Thursday, April 7, 2011
breastfeeding
al kisah...masa lahirkan hadi dulu, aku memang pressure. Yelah sebab bersalin ceaser, pastu nak berpantang plak. Tau je la pantang, mcm2 tukang urut pesan. Jangan minum air byk la etc etc. Habis gaya mananye susu badan nak ada. Nurse demc yg datang utk check up lepas bersalin plak, pesan minum je air suam mcm biasa. Katanya lg x de maknanye minum air bleh kembangkan rahim. dia tambah lagi, mana ada air yg diminum tu terus gi rahim, x de saluran pun nak ke situ (dlm pikiran aku betul gak kata nurse tu). nurse & tukang urut siap urut badan & breast nak bagi susu keluar. tapi ya ampun, mungkin sebab aku stress & menahan sakit ceaser tu susu pun sikit punye siksa nak kluar.tambah plak nipple aku ni jenis inverted.
sudahnye putus asa nak bagi susu badan kat hadi, sebab hadi plak tengah kena jaundice. kena paksa minum susu selalu. dah susu badan x de, bagi la susu tepung cap SNOW. maaf la hadi,ibu x mampu di saat tu. tapi x makna ibu x sayang kat hadi tau!
kali ni..cita2 tinggi nak breastfeed second baby. dah siap beli medela swing lagi. walau pun harganya mahal, tapi aku rasa berbaloi la dari nak membeli susu setin yang berat 650gm dengan harga RM70 - 80. Kenapa beli medela swing...sebab dah ada pengalaman beli yg manual & yg electric (yg murah punye) naik cramp tangan & jari jemari ni nak pam susu.
Hopefully niat murni aku ni tercapai la kali ni. InsyaAllah....
Tuesday, April 5, 2011
Result MGTT
dulu kan aku ada citer kena buat MGTT sebab nak tengok ada diabetes x pregnant kali ni. lupa plak nak citer result dah dapat. kwang..kwang..kwang
ni la resultnye...fuh nasib baik la x payah inject insulin sendiri lagi kali ni. cuma dr. zamri pesan suruh jaga diet. kalau tengok result ni, masa mula2 ambik darah result 4.0 je. tapi lepas 2 jam minum air glukos yg manis nak mamppppppss tu result jadi 8.0 kira terlebih la dari paras normal 7.8.
So. sekarang kena la kurangkan makan benda2 manis. Next time appointment doktor baik la aku pose gak dari malam tu sampai lepas jumpa doktor baru makan @ minum. tapi air kosong bleh la minum, agak kalo x minum air kosong langsung bleh merangkak la aku :-))

