Sesuatu yg menarik daripada Laporan Ketua Audit Negara pasal KWAPM:_
Info skit pasal KWAPM ni ye:-
* KWAPM ditubuhkan pada 2003
* kerajaan memperuntukkan RM1.45 bilion untuk tabung KWAPM
* RM1.62 bilion dah dibelanjakan untuk bantuan kepada pelajar miskin
* ada gak sumbangan daripada sektor awam dan swasta, orang ramai dan pulangan daripada simpanan tetap.
Apa Ketua Audit Negara jumpa:-
1. Hasil temu bual pihak audit dengan 404 penerima bantuan tahun lalu di 42 sekolah mendapati 75 orang atau 18.6 peratus keluarga ada kemudahan Astro di rumah, 72 keluarga (17.8 peratus) memiliki antara dua hingga enam kenderaan dan sembilan keluarga memiliki antara satu hingga dua unit pendingin hawa. (memang la kenderaan sekarang ni satu keperluan kalau kat area perumahan kita tu x de public transport, tapi kalau sampai 6 kenderaan tu bukan miskin dah tu. Baik bagi kat aku je yg ada satu je kereta dok hurung ke sana sini tu)
2. 8 kes kehilangan & penyelewengan berjumlah RM196,550 dilaporkan dari 2004-2008 di mana 2 daripadanya akibat penyalahgunaan wang oleh guru besar, kehilangan wang oleh guru besar (3), kegagalan guru besar menyerahkan wang (2) dan aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar (1). (ni namanye harapkan pagar, pagar makan padi. apa lagi surcaj la. biar dia org rasa skit. x malu ke makan duit untuk anak2 miskin yg entah2 antaranya anak yatim @ piatu)
Harap2nye...tindakan keras diambil pada org2 yang terlibat. Bukan setakat lapor je tp x de tindakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment