Friday, May 27, 2011

welcome KHAYLA HANA

syukur alhamdulillah...12 Mei 2011 @ 11.16 a.m. aku dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55kg secara pembedahan. ada beberapa gambar nak share , tapi sebab broadband yang dipinjam ni lembab sgt cuma dapat share 1 gambar je la.

ini la dia...Khayla Hana

syukur dah dapat sepasang. doc advise suruh rehat 3 thn sbb nak treat diabetes yg aku ada tiap kali pregnant. en. suami plak mcm dah suruh tutup kilang. katanya kesian tgk aku ni asyik kena belah perut je. well....apa pun let the option open la kan. rehat dulu 3 thn. kalau ada rezeki lepas tu, kami terima seadanya.

Thursday, May 5, 2011

Innalillah...

Sedih betul semalam bila baca berita kisah 3 beradik perempuan yang mati lemas masa mandi manda kat Hutan Lipur Ulu Bendul. Ibu & bapanya dah bercerai, jadi hujung minggu tu bapanya bawa anak2nye mandi manda kat Ulu Bendul dengan girl friend ayahnya.

Nak jadi cerita ada 'kepala air' yg datang tiba2. jadi kelima2nya hanyut. Orang ramai dapat tarik si ayah & girl friendnya tapi x dapat selamatkan budak2 tu.

Sedihnya...dalam sekelip mata hilang 3 orang anak sekaligus. x dapat bayangkan betapa sedihnya ibu mangsa & mesti bapanya pun rasa terkilan x dapat selamatkan anak2nya. Buat masa ni hanya 2 org je yang dijumpai. Yang umur 2 tahun belum dapat jumpa mayatnya lagi.

Al-Fatihah buat keluarga mangsa. semoga tabah dengan dugaan Allah s.w.t. InsyaAllah, anak2 menunggu ibu & bapanya di pintu syurga.

Tuesday, May 3, 2011

royal wedding: william & kate

ye jumaat lepas sibuk satu dunia ternanti2 nak tgk prince william & kate middleton kahwin. aku x tgk pun. maklum la keja melambak kat opis. sampai umah mama pun dah dekat pukul 8 lebih. sampai mama call, risau apa jadi kat anak pompuan dia yg sorang ni :-))

sudahnye sempat tgk highlights ari sabtu tu je. idak la cantik sgt baju yg kate pakai tu. coz i expected something more more more lovely. plus kate nampak kurus sgt. bila dah terlalu kurus, nampak la tua skit.

tapi satu perkara yg menarik skali....royalties & british people ni suka pakai hats untuk ocassion2. cantik tu biasa la, tapi ada gak yang pakai untuk tarik perhatian & jadi gila2 skit kan. apa salahnye, sekali sekala

so sweeeetttt..

x la nampak terpaksa mcm diana & charles dulu kan?? nampak mcm diana je yg beria panjangkan leher.

Monday, April 25, 2011

TUTTI FRUITTI


balik dari antenatal class dapat la singgah Tutti Fruitti kat sect 13. dah lama teringin & akhirnya dapat green light en. suami. bukannye dia x bagi, tapi sebab aku ni selsema & sakit tekak. memandangkan hadi x ada & selsema pun dah kurang, dapat la merasa aiskrim yogurt kat tutti fruitti.

memula tu macam jakun gak, yelah x tau macam mana nak membeli. rupanya self service daaaa... kena pilih bekas dulu, pastu pilih la flavor plak & then bleh letak mcm2 topping daripada buah, kekacang & coklat etc etc. dah ambik apa yg patut sila la timbang kat cashier. tapi nak ingat kan la ye...masa ambik tu beringat2 skit sebab harganya bleh tahan gak. kalau x silap RM5.30 untuk 100gm.

yang aku ambik ni harganya dalam RM22.25. flavornye campuran original, red velvet & dead by chocolate. pastu letak topping longan, laici & choc chips. kalau ikut hati nak letak kacang2. tapi tengok la tu dah membukit, mana nak letak :-))

kelas antenatal..

apa kes dah masuk anak kedua baru nak gi antenatal class???? huahuahua...

alkisah masa 1st time preggy dulu, x sempat nak gi antenatal class sebab dah kena tahan wad. ni semua kencing manis punye psl la. nak tunggu plak next round punye class, dah selamat bersalin la plak :-))

nasib baik la kali ni dapat gak attend class ni. walau pun dah ujung2 ni. seronok pergi class ni. memula aku & en. suami takut ngantuk & boring je. maklumlah, kelasnye start pukul 9 pagi sampai 5 ptg. tapi sib baik la speaker2nya semua lawak2 belaka.

dapat la sikit panduan pasal labor pain (maklumla dulu bersalin c sect, tak tau menahu pasal labor pain ni), cara2 breast feeding yang betul, exercise waktu mengandung (walaupun aku x buat, jd tukang tengok je) & lain2 isu pasal kesihatan baby.