Sunday, April 3, 2011
kek butter bertukar jadi kek marble
Ari tu masa jejalan kat blog nanirostam, dapat resepi kek butter. tapi tekak aku ni kalau setakat kek butter ni x berapa nak jalan la. So, dapat idea nak transform resepi ni jadi kek marble perasa oren & coklat.
Senang je. buat adunan tu 2 kali satu perasakan dengan esen oren (kalau nak tambah pewarna kuning telur skit pun boleh gak). Yang satu lagi tu kurangkan tepung naik sendiri dari 6 oz jadi 5 oz. Tambah serbuk coklat 2 oz dengan susu pekat jadi 3/4 cawan (kalau x tambahkan lagi susu pekat pun ok dah). Nak bagi kek tu jadi marble, selang seli kan adunan tu masa nak masukkan dalam tin pembakar ok!
Full recipi kat sini ye.
Sunday, March 27, 2011
kek coklat retak seribu
dah dua kali aku masak kek ni...kali ni retak seribu plak la. angkara tuan punye oven terlupa nak set balik api oven ke bawah. pasang api atas & bawah serentak masa memula bakar kek, jawabnye retak seribu. alkisahnye memula nak cairkan coklat masakan dalam oven pakai la api atas bawah.
bila nak bakar kek lupa plak pasang api bawah je. tp x pe la. masuk tekak hancus gak kak??? tapi kalau nak bagi org segan la rupa camni.
bila nak bakar kek lupa plak pasang api bawah je. tp x pe la. masuk tekak hancus gak kak??? tapi kalau nak bagi org segan la rupa camni.
buat kek ni utk minum petang sambil hirup oren sunquick. sejuk skit tekak, maklumla ari ni panas sesangat. kalau nak resepinye bleh tengok kat sini
Saturday, March 26, 2011
masak apa ni????
berasap2....merah je macam masak sambal...tapi sambal apa?? macam2 bahan ada kat dalam tu??
minggu ni minggu malas nak masak. so, bangun pagi gi sarapan kat kedai. balik dah tengahari. sudah nye masak bihun goreng je petang tu & jugak untuk makan malam.
Apa isi bihun goreng ni?? Apa yang ada dalam peti ais tu ler yang dicampak. Ayam dihiris nipis, udang dibuang kulit, telur sebiji dengan sayur sawi (ala2 x nampak). x letak taugeh sebab x berapa suka :-)))
Tuesday, March 22, 2011
oven yang diwakafkan
bukan tanah je boleh diwakafkan tau...oven pun bleh diwakafkan :-))) alkisah, aku je yg rajin guna oven Europa besar gedabak ni. buat bakar ayam @ kek @ biskut. nak jadikan cerita, bila aku pindah rumah sendiri oven ni pun diwakafkan dek mama pada aku. so, berangkat la oven ni kat rumah baru. mama kata dok umah dia pun bukan ada sape nak pakai. untung aku, save duit x yah beli sendiri.
seingat aku la, oven ni mama beli pakai duit 'kutu'. rasanye zaman aku awal sekolah menengah dah wujud dah oven ni kat rumah mama. kalau ikut asal usulnya, mama beli oven ni sebab kesian tengok aku pakai oven bulat je untuk bakar biskut raya @ kek. masa memula dapat, memang seronok la. x de la tangan aku melecur tersentuh badan oven bulat tu lagi. banyak jasa & untung aku dapat dengan oven ni. siap bleh buat bisnes biskut raya tiap2 tahun.
ramai yg berkenan dengan oven ni termasuk la anak2 buah & anak aku si hadi tu. especially bab2 memulas jangka suhu & set up pemanasnya (bleh pilih nak api atas @ bawah @ atas bawah @ grill). sampai dah naik hilang tulisan kat pemulas tu. sudahnye ku tulis dengan pen marker. itu pun dah agak2 nak kabur. disebabkan keaadan tu la, aku je yg tau camne nak set suhu & pemanasnya.
sayang kat oven ni. setakat ni x pernah buat hal lagi la. maklum la guna pun jarang2. lakunya time bulan pose sebab nak buat biskut raya je. lain2 masa ikut mood tuan punye :-))

Monday, March 21, 2011
PART 4: TERINGINNYAAA
Yahoooooo...kali ni berjaya gak membuat Red Velvet Cupcakes, tapi x de topping cream cheese la ye. Sebab x larat dah kaki & pinggang ni nak berdiri lama :-)) Bangga betul la 1st time buat cupcakes ni, memang bertuah dapat resepi yg sedap kat web annies-eats ni. walaupun rupa x secantik annie punye, tapi yg penting rasanye meletuppppp
en. suami siap tanya lagi...nape keknye merah menyala sangat. haiii dah tu namanye red velvet. mesti la merah baldu warnanye ;-) ni rupa adunannye lepas diputar. merah sungguh kan???
mana x nye, 1 botol pewarna BRIGHT RED (size botol esen vanila tu) ambik ko...

tersilap plak beli solo cup yg 2 oz punye. puas la nak masukkan adunan tu dalam cup. terketar2...sebab x nak comot. tapi apa kan daya, walau pun tangan berbedung masa kecik dulu. tangan x de seni nak buat camne, mesti comot gak. 1 adunan ni dapat dlm 33 cupcakes
ni cupcakes tengah menggebu kat dalam oven...masa ni dh x sabar2 nak ngap dah :-))wah wah wah...gebu & moist la.... x caya bleh cuba resepi tu. senang je, yg penting kena ikut la instructionnye.
close up lagik...
siap ada ruang2 udara lagikan... maybe psl pakai buttermilk & cuka skit kot. sesape yg x tau apa tu buttermilk, ni la rupanye. ni beli kat kedai BAGUS. harga dalam RM6.90 kalau x silap. bleh buat 2 kali adunan cupcake ni.
masak2 di hujung minggu..
mcm2 aktiviti hari ahad lepas...memang la hari ahad ni patutnye berehat. tapi aklau x prepare apa2 utk weekdays, memang 'masak' la. pagi2 dah gerak gi pasar sect 16, nak beli barang basah untuk bekal hadi & untuk rumah mama. yelah, slalu makan kat sana. x kan nak makan free kan??
en. suami, sabtu & ahad biasa la sibuk dengan kerja2 membasuh, menyidai & mengangkat baju, vakuum & mengemop lantai. bertuah badan dpt suami ringan tulang ni. yelah, sama2 keja kan. mesti la penat. so, keja umah kena la share jugak.
lepas pergi pasar, kena bw mama gi hospital putrajaya plak. nak ziarah sepupu kat situ. selesai ziarah, hantar mama & then gi beli sayur skit utk masak. disebabkan dah penat, masak yang mudah & ringkas aje la.
sambal sotong
kobis masak lemak putih + udang
ikan kembung goreng

