Thursday, March 22, 2012

RESULT SPM

Semalam dah kluar result SPM ye?? Tahniah buat yang berjaya & jangan terlalu gembira @ riak @ lupa diri. Jauh lagi perjalanan. Yang penting pastikan prestasi tu dikekalkan @ lebih baik masa kat U. Bukan apa, ramai gak yang result ok, tapi bila masuk U x bleh survive. Buat yang x achieve target, bersyukurlah dengan keputusan tu. Sebab ramai lagi yang keputusannya lebih teruk @ ada yang x mampu pun nak teruskan persekolahan. Bagi yang tidak berjaya, jadikan satu pengajaran untuk berusaha lebih baik di masa depan. Kalau perlu duduki semula SPM, buatlah. Sebab ada je yang gagal SPM, tapi bila re'sit ' balik dapat pangkat 1 (ehh ada lagi ke pangkat2 ni...tuo dah den ni). 

Kekadang ada orang yang x sesuai dengan pendidikan formal yang lebih kepada teori. Ada yang boleh perform lebih baik dengan pendidikan yang melibatkan amali./praktikal Contohnya, aku ni lebih kepada pendidikan teori. Mungkin sebab tu aku sorang je dalam adik beradik yang dapat pergi U. Yang adik lelaki 2 orang lagi sambung gak study tapi dekat Pusat Kemahiran Kerajaan. Tapi syukur Alhamdulillah memasing boleh berdiri atas kaki sendiri. Banyak peluang kat Pusat Kemahiran yang disediakan Kerajaan ataupun swasta. Buat la pilihan yang sesuai untuk diri memasing. Banyak juga bantuan kewangan untuk sambung pelajaran sekarang ni. Nak kerja sampingan pun boleh, yang penting jangan sampai menganggu pelajaran.

Ibu bapa plak jangan la memaksa anak2 pilih untuk pilih jurusan yang mak bapak suka untuk anak dia org. Berikan mereka ruang untuk memilih setelah diberikan pendedahan terhadap option2 yang ada.

Kepada lepasan SPM, walau apa pun keputusan yang anda dapat itulah yang terbaik untuk ada. Allah ada perancangannya tersendiri. Jangan pandang ke belakang & teruskan hidup kerana keputusan SPM bukanlah pengakhiran kepada masa depan anda. Tapi ianya satu permulaan untuk kita mencorakkan masa depan kita.  

Monday, March 19, 2012

SIAPA TAK SAYANG ANAK..

Dulu sejak darjah 2 aku naik bas mini dari Seksyen 19 ke Seksyen 16 nak ke sekolah. Dalam gelap lepas Subuh jalan perlahan2 menuju ke bus stop yang lebih kurang 15-20 minit jauhnye. Syukur alhamdulillah..selamat sampai ke sekolah walapun kekadang tertido dalam bas :-)  Waktu petang pulak kekadang ada latihan sukan dekat sekolah, sampai rumah kekadang dah senja. Pandai2 la aku simpan sikit baki duit belanja RM2  yang mama @ abah bagi setiap hari. Berapa la sangat yang dapat dikumpul. Tambang bas saja dah 80 sen pergi & balik. Budak2 lain mungkin beruntung sebab ibu yang x bekerja boleh hantar & jemput dari sekolah. Ataupun ayah datang naik motor atau kereta untuk hantar & ambik dari sekolah.

Ok...apa yang aku ingin sampaikan??? Ingat lagi kisah Dirang yang hangat seminggu yang lepas. Ramai yang menyalahkan ibunya sebab biarkan anak sendirian ke kedai membeli mee segera & telur. Well...ajal di tangan Tuhan. Ya aku setuju, keluarga Dirang bersalah kerana biarkan anak sekecil itu bersendirian ke kedai. memberikan amanah kepada anak kecil tanpa memikirkan keselamatan anak sendiri. Tapi pemilik kedai juga berkata yang sebelum kejadian setiap kali Dirang ke kedai akan ditemani ibu saudara @ ahli keluarga.

