok la ramai budak2 sebaya dia datang rumah. tapi punye la kedekut si hadi ni bila bebudak tu pegang mainan dia, mula la dia merampas. kalo x de bebudak tu, x heran pun hadi kat barang mainan dia. macam mana la nak ada adik ni, kalo x pandai nak berkongsi barang. hadi..hadi..siap ada yang menangis tu sebab x dapat nak main bola si hadi ni.

ok, terima kasih la pada yang datang...mintak maaf la kalau ada terkurang ye, jangan la serik nak datang rumah lagi. anda semua dialu2kan datang rumah at anytime...but please call first k. kita org ni, panas punggung kalo duduk umah weekend2 ni :-)

TRIP TO SINGAPORE...YAHOOO!!!


hmmm dah lamaaaaaaaaaaaaaaa sangat x pergi bercuti2 malaysia ni. so, kali ni dah plan & bt booking nak pergi SINGAPORE end of this month. ini la first time aku pergi oversea walaupun seberang tambak je kan :-)) x pe la, kurang2 nye merasa gak la ada passport hihihi

sebenarnya memula plan nak gi Universal Studio Singapore je. nak bawa hadi jalan2 sempena hadi nak masuk 2 thn bulan depan. tp bila pikir, alang2 nak pergi singapore, baik la gi tour around bandar dia kan. so, kali ni trip singapore kita org pergi 4 hari 3 malam. tapi stay kat danga bay je. x stay kat singapore. ulang alik je, sebab nak save cost jadi bleh la ronda2 & shopping skit. itu pun kalo cukup la duitnye nak menyopping. yelah, semalam check exchange rate RM1= SGD2.3. dua kali ganda dr duit kita tu. perghhhh...kalau bawa seribu, jawabnye ada la lebih kurang RM400 lebih. itu sebabnye malas nak stay kat singapore. mungkin lain kali la ye. sebab plan nak gi singapore ni pun plan tetiba je. x pelan in advance sgt pun. plan masa bulan pose ari tu.

pasport pun buat ms raya ke4. ingatkan x ramai la org. dah la dengan bangganye kuar rumah pkl 9. sampai2 kat imigresen PKNS Shah Alam, punye la ramai org. dgn gambar x ada lg, surat beranak & IC x fotokopi, borang pun x isi lagi. sib baik la dapat settle semua & dapat la ambik nombor. dlm pkl 11 camtu, no. dah abis. sib baik la. maybe sebab cuti raya & budak2 pun cuti sekolah. tu yang ramai gi serbu imigresen ni.

balik pd citer nak gi singapore ni. trip kali ni pun main gamble je. booking seat executive coach thru tune hotel. untuk tour singapore city plak, maybe naik public transport dari larkin ke main bus station kat singapore. pastu pandai2 la cari tourist hub dia & tgk tour yg mana menarik, ikut je la. hua hua hua...

Tuesday, October 5, 2010

MOVIE TIME: MAGIKA


30 hb ari tu sempat la tengok MAGIKA yang Edry punye filem muzikal tu. wayang pkl 9.45 mlm, so hadi kena tinggal dengan nenek la sekejap. sebab wayang pun abis lambat, tidur terus la kat shah alam.



pasal crite MAGIKA ni, kira ok la. cuma part mawi tu kekadang ada yg sengal skit. bukan apa, actingnya kekadang tu mcm dibuat2 la. paling mantap & best lakonan ziana zain, ning baizura, pak nil & kak engku, nabil & m nasir pun ok wpun watak dia org kejap je. pastu ada gak leya & amani yg berlakon jadi bawang merah & bawang putih. for first timer mcm edry kira memang best la crite ni

ziana zain dlm sarat2 mengandung kembar ttp kelasss...jadi nenek kebayan yg lawa

ning baizura mmg meletop la jadi puteri gunung ledang yg dah cantik...siap dengan lagu lagi


pak nil jadi pak pandir & kak engku aka raja azura jadi mak andeh...


leya plak jadi bawang merah & amani jadik bawang putih...cute dia org 2 beradik ni :-))


hero & heroin citer ni AYU (diana) & BAD (mawi)

ni plak adik si ayu yg dicari..cari tu

dalam MAGIKA ni ramai artis terkenal macam vanida imran, maya karin, adibah noor, marsha AF, sabri yunus etc etc...barbaloi gak la gi tengok citer ni. pastu esok gi kerja dah macam burung hantu kui kui kui