Sunday, March 27, 2011

kek coklat retak seribu

dah dua kali aku masak kek ni...kali ni retak seribu plak la. angkara tuan punye oven terlupa nak set balik api oven ke bawah. pasang api atas & bawah serentak masa memula bakar kek, jawabnye retak seribu. alkisahnye memula nak cairkan coklat masakan dalam oven pakai la api atas bawah.



bila nak bakar kek lupa plak pasang api bawah je. tp x pe la. masuk tekak hancus gak kak??? tapi kalau nak bagi org segan la rupa camni.


buat kek ni utk minum petang sambil hirup oren sunquick. sejuk skit tekak, maklumla ari ni panas sesangat. kalau nak resepinye bleh tengok kat sini


Saturday, March 26, 2011

masak apa ni????



berasap2....merah je macam masak sambal...tapi sambal apa?? macam2 bahan ada kat dalam tu??



minggu ni minggu malas nak masak. so, bangun pagi gi sarapan kat kedai. balik dah tengahari. sudah nye masak bihun goreng je petang tu & jugak untuk makan malam.


Apa isi bihun goreng ni?? Apa yang ada dalam peti ais tu ler yang dicampak. Ayam dihiris nipis, udang dibuang kulit, telur sebiji dengan sayur sawi (ala2 x nampak). x letak taugeh sebab x berapa suka :-)))

Tuesday, March 22, 2011

oven yang diwakafkan

bukan tanah je boleh diwakafkan tau...oven pun bleh diwakafkan :-))) alkisah, aku je yg rajin guna oven Europa besar gedabak ni. buat bakar ayam @ kek @ biskut. nak jadikan cerita, bila aku pindah rumah sendiri oven ni pun diwakafkan dek mama pada aku. so, berangkat la oven ni kat rumah baru. mama kata dok umah dia pun bukan ada sape nak pakai. untung aku, save duit x yah beli sendiri.

seingat aku la, oven ni mama beli pakai duit 'kutu'. rasanye zaman aku awal sekolah menengah dah wujud dah oven ni kat rumah mama. kalau ikut asal usulnya, mama beli oven ni sebab kesian tengok aku pakai oven bulat je untuk bakar biskut raya @ kek. masa memula dapat, memang seronok la. x de la tangan aku melecur tersentuh badan oven bulat tu lagi. banyak jasa & untung aku dapat dengan oven ni. siap bleh buat bisnes biskut raya tiap2 tahun.

ramai yg berkenan dengan oven ni termasuk la anak2 buah & anak aku si hadi tu. especially bab2 memulas jangka suhu & set up pemanasnya (bleh pilih nak api atas @ bawah @ atas bawah @ grill). sampai dah naik hilang tulisan kat pemulas tu. sudahnye ku tulis dengan pen marker. itu pun dah agak2 nak kabur. disebabkan keaadan tu la, aku je yg tau camne nak set suhu & pemanasnya.

sayang kat oven ni. setakat ni x pernah buat hal lagi la. maklum la guna pun jarang2. lakunya time bulan pose sebab nak buat biskut raya je. lain2 masa ikut mood tuan punye :-))

Monday, March 21, 2011

PART 4: TERINGINNYAAA

Yahoooooo...kali ni berjaya gak membuat Red Velvet Cupcakes, tapi x de topping cream cheese la ye. Sebab x larat dah kaki & pinggang ni nak berdiri lama :-)) Bangga betul la 1st time buat cupcakes ni, memang bertuah dapat resepi yg sedap kat web annies-eats ni. walaupun rupa x secantik annie punye, tapi yg penting rasanye meletuppppp

en. suami siap tanya lagi...nape keknye merah menyala sangat. haiii dah tu namanye red velvet. mesti la merah baldu warnanye ;-) ni rupa adunannye lepas diputar. merah sungguh kan???


mana x nye, 1 botol pewarna BRIGHT RED (size botol esen vanila tu) ambik ko...


tersilap plak beli solo cup yg 2 oz punye. puas la nak masukkan adunan tu dalam cup. terketar2...sebab x nak comot. tapi apa kan daya, walau pun tangan berbedung masa kecik dulu. tangan x de seni nak buat camne, mesti comot gak. 1 adunan ni dapat dlm 33 cupcakes


ni cupcakes tengah menggebu kat dalam oven...masa ni dh x sabar2 nak ngap dah :-))



wah wah wah...gebu & moist la.... x caya bleh cuba resepi tu. senang je, yg penting kena ikut la instructionnye.

close up lagik...


siap ada ruang2 udara lagikan... maybe psl pakai buttermilk & cuka skit kot. sesape yg x tau apa tu buttermilk, ni la rupanye. ni beli kat kedai BAGUS. harga dalam RM6.90 kalau x silap. bleh buat 2 kali adunan cupcake ni.




