bukan tanah je boleh diwakafkan tau...oven pun bleh diwakafkan :-))) alkisah, aku je yg rajin guna oven Europa besar gedabak ni. buat bakar ayam @ kek @ biskut. nak jadikan cerita, bila aku pindah rumah sendiri oven ni pun diwakafkan dek mama pada aku. so, berangkat la oven ni kat rumah baru. mama kata dok umah dia pun bukan ada sape nak pakai. untung aku, save duit x yah beli sendiri.
seingat aku la, oven ni mama beli pakai duit 'kutu'. rasanye zaman aku awal sekolah menengah dah wujud dah oven ni kat rumah mama. kalau ikut asal usulnya, mama beli oven ni sebab kesian tengok aku pakai oven bulat je untuk bakar biskut raya @ kek. masa memula dapat, memang seronok la. x de la tangan aku melecur tersentuh badan oven bulat tu lagi. banyak jasa & untung aku dapat dengan oven ni. siap bleh buat bisnes biskut raya tiap2 tahun.
ramai yg berkenan dengan oven ni termasuk la anak2 buah & anak aku si hadi tu. especially bab2 memulas jangka suhu & set up pemanasnya (bleh pilih nak api atas @ bawah @ atas bawah @ grill). sampai dah naik hilang tulisan kat pemulas tu. sudahnye ku tulis dengan pen marker. itu pun dah agak2 nak kabur. disebabkan keaadan tu la, aku je yg tau camne nak set suhu & pemanasnya.
sayang kat oven ni. setakat ni x pernah buat hal lagi la. maklum la guna pun jarang2. lakunya time bulan pose sebab nak buat biskut raya je. lain2 masa ikut mood tuan punye :-))
Tuesday, March 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment