Monday, November 14, 2011

AKULAH KEKASIHMU

Ni penangan tengok AIM 2011...memang best part penyanyi2 rock kapak 80an & 90an nyanyi lagu. Suara memang x berubah dari dulu. Relax je nyanyi live. Salute la kat Rahmat MEGA & AXL'S... mama aku dulu suka betul lagu Rahmat Mega yang menang Juara Lagu tu..apanye nama lagunya??? Haaaaa TAKDIR & WAKTU. berhantuuu kalo dengar. Nape ye lagu dulu2 ni, kalo dengar pun still sedap sampai sekarang. Lagu sekarang ni x banyak yang macam tu. Bila dah selalu dengar dah naik boring.

Lagu ni dok bermain2 kat kepala ni...slalu dengar kat Sinar FM mesti ada. Pastu tetiba malam tadi ada kat AIM2011. Cayalah AXL's

Kalo x tau camne nak nyanyi, carik je kat youtube :-))

AKULAH KEKASIHMU

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali
Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik janji ia merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Semenjak ia mengetahui
Kekasihmu itu membuat kau bersedih


Chorus
Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lamanya
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Aku kan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi
Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kerna ku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

Ulang Chorus
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Aku kan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi
Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kerna ku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat
Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Saturday, November 12, 2011

KEK PISANG BERCOKLAT


Semalam nampak ada banyak pisang yang mama tanam dah masak & terletak je kat atas meja. Dapat plak idea nak buat kek pisang. Kalau x buat kek, pisang tu mesti dibuat cucur. Macam dah biasa sangat kan?? Search kat google resepi kek pisang. terjumpa resepi yang lain skit dari kek pisang biasa.

Kek ni combination pisang & coklat masakan. Resepi dari blog Kak Nor secubit garam. Memula was2 gak. Yelah 1st time nak buat kek pisang. Slalu beli yang dah siap je. Beli yang dah siap mesti rasa esen pisangnye kuat, x pun terlalu moist. bila makan rasa bergumpal2 dalam mulut. Ada gak yang kering je, macam terlebih tepung & pisang fresh macam ada x ada je.

Ok la...cakap banyak pun x guna. Ini resepinye kalau nak cuba...


250gram mentega
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
1 cawan pisang (diblender tanpa air sebab malas nak lenyek)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gram coklat masakan (disagat jadi curl)
  1. Blender pisang dulu dan masukkan soda bikarbonat. Kacau sebati.
  2. Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Masukkan esen vanila dan pisang. Pukul sebati
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan coklat masakan dan kaup balik hingga sebati. jangan banyak kali sangat, nanti coklat hancur.
  7. Bakar suhu 180 lebih kurang 45-1 jam ikut la jenis oven masing-masing.
Memang best la kek ni. Suka sangat sebab keknya x padat sangat, x kering sangat & x moist sangat. Sedang2 elok. Pastu sambil2 gigit tu ada plak coklat, memang sedap buat minum petang.

DEBAB DAH 6 BULAN

Tuesday, November 8, 2011

NYOPPING KAT SOGO

Bila cakap pasal SALE dengan en.suami ni mesti potong stim...Beria la cakap kat dia kat SOGO tengah ada sale. murah barang2nyer. Geram tengok baju budak2. Jawapan dia sambil senyum2 "Ala SOGO tu tiap2 bulan ada SALE. Ibu ko ni cepat sangat terpengaruh". Yelah bang...bini abang ni bukan tiap2 bulan dapat pergi SOGO ni. Ni pun sib baik la ada meeting kat KL (jawab dalam hati aje la hihihi). Respon yang sama gak kalo aku bagi tau Jakel Seksyen 7 tu buat SALE.

Tapi en. suami x kisah sangat bab2 shopping ni. Sebab aku selalu pakai duit sendiri je. Maklum la dah la kereta, rumah, api, air, internet semua dia bayar. x kanlah shopping pun nak suruh dia sponsor, abis nak buat apa dengan gaji aku tu?? Untuk shopping la, apa lagi ITU PASAL LA DUIT MASUK SEKALI JE KAT DALAM AKAUN BANK, TAPI KELUAR BERKALI KALI . Dah tu banyak nak shopping. Barang dapur, pakaian anak2, diri sendiri & suami, langsir etc etc. Tapi idak la tiap2 bulan nak nyopping semua tu. Agak2 la kan.Toke balak pun bleh bankrap.

Tengok sale sampai 70%. brand ladybird plak tu
Ni yang sempat disambar...

 
dari RM53.90 jadi RM26.95

Yang ni sepasang dari RM33.90 jadi RM16.95

Cute kan seluarnya

Ni untuk Hadi..dari RM69.90 jadi RM20.97. Hadi cakap yang rambut merah tu ibu, orang kelabu tu Babah & Ben10 tu Hadi. What ever la sayang :-)

Mentang2 murah..Puting botol susu pun sampai ke SOGO membelinya.1 set 3 pcs baru RM4.90 terus beli 2 set setiap sorang
Bulan 12 ni en. suami dah setuju nak gi SOGO time SALE nak beli baju budak2 alasan sebenarnya mak budak yg nak bershopping

SEPANJANG PERJALANAN INI..

