Monday, January 10, 2011

AJL 25...


Ngantuk lagi ni. Penangan menunggu AJL25 sampai penghujung. Kesudahannye...HAMPEHHH. Kalau aku tau la gini keputusannya, awal2 aku dah join hubby & hadi tido.

Well, let me see list down apa yg menarik kat mata & telinga aku ms nengok AJL25 ni.

Yang BEST & X BEST!

1. Otai2 lama yang menang AJL memang best masa opening. Francisca Peters & Nash memang power la suara. Punye la riuh rendah kat bukit jalil tu masa dia org nyanyi. M Nasir ok la. Dia biasa la nanyi ikut sedap ati dia je. Cuma Jamal x de plak smlm masa lagu Ghazal untuk Rabiah.

2. Yuna (Cinta Sempurna): ok, best arrangement baru lagu tu untuk AJL kali ni. cuma tang baju tu rasa sarat sangat la. Tapi warna i like :-)

3. Tomok: best la performance dia...mcm tengok konsert. Suara ada pancit sikit la kan. dah tu nak nari + nyanyi kan.

4. API: bagus punye gimik. Last skali semua kn tembak. Tp paling best skali vokal Lan la. Memang power giler.

5. Shahir (Kebahgiaan dalam Perpisahan): Hampeh....suara ntah ke mana, dah la lupa vokal plak. Si Nasha Aziz tu buat menyemak je aku rasa

6. Meet Uncle Hussain & Black (Drama King): memang power la suara Black ni. mana x nye, dah la lagu ni nyanyi 2 org, ni ms AJL dia nyanyi sorang je dgn backup singer. Bleh semput tgk dia nyanyi.

7. Hafiz (Noktah Cinta): lagu ni best la, tp aku x rasa la sampai deserve dpt no. 3 kan??

8. Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku): TOLONG INGATKAN AKU APA YANG BESTNYE LAGU & PERFORMANCE DIA. memang la lirik puitis. tp kalo sampai susah nak paham, baik buat je pertandingan lagu puisi. dah la vokal pun tenggelam masa dok terkurung dalam penjara tu. Baju merah hitam tu pun, x lawa sungguh. warna dah cantik tp design mcm baju murah je.

9. Faizal Tahir (Selamat Malam): Best la suara FT. Persembahan relax je. Tapi part tarik tu mmg x bleh tahan

10.Adira (Ku Ada Kamu): Suara adira memang ok la mlm tu. siap gantung2 lagi on air. tapi mekap tu nape la pucat sangat tang bibir tu. dah la baju putih. bedak muka pun putih, lipstick nude color. dah mcm org sakit aku tgk

11.Bunkface (Extravaganza): lagu asal lagi best la. Sam ni bila live mesti pancit. Persembahan mcm kat majlis biasa @ kat funfair je.

12.Black (Sofea Jane): Skali lagi....SEDAP la suara Black ni. Nape la dia x menang vokal terbaik. Huhuhu

13.Faizal Tahir (Hanyut): Vokal memang mantap, cuma bila naik balik lepas masuk dalam air tu nampak mcm terganggu skit vokal dia. Tapi gimik tu memang x bleh lupa punye la. Dah la FT tu memang fobia bab berendam air ni. Kan dulu dah pernah nak lemas masa buat video clip

14.Stacy (Jahat): Macam biasa la ligat kat atas pentas. Dengan suara yang mantap. Ligat punye ligat sampai tercabut sanggul kat kepala tu :-)

15. Hujan (Mencari Konklusi): Biasa2 je performance Noh. Mcm nak lepaskan batuk di tangga je

16. Persembahan penutup: Ziana Zain memang power giler...I luv u la ZZ. Kat Pah, macam semput je. Suara ada mcm tenggelam timbul. Baju plak sarat sungguh. Dato' CT, dah mcm x pakai tudung. Ikut suka la kan. Laki dia pun x kata apa. Suara dia mcm biasa la ok. Tapi baju dia memang i like :-)))

17. Pengacara: lawak usik mengusik FBI & Ally tu mcm dah basi la. Dah berapa kali AJL buat camtu. Cari la idea lain. tapi SHUT UP NOT SHUT UP (diam x diam) dr FBI memang terbaeekkk :-))))

18. Lain kali bleh x buat final AJL ni ari sabtu. Ni buat ari ahad, pastu sampai pkl 12 mlm plak. Ngantuk weiiiii, esoknye nak gi kerja

19. aku tengok semua finalist memang cuba beri yg terbaik la except for Shahir & Hujan (Mencari Konklusi)

20. Macam mana la Ana Raffali bleh menang weiiii. Ok la lagu tu layak masuk AJL25, tp bg aku x la sampai patut menang juara. Bagi la kat FT @ Yuna @ Black @ MUH @ API ke..bleh gak diterima dek aku ni!!!