Petang plak...mula la misi lipat melipat & susun menyusun baju2 yang dah dibasuh. malam plak iron baju sendiri untuk kerja. jadi x payah la ari2 nak gosok baju & x la kelam kabut pagi2 nak gosok baju.
Sunday, March 20, 2011
Sudah sudah la tu
Arini terbaca dalam paper...berita minggu rasanya. cerita pasal daphne iking @ sekarang ni Dahlia Daphne Eleanor M Iking namanye. Dulu kan kecoh kisah mahamah psl ex-husband dia kata, anak tunggal dia org tu bukan anak dia. tapi dari benih org lain. tapi akhirnya kisah mahkamah tu dah settle. lelaki (darren) yg dituduh ngorat & berniat utk 'bersama' dgn daphne dah minta maaf pada ex hubby daphne & kes kira settle. bagus la kan...lagi panjang kes ni kat mahkamah, lagi mengaibkan setiap org yg terlibat dgn kes tu.
tapi x pasal2 si reporter Zubir tu sibuk plak nak bangkitkan & panaskan balik isu ni. dalam tulisannya tu sibuk nak tau siapa bapa anak si daphne ni sbb kenyataan darren. kononnye ramai yang bertanya2, jadi dia nak jd tukang tanya la.
En. Zubir, sudah2 la tu. let bygone be bygone. daphne pun dah kahwin lain & dah peluk Islam. dia pun mungkin dah sedar silap & bertaubat. x payah la nak panjang2 cerita & diaibkan lagi. karang x pasal2 rumah tangga yg sekarang ni plak 'bergolak' sebab citer2 lama ni.

Wednesday, March 16, 2011
CHECKLIST
Based on check up last Saturday, kalau ikut perkiraan baby patutnye 26 minggu. Tapi kalau ikut besar & berat baby, dah 28 minggu (i.e 7 bulan). En. suami dah suruh siapkan checklist barang2 yang nak dibeli. 25 Mac ni kena buat detailed scan. Lepas detailed scan tu bleh la beli barang persediaan. Bukan apa sekarang ni pun dah x berapa larat nak jalan jauh2 & lama2. Elok la beli awal skit. Kalau masa detailed scan tu dapat detect sex baby, bleh la beli baju ikut color. Kalau x, beli je la yg warna unisex @ putih.
Ni barang2 yang dah di listkan. Nak kena check lagi ni, takut2 ada yang terlupa. Yang paling penting barang2 baby & ibu yang nak siap2kan dalam beg & letak dalam kereta (in case macam jadi skali lagi macam hadi dulu). Nak tau cerita?? Lepas ni ada separate entry la ye.
Pakaian
1. | Baju – x payah beli banyak. pakai hadi punya sebab baju yg umor 0 -12 bln elok lagi. except kalau girl. |
2. | Mitten & Booties |
3. | Baby Bip – guna hadi punya |
4. | Sapu tangan |
5. | Barut – check hadi punya elok lagi @ tak |
6. | Bakul simpan baju |
Diapering
1. | Lampin – 1 dozen cukup kot |
2. | Tuala |
3. | Tikar |
4. | Baby wipes |
5. | Beg diapers – dah ada |
6. | Nappy cream |
7. | Minyak telon |
8. | Pampers |
Baby Care & Grooming
1. | Bedak |
2. | Top to Toe Wash |
3. | Cotton bud |
4. | Nail Clipper |
5. | Losyen badan |
Nurseri & Travelling
1. | Play pen (dah ada) |
2. | Bouncer |
3. | Stroller (dah ada) |
4. | Car seat (dah ada) |
5. | Tilam & Sarung play pen |
Penyusuan
1. | Botol susu |
2. | Medela Freestyle Breast Pump Set – mahal ni woiiii tapi aku bercita2 tinggi nak breast feed la kali ni |
3. | Berus botol |
4. | Puting |
5. | Termos |
Lepas ni kena buat checklist untuk barang ibunye plak. Kalau x haru sehelai sepinggang je nanti. Nak harap en. suami, ntah apa plak yg disumbat dalam beg nanti. Hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)