Monday, July 19, 2010

ikea...here we come

sabtu lepas, nak merelease tension pergi la ikea beli kelengkapan rumah skit. misi utama nak cari tilam utk single bed yg dah beli lama tu. tp sebab x cofident dgn size, pastu ada plak yg dah sold out x jadi la beli kali ni. balik ukur betul2 dulu br bleh beli.

sampai2 ikea je gi makan dulu, sebab pagi x breakfast. maklum la bangun pun dah lambat ujung2 minggu kan :-)) makanan yg paling dikejar apalagi kek daim la. tapi beli satu je, yelah manis sgt mana bleh makan banyak2. meatballs pun cedappp sesangat. hadi makan poaced salmon, tapi x larat nak abiskan pun. babah makan chicken leg dengan herb sauce.




rambang mata betul bila gi ikea ni. tengok la rupa troli ni, dah sengat penuh ntah dengan apa2 bendanye.


aku siap beli lampu berdiri yg tak tau bleh pasang ke kat rumah ni. mana x nyer, hadi ni bukan bleh tengok benda baru. karang x pasal2 lampu tu terbaring kat lantai. babahnye kata nak pasang tunggu raya, lepas raya simpan la kat tempat lain. bleh ke cenggitu??? hihihi

hadi bila sampai kat tempat bedroom kanak2 bukan main suka lagi. tengok la tu, main je sampai nak ajak pergi section lain pun dia x mau.



sebab hadi suka sangat kerusi & meja Mammut tu, beli la satu set kat dia. sampai rumah je, macam jakun la dia. Siap panjat meja & duduk kat atas tu. hisshhhhh..takut jatuh je dari meja tu. babah kena jd jaga la plak.

Friday, July 16, 2010

salam...lamanyer x update

assalammualaikum...ada org kat rumah x???

hihihi, dah lama x update blog. mana x nyer, aku gi kursus untuk kenaikan pangkat la. x tau la camne prestasi. menggoreng je, x tau la rare @ medium @ well done @ hangus + hangit. tolongggggggggggggg la lulus pun cukup la. x larat & x kose dah nak ambik ambik balik exam & buat public speaking, tugasan kumpulan & kertas2 kerja bagai. let this be the first & the last for this level la.

Amboiii bukan main lagi aku ni ye, nak mintak lulus konon. Dah la x prepare. Dah bg tau awal kena pegi exam pun, x bt preparation. Hahahaha.....padan muka aku. Tu la pasal, sape suruh x prepare awal2. jawapannyer....sori le aku ni memang kalau ko bg tau thn lepas pun, mmg suka prepare last minute. Tawakkal je la..

Tuesday, July 6, 2010

So long farewell...its time to say goodbye!

Last week...condition handphone makin nazak. Mula2 pekak, pastu dah bisu abis. So, bleh SMS je. Ni semua angkara si tembun tu la. Sape lg???? Dah tu macam tau tau je nak dapat duit, handphone ni pun mula la buat perangai kan. Body handphone ni pun dah calar balar sebab dicampak sana sini.


So, selamat tinggal to my previous handphone Motorola V3i yang dah banyak berjasa ni. Selamat datang to E52, moga dapat berkhidmat dengan jayanya :-)kalau nak ikutkan banyak lagi fesyen handphone yang canggih2 macam blackberry & iphone. tapi aku ni jenis x berkenan yg touch screen & banyak sangat button kecik2 ni (rimas la..), so ambik yang praktikal & dah tentu tentu aku guna functionnyer.

Thursday, July 1, 2010

amboi minah sorang ni....x sayang mulut ke??

on d way g kerja td terdengar satu gosip (gosip yg dah basi, tp tn empunya diri baru nak ngaku ari ni) pasal sorang artis perempuan sensasi ni. dulu beria2 kata x bercinta dengan duda, bekas suami rakan artis gak. tup..tup..bila sibuk kes duda tu nak kena kebas, wahhhhh terus buat pengumuman...pengumuman (mcm lagu wali band tu..hihihi) kata baru mula bercinta dengan duda tu. sudahlah...muak gak aku baca citer artis pompuan sorang ni.

tapi masa dok baca KOSMO online td, terjumpa plak article ni. paling x tahan dengar kenyataan artis pompuan ni:-

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga XXXXX, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan XXXXX bahagia."

Amboiii x sayang mulut sungguh artis pompuan ni kan????

Tuesday, June 29, 2010

Hadiah Birthday Mama

Shhhhhh...jangan pecah lobang kat mama aku tau. Hihihi...macam la korang tau macam mana nak contact mama aku kan :-)

3 Julai ni 55th birthday mama aku. Last weekend plak ada Jusco Member Card punye sale, so memang kena timing la aku nak cari present kat mama. Dulu aku pernah bagi cincin dan jam tangan kat mak aku. Itu pun kongsi dengan adik beradik aku la.

