Wednesday, February 29, 2012

KAKI OH KAKI

Murahan sangat la kalo kaki tu dah terjulor..terkangkang gitu. Bukan seksi dah, nampak CHEAP sesangat
Tulang & kulit je aku nampak...eewww
Idle leg ke kalo tulang kepala lutut dah tersembul dengan segala urat tu...Dapat dosa kering je aku ni

Urat & tulang tersembul sana sini...cuba la makan sikit Angie oiii
Nak present award pun sempat lg julurkan kaki keluar. Kalau kaki tu macam ala2 terselindung tu nampak la seksi. Tapi kalau dah saja kangkang besar2 nak bagi nampak kaki tu hishhhh
Ke sebenarnya dia nak tunjuk gak yang kaki dia lawa compare to MINAH ni...........
.
.
.
.
.
.
.
.

Tuesday, February 28, 2012

SEDIH...MOODY...

TAK TAU NAK GAMBARKAN MACAM MANA PERASAAN ARI NI. AKU X PERNAH TERLALU ATTACH PADA SATU2 BARANG. TAPI HARI NI RASA SEDIH SESANGAT. PASTU TAKDE ORANG NAK PUJUK PUN. LAGIIII LA SEDIH HUHUHU...

Gambar google :-(
CAMERA NIKON S2500 12MP DAH ROSAK KAT LENS DIA. DAH X MO KLUAR LENSNYE. APA KES?? AKU MEMANG BAWA CAMERA NI DALAM HANDBAG. NAK JADI CERITA SEMALAM SINGGAH PASAR MALAM SECT 18. SEBAB NAK UJAN AKU SORANG JE YANG TURUN. YANG 3 BERANAK TU DOK KAT DALAM KETA. HANDBAG X BAWA & LETAK KAT TENGAH2 ANTARA SEAT DRIVER & SEAT SEBELAH DRIVER. BABAHNYE DOK MELAYAN ANAK2 & MUNGKIN X PERASAN YANG HADI DAH PINJAK HANDBAG TU MASA NAK PINDAH DUDUK KAT SEAT DRIVER. HUWAAAAAAA

MASA TU X SEDAR LAGI CAMERA DAH ROSAK. PAGI TADI SEBELUM NAK PERGI KERJA, KONON NAK SNAP GAMBAR HANTARAN YANG AKU DAH BUAT. NAK TUNJUK KAT ADIK BONGSU LA. TETIBA TENGOK LENS KAMERA DAH JAM. TERJULUR KELUAR X MO MASUK2. PASTU BILA TEKAN2 ON OFF BUTTON DIA GERAK LA. TAPI LEPAS TU DAH X NAK KUAR2. AKU SIAP BUKAK SKRU KONON2 NAK TENGOK LA APA KEKDAH ROSAKNYA. TAPI HASILNYA....DAH MEMANG ROSAK HUWAAAAA....

MASAM MUKA LA AKU KAT EN. SUAMI. SEBAB AKU X PUAS ATI DIA X JAGAKAN HANDBAG AKU ELOK2. MASA DRIVE KETA PAGI TADI, SIAP SEDU SEDAN. DIA SENYAP JE. MUNGKIN DAH TAU SILAP DIA & MUNGKIN JUGA NAK BAGI AKU REDA DULU. NI AKU DAH SIAP SMS SURUH DIA GANTI BALIK CAMERA TU. AKU NAK YANG SAMA GAK MACAM TU. 

TAPI SAMPAI KE SAAT AKU TAIP NI X BERBALAS SMS TU. NTAH2 HANDPHONE DIA TERTINGGAL KAT RUMAH. MANA X NYA DAH TERLEWAT BANGUN PAGI TADI. HUWAAAAA...

