Ini la dia..kalau dah bercuti panjang. Memang LEMAU la bila masuk opis. Alhamdulillah last weekend dapat bawa anak2 bercuti. Mama pun diangkut sekali. Yelah sape lagi nak bawa dia pergi jalan2. InsyaAllah harap2nye murah la rezeki tahun ni dapat sponsor mama pergi Bandung plak. Amin...
Kemana kita org bercuti ye? Haaaa...bleh tahan jauh gak la tapi x la sampai ke luar negara. Sebabkan dah boring asyik2 Port Dickson, Melaka...Port Dickson, Melaka....Kali ni pergi jauh skit ke Kuantan
Reception counter |
Dekat 5 jam jugak la dari Shah Alam pukul 11 pagi. Sampai Swiss Garden dalam pukul 4 petang. Almaklum kejap berhenti buat susu, kejap berhenti pergi toilet, kejap berhenti gi stesen minyak. Banyak sangat pit stop. Nak speed keta laju2 pun, keta comel tu dah x berapa nak mampu. Sarat dengan manusia, beg & ditambah dengan nak panjat Karak tu. Dah tu plak air cond keta comel tu buat masalah. Keta ni kalau longgg distance mula la air cond ala2 ngada2 manja je nak kuar. huishhh sib baik la masa tu dah tinggal 3/4 perjalanan je.
Alhamdulillah cuaca kat Kuantan from 4-6hb tu elok je panas kemain. Air laut pun surut, boleh la berjalan2 & berlari2 tepi pantai. Maklum la kami ni orang bandar Shah Alam. Mana nak jumpa laut. Paling kuat pun Sungai Klang yang warna macam teh susu hihihi.
oh ye..dulu time baru lepas kahwin dah datang berdua ke sini dengan en. suami. kali ni datang dah ada dua askar. Cepatnye masa berlalu ye. Macam x percaya je :-)) Percayalah....(sila nyanyi ikut rentak lagu Dato' CT ye)
No comments:
Post a Comment