masak2 di hujung minggu..

mcm2 aktiviti hari ahad lepas...memang la hari ahad ni patutnye berehat. tapi aklau x prepare apa2 utk weekdays, memang 'masak' la. pagi2 dah gerak gi pasar sect 16, nak beli barang basah untuk bekal hadi & untuk rumah mama. yelah, slalu makan kat sana. x kan nak makan free kan??

en. suami, sabtu & ahad biasa la sibuk dengan kerja2 membasuh, menyidai & mengangkat baju, vakuum & mengemop lantai. bertuah badan dpt suami ringan tulang ni. yelah, sama2 keja kan. mesti la penat. so, keja umah kena la share jugak.

lepas pergi pasar, kena bw mama gi hospital putrajaya plak. nak ziarah sepupu kat situ. selesai ziarah, hantar mama & then gi beli sayur skit utk masak. disebabkan dah penat, masak yang mudah & ringkas aje la.

sambal sotong



kobis masak lemak putih + udang



ikan kembung goreng

Petang plak...mula la misi lipat melipat & susun menyusun baju2 yang dah dibasuh. malam plak iron baju sendiri untuk kerja. jadi x payah la ari2 nak gosok baju & x la kelam kabut pagi2 nak gosok baju.


Sunday, March 20, 2011

Sudah sudah la tu

Arini terbaca dalam paper...berita minggu rasanya. cerita pasal daphne iking @ sekarang ni Dahlia Daphne Eleanor M Iking namanye. Dulu kan kecoh kisah mahamah psl ex-husband dia kata, anak tunggal dia org tu bukan anak dia. tapi dari benih org lain. tapi akhirnya kisah mahkamah tu dah settle. lelaki (darren) yg dituduh ngorat & berniat utk 'bersama' dgn daphne dah minta maaf pada ex hubby daphne & kes kira settle. bagus la kan...lagi panjang kes ni kat mahkamah, lagi mengaibkan setiap org yg terlibat dgn kes tu.
tapi x pasal2 si reporter Zubir tu sibuk plak nak bangkitkan & panaskan balik isu ni. dalam tulisannya tu sibuk nak tau siapa bapa anak si daphne ni sbb kenyataan darren. kononnye ramai yang bertanya2, jadi dia nak jd tukang tanya la.

En. Zubir, sudah2 la tu. let bygone be bygone. daphne pun dah kahwin lain & dah peluk Islam. dia pun mungkin dah sedar silap & bertaubat. x payah la nak panjang2 cerita & diaibkan lagi. karang x pasal2 rumah tangga yg sekarang ni plak 'bergolak' sebab citer2 lama ni.

Wednesday, March 16, 2011

CHECKLIST

Based on check up last Saturday, kalau ikut perkiraan baby patutnye 26 minggu. Tapi kalau ikut besar & berat baby, dah 28 minggu (i.e 7 bulan). En. suami dah suruh siapkan checklist barang2 yang nak dibeli. 25 Mac ni kena buat detailed scan. Lepas detailed scan tu bleh la beli barang persediaan. Bukan apa sekarang ni pun dah x berapa larat nak jalan jauh2 & lama2. Elok la beli awal skit. Kalau masa detailed scan tu dapat detect sex baby, bleh la beli baju ikut color. Kalau x, beli je la yg warna unisex @ putih.

Ni barang2 yang dah di listkan. Nak kena check lagi ni, takut2 ada yang terlupa. Yang paling penting barang2 baby & ibu yang nak siap2kan dalam beg & letak dalam kereta (in case  macam jadi skali lagi macam hadi dulu). Nak tau cerita?? Lepas ni ada separate entry la ye.

Pakaian
1.
Baju – x payah beli banyak. pakai hadi punya sebab baju yg    umor 0 -12 bln elok lagi. except kalau girl.
2.
Mitten & Booties
3.
Baby Bip – guna hadi punya
4.
Sapu tangan
5.
Barut – check hadi punya elok lagi @ tak
6.
Bakul simpan baju


Diapering
1.
Lampin – 1 dozen cukup kot
2.
Tuala
3.
Tikar
4.
Baby wipes
5.
Beg diapers – dah ada
6.
Nappy cream
7.
Minyak telon
8.
Pampers


Baby Care & Grooming
1.
Bedak
2.
Top to Toe Wash
3.
Cotton bud
4.
Nail Clipper
5.
Losyen badan


Nurseri & Travelling
1.
Play pen (dah ada)
2.
Bouncer
3.
Stroller (dah ada)
4.
Car seat (dah ada)
5.
Tilam  & Sarung play pen


Penyusuan
1.
Botol susu
2.
Medela Freestyle Breast Pump Set – mahal ni woiiii tapi aku bercita2 tinggi nak breast feed la kali ni
3.
Berus botol
4.
Puting
5.
Termos