Itu belum lagi kisah anak kecil yang baru sebulan dua pandai berjalan ditemui lemas di sungai berhampiran rumahnya disebabkan ibunya membasuh baju. Kenapa la cuai sangat?? Tak berkunci ke pintu rumah?? Aku ingat lagi masa anak2 buah masih baby, abah akan pasang pagar yang dibuatnya dari kayu dekat pintu rumah & pintu dapur. Jadi cucunya tidak la merayap ke tempat2 yang mendatangkan bahaya. Pagar, pintu @ grill rumah akan dimangga supaya tak dimasuki orang2 yang tidak dikenali.

Zaman sekarang x macam zaman dulu yang mana anak2 kecil bebas bermain di padang permainan. Budak2 sekolah boleh meredah ladang getah dalam gelap subuh untuk menimba ilmu. Sekarang ni siang terang benderang pun macam2 boleh jadi. Lagi la ibu bapa perlu ambil langkah2 keselamatan.

Kesimpulannya...walau sesibuk manapun, walau sekejap waktu pun, jangan la kita biarkan anak2 kita terdedah dengan bahaya. Sebab bila dah terjadi perkara yang tidak diingini, menangis air mata darah pun x dapat menghidupkan kembali anak2 itu.

Al-Fatihah buat Dirang & kanak2 lain yang telah meningalkan dunia ini akibat kecuaian ibu bapa masing2. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lindungilah anak2 & ahli keluargaku dari sebarang kecelakaan dan kemudaratan dan semoga mereka sentiasi dirahmati olehMu. Amin Ya Rabb Al Amin

DIBAB YANG NOTI

Cik Dibab ni sekarang bukan main lasak. Dah pandai berdiri & meniti tepi2 kerusi @ meja. Dah mula pandai tegur orang. Tidur malam pun bukan main lewat. Kekadang tu pukul 12 pun x tido lagi. Pening kepala babahnye. Kekadang tu pakat reramai buat2 tido, tapi dia x tido jugak. Dipanjant2nye badan ibu @ hadi @ babahnye. Siap panggil2 @ tegur2. 

Ni tengok la ni nak bagi dia makan. Abis comot. Kalau lambat skit suap bubur kat mulut dia mula la dia mengamuk. X padan dengan kecik.

Susah nak ambik gambar, dok bergerak je
Dah ada gigi, suka la sangat gigit sudu time feeding dia.
Tengok duduk tu..dah macam gangster ibu tengok
Tu mana plak nak campak sudu. p/s sila abaikan mainan yang bersepah tu ye. X lain x bukan, keja Hadi la.
Buat apa plak tu. Rambut serabai & beropol2 la.

Sunday, March 18, 2012

SIAKAP 3 RASA ALA THAI


Semalam lepas pergi pasar dengan mama, abah bagi ikan siakap yang dipancingnya. Ikan dah siap2 potong. dapat la 3 potong termasuk bahagian ekor. Bila balik umah dok pikir2 plak nak masak apa. Bosan dah asyik2 masak sweet sour je. Pastu teringat plak nak masak siakap 3 rasa. Google kat internet ada la beberapa resepi. Tapi nama je 3 rasa, tengok bahannya macam masak sweet sour je.

Luckily jumpa 1 resepi kat website kakinakl yg versi ala thai. Ada campuran macam2 sos. Apa lagi..hari ni tengahari lunch berlaukkan siakap 3 rasa ala thai dengan sedikit tambahan pada resepi kakinakl.

Bahan
1 ekor ikan siakap
Sedikit air
Minyak untuk menumis kuah & menggoreng ikan
Garam
Kunyit
Tepung jagung

Bahan blender kasar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 tangkai cili masak (3 tangkai)

Bahan dihiris halus
1 kuntum bunga kantan (2 kuntum)
2 tangkai serai
4-5 biji cili padi (guna dalam 10 biji)
2 tangkai daun ketumbar (terlupa nak letak)
1 biji bawang Holland / bawang besar
Daun limau purut ( terlupa nak letak)
Bahan sos
2 camca cili kisar (x guna pun)
2 camca besar sos cili (4 camca besar)
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos plum
2 camca besar gula pasir
1 camca besar jus limau
1 ½ camca teh kicap manis
1 camca besar sos tiram
sedikit sos ikan (2 camca besar)

Cara
  1. Bersihkan ikan. Lumur ikan dengan kunyit & garam. Lumur pula dengan sedikit tepung jagung.
  2. Goreng ikan. Dah masak, ketepikan.
  3. Tumiskan bahan diblender kasar dalam 1 @ 2 minit. Masukkan bahan sos & tambah sedikit air, jika kuah terlalu pekat. Kemudian masukkan gula dan bahan2 yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan jus limau.
  4. Rasa, kalau perlu garam boleh masukkan.
  5. Tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng.

Tuesday, March 13, 2012

MY GIRL

Announcement Tok Jib gaji naik 13% bertepatan dengan 'kesakitan' handphone' Atau sebenarnya handphone ni macam tau tau je Tok Jib nak bagi gaji naik. Hampehhhh...Sebelum makin melarat 'sakit' handphone ni, elok la disavekan gambar2 yang ada.

Banyak pulak gambar Hana. Apa lag layan la Hana Dibab ni

Muka ala-ala POCOYO
Amboiiii..suka ye dapat gi jalan-jalan
Apsal sedih je ni...Ngantuk ke?
Apa nak buat tu??
I believe i can fly
Twin!!!
Masuk bakul angkat sendiri
Mak aji pakai tudung pinjam
Teman ibu gi shopping...yeahhh
Sama plak baju dengan cekak
Sape lagi comel???

Monday, March 12, 2012

LUPA LA PLAK NAK UPDATE

Amnesia plak nak update pasal teaser PUJAANKU ni

Hi Tea ni anjuran Group Facebook Tun Dr.M pada 21 Januari 2011 kat The 39th Restaurant, PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Aku jadi urusetia untuk pendaftaran. So kena datang awal 2 jam. Yelah nak kenal2 dengan admin yang lain & ada briefing skit. So, en. suami pun diangkut skali la. Anak2 tinggal kat rumah mama.

Layan citer sambil tengok gambar ye.

Laki bini bergambar dulu. Sama2 'comel' kan. Pipi memasing macam kuih pau. Memasing berbaju, berseluar & bertudung baru
F&B
Tempat untuk Tun M & Tun Hasmah
Arrival of Tun M
En. Suami dapat bersalam dua kali dengan Tun M. Punye la excited nak tengok balik gambar dalam kamera
Makanan memang sedap...tapi sebab excited tengok Tun M & Tun Hasmah, x seberapa sangat yang dapat dimakan.
Interframe jap time Tun M bagi ucapan
Kagum dengan kebolehan Tun M berucap dan diselang seli dengan jenaka & kempen hihihi

Group pictures
 




Sunday, March 11, 2012

MONDAY BLUES..


Monday blues ke?? Tak Tak...ni special case...
Sakit jiwa & raga mengenangkan keja2 yang aku kena buat esok. Opppssss...MENGENANGKAN KERJA2 ORG LAIN YANG KU KENA BUAT. Yang mana org2 lain i.e 2 manusia punye keja. Yang sorang bleh ambik cuti 1 minggu alasan kakak nak kahwin. Yang sorang bleh gi kursus isnin & selasa. Please la people prioritize...aku x kisah kalo ko nak cuti seminggu, tp please la siapkan kerja2 ko tu. Ni keja semua setengah jalan & harapkan org kat opis ni tolong. Tapi bila org advise buat cara yang lebih elok, ko meroyan plak.