disebabkan kita org berdua ni 'bertuah sangat' masa sesi ice breaking terpilih kena perkenalkan diri kat atas pentas. sabor je la. ni semua angkara lagu berhenti masa 'dadu beracun' kat tangan en. suami. tapi x pe, dapat la hadiah cloth book.

pastu nak jadi cerita, penghujung class ada cabutan bertuah. rezeki anak agaknya, nama aku kena panggil pemenang ketiga cabutan bertuah. wahhhh seronoknya. suami kata berbaloi la bayar RM100 per couple sebab ceramah pun ok, siap ada makan minum & dapat cabutan bertuah lagi :-)

ni gambar2 yg sempat snap masa sesi exercise. en. suami x bagi aku buat. katanya org yg x mengandung pun seksa nak buat, ni kan pulak aku yang dah 8 bulan ni. Karang ada plak yang terbersalin kat situ :-)))
ni muka en. suami masa org dok concentrate dgr cikgu ajar exercise :-))

Monday, April 18, 2011

barang2 berpantang

disebabkan keadaan yg dah x berapa larat nak berjalan ni, awal2 dah siap beli barang2 nak berpantang. kalau nak harap en. suami nanti kelam kabut plak. baik pergi beli sendiri, sebab dah tau apa yg kita nak & x nak.

kali ni untuk jamu, x lalu dah nak makan jamu serbuk yang tukang urut Kak Mah tu buat sendiri. bercinta betul nak makan sebab rasa macam makan rempah kari campur rempah kurma. melekat kat tekak ni. kena siap ada air manis kat sebelah kalau nak makan jamu tu.

jadi nak memudahkan dah siap2 beli Ammy 60 days Sendayu Tinggi. tapi beli untuk yang makan & dalaman je.

ni le rupa setnye. gambar google je kat internet.

nak tau fungsi ubat2 ni bleh tengok kat sini

bengkung plak dah beli kat sini yang jenis lekat je. senang skit nak pakai. x payah la nak lilit2 bagai.


untuk lemak2 kat perut & lain2 bhgn badan yg naik lemak sakan masa pregnant, dah siap beli losyen mustajab untuk disapu. losyen ni sedap sebab dia panas & x rasa melekit2 @ berminyak. kira dia meresap la lepas disapu. pastu panasnya tahan lama. beli yang warna oren, x lalu la nak beli yang merah. takut panas melampau plak.

normal birth @ c-sect

appointment kali ni doktor tanya aku nak cuba ke bersalin normal. aku kata ok, kalau boleh nak cuba normal la. dulu masa bersalin c-sect, dekat 6k++ berabis. kalau normal, save la duit skit.

tapi doktor kata, kena tengok keadaan baby dulu. kalau nanti nak bersalin, aku ada contraction, baby pun elok2 sedang je besarnya boleh la cuba bersalin normal. doktor takut kalau baby besar & contraction x de, nanti baby boleh sangkut. kalau baby sangkut, ibu & baby sama2 problem. doktor pun problem gak.

ok la...kalau camtu we'll wait & see la macam mana.

bagi aku c-sect ni lama la skit nak menanggung sakitnya. yelah lukanya berapa lapis perut. masa bersalin tu memang la x sakit sebab dibius separuh badan. tapi lepas operate tu, Allah je yang tahu betapa sakitnya. kalau bersalin normal tu & x de apa2 complication, mcm adik ipar aku tu, x abis pantang lagi tp dia dah nampak bertenaga. yang aku ni dok membongkok skit bila jalan. sebab takut perut tegang & tertarik tempat operate tu.

dulu ada exofismate aku, dia kata bersalin c-sect ni x sakit sangat macam dia yg bersalin normal. hmmmm aku senyum sinis je la. dalam hati dok kata, cakap memang sedap, cuba ko yang kena. memang la masa operate x rasa apa. tapi lepas operate & ubat bius hilang, sakitnya & pedihnya aduhhhhh x terkata. nak bersin @ batuk @ gelak pun takut tau.

p/s: teringat plak kes isteri sepupu aku. isterinya dah sakit nak bersalin, x de complication jadi cuba la bersalin normal. sekali babynye x nak kluar2. masa tu dah bukak berapa cm dah. memang sakit yg amat la sebab ada contraction. sudahnye, doktor decide kena c-sect. bila dah c-sect, ada bleeding plak kat rahim. nak x nak sepupu kena benarkan doktor operate & buang rahim isteri dia. itupun bleeding x berhenti gak. doktor terpaksa masukkan kapas @ gauze untuk serap bleeding tu. syukur alhamdulillah...semua selamat. cumanye x bleh la nak pregnant lagi.

check up @ 16 April 2011

ari ni checkup, doktor kata kalau ikut LMS kiranya kandungan ni dah 31 minggu. bila scan tengok baby dah 2.0++ kg, kiranya dalam 33 minggu la. So, perkembangan baby cepat skit la.

