Thursday, December 23, 2010

cantiknyee...


korang pun tau kan yg anak sulung mendiang puteri diana tu nak kahwin dah dengan tunang dia si kate middleton tu. jadi ramai la designer yg diminta dek media utk buat lakaran & assumption camne la wedding dress yg sesuai untuk kate middleton tu.

semuanye cantik2 i tell u...x caye cuba tengok ni (walapun ada yg sarat barat sgt). tapi masa mendiang puteri diana kahwin dulu pun wedding dress dia sarat banget, pastu dengan veil yg panjang berjela.

ok ok...ni gambo2 nye....

alberta faretti

channel


gucci


monique lhuillier


nina ricci


valentino


vera wang


badgle mischka


Elizabeth Emanuel (

Elizabeth Emanuel ni yang reka wedding dress puteri diana dulu tau


max azaria


nanette lapore


tommy hilfiger


Wah!!!!!!!!!!!!! naik rabun dah mata aku nengok sktches ni semua. tapi dalam banyak2 yang aku jumpa kat internet ni, YANG AKU X SUKA SEKALI... DESIGN YANG SATU NI. NI NAK GI WEDDING @ FUNERAL. SEDIH GITU AKU NENGOK BAJU NYE


yang aku suka ( x ikut susunan k)
1. valentino (flowy very girlish look)
2. alberta faretti (flowy)
3. gucci (elegant)

p/s: hopefully kate & william ni berjaya la tempuhi alam perkahwinan & lived happily ever after

Wednesday, December 22, 2010

VISION BOARD

Dulu aku pernah tengok Oprah Winfrey punye talk show pasal vision board. Vision board ni kira macam azam @ impian yang kita tetapkan untuk capai dengan cara meletakkan gambar2 yang melambangkan azam @ impian kita pada sekeping papan @ kertas. pastu papan @ kertas yang ada gambar2 azam @ impian kita tu diletakkan kat tempat boleh kita tengok selalu. contohnye kat dinding cubicle @ partition kita kat opis @ bilik tidur. tujuannya supaya kita sentiasa ingat azam @ impian kita & kita berusaha sungguh2 untuk capai azam @ impian yg kita papar kat vision board tu.

ni antara contoh yg aku jumpa...



balik pada talk show oprah winfrey pasal vision board ni, ada penonton yang dah cuba buat vision board ni dan boleh kata semua yang buat vision board tu dapat capai impian dia org. tapi korang jgn la letak azam @ impian yg merapu. kena la realistik & achievable. contohnya, kalau yg lelaki mungkin azamnye nak berhenti merokok ke @ yg perempuan nak kuruskan badan untuk kesihatan ke, nak beli kereta baru untuk ganti kereta lama yang selalu rosak ke? so, get the idea?

aku tau ada sesetengah org malu nak buat sbb takut gagal capai azam @ impian. lagi satu takut kn perli dgn kengkawan kan?? tp peduli apa dengan ckp2 orang yg suka melemahkan semangat org lain. ambik sindiran @ kutukan dia org tu sebagai satu cabaran. cara nak balas balik sindiran & kutukan tu, berusaha sungguh2 untuk capai azam @ impian kita. caiyokkkk!!!!

so, apa lagi??? aku pun tgh pikir apa nak letak kat vision board aku ni. hmmmmm..nanti dah siap aku post kat sini yek :-)

bila nak pakai uniform ni??

baru masuk 4 bln, tapi baju semua dah macam sarung nangka esp part perut & punggung. ingat nak tunggu masuk 2011 baru nak start pakai baju maternity. tp nampak gayanye, minggu depan nak x nak kena start pakai la. dah naik bosan dok ulang baju kurung yg sama je, maklum la dah makin limited bil. baju kurung yg boleh dipakai.

bukannye x nak pakai baju maternity awal2, tp yelah takut menyinggung plak sensitiviti org lain. yelah masa aku susah nak preggy dulu, sedih tengok org pregnant & dpt pakai baju maternity. kat opis ni pun ada yg sama kes dgn aku tu (i.e. yg susah nak preggy lps kahwin). jadi aku x nak la nampak happy sesangat (wpun dalam hati memang sgt2 happy)& menunjuk2 pakai baju maternity yg comel2, takut sedih plak dia org. lagi plak tu, ada yg sama time preggy ngan aku, tapi mungkin x de rezeki akhirnya miscarriage.

tapi x pela, niat aku nak pakai baju maternity ni sebab byk baju yang dah x muat nak pakai. kalau aku teruskan jugak pakai baju biasa, mmg mcm sarong nangka & nampak seksi terbonjol sana sini plak.

insyaAllah...aku doakan moga ada rezeki kengkawan opis untuk dapat @ tambah cahayamata lagi. AMIN YA RABBAL ALAMIN

sangap!!!

bosan dah ni...baru ari rabu. bos x de seminggu, outstation kat penang. keja2 yang dia suruh buat dah settlekan dlm ms 2 1/2 hari. abis tu 2 1/2 hari lagi ni nak buat apa daaaaaaa???? sangap dah ni.

tu la, sape suruh efisyen sgt siapkan keja hihihihi....abih tu x kan la lambat2kan keja kan??? nanti bos lg atas complain plak. mata pun dah naik rabun dok browse internet sana sini huwaaaaaaaa

COST TRIP TO DANGA BAY-SINGAPORE CITY-UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Last skali nak bg tau kos gi trip DANGA BAY-SINGAPORE CITY-UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. ini semua arrange sendiri yek. x pakai agent2 bagai. semua guna online sebab nak senang keja.