Kursus tu pun bukan kursus utk perkhidmatan. Kursus optional. x pergi kali ni pun x pe. Bleh gi siri yg akan datang. Hampehh...sakit hati betul. Bos plak bleh buat selamba kodok je yg dua org tu bleh x de kat opis. Orang lain yang keja2 sampingan dibekukan cuti, Puan2 punye keja tu bleh plak dia tutup mata x de kat opis.

Nasib baik la aku ni dari zaman azali memang tawadduk je bila terima kerja. Sakit hati sakit hati gak la. Tapi aku ingatkan balik, x pe la. kalau x ikhlas buat kerja sebaiknya, x berkat plak gaji yang aku dapat. What goes araound comes around.

Thursday, March 8, 2012

Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah...Gaji naik 13%. Apa lagi jgn malas2 buat kerja & gandakan usaha. Pastikan rezeki yang kita dapat halal & berkat untuk dinikmati kaum keluarga.

Wednesday, March 7, 2012

HANTARAN UNTUK ROMBONGAN MAK ANI KE BUKIT KAPAR, KLANG

Fuhh lega dah settle satu perkara. Letih gak menyiapkan hantaran untuk adik bongsu. Walaupun 7 dulang je...puas gak cari idea. Maklum la dah dekat 6 tahun bersara buat hantaran ni :-)

Tema hantaran biru celcom, putih, silver & pink. Banyaknye colorrrr...x de lah ok je kat mata aku. The colors compliment each other. Macam2 cerita nak menyiapkan hantaran ni. Memang kalau buat kerja2 macam ni kalau x de perkara2 yg menaikkan darah & menyakitkan hati memang x cukup syarat. Nak tengok rupa hantarannye??? Tadaaaaaa

Alkisah...sirih junjung ni seminggu sebelumnya aku dah tempah kat florist. Next weeknya aku dtg pukul 10 pagi seperti yang dijanjikan. intai2 kat kedai x nampak pun sirih junjung yang ditempah. Dah tu gi jumpa budak Indon yang sama aku tempah last week. Resit plak ntah kemana dah aku letak. Pastu toke Cina tu sedap mulut kata 'x de resit saya x tau' Amboi2 makan kasut gak nyonya ni karang. tetiba bila budak Indon tadi cari dalam buku resit memang sohih aku ada tempah & dah bayar full pun. Apa lagi menggelabah la budak tu. Ok ok akak...duduk dulu sekarang jugak saya buat' Menyirap dah masa tu. Muka dah macam rimau lapar dah. Nasib baik lawa ko buat sirih junjung tu, kalo x memang free aje kena maki pepagi sabtu.
Bear tu idea last minit. Tengok kosong je kat depan kerusi tu. Gabus yg petak & bentuk hati tu recycle ms aku kahwin duluuuu. Bunga biru kain satin & renda biru & putih tu beli kat nilai 3, riben plak tempah je kat kedai.
Telekung & Quran. Qurannya tersorok yg diikat dengan riben biru polka dot tu
Meriah tak warna buah2an. Geram plak tengok strawberi tu. Ada buah lai, pear, buah naga, anggur hitam & oren. Buah2 ni letak dalam bekas lutsinar beralun2. RM9.90 je kat Parkson Grand Alamanda.
Cer teka apa yg berbalut sakan tu??? Yang pink & baby blue kecik2 tu gula2 coklat berinti. Memang sedap & harga pun bleh tahan. Kalo dah gula2 gandingan mesti la coklat kan. Idea balut coklat & ikat riben ni dapat masa gi kedai Famos Amos kat Alamanda.
Kek ni bakal tunang adik tempah satu tempat skali dengan kek dia. Simple je. Kek coklat dia sedap, moist & x la manis sangat. Masalah satu je dengan kek ni. Masalah telinga kiri bear coklat tu. Elok je bakal tunang adik hantar kat rumah & balik, telinga tu terjatuh. Hampehhh betul. Aku pun basahkan sikit telinga tu dengan air masak & tampal balik. Sib baik melekat. Tapi.....pagi Sabtu tu dia buat hal tercabut lagi. Kali ni aku tampal plak dengan madu dalam peti ais. Tapi......berapa kali tapi dah...korang tengok la gambar ni