Friday, January 7, 2011

BERSARA???

BERSARA??? Sape yang bersara ni?? Ini la orgnye


Korang x kenal??? Gila glamor pakcik ni. Meh aku bg gambo yg for sure bleh buat korang ingat @ kenal lelaki ni :-)))



Haaaa....sekarang dah kenal kan. Aku rasa sejak aku sekolah rendah sampai sekarang ni nak masuk anak kedua, pakcik ni la tiap2 kali umumkan tarikh mula puasa, tarikh raya puasa & tarikh raya haji. Masa kecik2 dulu siap main teka teki dengan adik2. Yelah bila berdebar2 tunggu pengumuman raya puasa tu, siap tengok lagi muka pakcik @ atuk ni. agak2 muka dia kalau macam nak senyum je, maknanye esok la raya. kalau x lusa la raya. Padahal x kena mengena pun. Pakcik @ atuk ni pun pandai control mimik muka. Susah gak nak tengopk dia senyum hihihi..Kalau ada pun ada senyum ala2 x senyum (mcm mana plak tu ye hahahaha)

Pakcik @ atuk ni rupanya dah 79 tahun tau. Elok sangat la dia bersara, dapat la berehat. Diam x diam rupa2nye dah lebih 22 tahun jd penyimpan mohor besar Raja Raja. Aku baca dalam paper lagi, ari ni 7hb, pukul 6.30 petang ada dokumentari khas sempena persaraan pakcik @ atuk ni kat TV1. Menarik gak kan. Boleh tau apa aktiviti @ kerja dia seharian. Selama ni org ramai nampak keja dia umumkan puasa & raya je.

Okla la pakcik @ atuk, selamat bersara. Moga diberikan kesihatan yang baik & selamat menjalani dunia persaraan.

Wednesday, January 5, 2011

harga RON 97 naik lagi??


yup...harga petrol RON97 naik RM0.10 kepada RM2.40 seliter. sape2 yg pakai RON97 mula mengeluh. sib baik la keta aku ok je pakai RON95. x pernah meragam. yg penting kena service on time. jangan tau pakai je, tp x tau jaga keta. kalau camtu la gayanye, pakai la petrol cap apa pun sure keta meragam.

bila petrol naik mesti orang kecoh & mengeluh. tapi yg menjadi kepelikan aku la, petrol naik pun shopping complex, fast food restaurant, parking lot etc etc penuh je memanjang. jem kat jalan raya x payah cerita la. hujan @ x hujan memang jem esp peak hours.

rakyat2 marhaein mcm aku ni x la 'mampu' nak pakai RON97 tu kan? cuma bila RON95 naik je baru la terasa sangat. lagi2 aku ni travel jauh nak ke tempat kerja. belum lagi cerita hari2 travel yg bayar tolnya lagi tinggi dr kos petrol.

Monday, January 3, 2011

KEPOCHI PASAL HARIMAU 'MALAYA'


Hmmmm...bila dah menang Piala AFF Suzuki baru nak kecoh mintak tukar nama Harimau Malaya jadi Harimau Malaysia. Hampehhhh!!!! Masa zaman jatuh & x berapa bagus korang x ambik pot pun kan. Cuba kalo Malayisa x menang Piala AFF Suzuki tu ada korang kesah ke yg nama Harimau Malaya tu x melambangkan 1Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak). x yah la nak politikkan benda2 ni.

Untuk orang yg kepochi sangat tu cuba rujuk wikipedia tu ha...dah terang2 Harimau Malaya tu merujuk pada spesis harimau yang ada kat Semenanjung Malaysia. kalau nak sangat nama Harimau Malaysia tu payah la plak ahli2 kaji binatang ni. yelah nanti ada Harimau Singapura, Harimau China, Harimau Afrika...dah kena buat pasport @ I/C plak untuk makhluk2 ni.

Lagipun, bukannya dinamakan Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak Malaysia tu dengan intention x include Sabah & Sarawak dalam Malaysia. Please la...lebih baik pikir benda lain yang lebih penting.

p/s: Teringat plak zaman kecik2 dulu main "Pukul berapa datuk harimau?"