Tune Hotel RM240.01
Tiket Bas Odessy ke Universal Studio RM46.00
Tiket Universal Studio (SGD 144) RM338.40
Tol: Klang - JB RM82.00
Petrol RM80.00
JUMLAH RM786.41

Ni x termasuk makan minum, main games kat Danga Bay theme park, beli souvinier etc2 ye kengkawan. So, sesape yang berhajat nak pergi tu bleh la kumpul duit & buat bajet dulu ye. Kalo kat mesia ni kira ok la. Cuma kat singapore tu mahal skit la kosnye.

masa makan kat universal studio tu, sepinggan nasi lauk ayam & sayur dah SGD9++. kalo tukar duit mesia dalam RM21. Tu baru sepinggan & untuk lunch aje. Kalo dah 3 org pastu 2 kali makan masa kat sana, kopak la. dah la plak x berapa nak kena selera masakannya. Telan kan jugak la memandangkan dah lapar.

Thursday, December 16, 2010

TRIP TO UNIVERSAL STUDIO


hihihi....cerita dah basi kan? tapi nak cerita gak la sebab ada kawan yg suruh update dalam blog so bleh kongsi dgn org2 lain yg ada plan nak ke universal studio singapore ni.

sebelum ni dah cerita pasal danga bay & singapore city tour kan? so kali ni nak cerita pasal trip ke universal studio singapore je tau. as mentioned earlier, kita org stay kat tune hotel, danga bay. so, dari hotel tu kita orang naik coach yg ofisnye kat shop lot satu building dgn hotel. so, senang la. dah bersiap2 tinggal tunggu bas kat lobi hotel je. disembarkation form pun dah siap2 isi (keratan form ni yang kastam singapore bagi balik kena simpan dalam pasport tau. so senang la dia org nak process balik masa kita nak kluar dr singapore)

x lama pun perjalanan dari danga bay ke universal studio tu sebab kita orang guna second link. x la sesak dgn manusia2 lain mcm kat woodlands & CIQ JB tu.

skrg ni banyak lagi facilities @ games yang belum open sepenuhnya especialy kat sci fi city tu. tapi masih meriah la. kalau pergi weekend mmg ramai la orang kat situ. macam biasa hadi, setengah jalan je dah terlelap. sib baik la ada stroller untuk disewa dlm SD10.

ini la gambar2nye...














Wednesday, December 8, 2010

melaka: work trip

now kt melaka sbb kn bt kajian skit. Sbb ujung2 thn ni hotel penuh memanjang, so stay kt hotel br kt ayer keroh. World Youth hotel ni br buka dlm sebulan dua. Ok la, sbb hotel br lg. Jd elok la lg rupanyer. Smlm dah mencuba asam pedas kepala ikan jenahak kt rest selera kg dkt dgn dataran pahlawan. Tp rasanya x sedap la sbb ikan mcm x brp masak. Kuah pun cair. Tp yg sedapnye sambal belacan & ayam kg goreng.




sempat la jugak jalan2 kat dataran pahlawan semalam, walaupun kaki & badan ni x berapa nak larat. tapi kesian plak kat hubby & hadi, takkan nak memerap je dalam bilik.





ni la rupanyer org yg dah kepenatan & kekenyangan. masuk keta je dah terlelap dengan baju yg comot aiskrim,



seronok hadi dapat ikut pergi melaka. mcm biasa la mesti 'pau' mainan punye. siap dapat jam tangan ben 10 dengan patung OMEN (ultramen). sekarang ni malam2 mesti tido dengan OMEN.

Sunday, December 5, 2010

Penyakit M

en suami ke rompin dr jumaat sampai ari ni. Rumah dah mcm kapal karam dgn mainan hadi yg bsepah sana sini. Baju kotor tgh bputar dlm mesin basuh. Semalam mendung & ujan je, so x de maknanye nak menyidai baju2. Lantai umah dah x semenggah dek sepah yg hadi bt. Slalunya en suami yg tolong vacuum & mop. Maklum la, penyakit MALAS aku ni x abis2 lg. Kalau ikut hati, nak msk pun malas. Nak beli kt kedai je. Tp kesian gak kt hadi. Blog2 pun dah bsawang, lama x update. Padahal byk nak citer ni. Nanti la ye, tunggu penyakit M ni 'sembuh' dulu

Monday, November 8, 2010

PART 3 - TRIP TO DANGA BAY - SINGAPORE CITY - UNIVERSAL STUDIO


Mana RMG City Tour ni bawak kita org pergi...adala beberapa tempat. Kebanyakannye lalu je. Ada la dua 3 @ 4 tempat yg kita org turun & jalan2 untuk amik gambar. kalau nak turun semua tempat memang dah sah2 x sempat la nak abis tour sebelum pukul 6 petang.