Kali ni aku nak bagi handbag. Sebab aku tengok mama x de handban yang elok untuk dibawa berjalan atau pergi kenduri kendara. Maklum la pergi keja pakai beg basahan cap Avon je. Aku bukan la nak mengata beg Avon ye kengkawan. Memang beg Avon yang jenis mak aku pakai tu (jenis kain bleh basuh & diberus tu) hanya elok @ sesuai untuk pergi kerja saje. Sebab macam-macam bleh sumbat. Tapi untuk jalan-jalan biar la beg kulit kan.

So, cari punye cari jumpa la beg yang sedap mata aku memandang. Lagipun beg ni nampak la muda skit dan ruangnye pun besar. Pastu boleh kecikkan @ besarkan beg sebab ada zip kat sebelah bawak begnya.


Settle satu hal...ni 22hb ni plak birthday hubby aku. Aduhhhh...apa plak nak bagi ni ye. dulu dah penah bagi HP & jam tangan. Nak bagi perfume, mamat tu bukan suka sgt pakai perfume (keuali yang kawan aku beli kat Mekah @ Madinah untuk dia), mau makan tahun nak abis perfume tu. Hmmmmm... x pe, ada banyak masa lagi nak pikir ni :-)))

Kelas Talam Chef Asma


26hb lepas aku gi kelas talam Chef Asma kat Taman Putra Perdana, Puchong. Siap google map la jalan nak pergi rumah Chef Asma ni. Risau gak x jumpa rumah Chef Asma ni. Siap sesat sampai ke Puchong Perdana. Nasib baik la dpt call Chef Asma & suaminye bagi tau la direction. Cuak gak masa tu, yelah Puchong ni kan sesak skit. Lagipun x pernah pergi Puchong ni. kalau ada pun setakat lalu je on d way nak pergi Putrajaya.

Sebenarnya dah sebulan lebih daftar nak masuk kelas ni. Tapi sebab Chef Asma sibuk dengan kelas-kelas lain & mengajar kat Unitar, baru kali ni la aku dapat pergi kelas dia. Seronok gak pergi kelas ni, sebab peserta yang lain pun sporting. Pergi kelas Chef Asma ni dapat la banyak resepi kuih talam yang boleh dibisneskan :-)

Untuk kelas kali ni, ada 11 orang peserta jadi ada lebih kurang 6 group. Setiap group kena buat 1 jenis talam yang ada dalam buku resepi. Memandangkan ada 2 sesi, jadi setiap group dapat buat 2 jenis talam la ari tu. So, semuanya ada 12 jenis talam yang kita org bleh bawa balik. Yahooooooo!!!

Ini la 12 jenis kuih talam yang sempat buat untuk kelas kali ni:-

1. Talam Serimuka Pandan;
2. Talam Cendol;
3. Talam Tokyo;
4. Talam Caribbean;
5. Talam Puding Marble Jagung
6. Talam Puding Marble Kacang Merah;
7. Talam Jagung;
8. Talam Sekoteng;
9. Talam Suji;
10. Talam Serimuka Delima;
11. Talam Peanut Butter;dan
12. Talam Keladi.

Sambil kita buat talam yang dah di assigned, kita juga dapat tengok dan tolong group lain punya talam. Ini la antara kuih talam yang dapat kita orang siapkan....


Cheaf Asma siap puji kelas kali ni sebab semua kuih talamnye cantik & menjadi. Apa lagi kembang semangkuk la kita org. Hihihi...Chef Asma pun ada buat kelas untuk cupcakes, coklat dan kek. Kalau berminat singgah la kat blog Chef Asma ni. Tapi buat masa ni, blognye x la lengkap lagi sebab dalam proses nak tambah baik katanya.

Wednesday, June 23, 2010

kereta oh kereta..

pagi rabu yg syahdu ni nak berangan jap ye. hihihi

tiap hari aku travel dr klang ke putrajaya dengan kereta Myvi. sepanjang perjalanan tu nampak la banyak jenis kereta atas jalan. Aku paling suka tengok keta Honda Accord, Honda CRV, Livina & X Trail. dalam byk2 keta ni yang paling murah aku rasa Livina. Itu pun dekat RM90k gak le.