NAK CAMERA...NAK CAMERA...JUGAKKKKK

Monday, February 20, 2012

Part 3: Jalan-Jalan Kuantan

Special entry untuk Hana @ Kuantan

Cik Dibab ni sekarang kalau orang makan dia pun sibuk nak makan. Babahnye suapkan je kuah sayur campur tu. dah itu je pun yang dia boleh makan.
Leka main pasir. Pandai Hana ni. Dia x masukkan pasir dalam mulut pun. Hadi dulu memula korek2 pasir tu, tetiab tengok dah disuapnye dalam mulut.
hahaha...Kena sakat dengan ibu.
Dah mula seronok main air
Memula dok berpaut kat Babah
Dapat topi comel Babah belikan kat Cherating
Tu dia...air dah sampai

Tuesday, February 14, 2012

UBI KAYU OH UBI KAYU

Sambal ikan bilis ni dibuat pekat skit & nak bagi sedap & berlemak skit tambah la gula kabung  masa masak tu. Nyum... Nyum...
Alkisah..2 minggu lepas ada potluck kat opis. Disebabkan masa tu en. suami plak outstation, camne la nak masak beria   dengan budak aktif 2 orang tu kan?? Potluck plak untuk sarapan pagi. Pikir punye pikir ingat nak buat ubi kayu rebus cicah sambal bilis. Tapi punye la siksa nak cari ubi kayu. Dapat tau pun ari Rabu, potluck ari Jumaat. Naik pening gak...Agaknye orang2 shah alam ni dah kaya kot, x makan ubi kayu lagi dah hahaha. Last2 surrender.  Sudahnye aku beli je jemput2 pisang yg ada class skit. Sib baik licin jemput2 tu.

Ingatkan lupa la ingatan kat ubi kayu dah, tetiba ada sorang member sek rendah dulu dok update gambar kat fesbuk. Gambar apa?? Haaaa gambar ubi kayu rebus dengan sambal bilis. Apa lagi mau x gigil & bertambah ngidam semula mengalahkan orang mengandung. 

Panjang punye citer kan..x kan buat entry nak citer pasal tu aja. X la sebenarnya nak citer dah berjaya cari ubi kayu. Dah selamat pun masuk perut :-)) Sib baik la kat pasar tani Putrajaya tu ada jual.

Ubi kayu di makan dengan sambal ikan bilis atau pun kelapa + brown sugar. Pergghhhh...berulang makan. Mama pun sikit punye suka dok ulang. Siap esok paginye aku kukus balik ubi kayu tu (supaya kekonon fresh balik la kan) & kukus baki kelapa parut yang baru & packing utk breakfast Mama. Dah selesai x payah pening2 Mama pikir nak breakfast apa. balik keja aku tengok dah licin, tupperware semua dah siap basuh & dikeringkan.

ANAKKU YANG SEORANG LAGI

Sebenarnya memang nak citer pasal Hana. Tapi asyik hangat2 tahi ayam je kan. Mana x nye gambar Cik Dibab tu merata. Dalam laptop babahnye, dalam hand phone ibunye la, dalam desktop opis ibunye pun ada.

Ok la...jom korek2 mana gambar yang ada tu. Nanti macam x adil plak kan x cerita pasal dia langsung.

Cik Dibab ni dah genap 9 bulan on 12 Feb yang lepas.

Dah 3 batang gigi nak kluar. Tu yang dok meleleh je air liur sampai basah2 baju. Hana ni kira kuat la jugak sebab x de demam. Kalau Hadi dulu nak meniarap demam, nak merangkak demam, nak tumbuh gigi demam. Letih ko
Dah pandai duduk
Tapi kekadang bila dah syok sangat main, tergolek gak. Kalo kat rumah dah standby bantal sebiji kat belakang Hana.
Dah pandai babai orang. Tapi orang yang dia kenal aje la. Kalau babai mesti nak babai dengan dua2 belah tangan.
Dah pandai merangkak. Abis la sana sini dia merantau. Ke dapur je x reti lagi. Kalau kat rumah nenek, naik walker habis dilanggar segala barang & orang yang ada. 
Cuba fokus apa yang jari telunjuk cinonit tu tengah buat. Apa lagi tengah dok kutip la apa yang ada kat lantai tu. Kadang2 semut halus pun dia nampak. Mana datang semut tu?? Haaa...tanya la Hadi.
Ni kalau Hadi nampak ni memang kena ketuk la Hana. Hana ni memang suka main mainan Hadi. Mainan sendiri x mo main. Karang tengah2 main tetiba melalak. Kalo x abang dia rampas balik mainan, mainan tu tersepok kat muka dia masa main. Kalau diambik mainan tu marah bukan main siap melalak x ingat. 
Habis semua nak masuk dalam mulut. Sedap agaknye kunyah buku tu ye Hana.
Dah 9 bulan mestila dah mula makan kan. Sekarang dah pandai makan biskut Farley. Tapi yang  x laratnye, bila biskut makin mengecil & susah nak pegang, Hana mula la ngamuk. Kena la cepat2 standby biskut baru. Sama je perangai dengan Hadi. Kalau bab ngamuk memang sama je adik beradik ni.