X sampai setengah perjalanan, hadi dah tido. maklumla bas ada air cond kan. Badan plak dah penat dok berlari sana sini sejak dari tune hotel sampai la ke Singapore Flyers. Sudahnye aku & hubby je la yg bergambar.

Ini la tempat2 yang kita org sempat singgah & tengok

Raffles Hotel

Marina Bay Sands & Bumboat ride


Esplanade


City Hall


Orchard Road


Chinatown



Little India


Civilian Memorial War



Last stop kat Botanic Garden, tp sebab hari dah nak hujan. So, aku pun x la turun pergi tengok. Hadi pun x bangun2 tido lagi masa tu. Dah abis tour, bas persiaran tu drop kita org kat Marriot Hotel, Orchard Road. So, kita org pun ambik la MRT kat Orchard Road terus ke Keranji MRT. Punye la ramai org masa tu. Hubby aku kata dah macam gurkha plak rasanye. Yelah bergegas ke sana kemari naK lepas dua2 ICQ. Nak naik kereta, x familiar dengan jalan kat Singapore. Nak ambik tour package, lebih kurang RM1500 satu kepala untuk dewasa. x kuasa la aku nak bayar lebih kurang RM3000.

PART 2: TRIP TO DANGA BAY - SINGAPORE CITY - UNIVERSAL STUDIO

Kali ni nak cerita pasal perjalanan ke Singapore Flyers untuk Singapore City sightseeing tour plak. Trip kira trip gamble je i.e main belasah je. Cari info kat internet & ambik public transport. Memang mencabar sungguh, bukan sightseeing tournye. Tapi nak lepas CIQ JB & CIQ woodlands. ni kira main entrance ke Singapore untuk orang Malaysia yang kerja @ belajar kat Singapura. Jadi boleh bayangkan la berapa ramai manusia kat situ. masa nak masuk singapore tu x la ramai sebab dah lepas peak hours. tapi masa nak balik dalam pukul 7 lebih dari Keranji MRT ke woodlands & woodlands ke CIQ JB punye la ramai manusia. sebab abg teksi yang kita org naik pagi tu bagi tau, org Singapore suka turun JB start ari Jumaat sampai la Sabtu sebab kat JB barang2 murah & banyak tempat boleh pergi.


kita org bertolak dalam pukul 9.15 pagi dr tune hotel ke CIQ JB naik teksi. pastu masuk kat imigresen, cop pasport & naik la bas ke woodlands. Sampai woodlands, kena turun dari bas & pergi kaunter untuk cop pasport imigresen. tapi sebelum tu, nak masuk Singapore ni kena isi disembarkation form tau. kat form ni kebanyakan maklumat yang dia nak sama je dengan yang ada kat pasport Malaysia tu. so, isi la kat kaunter form tu & setiap seorang kena isi satu form tau. puas la aku mengisi 3 form sementara babah dok layan hadi yang lasak sungguh tu. pastu baru lah boleh beratur (ye...beratur ye tuan/puan. nasib la kalo ramai tunggu la turn) kat kaunter imigresen woodlands sebelum dapat cop pasport. dah settle cop mengecop ni sila la turun balik ke ground floor & ambik la bas ke Keranji MRT. (Ye tuan / puan..kaunter cop mengecop pasport ni kat tingkat 1. puas la naik escalator, pastu kena jalan skit, isi form, beratur cop pasport & turun balik ke ground floor & ambik bas ke Keranji MRT). Sape la punye idea buat kaunter kat tingkat 1 ni.



Sampai kat Keranji MRT, tanya la kak yang jual tiket tu, camne nak ke Singapore Flyers. kenapa nak ke Singapore Flyers?? Sebab kat situ ada banyak kaunter sightseeing tour punye agency. so, sampai sana bleh la pilih nak guna tour agent yg mana.

Kami diadvisekan naik MRT dari Keranji ke Bishan. Pastu tukar naik MRT Central Circle @ City Crcle ( dah lupa plak) dari Bishan ke Esplanade.






Jalan kaki skit sampai la ke Singapore Flyers.


Sampai kat Singapore Flyers, kita org ambik RMG Singapore City Tour. Kosnye dalam SD32


Sementara tunggu bas persiaran, kita org lepak jap kat Singapore Flyers tu..x naik pun sebab dulu dah naik Eye on Malaysia...lebih kurang je la kalo naik ni pun. Cumanye dia lebih besar & canggih la.