doktor kata nak jumpa lagi 1 bulan. dlm fikiran aku ni, mcm x percaya plak. biar betul doktor ni. aku ni rasa macam dah x terdaya lagi. dia bleh plak nak jumpa 1 bulan lagi. silap2 aku bersalin dulu, x sempat nak jumpa dia balik.

sampai kat umah en. suami suruh buat appointment awal skit. lagi 3 minggu ke, kira2 sabtu pertama bulan Mei. en. suami kata dia risau dah tengok perut. macam dah nak bersalin dah.

and seperti biasa, isu sex baby dalam perut ni masih jadi tanda tanya. masa buat detail scan, doktor yang scan ckp lain. dalam report tulis lain. masa appointment plak, doktor zamri ckp sama dengan yang doktor scan tu cakap. whatever la..janji baby ni sihat. kalau anak perempuan, bonus la kat kita org. kalau dapat anak lelaki, bersiap sedia la kemungkinan dpt sorang lagi yg hyperaktif. tp sekarang ni lelaki @ perempuan pun sama je aktifnye kan??

Friday, April 15, 2011

Makan makan @ Asiari, SACC Mall

Semalam disebabkan balik awal, en. suami ada mtg kat UiTM Shah Alam & x menyinggah umah mama, kita org terus dinner kat luar.

Penat dek melayan hadi kat ofis sampai x sempat makan nasi untuk lunch. minum milo ais & makan roti krim je. Jadi dinner nak makan nasi la. So, apa lagi masuk la Asiari. tapi sebelum gi Asiari, hadi dah 'pau' mainan kat babah dia.

Senang la skit nak makan, sebab hadi dok sibuk main. Tapi kejap2 dia kacau babah dia suruh betulkan mainan. Kesian en. suami, sabar je la ye.

Well...apa yang kita org makan??

Me...pilih nasi goreng dgn chicken wings. dalam nasi goreng tu ada kismis. sedap la makan ada pedas skit, manis skit. Tapi sambal goreng dia tu memang pedas la.

en. suami plak pilih ayam percik dengan nasi butter. en. suami kata sedap, kalau ikut tekak aku ni kira ok je lah.

minum plak....ice lemon tea & air longan. air longan tu sedap tau...rasa fresh sebab dia letak skit daun pudina. walla...sejuk tekak den.

dan yang paling sedap la..chicken wings dia. perghhhh kalah KFC la. garing & berempah kat luar tp juicy kat dalam. untuk yg berdiet, memang hancusss la kalau makan chicken wings ni

Wednesday, April 13, 2011

11 April 2011: my 32nd birthday

ari ni baru ada hati nak tulis pasal birthday. x celebrate pun. cuma dapat wish from en. suami & nyanyian lagu merdu happy birthday from hadi :-)

al kisah, x de kerja cari kerja. ingatkan malam 11 April 2011 tu nak balik umah cepat & lepak2 je. nak jadikan cerita bapa mertua ku yg 70 tahun lebih tu bleh plak jatuh motor. sebabnya tayar motor dia meletup. yelah, kira macam malang x berbau. tp yg aku & suami rasa x brp nak puas hati tu sebab kedegilan bapa mertua aku tu. maklum la org tua kan. kalau ditegur nanti merajuk plak.

ada ke patut dari ampang tasik tu, bapa mertua aku bleh lagi naik motor dgn mak tiri suami aku tu pergi chow kit. semata-mata nak pergi beli barang2 basah. macam la kat area rumah tu x de pasar @ kedai yg jual barang2 basah. mata tu dah la x berapa nak nampak, ada sakit gout plak tu. ada hati lagi nak bawa motor pergi chow kit. alahai bapa mertua ku!!!!

dah la masa tu hujan & peak hour. time org balik kerja. nak dekat 1 jam lebih gak adik ipar aku gi jemput bawa bapa mertua aku ke hospital. lepas ambik hadi kat shah alam, kita org pun terus ke hospital ampang la nak gi ziarah. x pergi karang bleh jadi isu besar.

en. suami dgn adik & abangnye memang dah maklum perangai bapa mertua aku tu. memang degil & penakut nak gi hospital. adik ipar aku kata, masa memula dia sampai kat tmpt kejadian, bapa mertua aku mintak bawa gi klinik biasa je yg ada kemudahan x ray. bleh mcm gitu plak???

bila x ray kat hospital ampang, tengok tulang dekat bahu dia patah. doc bagi ubat tahan sakit & mintak dia dtg balik awal bulan 5 untuk operation. pelik gak aku, tangan patah bleh balik dulu ye??? sudahnye sampai pukul 10 lebih kt org kat sana. sampai umah dah dekat pkl 12. apa lagi terus bersiap sedia tido la. esok pagi2 pkl 5 dah nak bangun plak.

penat...penat...spoil my day betul la. tp syukur la nothing serious sangat. kalau x makan hari la plak en suami nak berulang alik mensettlekan hal bapa mertua aku tu.