Tajuk dah macam lagu Zaiton Sameon plak la :-))

Jumaat lepas ada mtg kat KL area Jln TAR. Wahhh kalo dapat meeting lepas lunch hour kat area sini memang best la. Lagi2 kalo ari Jumaat. Berpinar2 mata..poket pun bleh tinggal habuk je.

Sampai awal sempat la gi SOGO. Sib baik la bulan ni ada 2 trip nak kn pergi. Kalo x memang dah macam2 ku sambar kat SOGO tu. X tahan oiiii...ta[i kuatkan iman gak. Beli lipstick je sebatang kat MAC. Pastu beli la baju skit untuk budak 2 org tu.

Balik plak, en. suami ikut skali. Dah opis dia kat KL, alang2 bini ada kat KL bleh la balik sekali. Sib baik KL x hujan petang tu. Kalo x alamat macam siput sedut la kat Federal Hiway tu.

Jarang dapat lepas ke Jalan TAR @ KL ni. Yelah sesak nye yang amat. Kalo bawa budak2 pun takut dia org rimas dengan panasnye, dengan asap kereta, motor bas etc etc

Ini la gambar2 sepanjang perjalanan Jalan TAR, KL ke shah alam

Bangunan apa ntah ni? Mesti ada unsur2 sejarah kan

Ni pun sama...Siap ada pokok2 tumbuh kat dinding

Bertuah sungguh suami yang isterinya bleh drive sendiri ni ye

Bertuah sungguh bila suami plak main game saat2 isteri drive mengharung traffic jam

Jem teruk kat Federal Hiway menghala KL. x lalu la aku kalo hari2 macam ni

ITIS..biasa la jem kat area ni

Ambik ko...Nun jauhnye traffic jam bila org KL balik keja ni

KENANGAN: GLOBE SILK STORE..3rd generation curse??

Ingat lagi zaman2 kat shah alam & subang jaya tu x de shopping mall. Yang ada cuma kompleks PKNS. Subang Parade ada la tapi kira mcm barang2 mahal kat situ. Mana la mama & abah mampu nak beli baju aku 3 beradik kat situ. 

Tiap kali nak raya mesti pergi Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jalan TAR kat KL. Destinasi utama mesti la Globe Silk Store. Pagi2 belum buka lagi, dah ramai duduk tunggu kat tangga pintu masuk Globe. Zaman2 tu memang HOT & HAPPENING la Globe ni. Aku ingat lagi, dia org siap ada gadis2 penyambut tetamu a.k.a sales asisstant. Masuk Globe macam VIP, siap ada orang greet.

Punye la lama Globe ni diasaskan sejak tahun 1930. Tapi sayang....sekarang dah macam ni.

Ada terbaca yg bangunan ni dibuka tahun 1977. Blum lahir lagi aku time tu.

Apa puncenye ye??? Apakah sebab bila dah bertukar generasi @ pengurusan yang tak mantap??? Apa citer plak dengan Aminah Hassan. Sejak pengasasnya dah x de, susah betul nak jumpa sos cili Aminah Hassan. Aku suka Aminah Hassan punye brand. Sedap kalo masak bawal sweet sour.
Pernah x dengar 3rd generation curse??

Monday, November 7, 2011

AIDILADHA 1432H

Raya2 ni apa lagi kalau x citer pasal makan... Layanzzz
Kuah Kacang

Rendang ayam pencen

Ayam Bamiah

Ketupat segera & Lemang beli

Bahan untuk makan dengan Laksa

Agar-Agar Pandan

Jelatah

Fruit cocktail

Kari dhal makan dengan nasi minyak
1st time buat..beli yang segera je. Sedap gak

KAK LONG & KAK NGAH

Kak Ngah & Kak Long
Kak Ngah: Mak Long..mak long ada bawa mekap x?
Mak Long: Ada. Mak Long ada lipstick, maskara & eyeliner je. Mata2 & blusher x de
Kak Long: Eyeshadow la mak long
Mak Long: *uikkkk*

Thursday, November 3, 2011

MYBEETLE YG BANYAK BERJASA

Pandangan sisi
Sabtu lepas ada program treasure hunt kat opis. Aku jadi urusetia makan minum. Nampak je senang, tapi nak melayan tekak yang ramai ni memang la letih. Rasa dah macam buat kenduri kahwin anak sendiri plak.

Pandangan belakang
Nak membeli mineral water & 100plus pun punye la berlambak2. Sampai guna 4 kereta. MyBeetle tu pun jadi mangsa. Tapi MyBeetle dah biasa menjadi kereta a.k.a. mpv a.k.a. lori. Setakat ni pun x pernah la meragam. Lagipun servis selalu on time :-) Cuma bab kebersihan luar & dalam MyBeetle je yg selalu terabai.