Saturday, October 29, 2011

KEK MARBLE TRIO

Sempena cuti deepavali & nak perabis bahan2 yg lebihan bulan puasa, buat la kek marble trio ni. Ambik resepi kat blos CMG. First time buat ari ahad lepas. Tapi sebabkan x menjadi...


Ini la rupanye kek yg x menjadi tu. Ni semua akibat x baca dulu instruction. Memula ingat nak buang je dalam tong sampah adunan tu. Tapi sayang plak, bakar la jugak adunan yg dah siap. Keknye x la gebu sgt. Padat skit & pilihan color plak x mengancam.

Nasib baik la second time buat menjadi. Ini la resepinya. Tapi x follow betul2 sgt resepi CMG sebab ada bahan2 yg x cukup. Belasah je la apa yg ada dalam stok.

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega
280 g tepung gandum * (pakai tepung kek Nona)
1 camca besar susu tepung* (pakai susu enfagrow A+ yg Hadi punye hihihi)
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A (pakai 6 biji telur yg rasa2nya gred B)
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)

Color 1
1 1/2 camca teh coklat emulco (1 tbsp)
Colour 2
1 camca teh strawberry emulco (2 tsp)
Color 3
1 camca teh pewarna hijau epal
1 /2 camca teh esen vanilla
  1. Putar mentega sampai gebu skit & warna jadi pucat. Pastu masukkan tepung sikit2 dan putar sampai sebati. 
  2. Dalam bekas lain (pastikan bekas bersih & kering ye! Nanti kek x kembang kembang & gebu jgn salahkan resepi plak), Campur gula halus dan ovallate, putar hingga sebati. Masukkan kesemua telur dan putar laju sehingga adunan jadi gebu. 
  3. Masukkan pula adunan tepung tadi dan putar dengan kelajuan perlahan. Pastu masukkan gliserin yang dibancuh dengan air & kacau rata.  
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan tampah perasa & pewarna ikut suka. Tapi aku pakai yang mcm kat resepi di atas tu la.  
  5. Guna senduk & tuang adunan selang seli. Guna tangkai sudu @ chopstick & lorek adunan jangan lebih 4 kali. Pastikan lorak sampai dasar adunan @ tin pembakar.  
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu. Aku bakar suhu 180c dekat 1 jam.

No comments:

Post a Comment