BAGUS!!

ni bukan cerita pasal kedai BAGUS yang jual barang2 kek tu ye :-)

ni cerita pasal polis boleh saman ibu bapa @ pemilik kenderaan yang bagi anak2 @ kawan @ suku sakat yang x de lesen tunggang motorsikal @ kereta dia org tanpa ada lesen, x pakai helmet, cukai jalan tamat tempoh etc etc...

bagus, aku sokong sangat tindakan ni. yelah sakit hati kekadang tengok bebudak ni kecik2 lg ada yg sekolah rendah pun bleh ronda2 naik motor dengan x pakai helmet. dah la bawak motor ikut suka hati, bila accident x pasal2 mak bapak marah org yg terlanggar anak dia org tu. dah tu yg asal2 nye ko bagi dia org bawa motor dengan x pakai helmet tu nape? salah sendiri x nampak, nak nyalahkan org lain je.

tapi denda yg dikenakan tu sikit la sangat RM300 je. kalo yg mak bapak kaya tu, celah gigi je nak bayar RM300. tapi x pe la kurang2nye mak bapak dia org tu bertanggungjawab la skit.

TEH SUKAT??

ni first time aku dengar teh sukat. slalunye beli serbuk teh yg siap dalam kotan (kalo dulu pakai cap masjid je). sekarang ni dah pakai lipton @ boh teabag je. sebabnya senang nak guna. x yah pakai tapis2 bagai.

ari ni dalam paper KOSMO kata, teh sukat antara penyebab kanser. alamakkkkk seram la plak dengar. mana x nye slalu minum teh o ais @ teh o ais limau kat kedai. kedai2 slalu guna teh sukat ni sebab ada bahan pewarna. agaknya tu la pasal teh kat kedai tu warna dia sikit punya cantik je kan.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. kata kat KOSMO lagi, teh sukat ni ada karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik. karsinogen ni bleh ganggu sistem DNA manusia & dorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup. contohnya macam barah paru2, hati, prostat & usus.

hmmm....so tepuk dada tanya selera la kan. kesihatan tu penting, lg pun kita x tau kedai tu (especially kedai mamak @ kedai makan biasa) tu guna teh jenis apa kan? minum je la jus buah @ air kosong. elok la lepas makan2 benda berlemak tu, minum je air buah untuk penghadaman @ air suam.

Thursday, December 30, 2010

OUR 5TH WEDDING ANNIVERSARY



syukur alhamdulillah...ari ni dah masuk 5th Anniversary wedding aku dgn en suami. Sekejap je rasanye dah 5 thn & banyak banyak pahit, manis & dugaan yg kami hadapi bersama.

2005
dec: syukur alhamdulillah..bercinta bagai nak rak dekat 7 thn akhirnya nikah jugak kami ni :-))

2006
jan: 2 @ 3 hari lepas nikah aku dah kena gi kursus 6 bulan. terkontang kanting la en suami hidup single. dapat jumpa pun hujung minggu je.

dec: ujung tahun dapat la beli keta Myvi utk kegunaan bersama (walaupun panjang critenya nak dapat keta ni)

2007
jul: aku miscarriage first time pregnant sebab terjatuh kat toilet opis. sedih yg amat. aku x tau aku pregnant ms tu. tp en suami very supporting to help me recover emotionally.

aug: syukur alhamdulillah...kami berjaya beli rumah

2008
apr: a few days after my birthday dpt tau aku pregnant. what a wonderful birthday present

sept / oct: aku masuk spital sbb dpt diabetes akibat makan terlampau ms raya puasa. sian en suami kn menjaga kat spital. sampai tido kat lantai la, kat surau la.
10 nov: our bundle of joy selamat dilahirkan thru c-sect. sekali lg en. suami ringan tangan menolong jaga ibu & anak plak kali ni.

2009
sept: pindah masuk rumah baru. en suami amat la ringan tulang bantu buat keja rumah sebab masing2 dah kena berdikari kan??

dec: aku bertukar putrajaya plak utk pertimbangan naik pangkat. sekali lg rutin hidup pun berubah. but we manage to face it, wpun kelam kabut

2010
sept: i'm pregnant again. dgn keadaan yg penat berulang alik putrajaya-shah alam-klang, en suami pandai bawa diri di saat2 isterinye hadapi pembawakan budak.

ni belum kira lg, susah payah turun naik hospital pasal kes aku susah nak pregnant & kes hadi masuk spital pasal infection paru2. kesian en suami, puas menjaga kami ni berdua. dia siap cakap "jgn korang x jaga plak abg @ babah kalau time abg @ babah plak masuk spital nanti". insyaAllah...jasa mu dikenang abg.

all through these years, aku amat2 bersyukur ditemukan dengan insan yang penyayang, penyabar, memahami & bertanggung jawab. mungkin ini lah rahmat di sebalik frust bercinta monyet zaman sekolah dulu. rupanya Allah dah takdirkan jodoh aku dengan insan yang jauh lebik baik. Syukur alhamdullillah..moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Buat suami tercinta...i love u so much, more than i've ever thought @ imagine. Muaagghhh

