Showing posts with label hadi. Show all posts
Showing posts with label hadi. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

SICILIAN ORANGE CAKE


Ok ni resipi kek yang baru 1st time aku buat. Buat ni pun pasal anak2 sibuk tanya bila ibu nak buat kek. Disebabkan dah penat pagi2 lepas subuh dah ke pasar borong, lepas tu masak lunch plak...sudahnya ini la resipi pilihan untuk buat kek.

Resipi asal dari blog kitchenguardian. Ini resipi yang aku dah translate ke BM supaya senang sesape yang berminat tu nak buat.

250 gram butter (aku guna brand SCS)
250 gram gula kastor (next time buat mungkin nak kurangkan skit gula ni)
4 biji telur
250 gram tepung naik sendiri
85 ml jus oren
1 1/2 sudu teh parutan kulit oren
1 sudu teh esen vanila

Cara nak buat pulak...

Pukul butter, gula dan parutan kulit oren hingga kembang dan ringan. Masukkan telur satu persatu dan dipukul lagi. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau guna whisker. Dah sebati masukkan jus oren dan esen vanila. Kacau lagi dengan whisker sampai sebati.

Bakar dalam oven untuk 40 minit pada suhu 180C.

Hasilnya....kek sangat la lembut, gebu & moist. Mungkin sebab pakai butter SCS dan telur sampai 4 biji. Silalah cuba ye. Memang senang je buat. Cuba tengok..senang kan, sampai budak kecik pun bleh buat.

Minah ni memang sibuk la nak memegang mixer sambil mulut dok bebel " Ibu tak letak telur ke...ibu tak letak telur ke". Sabar ye dik. Masak kek ni kena ikut peraturan. Kalau tak, x menjadi nanti.

Ini la keja Hadi bila aku buat kek. Suka sangat nak menjilat adunan yang dah siap.
Hahaha...adik x bagi jilat. Katanya kena masak dulu. Tapi dapat jugak abangnya mencuit. Lepas tu adik pun nak jugak.

Tuesday, April 22, 2014

Sosej Tocang


Ini resipi paling senang nak buat. Bahan-bahannya sosej, puff pastry dan kuning telur. Kuantitinya ikut la berapa banyak korang nak buat.

Cara-cara nak tocangkan puff pastry pada sosej macam ni ye. Nak tau sumber, klik pada gambar

http://ovenkecil.blogspot.com/2010/11/sosej-puff.html



Sosej yang siap digulung dengan puff pastry jenama Kawan
Mekapkan dengan kuning telur
Letak dalam loyang yang dah digris dengan mentega. Bakar dalam 20-30 minit. Ikut la oven masing2.
Ini la rupanya bila dah siap dibakar. Saja aku garingkan sikit
Hadi kata sedap, siap kongsi dengan kawan.

Monday, March 31, 2014

1ST TIME BUAT DONUT

Sebenarnya dah lama nak buat donut keledek. Tapi sampai la keledek tu tumbuh tunas, x jugak dia jadi donut. Akhirnya buat jemput2 saje.

Tapi beberapa hari lepas, mama bagi tau " Beli la donut untuk Hadi. Dia suka makan donut. Hari tu mak ngah dia beli donut, bukan main suka dia makan". Lepas tu tanya kat Hadi, Hadi suka ke makan donut? Dia jawab la " Kita suka makan donut gula ibu".

Ok, bila anak dah cakap suka makan sesuatu, dah tentu2 la ibunya walaupun x tau nak buat donut macam mana tetap berusaha nak belajar buat donut. Sekarang ni semua di hujung jari kan. Jadi cari la resepi donut yang simple kat internet. Akhirnya terjumpa resipi dekat sini. Jadi sila la rujuk kat situ ye. Malas nak taip balik. 

Cumanya nak ingatkan, bila nak campur tepung dengan bahan cecair yang dah disebatikan, masukkan tepung tu sikit2 sampai tepung x melekat di jari atau bekas uli. Lagi satu, guna air yang suam2 kuku untuk larutkan gula, susu pekat & yis tu. Kalau tak nanti yis terbantut x kembang plak donut nanti.

