Tuesday, February 8, 2011

MGTT: part 2

kenapa paras gula ibu mengandung penting untuk diketahui?? (wah!!! ayat macam buku Dewan Bahasa & Pustaka)

well.. ni aku jumpa gambo kat en google yg bleh explain dgn ringkas



ni plak...kesan diabetes pd baby & ibu

Kesan Terhadap Bayi
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.

Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.

Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.

Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.

Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)

Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.


Kesan Terhadap Wanita Mengandung

Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.

Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.

50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.


ni plak dia punye kadar la yg tentukan ibu tu ada diabetes @ tak


p/s: cuma satu yang aku musykil....walapun aku ni ada diabetes ms pregnant 7 bln, idak la besar pun si hadi tu masa keluar. 2.99kg je. assumption aku, mungkin sebab aku ni dah 7 bulan lebih baru ada diabetes kot. penangan beraya sakan, sumbat semua yg org bagi. huahuahua...

MGTT

sabtu ni (12/2/2011) ada appointment lg dgn dr. zamri. this time kn buat MGTT. apa tu MGTT?? dlm bahasa mudahnye, Modified Glucose Tolerence Test tu ujian untuk tengok tahap gula dalam darah sebab nak tengok ibu yang mengandung tu ada diabetes @ tak. parah la nak minum air glukos yg pekat tu. 2 jam lepas minum air glukos tu, dia akan ambik darah skit untuk test tahap gula. tp sebelum ambik test ni, kena puasa dulu. dari pukul 10 mlm hari jumaat tu dah x bleh makan. bleh minum air kosong je.

huahuahua...baru je tulis kat sini dah mula nervous. terbayang2 saat terkurung kat wad masa 1st pregnancy dulu. sampai kembung2 jari aku kena masuk air. 1st pregnancy aku kena diabetes masa kandungan 7 bulan lebih, so kali ni doktor awal2 suruh buat MGTT. kalau ikut urine test yg slalu buat tu, memang ok la tahap gula aku. tp risau gak ni...

harap2 kali ni ok la. kalau x sape nak jaga si hadi tu kalau aku dah duduk kat wad. dulu bleh la. hidup berdua je. sama2 la berkhemah kat spital tu.

so, aku pasang taktik kali ni. antaranya:-

mulai hari ni kalau bleh sekali je dlm sehari ambik minuman bergula yg kurang manis. lebihkan minum air kosong

lepas minum air glukos tu, aku nak minum air kosong banyak2 supaya buang air kecil byk kali

buat mcm2 aktiviti ringan yang bleh kluarkan peluh mcm jalan2 etc jadi gula cepat hilang dlm badan lepas minum air glukos tu


agak2... korang ada idea lain x camne nak pass MGTT ni hukhukhuk?? (ehhhh! ada ke yg baca blog aku ni???)

Monday, February 7, 2011

the baby is moving & kicking

hmmmm dah 5 bulan ni, dah mula merasa baby bergerak lagi kerap & lebih kuat. tapi yg aku perasan la, bila dok kat umah x la aktif sangat baby kat dlm perut ni. tapi bila kat opis, amboiiii bukan main lagi dok gerak2. suka gi opis kot budak ni hahahaha


"The fetus now weighs about three-quarters of a pound / 360 grams. Up until now she has been measured from crown to rump but from this point on the measurement will be from crown to heel. And from crown to heel she is approximately 10.5 inches / 27 centimetres long. The eyebrows and eyelids are fully developed and the fingernails cover the fingertips.

Your baby can now hear your conversations. If you talk, read or sing to your baby, expect her to hear you. Some studies have found that newborns will suck more vigorously when read to from a book they heard frequently in utero. If you want to try, pick a book now and read it out loud. Make sure you won't mind reading it over and over once the baby is here. It may be your baby's favourite bedtime story for a long time after birth."

http://www.babycenter.com.my/pregnancy/fetaldevelopment/21weeks/

Monday, January 31, 2011

BOY @ GIRL

Semua org kalau bleh nak merasa ada anak lelaki & perempuan kan? Sama la macam kita org. Ada ex boss aku dulu, dia ada empat org anak. Selang seli lelaki perempuan, lelaki perempuan. Wah!!! bagus punye kan. hihihi