(agak2 kalo en suami baca statement ni bleh dapat present x??? hihihi...notti notti)

HANDBAG lagi...

semalam dok sibuk citer pasal handbag kan. nah ambik ko, ari ni crite sedih pasal handbag aku.

hadi dah buat perangai semalam. sebab kepenatan berlari2 sangat kat playground, balik rumah dah ngamuk2 x mau ikut gi dinner. en suami sampai dah nak hilang sabar dibuatnye.

dan seperti dijangka...hadi kalau dah mengamuk2 & menangis2 sure muntah punye. baru aku nak melawa skit dgn baju modernmum yg baru dah selamat kena muntah hadi. nak jadikan crite lg, muntahnye terkena gak kat handbag aku. elok tang zip beg tu.

dah la aku ni memang handbag ada seketul tu je. memang konsep aku, pakai sampai lusuh baru beli lain kan?? nak buat camne. sudahnye...ini lah implikasi dari muntah hadi tu


cantik x handbag aku bw g keja pagi ni??? lawa kan, bright pink lagi cap Ariani. hambik ko...
(sebelum ada yg kata aku riak & takbur, aku nak bg tau la yg aku idak la membeli tudung Ariani yg beratus2 tu. beli time sale RM30-50 je sehelai. itu pun sebab nak merasa).

jom intai skit apa isinya


what's inside: purse, compact powder, kunci kereta, buku danielle steel, perfume & thumdrive 3 ketul

ini aje la yg sempat aku rembat dr dalam handbag. sib baik la esok cuti. hehehe...mcm ada peluang je jd alasan nak beli handbag baru (sambil senyum jahat)

HARIMAU BAHAM GARUDA

ari ni dalam paper:-

pemain & pegawai pasukan malaysia terpaksa naik kereta perisai 'baracuda' untuk ke Stadium Gelora Bung Karno

penyokong indonesia baling botol mineral masa lagu Negaraku dimainkan

pegawai & jurulatih malaysia kena boo dgn penyokong indonesis masa masuk untuk periksa padang

penyokong malaysia (150-200 orang) ditempatkan ditengah2 antara penyokong indonesia. sudahnye, takutkan keselamatan, dia org gi tengok kat kedutaan malaysia


my comment: x tau la aku apa masalahnye dengan sebilangan rakyat indonesia yg bengang dengan Malaysia ni. yg aku pasti bukan sebabkan bola je, tapi byk hal2 lain yg dia org sakit hati kan??? for example:-

malaysia ni aman, kalau rajin mesti boleh cari rezeki. x mcm kat tempat dia org. sesama sendiri pun x puas hati & bercakaran

pasal kes2 terpencil amah dia org kat sini kena dera. hmmm..memang la ada kes2 yg majikan x perikemanusiaan. abis tu kes2 rompak, rogol & bunuh & lain2 yg rakyat dia buat kat situ tu, apa kes??? x de plak org malaysia ni nak pergi sumpit kat indon pun kan??

agak2nye yg sebilangan dok 'panas' kat malaysia ni golongan yg dtg secara haram & pastu dah kena tangkap & hantar balik kot.

pasal batik pun kecoh. personally aku rasa batik terengganu @ kelantan lagi menarik. colorful, halus buatannya & ikut peredaran zaman. bersaing la dgn sihat, apa masalahnye

but, i think not all indonesians are like that. ramai yg kata, pihak media indonesia yg jadi batu api. yeah, itu cara paling senang nak lariskan jualan akhbar kan??

lastly, pasal isu laser ni: my opinion la, kalau kita x suka org buat kat kita, jgn la mulakan dulu. pastu bila orang balas balik, dok teriak sana sini.

OLE OLE OLE OLE KITA MENANG, KITA LAH JUARA

Yahooooooooooooooooooooo..........Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010. Jumaat cuti!!


We are the champions,my friends
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions
Of the World

Ini la pemain yg paling byk gol untuk AFF Suzuki kali ni Mohd Safee Sali...syabas



Ni plak keeper yg jd trend kat twitter & byk selamatkn gawang m'sia, khairul fahmi.

ye ye...aku tau hensem kan. tu yg ramai pompuan dok tgk bola tu. aku sempat tengok second half final je.


Tahniah la RAJAGOPAL & PASUKAN MALAYSIA!!



Jangan lupa diri dengan kemasyhuran & kegemilangan ni. Teruskan usaha & tingkatkan prestasi.