Ini rupa adunan yang telah disebatikan sampai jadi doh

Ini adunan yang dah direhatkan selama 45 minit
Doh yang dah diterap dengan acuan donut
Doh yang digoreng dengan api sederhana panas
Goreng sedikit kecoklatan kalau nak makan terus.

Doh ni boleh dapat dalam 30 biji donut. Jadi sebahagiannya aku buat frozen dan hantar kat rumah mama. Kalau nak frozenkan, goreng sampai kekuningan sikit je. Sejukkan, lepas tu masuk dalam bekas kedap udara & simpan dalam freezer beku. Hari ni, neneknya gorengkan untuk bekal Hadi bawa ke sekolah.
Donut yang siap digolek2kan dengan gula kastor. Kalau nak fancy boleh la celup coklat di bahagian atas & tabur dengan kekacang yang dah dipanggang atau pun colorful coklat rice etc etc
Ini ni la rupa donut yang telah dingap sebelah. Dah telah berapa biji baru teringat, masa ngandungkan Hadi dulu aku memang suka breakfast donut boleh kata setiap hari bekerja donut la sarapan aku.
Alhamdulillah dapat jugak menunaikan tanggungjawab pada anak. In sha Allah lepas ni nak cuba pulak buat donut kentang @ donut keledek. Terbukti Hadi memang suka makan donut gula ni. Ada la dekat 4 @ 5 ketul dia makan. Hilang penat ibu buat donut *penatmanalasangat*

Thursday, February 20, 2014

BIG BAD WOLF BOOK SALE (6/12/2013)


Kali ni kira tahun kedua la aku pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni terpaksa pergi beberapa trip sebab kesuntukan masa nak membelek buku2 yang berlambak kat MIECC tu.



Ni 1st trip...ingatkan pergi  Jumaat malam ni tak la ramai orang. Punya la jem jalan dari tol Mines tu sampai ke jalan nak masuk ke MIECC tu. En. suami pelik sangat kenapa la sampai camni keadaannya. Itu la aku cakap kat dia Big Bad Wolf ni memang ramai orang pasal gila2 punya harga sale buku2nya. Dah tengok keadaan jalan ni baru nak percaya. Lepas tu pulak, kat dalam dewan MIECC tu sampai ke pukul 2 pagi pun ramai lagi orang. 
 


Askar2 dua orang ni pun diangkut sekali. Sebab trip kali ni nak membelikan buku2 untuk dia orang la. Tengah dok beratur nak membayar ni, dia orang biasala. Mana boleh dok diam.


Kesudahannya masuk kereta, on d way balik rumah yang si adik dah sujud syukur sebab kepenatan & mengantuk. Dengan mulut terngana & air liur melelah kat seat. Yang abangnya pulak melekat tido dengan abahnya kat depan. Tinggal la driver ni sorang2. X pe janji puas hati dapat membeli 


Ini la buku2 yang dibeli masa 1st trip. Kebanyakkannya hard cover & ada beberapa yang 3D & ada music. Harga buku2ni per piece dalam RM5-RM15 je rasaya. Kalau x silap, beli semua buku ni tak sampai RM100 pun. Tahun ni 3 kali trip pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni dah x beli buku2 masakan. Sebab tahun lepas punya buku masakan pun x sempat nak ditest resepinya. Beli novel2 & dictionary je.

Monday, October 28, 2013

M&M Cookies

Meriah kan warnanya....nyum nyum. Rasanya pun sedap.

Dua beradik ni memang saja dijemput turut serta buat biskut ni.
Berebut-rebut nak letak cookies atas dulang. Lepas masak ni kalau ada terjumpa rambut dalam biskut, dah tau dah rambut siapa.

Ok resipi asalnya di sini. Ini resepi yang dah ditranslate kan untuk memudahkan sesiapa yang nak mencuba.

Perfect M&M Cookies

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan unsalted butter
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
12 auns M&M (lebih kurang 340gm)

Cara membuatnya:-

1.  Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan baking soda. Ketepikan.
2.  Pukul kedua-dua gula dengan butter sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3.  Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sehingga menjadi doh. Akhir sekali masukkan M&M dan gaul dengan menggunakan tangan.
4.  Sejukkan adunan dalam bekas bertutup di dalam peti ais selama 30 minit.
5.  Selepas itu, bulat-bulatkan doh sebesar duit 20 sen @ 50 sen. Susun di atas dulang. Jangan letakkan adunan terlalu dekat takut bercantum biskutnya nanti.
6.  Bakar adunan. Aku bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20 minit.