Sebenarnya dah lama teringin nak miliki keta selain dari national car. Bukan la aku ni x suka kereta nasional ni, tp aku rasa kita berhak untuk memiliki sesuatu yang berharga sebagai satu kepuasan atas titik peluh kita dari mula belajar sampai la sekarang ni dah bekerja. bukannya memiliki kereta2 mewah & berjenama antarabangsa ni untuk bermegah tau.

tapi kekadang bila fikir2, kereta ni akan susut nilai. macam rugi la plak spend banyak untuk sesuatu yang akan turun nilainya. aku rasa lebih baik invest in property. contohnye mcm beli rumah kos sederhana rendah macam apartment @ flat, pastu sewakan pada org. kurang2 value property tu akan naik & kita dapat la tambah income bulan2.

tapi sampai bila la Myvi aku ni bleh bertahan. Maksud aku dr segi ruang. Yelah sekarang ni bertiga je, okla. Esok kalau dah berempat @ berlima. Nak duduk bleh tahan lagi la, tapi tempat letak barang sure sempit. Sekarang ni pun, kalau pergi jalan jauh2, kena la tumpang barang kat tempat duduk belakang. Kalau mak aku ikut, dah x selesa plak dia nak duduk belakang. Tambah plak kalau dah menyinggah beli barang2. itu belum lagi kalau abah aku ikut, jgn harap la nak shopping sakan. memang x de tempat nak letak dah.

but i have decided, from now kena simpan duit untuk beli 2nd transport (car @ MPV). Haven't decided yet what type @ brand sebab sekarang ni kerap sangat keluar model baru kan? Rambang mata la. Till then...berangan je la aku tengok kereta2 ni. Uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, June 21, 2010

tempe untuk kecantikan!!!


hihihi, dulu org semua gelak bila mantan MB selangor kata muka dia dah cantik sebab tempe. tp dalam paper berita harian hari ni, confirm tempe memang boleh mencantikkan kulit & melambatkan penuaan. ini kenyataan daripada Penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM ni:

“Tempe adalah bahan semula jadi daripada kacang soya yang boleh mencerahkan kulit dengan cara yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan peluntur dan produk pemutih yang menghakis kulit.

“Saya melakukan kajian terhadap sel kolagen yang dirawat dengan tempe yang sudah diekstrak dan hasilnya menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya. Modul ujian yang dilakukan adalah membandingkan antara sukarela yang menggunakan produk daripada tempe dan sebaliknya,” katanya.

Produk berasaskan tempe itu bukan bertindak memutihkan kulit secara total, tetapi dalam istilah penggunaan kosmetik, produk berkenaan mencerahkan kulit di samping tidak mematikan sel kulit.

Katanya, terdapat empat produk yang sudah dihasilkan daripada tempe iaitu facial cream cleanser, purifying tuning mist, moisturising day cream dan reforming night cream."


Haaaaa...kan betul kata mantan MB selangor tu. Tapi jangan la harapkan muka akan bertukar bujur sirih & hidung menjadi mancung plak ye. Tempe ni untuk memutihkan kulit muka dan melambatkan penuaan je ;-)

Apa lagi pergi la cari, mana tau raya ni masing2 berseri2 wajah. kikiki...Tapi yang pasti aku suka tempe goreng dgn kacang tanah & ikan bilis, tambah plak petai. Sodapnyeeeee

asam keping???

sure korang kenal asam keping kan. ala yang selalu guna untuk masak asam pedas @ laksa tu. aku memang slalu guna asam keping ni sebab malas nak guna asam jawa. lg pun senang, campak je dalam periuk. hihihi

kebetulan masa gi sg. congkak tu ternampak la pokok asam keping ni. ye cik2 adik, cik kak & abg sekalian, ini la rupa asam keping sebelum diproses. fresh lagi bergayut kat atas pokok tu.


pokok asam jawa aku dah pernah tengok banyak kali tapi pokok asam keping setakat tengok kat dalam tv @ paper @ majalah je. baru ni la dalam 31 thn aku hidup ni dapat tengok dengan mata & kepala sendiri pokok asam ni. elok gak jalan2 ni kan. luas pemandangan & banyak pengetahuan. walau pun aku bukan org kampung, kurang2 nye aku pernah la tengok pokok asam ni. org kampung pun agaknye ada yg x pernah tengok pokok asam ni. tau tau je dah ada kat kedai & siap2 packing :-)

kolam air panas

on d way balik dari sg. congkak, ternampak la plak banyak kereta berhenti kat bus stop IKBN dekat dengan gerai jual air kelapa. so, berhenti la sekejap. ingat nak beli air kelapa, hilangkan haus. pastu ternampak plak kat tepi jalan sebelah belakang bus stop tu ramai yang dok rendam kaki kat dalam kolam. pelik gak memula tengok. apa yang dia org buat tu. sebab x de sign board apa pun. bila tenung lama skit, baru la tau rupanya dia org dok rendam kaki kat dalam kolam air panas.


mama pun apa lagi. laju je la dia pun pergi merendam kaki. panas jugak air kolam tu, siap ada buih2 kecil mcm air nak mendidih tu. aku x tahan la nak rendam kaki. setakat tumit je boleh la. orang kata elok rendam kaki kat kolam air panas ni. bleh hilangkan lenguh2 & sakit kaki. yelah mungkin air yang panas tu dapat melegakan urat saraf & perjalanan darah. sebabkan air yang agak panas tu, x lama la kita orang kat situ. lepas beli air kelapa gerak la balik shah alam.

next time bleh la singgah lagi kat tempat ni. InsyaAllah..