Baik punye tergolek telinga bear tu. Halus benar la plak line merah tu
Ni kain ela untuk buat baju akad nikah nanti


































































Selamat beratur kat rumah tunang adik aku walaupun bear tu mengalami minor injury. Ada kengkawan adik yang hadiahkan kek secret recipe. Jadi ada 8 dulang hantaran la.


Tuesday, March 6, 2012

PUDING TRIFLE BUAH-BUAHAN

Yuhuuuu macam2 nak cerita ni...tetiba plak excited kemain nak update blog :-)

Firstly nak citer pasal trifle. Nak buat trifle ni kena ada sebab musababnye. Al kaedah en.suami x berapa makan dessert2 macam kuih muih & manisan ni. So, kalau nak buat kena pikirkan target market uihhh x bleh blah betul perkataannya. Memandangkan adik bongsu aku nak bertunang 3 mac lepas, pikir punye pikir aku nak buat dessert aje la itu je pun yg confident nak masak bagi org makan lagi pun dah penat menyiapkan hantaran si bujang tu. 

Google2 kat internet terjumpa la web ni . Tergugat tekak aku tengok gambar trifle tu. Bila tgk2 resepi & kekdah nak buat pun senang je. Apa lagi lepas ofis hour terus g cold storage sebab kat situ je strawberinye comel2 wlapun harganye mahal. Dah x mo cerita panjang sila la lihat rupa trifle ku ini. Mengancam x mengancam rupanye :-)

Ada buah peach, rambutan stuffed pineapple, strawberi & fruit cocktail. Yum..Yum 
Ini yang dah siap dituang dengan jelly segera perasa raspberry cap Nona
 
Resepinye & kekdahnya...dah diadjust skit sebab nak pastikan buah2 tu x tenggalam dalam custard & kesudahannya x tersembul comel macam kat atas tu :-)

Lapisan 1

Swiss roll - beli je kat tesco @ carrefour @ giant. aku guna swiss roll rasa orange.

Lapisan 2
200ml air + 200ml fresh milk - aku pakai cap dutch lady
7 sudu makan gula
4 sudu makan tepung kastad
100 ml air

Lapisan 3
1 tin fruit cocktail
1 tin kecil peach Ayam Brand
1 paket strawberi
1 tin kecil pineapple stuffed rambutan

Lapisan 4
1 kotak serbuk agar2 - aku pakai perasa raspbery cap Nona
170ml air - kurang skit sebab tak nak lembik sangat

Kekdahnya:-
  1. Potong swiss roll dan susun dalam bekas pyrex kalau bukan bekas pyrex pun menjadi gak trifle ni kah kah kah
  2. Siramkan sikit air fruit cocktail ke atas swissroll tu. Jangan sampai banjir dah la. Kasi cukup syarat je. Ketepikan.
  3. Campurkan 200ml air dengan susu dan gula. Panaskan sampai gula cair. Kemudian masukkan tepung kastad yang dah dibancuh dengan 100 ml air. Kecikkan api dan kacau guna whisker sampai bancuhan tu likat sedikit dan nampak berkilat.
  4. Tuangkan bancuhan kastad ke atas swiss roll & biarkan sejuk sekejap dalam 5-10 minit.
  5. Lepas tu baru taburkan buah-buahan. Ketepikan sekejap.
  6. Masak jeli segera dengan air sehingga mendidih. Lepas tu biarkan sejuk sedikit jangan sampai keras plak jeli tu. Kemudian tuang perlahan2 ke atas timbunan buah-buahan tadi. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dingap baru la mantop di tekak. 
Sempat gak snap sebelum langsai