Thursday, February 9, 2012

Part 2: Jalan-Jalan Kuantan

Sampai je kat hotel, terus check-in & antar barang2 kat bilik. Settle je terus keluar jalan2 kat tepi pantai. Posing2 jap. Menghirup udara nyaman kat tepi pantai. 




Luas kawasan pesisir pantai ni sebab air surut. Sepanjang kat sini, ramai yang buat sukaneka @ family day kat tepi pantai. Dah selesai lepak2 kat tepi pantai. Terus balik bilik & siap2 utk gi dinner. Almaklum la x berhenti lunch on d way tadi sebab dah heavy & late breakfast kat Shah Alam sebelum bertolak.

Dinner kat tempat yg aku & en. suami pernah dinner dulu, Planet Hollywood. eheheh silap lak Planet Seafood. Kedai ni sederet dengan Swiss Garden Kuantan & x sampai 5 minit pun kalau drive dari hotel. Dulu kedainye kecik je, sekarang dah ada 3 bahagian tempat makan. 2 tempat under roof, 1 yang open air. Sebab apa aku nak makan kat sini?? Haaaa sebab kat sini ada SOMTAM...


SOMTAM ni serupa kerabu la. Ni rupa SOMTAM yang campur betik muda & mangga. Memang besttt, pedas & masam2.
Siakap 3 Rasa
Telur Bungkus & Sayur Campur. Aku mintak tomyam campur. Dibaginya sayur campur. Bedal aja la. dah lapar, takdenya nak menunggu lagi. Kira murah gak makan kat sini. Dengan lauk pauk ni plus air tiga jenis, semuanya RM59.50.

Part 1: Jalan-Jalan Kuantan

Ini la dia..kalau dah bercuti panjang. Memang LEMAU la bila masuk opis. Alhamdulillah last weekend dapat bawa anak2 bercuti. Mama pun diangkut sekali. Yelah sape lagi nak bawa dia pergi jalan2. InsyaAllah harap2nye murah la rezeki tahun ni dapat sponsor mama pergi Bandung plak. Amin...

Kemana kita org bercuti ye? Haaaa...bleh tahan jauh gak la tapi x la sampai ke luar negara. Sebabkan dah boring asyik2 Port Dickson, Melaka...Port Dickson, Melaka....Kali ni pergi jauh skit ke Kuantan

Reception counter  




Dekat 5 jam jugak la dari Shah Alam pukul 11 pagi. Sampai Swiss Garden dalam pukul 4 petang. Almaklum kejap berhenti buat susu, kejap berhenti pergi toilet, kejap berhenti gi stesen minyak. Banyak sangat pit stop. Nak speed keta laju2 pun, keta comel tu dah x berapa nak mampu. Sarat dengan manusia, beg & ditambah dengan nak panjat Karak tu. Dah tu plak air cond keta comel tu buat masalah. Keta ni kalau longgg distance mula la air cond ala2 ngada2 manja je nak kuar. huishhh sib baik la masa tu dah tinggal 3/4 perjalanan je. 

