Tuesday, August 31, 2010

selamat hari kemerdekaan ke 53 MALAYSIA


tahun ni genap 53 thn Malaysia merdeka. hadi pun dah pandai angkat tangan bila dengar orang laung perkataan MERDEKA dan 1 Malaysia. syukur alhamdullillah, Malaysia aman sentosa & kita semua dapat hidup dengan aman walapun banyak kes jenayah macam kes ragut, samseng, ahlong, pecah rumah dan macam2 lagi. tapi sekurang-kurangnya kita tidak la macam penduduk palestin yang terpaksa berhadapan dengan peperangan saban hari atau tidak la kebuluran kerana tiada sumber makanan seperti beberapa negara di afrika.

seperti biasa tiap tahun bila nak merdeka, mesti ada tayangan filem sarjan hassan & bukit kepong @ cerita2 melayu yang baru macam leftenan adnan dan embun. x kisah la cerita baru @ lama, yang pentingnye adalah morale of the story.

aku x minat sangat nak tengok cerita bukit kepong & sarjan hassan. bukan sebab aku x pariotik, tp x sanggup nak tengok. kalau tengok cerita bukit kepong, sure sedu sedan menangis tengok pengorbanan polis dan ahli keluarga mereka dalam usaha pertahankan tanahair tercinta.

bila tengok sarjan hassan pula, menyampah sangat tengok orang2 yang jadi tali barut komunis & kesian kat orang2 yang terpaksa hidup dalam ketakutan & gadis2 yang boleh jadi mangsa rakus komunis jahanam.

Beruntungnya kita dilahirkan selepas merdeka, kerana lahir2 sahaja kita hidup dalam keamanan. walau pun mungkin kita tidak kaya atau hidup dalam kemiskinan, tetapi kita masih mempunyai kebebasan untuk berusaha mencari rezeki. Pokok pangkalnya, berusaha dengan rajin.

Sayangnya, akibat keamanan dan kesejahteraan yang sedia ada ni ramai golongan muda yang tidak menghayati erti kemerdekaan dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Penjajahan era baru seperti penjajahan minda (hiburan yang melalaikan, penyalah gunaan dadah, seks luar nikah yang sebabkan pembuangan bayi, ketagihan arak dan judi)lebih mudarat sebab kalau la muda mudi ni bermasalah macam mana la mereka nak ambil alih pembangunan negara dan memastikan kelangsungan Malaysia pada masa akan datang.

jadi sesibuk manapun kita sebagai ibu bapa perhatian pada perkembangan anak-anak penting supaya mereka menjadi waris yang bertanggungjawab dan berkemampuan membawa negara lebih ke hadapan.

Ya Allah Ya Tuhanku...semoga negaraku Malaysia sentiasa aman sejantera dan dirahmati olehMu dan dijauhi dari sebarang malapetaka. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, August 25, 2010

PREGGY??

semalam singgah ke tesco membeli brg keperluan dapur & rumah. terjumpa plak ex office mate yang anak sulongnya sebaya dengan hadi. Ex office mate tu sedang menunggu hari nak bersalin lagi :-) seronoknya tengok orang pregnant ni. rasanya dah sampai masa la kalau aku nak pregnant balik. hadi pun dah nak masuk dua tahun, dah pandai berjalan & berlari. hadi pun dah pandai tunjuk sayangnya kat baby.

sana sini bila jalan2..nampak ramai ibu2 mengandung. seronoknya kan :-)) walau pun mengah gak la membawa badan, tapi penat & sakit tu semua hilang bila tengok muka baby kita. cuma satu je yg aku bercinta sekarang ni. apa bendanya?? apa lagi kalau bukan appointment dgn dr specialist yang dah lama aku x jumpa tu. for sure kena dengar syarahan sebab x datang follow up lagi sejak umur hadi 3 bulan & secondly mesti kena dengar syarahan pasal berat badan aku. lagi2 dah naik 4kg dr berat lepas bersalin 68kg.