Tapi x kisah la asalkan baby tu sihat walafiat & cukup sifat. Cuma hubby ada la kata kalau bleh nak gak la ada anak pompuan walaupun sorang. Alasannya, kalau sakit kat spital ada la yg bleh jagakan. Iya ke??? apsal lelaki x bleh jaga ke kat hospital. Well...apa yg hubby cakap tu based on experience dia. Al kisah arwah mak mertua aku masuk hukm dulu sebab cancer & wad nye wad pompuan. jadi lelaki x bleh tido & jaga kat katil patient lepas waktu melawat. Arwah mak mertua plak, tiga2 anak dia lelaki. So, terpaksa la upah org jagakan. Mcm2 usaha dah buat, tapi payah nak cari org yg sanggup jaga. Nak x nak, harapkan la nurse kat spital & masa melawat lepas ofis hour kena la berkejar ke hospital gi tengok mak dia. Aku plak masa tu baru mengandung 4 bulan. Jadi x sesuai la nak suruh aku jagakan. lagipun aku bekerja, takut penat plak nanti.

Hubby kata lagi, kalau wad lelaki, org pompuan bleh jaga & tido kat wad tu jaga patient (i.e. sedara mara) yang sakit. Ohhhh gitu plak plak gaya nye ye. Macam2..Hospital swasta x de plak law mcm tu utk org yg sakit teruk. Tapi bab nak membayar bil tu yg x tahan.

Hmmm x kisah la kali ni dapat lelaki @ perempuan. Kalau ada rezeki dapat baby girl, syukur alhamdulillah. Lelaki pun syukur alhamdulillah.


p/s: kalau dapat anak perempuan pun, tp x bleh diharap pun x guna gak kan??? same case la dgn anak lelaki. yg pentingnye, kita kena didik anak2 dari kecik supaya x jadi kacang lupakan kulit

penunggu opis

ramai yang ambik cuti 31/1 & 2/2 kat opis aku ni. makanye x berapa kerat yg jadi penunggu opis. bosan thp gaban dah ni, walaupun baru pkl 10.30 pagi. tadi sempat melelapkan mata sekejap, almaklumlah malam td x dapat tido sebab batuk. lega skit rasanya. sib baik la x de sape yg masuk bilik :-)))

memasak di hujung minggu

sabtu ari tu sempat la masak nasi ayam untuk brunch (breakfast + lunch). ahad plak masak nasi lemak untuk breakfast.


kali ni nak citer pasal masak nasi lemak dulu ye :-) nasi lemak ni masak guna beras Faiza Moghul Basmathi. Sedap tau guna beras ni, bila masak nasinye berderai sebutir2. en. suami sampai tambah nasi dua kali. senang je nak masak beras basmathi ni. sukatannya guna nisbah 1:1 1/2 kalau ikut instructionnya. maknanya, 1 pot beras guna 1 1/2 pot air. tapi aku guna 1 pot beras dengan 1 3/4 santan yg di tambah air skit. masaknye sama je macam masak beras biasa. nak wangi skit letak la daun pandan.

kali ni nasi lemak makan dengan sambal sotong, ikan bilis goreng, timun jepun, kacang kelisa & telur rebus.

Wednesday, January 26, 2011

hmmmm..apa nak buat cuti2 ni ye??

en suami kata dia x ambik cuti minggu nak raya cina ni. katanya cukup2 la cuti dr khamis sampai ahad tu (4 hari). lagi lama cuti, lagi byk duit yg abis. maklum la nak menabung utk aku bersalin nanti kan. last time bersalinkan c sect si hadi kat DEMC kat RM6 ribu 'terbang'. so, aku pun idak la mengambil cuti rehat. jadi penunggu opis la.

tu yg dok pening kepala ni..apa nak buat cuti 4 hari tu, blum campur lg cuti hari wilayah 1hb feb minggu yg sama. satu yg for sure, wayang mesti gi tgk. plan nak tgk yogi bear & green hornet. itu pun kalau yogi bear kluar time raya cina ni la. kalau x, green hornet aje la.

