Monday, January 30, 2012

Nak Jugak Citer Pasal AJL26

Well....kan dah mata cam Panda. Mak bapak dok layan AJL26, anak2 pun ikut skali tido lambat.

Apa yang boleh dikata pasal AJL26 ni...bagi aku memang best. Macam tengok konsert. Yang bestnyer:-

Projekpistol: Wallaa...sore vokalis dia memang macho+husky+romantik abis. Tambah plak dgn music arrangement & 'gorengan' gitar & pukulan dram dia. macam x boleh dok diam aku bila tengok dia org perform. Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu...huhuhu

Faizal Tahir: what to say...kalo perform memang all out. Siap ada berapi api pianonye. Tapi nasib selalu x menyebelahi dia. X dapat lagi gengam trofi Juara Lagu. 

Jaclyn Victor: Hahahahahaha...nape aku gelak? x de pape x de pape. Ayat2 dengki en. suami: ala lagu tu bukan sedap sangat, tapi sebab anuar zain yg nyanyi menang la AIM. bagi aku lagu2 macam ni dah biasa2 sangat. Lagu balada yang mendayu2 ni memang kegemaran ramai kan tu sebab menang kategori mobile Celcom tu. Tapi kalau dah selalu sogok kat telinga, aku pun naik boring. Tapi Jac punye sore memang best, walaupun x menang vokal terbaik. 

Aizat: Menenangkan bila dengar lagu ni. Cuma rasanya bunyi anklong tu ada masanya mcm x perlu kot. Relax & penuh confidence je Aizat nyanyi. Kurus betul Aizat sekarang kan. Bila la aku nak kurus macam tu...huhuhu

Trio Kalau Berpacaran: Hmmmmm...bosan. Sori la aku memang x minat dengan Ana Rafali.
Trio Beribu Sesalan: Music arrangement & penyampaian malam tu x berapa berkenan. Lagu tu lagi best yang original punye macam dalam drama Annisa tu. Ning Baizura macam sengsara nak nyanyi malam tu sampai tegang2 urat kat leher hihihi

Loque & Atilia: Salute la...musik malam tu lain dari kebiasaan. X kisah la kalo x menang pun. Tapi percubaan yang amat2 bagus & berani ambil risiko. Suara Atilia very cute :-)

Yuna: Gadis Semasa ok ok je. Dah rasa lain plak bila dia org buat2 arrangement baru ni. Best lagi yang original & aku sangat2 suka video clip dia. Very cute & chic.

Yuna: Penakut....terpaku aku tengok kat tv tu. Suka penyampaiannya. Lagu yang aku rasa x ramai boleh terima. Ramai yg buat2 lawak psl lagu ni. Benda baru kan. Tapi kalau kat oversea lagu2 macam ni dah bersepah kot. Tapi bagi aku, i am proud budak2 muda ni berani bawa pembaharuan dalam industri muzik Malaysia.   

Najwa Latif: Cinta Mukabuku biasa2 je. X puas hati sebenarnya kenapa lagu ni dapat masuk. Sedangkan lagu Pokok lagi best. Lagi2 kalau Pak Lang Hazama yang nyanyi :-))

Awan Nano: Ohhh rupa2nye M Nasir yang cipta lagu ni. nampaknye dah naik balik M Nasir ni. Dulu kan lepas arwah Loloq pergi, M Nasir macam ketandusan idea suka ati je kan nak cakap camtu. Sekarang dah dapat gandingan mantap ye. Ok la lagu ni memang best, simple, penuh makna & disampaikan dengan vokal yang bagus. X payah pakai baju mahal2 @ lawa pun. Selamba kodok je pakai tracksuit & t shirt.  

Yang lawaknye...masa memula Hafiz kluar & nyanyi lagu ni, en. suami mati2 ingatkan Herman Tino  buat gimic nyanyi lagu ni. Senijik dah macam anak beranak hafiz & Herman Tino ni aku tengok.Tahniah Hafiz dah 2 kali berturut2 menang vokal terbaik kat AJL. Mesti kembang hidung Hazama kena puji dengan M Nasir masa ucapan kemenangan.

Alyah: Kisah Hati ni pun satu...x suka arrangement malam tadi. Lagi suka yang original macam drama yang fathia kekwat tu berlakon. Baru la rasa macam berhantu sikit lagu tu. Remy Ishak ada ye malam tadi, bertuah la Aliah. Bleh jeles Tiz Zaqyah ni ada aku kesah kata Alyah.

Ni pasal hiburan sampingan plak...

Apa kejadahnye banyak sangat bunyi guruh & petir time Jamal nyanyi. Potong stim betul. Skit2 okla. Ni sepatah dua nyanyi guruh bunyi...sepatah dua nyanyi guruh bunyi. Hilang feel aku yg mendengar ni tau. tapi Jamal bab2 lagu macam ni memang terbaekkk, dah 'makanan' dia kan.

Awie punye performance ok. Tapi rasa macam tenggelam dek bunyi muzik. Nape x panggil Amy Search ye. Aku rasa Amy lagi best. bagi dia nyanyi lagu Pelesit Kota. Memang bergegar la stadium.

Sheila Majid: X padan dengan genit kan?? Tapi nyanyi relax je. X de la macam nak terputus urat kentut. Dah kurus dia kan x abis2 lagi dengan citer kurus2 ni.


Black, Hazama & Azlan: Ok la nak buat penyampaian cara baru kan. Tapi bagi aku, lagu2 lama ni lagi sedap dikekalkan dengan cara lama. Vokal ketiga2 tu x de masalah. Memang sore dia org best. Cuma ada part lagu Chow Kit Road tu, Azlan macam lupa lirik ke aku yang silap dengar. Haippp nak kena rotan ke?? Camne lagu Sudirman pun ko bleh lupa.

No comments:

Post a Comment