Apsal masyam je muka dik...Gayat ke?? |
Cik Dibab first time dapat main kat playground. Memula muka macam blur & pelik dok tengok keliling. Mana la ibu & babah bawa ni?? Lepas tu bila tengok abangnye dok lari & panjat sana sini mula la dia pun senyum2 naik syok tengok abangnya main x hengat.
Pastu dapat plak dok dalam buaian. Elok je bersandar. Memula buai sikit2, sib baik la Cik Dibab x takut. Tengok la rambutnye tu beropol2. Baru je sikat tadi tapi dah jadi macam tu rupanye.
Cik Dibab pun dah pandai jalan skit. Cuma sebabkan x de kasut lagi tu yang macam geli2 je nak jalan kat playground.
Ada macam ahli K Pop Group x pakai skirt pendek ni...Hahahaha |
Eh eh eh..nape dik, geli ke pijak lantai tu :-) |
Join abang main jap. Pelik dia tengok apa la punye terowong tu. Memula takut. Tapi bila nampak babah dia kat hujung terowong, baru la dia merangkak pergi ke abahnya.
Last cuba plak bagi dia duduk kat gelongsor terowong. Wah..relax je. Tak takut pun.
Apa la yg abang buat tu? |
Kesudahannya...1 st day pergi playground, abangnye melalak x nak balik. 2nd day pergi playground, adiknye pulak melalak x nak kluar dari buaian. Anak..anak..macam2 ragam
No comments:
Post a Comment