Wednesday, October 6, 2010

TRIP TO SINGAPORE...YAHOOO!!!


hmmm dah lamaaaaaaaaaaaaaaa sangat x pergi bercuti2 malaysia ni. so, kali ni dah plan & bt booking nak pergi SINGAPORE end of this month. ini la first time aku pergi oversea walaupun seberang tambak je kan :-)) x pe la, kurang2 nye merasa gak la ada passport hihihi

sebenarnya memula plan nak gi Universal Studio Singapore je. nak bawa hadi jalan2 sempena hadi nak masuk 2 thn bulan depan. tp bila pikir, alang2 nak pergi singapore, baik la gi tour around bandar dia kan. so, kali ni trip singapore kita org pergi 4 hari 3 malam. tapi stay kat danga bay je. x stay kat singapore. ulang alik je, sebab nak save cost jadi bleh la ronda2 & shopping skit. itu pun kalo cukup la duitnye nak menyopping. yelah, semalam check exchange rate RM1= SGD2.3. dua kali ganda dr duit kita tu. perghhhh...kalau bawa seribu, jawabnye ada la lebih kurang RM400 lebih. itu sebabnye malas nak stay kat singapore. mungkin lain kali la ye. sebab plan nak gi singapore ni pun plan tetiba je. x pelan in advance sgt pun. plan masa bulan pose ari tu.

pasport pun buat ms raya ke4. ingatkan x ramai la org. dah la dengan bangganye kuar rumah pkl 9. sampai2 kat imigresen PKNS Shah Alam, punye la ramai org. dgn gambar x ada lg, surat beranak & IC x fotokopi, borang pun x isi lagi. sib baik la dapat settle semua & dapat la ambik nombor. dlm pkl 11 camtu, no. dah abis. sib baik la. maybe sebab cuti raya & budak2 pun cuti sekolah. tu yang ramai gi serbu imigresen ni.

balik pd citer nak gi singapore ni. trip kali ni pun main gamble je. booking seat executive coach thru tune hotel. untuk tour singapore city plak, maybe naik public transport dari larkin ke main bus station kat singapore. pastu pandai2 la cari tourist hub dia & tgk tour yg mana menarik, ikut je la. hua hua hua...

No comments:

Post a Comment