Lepas ni kena buat checklist untuk barang ibunye plak. Kalau x haru sehelai sepinggang je nanti. Nak harap en. suami, ntah apa plak yg disumbat dalam beg nanti. Hahaha

Monday, March 14, 2011

Ni Yang Aku Risau Ni

Dulu masa memula bertukar ke Putrajaya, aku penah la survey2 nurseri kat situ. Konon2nye nak antar hadi kat nurseri kat Putrajaya. So, dekat la skit kalau ada apa2 hal nak tengok dia. Tapi survey punye survey, aku tengok yang tukang jaganye semua muda2. Ada tu yang macam lepasan sekolah. Pemiliknye plak sibuk dok ronda ke branch2 yg ada. Yang tinggal ada la sorang penjaga yg senior, yg lain semua mcm budak2 je. Dalam hati tu tertanya2, reti ke budak2 ni jaga baby yg baru abis pantang?? Aku yang baru bersalin dulu pun harapkan mama aku yg tunjuk ajar.

Semalam keluar lagi berita kes baby tersedak susu kat nurseri @ Putrajaya. Rasanye sejak aku tukar sini, dan beberapa kali dah aku dengar citer ni. Hishhhh..risau la plak. Dulu masa antar hadi kat rumah pengasuh yg jiran mama aku tu, risau la jugak. Tapi mengenangkan makcik tu dah biasa jaga budak, kurang la skit risaunye. Lagi pun kalau hadi demam @ tak sihat, bleh la mama tengok2 kan atau ambik hadi dari rumah pengasuh tu.

Ni yang sorang lagi dalam perut ni x tau macam mana plak citernya. Kalau ikut due bulan 6 ni. Tapi rasanya akan awal sebulan gak mcm hadi dulu. Ni pun org dah dok kata rupa perut aku ni dah macam org tunggu hari je. Sabar je la.

Mama bulan 7 ni dah start bersara. Ingat nak mintak tolong jagakan la cucunye yg sorang lagi ni. Mungkin sampai umur 6 bulan @ 1 tahun. kena la bagi upah gak jaga kan anak ye. Jgn macam sesetengah org tu. Hari2 hantar anak semua bagi kat mak sendiri @ mak mertua jaga. Pastu x bagi upah jaga pun bulan2. Walau pun mak @ mak mertua tu x mintak, tapi paham2 sendiri la kan. Penat dah tua2 nak jaga cucu2 yg aktif & bijak pandai ni.

GEMPA BUMI & TSUNAMI @ JEPUN


Terkejut memula dengar gempa bumi kat Jepun dgn ukuran 9.0 s.r. Yang paling tinggi ukurannye aku pernah dgr. Masuk ofis ni dapat la baca & tengok gambar2. Kat rumah jangan harap la. Berebut dengan si kecik tu.

Sedih...itu je yg mampu dikatakan. Bayangkan kalau kita kat tempat dia org. Ni salah satu gambar yg mana parents ni terjumpa mayat anaknya dalam sebuah kereta yang dihanyutkan tsunami. Keadaan yang huru hara.. tak tau keadaan ahli keluarga yang lain macam mana. Cuaca yang sejuk. Makan minum x ada. Tambah plak lagi reaktor nuklear meletup. Kesian kat org2 yang terkena radiasi. lagi2 kanak2. Kesan radiasi ni makan tahun nak hilang. Sekarang mungkin nampak sihat akan datang, macam2 implikasi kesihatan pada diri sendiri & keturunan.
Jumpa gak gambar2 satelit sebelum & selepas tsunami

ISHINOMAKI

SebelumSelepas
Miyagi

Sebelum

Selepas

Macam padang jarak padang tekukur...Setakat ni anggarannya 10,000 org terkorban. Kalau ikut berita harian, semua rakyat Malaysia terselamat.

Dalam sibuk2 pasal usaha2 menyelamat...kluar plak citer ni kat dalam Kosmo semalam. Hampehhh betul!

Sunday, March 13, 2011

Kecoh Kecoh

Sehari dua ni kecoh pasal kartun Zoy kat dalam Berita Harian ni... siap masuk CNN i-report lagi

Sekali tengok, memang kelakar la bila Ultraman lari ketakutan bila tsunami datang. Tapi a picture say a thousand words kan. Bagi umat Islam mungkin akan kata, sebesar @ sekuat mana pun kita, x mungkin dapat lawan ketentuan Allah. Tapi bagi rakyat Jepun @ org malaysia yang ada sanak sedara kat Jepun, sangat la x sesuai kartun ni di published dalam keadaan darurat & huru hara kat Jepun. Ni soal hidup & mati bukan boleh buat main2.

Walau pun la berita harian dah minta maaf, tapi kata org "terlajak perahu boleh berundur, tapi terlajak kata @ perbuatan..." Lu tanggung la sendiri!