Monday, September 5, 2011

AKTIVITI HARI RAYA

Lepas solat sunat Aidilfitri, x sempat nak bermaaf maafan pun. Dok sibuk kemas beg & Mak Lang sefamily plak sampai. Mama plak dok sibuk panaskan rendang & kuah kacangnya. Macam huru hara skit la. Nak ambik gambar pagi2 raya pun x sempat.

Sudahnya sempat melayan sekejap je family Mak Lang, lepas tu terus pergi ziarah kubur ibu mertua kat Jalan Kuari. Bunga untuk ditabur kat kubur ibu mertua pun terlupa nak beli. Nasib baik ada org berniaga bunga2 kat area kubur tu . Kali ni terpaksa la tunggu dalam kereta je sebab bawa Hana. Maklumla panas & orang pun ramai. Sempat la posing2 dengan Hana kat dalam kereta :-))


Selesai kat kubur, pergi ke rumah bapa mertua kat Ampang. Lepas Zohor terus gi Banting beraya kat rumah pakcik & makcik en. suami kat sana. Hadi memang suka pergi Banting ni. Sebab ramai budak2 kat situ. Walaupun budak2 tu x la nak main sangat dengan dia, tapi dia peduli apa. Mana x nye, budak2 tu semua dah besar dari dia, pastu jumpa pun setahun sekali.

Sampai shah alam balik dah dekat pukul 10 malam.

Esoknya plak pergi ziarah kubur arwah Atuk kat RKT Sungai Merab, Kajang. Arwah atuk ni ayah angkat mama aku. Arwah bela mama sejak kecil lagi lepas ibu mama meninggal. Arwah atuk kandung x dapat nak jaga. Mungkin sebab dia dah ada anak2 dengan isteri pertama. Lagi pun arwah Atuk angkat ni x de anak perempuan. Jadi dia ambik la mama untuk dipelihara.



Pusara Allahyarham Haji Ramli bin Haji Hassan

Sedekahkan Yaasin, ditaburi bunga & air bacaan yaasin
Bersih kawasan kubur Atuk ni sebab ada orang yang menjaganya. Memula susah gak mencari kubur ni sebab pokok2 yang jadi tanda dekat kubur ni dah ditebang sebab terlalu besar.

InsyaAllah...nanti kami datang ziarah lagi ye Atuk. Teringat masa kecik2 dulu selalu ikut atuk duduk kat lereng bukit kat kebun duriannya. Atuk selalu bawa senapang patah, tapi dia x tembak tupai @ monyet yang ganggu pokok duriannya masa musim buah. Dia tembak ke udara nak bagi tupai @ monyet tu takut & lari dari kebun duriannya saja. Arwah Atuk ni dulunya seorang askar. 

No comments:

Post a Comment