jadi untuk elak dgr bebelan pasal berat badan, aku kn la usaha turunkan berat badan paling kurang pun ke 68kg dengan SEGERA. jadi boleh la aku jumpa dr & dapat la usaha nak tambah zuriat lg. macam dah terbayang2 & terngiang2 plak muka & suara dr aku tu. masalahnya nak turunkan berat badan ni, semangatnye berkobar2 tu sekejap je. bila perut keroncong, pastu nampak plak mcm2 jenis makan yang sedap2. apa lagi mula la iman tergugat. abih camne misi nak tambahkan umat nak tercapai.

usaha...usaha..usaha..kuatkan semangat ok. nak baby lagi tak?? nak..nak. so, bear that in mind IBUARIES!

Thursday, August 19, 2010

roslin hashim bercerai lagi..ish..ish..ish


semalam baca paper, ada lagi citer cerai berai ni. buat kali keduanya si roslin hashim bercerai. apa halnya dgn mamat ni ye???

kat court, 2nd wife dia kata dpt serbu roslin dgn bini Jailani si raja azmi tu kat bilik hotel Corus. tp roslin plak kata, dia ada kat hotel tu tp bukan kat dalam bilik hotel. nampak gayanye plak, si jailani ni mcm tau je bini dia & roslin hashim ada kat hotel tu. ntahla apa punye drama dia org ni bikin.

bila jadi macam ni, terpikir la plak pasal perceraian si roslin ni dengan bini pertama dia. kesian, kahwin x sampai brp ari pun dah bercerai. pastu si roslin ni siap tuntut balik plak duit yang dia guna utk wedding. apa la punye orang??

i smell something fishy la...very the fishy

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SayajejakRoslindihotel_/Article/

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan datang lagi :-D


Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan...

Friday, August 6, 2010

kerana mulut badan binasa

ni ada satu cerita yg aku terjumpa kat internet. pasal sorang pompuan yang konon2'bergurau' sampai kata2 dia kat facebook tu nampak macam menghina negeri johor & kerabatnya. walau pun aku ni bukan orang johor @ JB, aku rasa x patut la mulut tu mcm longkang kot ye pun dah mengidam sgt nak makan famous amos tu.

korang baca la sendiri ye :-)))

make over utk raya

akhirnya..kita org decide utk cat balik living & dining hall sebab x tahan tengok cat putih yang dah mula menampakkan kesan2 kotornya. so, new color ambik combination apple green & seashell (light grey). dinding kat tangga pun dicat color seashell. bila dah cat...sangat la rasa cozy je rumah ni. some people may not like it...but we do ;-) next mission is to get a new curtain to match the new color.

dinding luar rumah pun dicat sebab dah ada kulat banyak kat tembok umah. color yang dipilih.. french linen (light yellow) & tungsten (light grey)& white. pilih color ni sebab nak match dengan tile porch yg warna dark grey.

senang ati tengok umah dah kemas nak sambut 1st time puasa & raya kat umah sendiri. last year masuk umah bulan Syawal. so, umah x la berapa nak ada rupa lg. x de niat nak menunjuk2 tau, tapi bg sesiapa pun yg ada umah sendiri sure sanggup berabis duit sbb inginkan rumah yang sedap mata sendiri memandang kan??

masa 1st time hadi balik rumah lepas dicat ari tu...muka dia blur je. sibuk dok tengok sana sini. tengah berpikir kot, betul ke umah aku ni ?? hihihi

so, sekarang ni tinggal keja cuci mencuci, kemas mengemas & gantung mengantung balik apa yang patut.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK UNTUK SEMUA ;-) BANYAKKAN AMALAN & BERSEDEKAH DI BULAN MULIA INI

Monday, July 19, 2010

ikea...here we come

sabtu lepas, nak merelease tension pergi la ikea beli kelengkapan rumah skit. misi utama nak cari tilam utk single bed yg dah beli lama tu. tp sebab x cofident dgn size, pastu ada plak yg dah sold out x jadi la beli kali ni. balik ukur betul2 dulu br bleh beli.