Monday, October 21, 2013

Gelagat 2 Beradik

Tak nak turun ke Hana...
Abangnya naik balik. Tunggu dulu Hana
Woiii tepi sikit la
Woiii tak dengar ke? Tepi sikit la
Ok Hana dah boleh turun. Abangnya dok pegang pinggang adik
Abang tersenyum gembira sebab adik berjaya gelongsor ke bawah

 Ibu & Babahnya tengok dari bawah sambil gelak sakan. Poyo la Hadi ni :-) Adik relax je.

Tuesday, October 16, 2012

LEPAK-LEPAK DI TAMAN SETIA CITY MALL

Dekat dgn rumah sekarang dah ada Setia City Mall. Best la nak jalan2..kalau nak berbelanja tu, kena tengok kedai. Majority jual barang branded & mahal la. Tapi yang sukanya sebab banyak kedai baju branded budak2 & banyak pilihan tempat makan. 


tapi selalunya kita orang pergi sini untuk makan esp kat Seoul Garden atau bawa anak2 main2 kat tamannye. ada playground, air pancut, tasik & taman bunga. Gambar kat playground x de. X sempat nak ambik, mata dok melilau sambil mengejar Hadi. dapat main, ibu & babah ditinggalkan.
Hadi biasa la..x pernah serik, melompat sana sini je kerjanya.

Hana plak penuh dengan curiosity...walaupun mata dah berat. Tengok abangnye yang dekat belakang tu. Apa aje la kerjanya

Ngantuk ye dik...Jom la kita balik. Nanti kita datang lagi ye

Monday, June 11, 2012

JAKARTA-BANDUNG: PART 2

Pagi2 lagi dah gerak dari Jakarta menuju ke Bandung. Puas la mengangkut 4 beg besar yg bleh muat 16-18kg/beg. Sengsara la jugak. Mau x nye. Dah en. suami kena jaga anak2. Mama plak bw hand luggage. Sib baik la 4 beg tu hanya 2 yg berisi. Yang 2 lagi tu utk brg2 yang akan dishopping.

Destinasi pertama bila sampai Bandung...Tangkuban Parahu. Ni sesape 1st time gi Bandung kalo x jejak memang kira x cukup syarat la.

Lokasi wajib untuk bergambar. X sempat nak pikir nak posing camner...orang dah ramai dok tunggu turn
Kawah Ratu...salah satu kawah gunung berapi. Berasap2 kat hujung tu
Ibu cakap gunung berapi, Hadi ingat Gunung Bunga Api. Puas la dia dok tanya "Mana Bunga Api bu?"
Sape yang rajin boleh la menapak tengok kawah yang lain pulak. Tengok la nunnnn jauh kat sana. Sori la tengah2 panas ni nak menapak dgn budak2 lagi fuhhh
Masa kita orang sampai ni punye la ramainye manusia. Kebetulan kat Indon pun time cuti sekolah. Yang x tahannye penjual2 yang ada kat situ. Dok la ikut ke mana je kita orang pergi.
Posing jap...Apsal pulak jari tu tunjuk 3 Hadi. Peace guna 2 jari aje la hahaha
On the way nak pergi lunch, singgah plak kat ladang strawberi. Hadi bukan main suka dapat petik strawberi. Walaupun sebenarnya x reti nak pegang gunting. Dan dan tu la nak belajar menggunting. Hana jadi tukang tengok je :-) 

Risau je..takut dia  terpotong jari
Hana pun sibuk nak tengok
Ini la rupa kebun strawberi
Suka sangat senyum sampai sepet mata.

Yang ni aku x pernah tengok...Ada plak rekreasi untuk budak2 tangkap anak ikan. Siap ada flying fox plak kat situ. Macam x percaya je aku tgk flying foxnyer tu. 
Lunch @ Restoran Sederhana, Masakan Padang. Ok la makanannye. Tapi lagi sedap makan kat Sari Ratu kot :-)