Tuesday, September 6, 2011

KEK LOBAK MERAH SURIA

Sempena nak raya, pg Isnin lepas sahur aku start buat 3 jenis kek; kek lobak merah, marble chocolate cheesecake dan death by chocolate cake. Iyalah...oven & mixer semua dah angkut kat umah aku, kena la siap2kan kek kat umah dulu baru gerak ke rumah mama.

Ini la rupa kek lobak merah aku. Sedap tau guna resepi mamafami ni. Gebu je keknya & x muak nak dimakan.


Actually masa bulan puasa tu, ada la skali beli kek lobak merah kat bazar ramadhan. Adik bongsu & Abah suka bukan main makan kek tu. Jadi memandangkan resepi pun memang dah ada, apa lagi buat la kek lobak merah suria ni. Resepi daripada mamafami ni memang sedap la, gebu je keknya. Tambah plak ada walnut, lagi la sedap. tapi kali ni buat x hias dengan cream cheese sebab takut bebudak x suka makan & x kena plak dengan tekak abah.

Ok...ini resepinya. Selamat mencuba

Bahan-Bahan
4 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
1 1/2 cawan minyak jagung / sayuran
150gm gula kastor
150gm gula perang
1 1/2 cawan lobak merah (disagat)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis ( x letak pun sebab x suka dengan bau & rasanya)
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
100gm walnut (dicincang)

Cara membuat:

Pukul kuning telur. Masukkan minyak, gula kastor, gula perang dan lobak merah yang dah disagat. Kacau sebati.

Masukkan walnut dan bahan-bahan yang diayak. Kacau sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang.

Masukkan putih telur ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sehingga sebati.

Bakar adunan pada 180c selama 45 minit (ikut oven masing2 la ye)

Hiasan
120gm butter
250gm krim keju
120gm gula aising

Cara:
1. Pukul bahan-bahan di atas sehingga kembang dan ringan.
2. Sapukan ke atas kek & taburkan dengan walnut.

No comments:

Post a Comment