Tuesday, August 31, 2010
selamat hari kemerdekaan ke 53 MALAYSIA
tahun ni genap 53 thn Malaysia merdeka. hadi pun dah pandai angkat tangan bila dengar orang laung perkataan MERDEKA dan 1 Malaysia. syukur alhamdullillah, Malaysia aman sentosa & kita semua dapat hidup dengan aman walapun banyak kes jenayah macam kes ragut, samseng, ahlong, pecah rumah dan macam2 lagi. tapi sekurang-kurangnya kita tidak la macam penduduk palestin yang terpaksa berhadapan dengan peperangan saban hari atau tidak la kebuluran kerana tiada sumber makanan seperti beberapa negara di afrika.
seperti biasa tiap tahun bila nak merdeka, mesti ada tayangan filem sarjan hassan & bukit kepong @ cerita2 melayu yang baru macam leftenan adnan dan embun. x kisah la cerita baru @ lama, yang pentingnye adalah morale of the story.
aku x minat sangat nak tengok cerita bukit kepong & sarjan hassan. bukan sebab aku x pariotik, tp x sanggup nak tengok. kalau tengok cerita bukit kepong, sure sedu sedan menangis tengok pengorbanan polis dan ahli keluarga mereka dalam usaha pertahankan tanahair tercinta.
bila tengok sarjan hassan pula, menyampah sangat tengok orang2 yang jadi tali barut komunis & kesian kat orang2 yang terpaksa hidup dalam ketakutan & gadis2 yang boleh jadi mangsa rakus komunis jahanam.
Beruntungnya kita dilahirkan selepas merdeka, kerana lahir2 sahaja kita hidup dalam keamanan. walau pun mungkin kita tidak kaya atau hidup dalam kemiskinan, tetapi kita masih mempunyai kebebasan untuk berusaha mencari rezeki. Pokok pangkalnya, berusaha dengan rajin.
Sayangnya, akibat keamanan dan kesejahteraan yang sedia ada ni ramai golongan muda yang tidak menghayati erti kemerdekaan dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Penjajahan era baru seperti penjajahan minda (hiburan yang melalaikan, penyalah gunaan dadah, seks luar nikah yang sebabkan pembuangan bayi, ketagihan arak dan judi)lebih mudarat sebab kalau la muda mudi ni bermasalah macam mana la mereka nak ambil alih pembangunan negara dan memastikan kelangsungan Malaysia pada masa akan datang.
jadi sesibuk manapun kita sebagai ibu bapa perhatian pada perkembangan anak-anak penting supaya mereka menjadi waris yang bertanggungjawab dan berkemampuan membawa negara lebih ke hadapan.
Ya Allah Ya Tuhanku...semoga negaraku Malaysia sentiasa aman sejantera dan dirahmati olehMu dan dijauhi dari sebarang malapetaka. Amin Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment