Wednesday, September 28, 2011

BOLEH KE KURUS NI???

Last weekend gi follow up dgn Dr. Z kat DEMC. Doktor check tempat jahitan c set. Doktor kata bleh pregnant skali lagi ni sebab jahitan ok.

Pastu doktor tengok lemak2 kat perut agak banyak ye..ye banyak. nak buat camne. Nak buat sit up, rasanya x sesuai memandangkan aku baru 4 bulan je c sect. So, doktor tanya nak kurus x? Semstinya jawapan aku 'Ye, mesti la nak kurus doktor'. amboi amboi...

So, doktor suruh makan ubat Liposinol ni. Tapi sebelum tu doktor suruh timbang dulu. Waduh waduh ni yang lemah ni. Sekali timbang berat aku dah 77.5kg ye tuan2 & puan2 sekalian. Sebelum pregnantkan Hadi, berat aku 68kg. Kalau time blaje dulu paling tinggi berat aku pun 55kg je. Sob sob sob

Gambar google..sebab nak bg korang nampak tulisan kat kotak tu kan :-)

Ubat ni dari german & diperbuat daripada herbs. Kena makan 1 tablet 2 kali sehari lepas makan. Setakat ni ok aje la. Tapi aku mcm was2 la kalo makan je bleh kurus kan. Mesti ada diet seimbang & exercise gak kan????


Sikit punye besar tabletnya..Aku ni dah la fobia skit bab2 nak telan ubat besar gedabak ni. Pahit plak tu huhuhu

Macam mana ubat ni berkesan untuk kuruskan badan...Ni aku google ...


So, mulai ari isnin 26 Sept 2011 aku pun start diet ala2 diet Atkins. Kiranya x bleh ambik karbohidrat la ni. Nasi, roti & sewaktu dengannya memang x bleh sentuh termasuk makanan & minuman bergula. Ingat nak exercise tp sebab tgh period ni, tangguh dulu la. Karang ada plak yg merengkok kesakitan.

Doktor pun bg aku ubat metformin untuk kawal gula dalam badan sebab aku kan masa pregnant dulu kena diabetes. So, Jumaat ni kena buat MGTT skali lagi nak tgk ada x lagi diabetes selepas bersalin. Hopefully x de la.

No comments:

Post a Comment