Friday, December 2, 2011

BIKIN SPOIL MOOD AKU

Semua sebab 1 SMS..

Sampai je Malaysia dari Vietnam, dapat 1 SMS yang panjang berjela. Belum baca habis lagi tapi dah mula malas nak abiskan baca SMS tu. Not the right time hokeyyy. Aku baru nak sronok2 dapat jumpa family especially anak2. X sabar nak bagi2 kan apa yg aku belikan utk family. Tetiba ada plak SMS mintak belas kasihan ni.

SMS apa??? SMS nak mintak pinjam duit. SMS ni from sedara gak la bukan kengkawan. Dulu dia dah pernah minta pinjam. Tapi aku sedekah je sebab kesian dengan masalah kesihatannya. Lagi pun mengenangkan dulu aku pernah menumpang jap kat rumah dia masa memula ambik diploma. Walau pun masa aku menumpang dulu, aku ada terdengar parents aku dok bisik2 yang dia ada bunyi2 mintak bagi duit (lebih kurang mcm sewa la), sedangkan aku ni mkn pun jarang sangat. Makan kat tempat belajar je. Api & air pun berapa sangat la aku guna (banyak lagi kalo nak cerita benda2 yang aku x berkenan dengan orang ni). Jumaat pun aku dah balik shah alam. Aku pun x tau la samada parents aku bagi ke tidak duit tu bulan2 kat dia ni. Bila dengar2 cerita macam ni, aku sanggup ulang alik dari kl ke shah alam tiap2 hari. biar la penat asalkan x sakit hati bila sedara mara sendiri pun buat macam ni.

Kali ni dia mintak pinjam lagi. Katanya dah 3 bulan x bayar hutang & dah dapat warning. Tapi kali ni aku nekad x nak bagi pinjam duit lagi. Walaupun dia dah janji nak bayar bila dapat bonus. Kejam??? Aku x rasa aku kejam. Aku forward kat mama SMS tu & dia pun kata x payah la bagi pinjam. So, cakap ibu kena dengar kan???

Yang aku heran, anak2 dia semua dah besar & berumah tangga & bekerja.  Sorang je pun yang x bekerja. Hutang yang nak dibayar tu hanya paling tinggi pun RM200 1 bulan. Kalau anak2 dia bagi sebulan RM50 sorang pun dah lebih cukup nak bayar hutang tu. Dalam SMS tu kata anak2 dia 'x de'. X tau la apa maksud 'x de' tu. Aku x nak ambik tau masalah dia anak beranak. yang aku nampak anak beranak dia ok je. Elok je siap ada pakai gelang & rantai tangan kasar2 plak tu. Aku ni harap rantai tangan halus tu aje la. Bila time raya pun, sakan je aku tengok dia bergaya. Ada plak duit...Anak sulung dia pun pernah pinjam duit kat aku. Sampai sudah x bayar. Bila nak pergi haji baru la datang jumpa aku nak settle hutang. Tapi kira baik lagi aku ni sebab kira burn je hutang tu memikirkan dia nak pakai banyak duit pergi haji. Laki anak sulung dia ni pun pernah SMS aku mintak pinjam duit. Tapi sebab track record bini dia, mintak maaf bebanyak la aku nak bagi pinjam lagi.

Mentang2 la tengok aku ni dah kerja elok2, mula la nak 'pau' aje. Maaf la, kalo adik beradik & parents aku sendiri memang aku x kisah langsung nak tolong. Sebab susah senang aku, dia org selalu support

p/s: aku SMS balik dengan cara berhemah la. x de la aku sindir2 plak kan. Mama aku ajar berbudi bahasa dengan orang tua :-) Peace no war ok

No comments:

Post a Comment