ajak mak aku gi PD, katanye malas nak pergi sebab for sure ramai yg menyerbu PD tu, almaklum la pantai public kan. leceh gak la, nak tukar baju kat tandas awamnye tu dgn org yg berduyun2.

dok intai2 legend international water chalet kat PD plak. best memang best la sebab setiap bilik ada private pool :-))) tapi sebab hadi pun x berapa sihat sebab batuk, selsema & demam. lupakan la hasrat nak gi mana2. kalau nak gi pun mungkin ms pertengahan @ hujung bulan feb. lagipun mahal skit la biliknye. dlm RM400-500 satu malam.




pastu apa glass panel yg bleh nampak air laut kat lantai bilik



facilities kat dlm bilik pun byk
2 king size beds
Glass panel for underneath sea viewing
Private swimming pool
Dry Kitchenette
Separate bath and toilet
Rain shower
Wall mounted hairdryer
Mini fridge
In-room safe box
Astro - 12 channels
32" LCD flat screen TV
Coffee and tea making facilities
Electric kettle
IDD telephone
Ceiling mounted air-conditioner
Ceiling fan
DVD player
Microwave oven
Iron and ironing board (upon request)
Bathroom weighing scale

ok x tempatnye....x sabar la plak. nampaknye, kena la bajet skit bulan ni kalau nak gi legend water chalet ni

KESIANNYA


beberapa hari ni hot jugak kisah Muhamad Hairuman Miskon dr klang yang terkena renjatan elektrik masa ambik upah kait kelapa sawit. sedihnya sebab kaki & tangannya akan dipotong atas sebab kesihatan. nak jadi cerita plak, dia ni anak yatim. budak ni student lagi. tp ambik upah utk tambah pendapatan keluarga. dgr citer nak support kakakye yg ada keuzuran. hmmm kesiannya, bergenang plak air mata ni.

syukur alhamdulillah...masa baca paper ada institusi yg tawarkan peluang lanjut pelajaran dlm bidang kemahiran jd bleh la hairuman ni berdikari. pastu ada plak yg nak sponsor tangan palsu. hopefully semua sponsorship tu ditunaikan, bukan setakat nak menunjuk dalam paper je.

dlm keadaan mcm ni, hairuman ni amat2 memerlukan sokongan emosi, mental & fizikal. Ya Allah Ya Tuhanku...semoga diringankan beban insan ini & moga dia kuat semangat mengharungi dugaanmu.

p/s: apsal aku sedih sgt?? ntahla..sejak jd ibu ni, cepat sgt tersentuh.

Monday, January 10, 2011

PROGRAM MENJELANG MALAM TAHUN BARU

30hb tu kan 5th wedding anniversary kita org. Macam biasa la sambut besederhana je. So, kali ni program start dengan lunch dulu kat Boston Restoran. Makan seafood fried rice dengan udang galah 2 ketul. Sayangnye gambo x sempat nak snap, sebab dah kelaparan & nak kejar masa tgk wayang.

Well...tengok citer apa kita org ni??? Sebagai percubaan nak tgk reaksi hadi tengok wayang, so tengok la citer Rapunzel. Ok la citer dia best gak. Nampak gaya, hadi pun bleh bg kerjasama tengok wayang ni. Cuma ada timenya dia takut tengok org2 yg garang @ agresif dalam citer tu.



abis tengok wayang, gi shopping perabis kan duit kat jusco tu. sebelum balik sempat ngap dulu kat Pizza Papa Johns. Ni first time cuba sebab nak tukar selera la. Asyik pizza hut je.





si hadi ni main garfu plak dia!!!!

X YAH LA NAK MENIPU



Tadi check email...pastu adala 1 email dlm folder SPAM. aku rasa dah berapa kali dah dapat email ni. ni datang lagi.

x payah la nak menipu aku ni.... pepandai je nak aku update akaun konon. pastu korang nak sapu duit dalam akaun ye. sori byk2 la, mana aku ada akaun simpanan Maybank. korang ni x de keja ke. asyik nak menipu & songlap duit orang je. bleh jalan la! menyemak je dlm email aku.