Tuesday, February 8, 2011

MGTT

sabtu ni (12/2/2011) ada appointment lg dgn dr. zamri. this time kn buat MGTT. apa tu MGTT?? dlm bahasa mudahnye, Modified Glucose Tolerence Test tu ujian untuk tengok tahap gula dalam darah sebab nak tengok ibu yang mengandung tu ada diabetes @ tak. parah la nak minum air glukos yg pekat tu. 2 jam lepas minum air glukos tu, dia akan ambik darah skit untuk test tahap gula. tp sebelum ambik test ni, kena puasa dulu. dari pukul 10 mlm hari jumaat tu dah x bleh makan. bleh minum air kosong je.

huahuahua...baru je tulis kat sini dah mula nervous. terbayang2 saat terkurung kat wad masa 1st pregnancy dulu. sampai kembung2 jari aku kena masuk air. 1st pregnancy aku kena diabetes masa kandungan 7 bulan lebih, so kali ni doktor awal2 suruh buat MGTT. kalau ikut urine test yg slalu buat tu, memang ok la tahap gula aku. tp risau gak ni...

harap2 kali ni ok la. kalau x sape nak jaga si hadi tu kalau aku dah duduk kat wad. dulu bleh la. hidup berdua je. sama2 la berkhemah kat spital tu.

so, aku pasang taktik kali ni. antaranya:-

mulai hari ni kalau bleh sekali je dlm sehari ambik minuman bergula yg kurang manis. lebihkan minum air kosong

lepas minum air glukos tu, aku nak minum air kosong banyak2 supaya buang air kecil byk kali

buat mcm2 aktiviti ringan yang bleh kluarkan peluh mcm jalan2 etc jadi gula cepat hilang dlm badan lepas minum air glukos tu


agak2... korang ada idea lain x camne nak pass MGTT ni hukhukhuk?? (ehhhh! ada ke yg baca blog aku ni???)

No comments:

Post a Comment