sampai2 ikea je gi makan dulu, sebab pagi x breakfast. maklum la bangun pun dah lambat ujung2 minggu kan :-)) makanan yg paling dikejar apalagi kek daim la. tapi beli satu je, yelah manis sgt mana bleh makan banyak2. meatballs pun cedappp sesangat. hadi makan poaced salmon, tapi x larat nak abiskan pun. babah makan chicken leg dengan herb sauce.




rambang mata betul bila gi ikea ni. tengok la rupa troli ni, dah sengat penuh ntah dengan apa2 bendanye.


aku siap beli lampu berdiri yg tak tau bleh pasang ke kat rumah ni. mana x nyer, hadi ni bukan bleh tengok benda baru. karang x pasal2 lampu tu terbaring kat lantai. babahnye kata nak pasang tunggu raya, lepas raya simpan la kat tempat lain. bleh ke cenggitu??? hihihi

hadi bila sampai kat tempat bedroom kanak2 bukan main suka lagi. tengok la tu, main je sampai nak ajak pergi section lain pun dia x mau.



sebab hadi suka sangat kerusi & meja Mammut tu, beli la satu set kat dia. sampai rumah je, macam jakun la dia. Siap panjat meja & duduk kat atas tu. hisshhhhh..takut jatuh je dari meja tu. babah kena jd jaga la plak.

Friday, July 16, 2010

salam...lamanyer x update

assalammualaikum...ada org kat rumah x???

hihihi, dah lama x update blog. mana x nyer, aku gi kursus untuk kenaikan pangkat la. x tau la camne prestasi. menggoreng je, x tau la rare @ medium @ well done @ hangus + hangit. tolongggggggggggggg la lulus pun cukup la. x larat & x kose dah nak ambik ambik balik exam & buat public speaking, tugasan kumpulan & kertas2 kerja bagai. let this be the first & the last for this level la.

Amboiii bukan main lagi aku ni ye, nak mintak lulus konon. Dah la x prepare. Dah bg tau awal kena pegi exam pun, x bt preparation. Hahahaha.....padan muka aku. Tu la pasal, sape suruh x prepare awal2. jawapannyer....sori le aku ni memang kalau ko bg tau thn lepas pun, mmg suka prepare last minute. Tawakkal je la..

Tuesday, July 6, 2010

So long farewell...its time to say goodbye!

Last week...condition handphone makin nazak. Mula2 pekak, pastu dah bisu abis. So, bleh SMS je. Ni semua angkara si tembun tu la. Sape lg???? Dah tu macam tau tau je nak dapat duit, handphone ni pun mula la buat perangai kan. Body handphone ni pun dah calar balar sebab dicampak sana sini.


So, selamat tinggal to my previous handphone Motorola V3i yang dah banyak berjasa ni. Selamat datang to E52, moga dapat berkhidmat dengan jayanya :-)kalau nak ikutkan banyak lagi fesyen handphone yang canggih2 macam blackberry & iphone. tapi aku ni jenis x berkenan yg touch screen & banyak sangat button kecik2 ni (rimas la..), so ambik yang praktikal & dah tentu tentu aku guna functionnyer.

Thursday, July 1, 2010

amboi minah sorang ni....x sayang mulut ke??

on d way g kerja td terdengar satu gosip (gosip yg dah basi, tp tn empunya diri baru nak ngaku ari ni) pasal sorang artis perempuan sensasi ni. dulu beria2 kata x bercinta dengan duda, bekas suami rakan artis gak. tup..tup..bila sibuk kes duda tu nak kena kebas, wahhhhh terus buat pengumuman...pengumuman (mcm lagu wali band tu..hihihi) kata baru mula bercinta dengan duda tu. sudahlah...muak gak aku baca citer artis pompuan sorang ni.

tapi masa dok baca KOSMO online td, terjumpa plak article ni. paling x tahan dengar kenyataan artis pompuan ni:-

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga XXXXX, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan XXXXX bahagia."

Amboiii x sayang mulut sungguh artis pompuan ni kan????