Red Flag..Ombak & angin kuat..tapi ada jugak yang berenang. Sebelum pergi sini, kat berita ada cerita pasal dua @ 3 org dah lemas kat area pantai Kuantan ni. Semalam kat buletin utama ada yg complaint kenapa x de JPAM yang berkawal. Hishhh pelik org Malaysia ni kan. Ada @ x de pengawal pantai kan dah terang2 red flag, yg pergi berenang lagi tu kenapa? Semua nak harap @ salahkan orang lain.

Alhamdulillah cuaca kat Kuantan from 4-6hb tu elok je panas kemain. Air laut pun surut, boleh la berjalan2 & berlari2 tepi pantai. Maklum la kami ni orang bandar Shah Alam. Mana nak jumpa laut. Paling kuat pun Sungai Klang yang warna macam teh susu hihihi.

oh ye..dulu time baru lepas kahwin dah datang berdua ke sini dengan en. suami. kali ni datang dah ada dua askar. Cepatnye masa berlalu ye. Macam x percaya je :-)) Percayalah....(sila nyanyi ikut rentak lagu Dato' CT ye)

Thursday, February 2, 2012

Fashion @ Golden Globe Awards

Aku rasa dah beberapa tahun x tengok Golden Globe awards ni. X ambik kisah pun sebab skrg ni x sekencang dulu tengok filem Hollywood ni. Tengok apa yang ada kat Astro tu je kalo sempat. Cuma aku suka tengok fesyen2 yang actresses pakai masa red carpet. Bila ditengok2 kekadang baju2 dia org tu lagi sopan dari baju artis kita kan???

Jom layan pakaian yang aku suka dulu ye untuk entry ni.


Hitam itu menawan...kalo kena gayanye
Suka ruffles kat bahagian bawah tu
Simple jer..tapi combination color, mekap & rambut nampak menarik
Macam burung merak...Suka colornye
Baru bersalin 6 bulan lepas dah vogue camni..Aku???Huhuhu
Dah berumur pun cantik & pilihan pakaian sesuai plak dengan umur. Nape ye sesetengah artis2 yg berumur kat tempat kita x bleh pilih pakaian yang sesuai dengan umur dia org??? Bukan la aku nak suruh bertudung, tapi jangan la seksi & sendat sana sini
Suka la lace2 ni
Anak beranak pakai cantik
Lace lagik...nude color memang trend kot sekarang ni. Lace hitam kat pinggang tu serlahkan penampilan baju ni kan
Walaupun berbadan besar & berkulit gelap, tapi kalau pandai pilih warna & design kan cantik rupanyer.
Woww...suka color & ruffles
Cantik la...x pening ke kepala designer & tukang jahit dia buat gelombang2 kat bawah tu hihihi
Baju ni nampak pelikkan?? Warnanye pun macam warna metallic. Top macam office wear. Smart & feminine @ the same time.

Ni memang ramai yang puji cantik kan?? Cuma tattoo tu je yg menyemak. Oh ye...Kepala lutut tu nampak cam kurang makan je kuang kuang kuang. Dengki la tu tgk org tu kurus keremping

Alkisah...

Memula baca citer ni kat yahoo Memang rasa lawak sesangat. Tapi bila fikir2 balik, sungguh sweet apa yg perempuan ni buat. Alkisahnye, bapak perempuan ni sakit & x dapat attend wedding anak lelakinya. So, perempuan ni (a.k.a kakak @ adik perempuan kepada pengantin lelaki) dah edit gambar2 kawin adik lelakinya dgn memasukkan beberapa gambar2 lama bapaknye. 

Memang klakar..sila layan ye :-)))

Ni nampak macam real aje kan
Hahaha...bleh plak ada pool kat situ.
Tetiba ada yang lain jantina plak dok interframe
Gambar ni aku x paham. Apa yang pengantin lelaki tu buat?? Ayahnye yg jd cameraman tu kot

Sempoiii
E'eh menyelit lagi
Hahaha..main pistol air plak
Ada lagi beberapa gambar. Kalo nak tengok pergi sini ye