Monday, December 5, 2011

SAIGON: PART 1

Ini la 1st time dapat pergi melancong 'bujang' dengan kawan :-)) Memula nak bawa mama pergi tapi mama lagi risaukan cucu2nye yg nak dijaga oleh en. suami. En. suami plak bila diajak kata kesian nak tinggal anak2 dengan mama. Sudahnye dua2 orang ni x pergi & sama2 menjaga Hadi & Hana. Kalau ikut hati & perasaan memang la kesian nak tinggalkan anak2. tapi trip ini aku anggap sebagai satu reward untuk diri sendiri selepas menanggung berbadan dua selama 8 bulan & berpantang dekat 2 bulan.

Part 1 ni nak cerita part yang aku rasa Saigon ni amat2 berbeza dengan Malaysia

Punye la susah nak nampak kereta. kalau ada pun teksi. tour guide kata sebab tax untuk kereta tinggi

Satu dua tiga lekuk :-))) Tengok la helmet tu. Jauh beza dari helmet kat Malaysia yang ada cop SIRIM. Helmetnye lebih kurang macam helmet yang ekuestrian pakai tu tau. Aku siap beli satu untuk Hadi pakai naik basikal. Helmet pun ada yang x pakai kat tengah2 bandar. Pastu motor plak bleh naik sampai 1 family (4 orang). Tour guide kata, kalau polis nampak pun x saman sebab dia tau org2 tu semua x mampu & x de pilihan lain.
Tour guide tu kata lagi yang nak beli motor kena bayar cash. Kat sana x de sistem macam kat Malaysia ni. Nak beli kereta @ motor boleh buat pinjaman individu kat commercial bank. Disebabkan kat sana popular dengan motor, macam2 jenis motor termasuk la vespa yg aku nampak. Cute2 tau...x pernah nampak kat Malaysia.

On the way nak pergi ke perkampungan my tho, nampak banyak tompokan pusara i.e. kubur kat tengah2 bendang. Yang dekat belakang rumah pun ada gak. Huiiissshhh seram plak

Pokok buah longan...kecik2 lagi. Belum musimnye. Kat pasar aku tengoh ada longan yang saiznye besar. Kecik sikit je dari buah rambutan

Madu daripada lebah yang bersarang kat pokok longan dibancuh dengan teh memang sangat2 sedap. Rasa & baunye pun macam longan. Kalo madu biasa kat Malaysia ni memang aku x sanggup la nak minum. tapi yang ni memang best. Aku beli sebotol nak bagi mama & abah test

Orang vietnam ni kat mana2 pun boleh meniaga. Abg tu meniaga buah manggis kat depan hotel BLEH?? tu belum lagi yang meniaga baju & souvenier. Nampak je tourist keluar hotel, mula la menyerbu 


Jual paper & majalah camni je. Yang jual plak siap makan minum kat tepi jalan dengan kerusi & meja kecil. Kalau hujan alamatla cha alif but

Selamba kodok je buat sepah kat tepi jalan. Sepanjang aku kat sini x de pun nampak orang Pihak Berkuasa Tempatan. Agaknya dia bersihkan la kot lepas tu. Tapi bayangkan la bila angin tiup, x ke berterbangan & bersepah daun2 tu.

Gubahan bunga dia lain kan??? x pernah nampak macam ni kat Malaysia. Mungkin untuk sembahyang kot. Buah2an pun banyak aku baru tengok kat sana. tapi x beli pun. Iyalah bila nak makannye pun. Pisau pun x de nak potong

No comments:

Post a Comment