Wednesday, February 16, 2011

TRIBUTE TO SUDIRMAN HAJI ARSHAD


x sabar rasanya nak tunggu 20/2 ni sebab History Channel ada buat biography tribute kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad sempena pemergian beliau on 22 Feb 1992. Sape yg x kenal Sudirman ni...bukan setakat penyanyi tapi penghibur tau. Bleh menang Penghibur no. 1 Asia lg. Siti Nurhaliza pun x mampu tau. hihihi..sori la ye kat fans siti :-)Face the music ok.


Itu la bezanya artis yg berpelajaran tinggi dgn yg tidak. Allahyarham Sudir ni, dia lah lawyer, pengacara, penulis, kartunis, pelakon, usahawan & mcm2 lagi. Sekarang ni ramai artis yang nak ikut langkah Sudir ni, tapi nan ado. Yang dikejar x dapat, yg dikendong berciciran. Yang ramai nye (bukan semua ye, sebilangan) yang jadi penagih, peminum, pengedar dadah, pencuri & ada gak yg jadi perogol.

Tiap kali arwah Sudir ni buat performance, memang terbaekkk punye. Aku ingat lagi tengok juara lagu 1987 masa dia nyalakan lighter nyanyi lagu Merisik Khabar. Pergghhh memang feeling habis la. Satu lagi masa dia pakai baju bendera Malaysia nyanyi lagu Tanggal 31 untuk sambutan Merdeka. lagi satu masa dia & Noorkumalasari berduet nyanyi lagu apa ntah, tp dalam klip video dia org pakai tuksedo hitam. Kalau yg sezaman dengan abah @ mama aku, mesti ingat punye konsert arwah Sudir kat Jalan Chow Kit. Dalam byk2 tempat Jalan Chow Kit yang dipilihnya. Sebab apa??? Mungkin sebab arwah tau, peminatnya dr pelbagai latar belakang. x semuanye mampu nak beli tiket konsert kan. Artis sekarang, ada ke yg nak buat konsert free kat tepi jalan. Nak dapat sponsor pun susah.

Korang tengok berapa ramai manusia tengok konsert arwah kat Chow Kit tu...


Dalam banyak kisah gembira...arwah Sudir ni pernah kata dlm hidup dia 2 perkara yg dia dia sedih. First, pemergian arwah mak dia & second bila bercerai dgn isterinya yg juga kekasih dia sejak kecil.


Masa dia sakit dulu, mcm2 cerita yg kluar. Ada org kata dia kena AIDS la, tu sebab dia meninggal. Kalau ikut perubatan, dia meninggal sebab pneumonia. Tapi aku pernah tengok satu biography arwah Sudir ni kat tv dulu. x ingat dah channel apa. Tapi dalam biography tu, kakak sudir kata keluarga dia jumpa macam2 benda kat sekeliling rumah seolah2 macam ada org yang guna sihir & dengkikan arwah Sudir. well, x mustahil kan?? org kita ni mana bleh tengok org lain senang.

apa2 pun...Al-Fatihah untuk arwah. Semoga dia tenang di sana & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. AMIN.


Ok...utk yg nak tengok tu, ni infonye ye. jangan lupa tengok k :-)

History (Astro Channel 555)
Feb 20 @ 10mlm

Ulangan
22 Feb @ 11 mlm
23 Feb @ 9mlm
1 Mac @ 7mlm
11 Mac @ 11mlm
13 Mac @ 7mlm

2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi juga buat sedikit tribute buat Arwah Abang Sudir, untuk lebih info mengenai Sudirman sila kunjungi blog saya http://ramlan1984.blogspot.com (Tribute To Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad)

    ReplyDelete
  2. tqvm..for leaving ur comment. memang peminat sudirman, wpun masa tu sy masih sekolah rendah @ awal sek menengah.

    dah lawat blog awak :-)

    ReplyDelete