Thursday, September 2, 2010
kes buang bayi lagi
kali ni aku nak share gambar kes buang bayi kat seksyen 13, shah alam on 29 Ogos 2010 yg lepas. sakit hati betul bila dengar kes buang bayi ni. manusia x de hati perut je sanggup buat macam tu. sebab haiwan pun tau sayangkan anak dia. macam macam kes buang bayi yang ada. ada yang tinggal kan kat muka pintu rumah orang lain, ada yang tinggalkan kat masjid, ada yang lagi setan sanggup flush baby dalam tandas.
balik pada citer baby yang kena buang kat seksyen 13 ni. baby tu kiranye baru lahir dalam 1/2 jam la sebab uri masih ada, tali pusat pun belum dipotong & masih ada kesan darah yang fresh kat badan baby tu. baby ni dibalut dengan kain batik & diletakkan dalam beg kertas. lepas tu disangkutkan kat papan tanda beri laluan berdekatan dengan simpang tepi apartment brunsfield.
tapi nasib baik la, rasa ingin tahu sorang pemandu lori india, berhenti kat tepi jalan tu & pergi check apa ada kat dalam beg kertas tu. bila dia nampak baby kat situ & ramai pemandu lain yang lalu kat situ pun dah perasan jadi ada la ramai yang datang membantu sambil tunggu bantuan daripada pejabat kesihatan.
ada gak yang orang ramai yang dermakan selimut untuk baby tu. sebab kesejukan hanya dibaluti kain batik.
p/s: geram betul la...dia ingat baby tu apa, main sangkut2 kat papan tanda. eloknya orang yang buang baby tu disangkut kat papan tanda GIANT yang besar tu tengah2 panas terik. entah2 ibu baby tu pun tak tau anak dia kena buang. alih2 jantan x guna yang sebabkan dia mengandung buang baby tu & kata yang baby tu dah mati (thinking positive). bleh gak jd mcm tu kan???? hmmmmm...entahlah
gambar courtesy of:
http://www.facebook.com/album.php?aid=203750&id=714006511&ref=mf#!/album.php?aid=203750&id=714006511
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment