Sunday, May 25, 2014

SICILIAN ORANGE CAKE


Ok ni resipi kek yang baru 1st time aku buat. Buat ni pun pasal anak2 sibuk tanya bila ibu nak buat kek. Disebabkan dah penat pagi2 lepas subuh dah ke pasar borong, lepas tu masak lunch plak...sudahnya ini la resipi pilihan untuk buat kek.

Resipi asal dari blog kitchenguardian. Ini resipi yang aku dah translate ke BM supaya senang sesape yang berminat tu nak buat.

250 gram butter (aku guna brand SCS)
250 gram gula kastor (next time buat mungkin nak kurangkan skit gula ni)
4 biji telur
250 gram tepung naik sendiri
85 ml jus oren
1 1/2 sudu teh parutan kulit oren
1 sudu teh esen vanila

Cara nak buat pulak...

Pukul butter, gula dan parutan kulit oren hingga kembang dan ringan. Masukkan telur satu persatu dan dipukul lagi. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau guna whisker. Dah sebati masukkan jus oren dan esen vanila. Kacau lagi dengan whisker sampai sebati.

Bakar dalam oven untuk 40 minit pada suhu 180C.

Hasilnya....kek sangat la lembut, gebu & moist. Mungkin sebab pakai butter SCS dan telur sampai 4 biji. Silalah cuba ye. Memang senang je buat. Cuba tengok..senang kan, sampai budak kecik pun bleh buat.

Minah ni memang sibuk la nak memegang mixer sambil mulut dok bebel " Ibu tak letak telur ke...ibu tak letak telur ke". Sabar ye dik. Masak kek ni kena ikut peraturan. Kalau tak, x menjadi nanti.

Ini la keja Hadi bila aku buat kek. Suka sangat nak menjilat adunan yang dah siap.
Hahaha...adik x bagi jilat. Katanya kena masak dulu. Tapi dapat jugak abangnya mencuit. Lepas tu adik pun nak jugak.

Tuesday, April 22, 2014

Sosej Tocang


Ini resipi paling senang nak buat. Bahan-bahannya sosej, puff pastry dan kuning telur. Kuantitinya ikut la berapa banyak korang nak buat.

Cara-cara nak tocangkan puff pastry pada sosej macam ni ye. Nak tau sumber, klik pada gambar

http://ovenkecil.blogspot.com/2010/11/sosej-puff.html



Sosej yang siap digulung dengan puff pastry jenama Kawan
Mekapkan dengan kuning telur
Letak dalam loyang yang dah digris dengan mentega. Bakar dalam 20-30 minit. Ikut la oven masing2.
Ini la rupanya bila dah siap dibakar. Saja aku garingkan sikit
Hadi kata sedap, siap kongsi dengan kawan.

Saturday, April 19, 2014

Karipap Kentang & Ayam

Disebabkan dah beberapa kali berjaya buat donut, jadi berkobar2 la pulak nak buat karipap. Mama aku cerita masa mula2 kahwin dengan abah aku, mak mertua dia suruh buat karipap. Dalam hati mama aku "banyak2 jenis kuih, kenapa la kuih yang paling malas ku nak buat ni yang disuruhnya. malas betul nak mengelim karipap". Pastu nenek aku seolah2 boleh baca fikiran mama aku dan dia pun cakap la, "dah tak payah susah2 nak kelim, ni ambik acuan ni buat karipap". Hahaha..gelak2 mama aku masa dia ceritakan peristiwa ni kat aku.

So pagi ni aku sampai2 je rumah mama aku, mama terus tanya

Mama: Jadi ke long ko kata nak buat karipap tu
Aku: Jadi, tu along dah letak dalam peti ais. Mama nak masak nanti, keluarkan la berapa biji yang nak masak dulu & nyahbekukan. Yang lain simpan balik dalam peti.

Tak sempat abis aku cakap, mama terus bergerak ke peti ais & bukak bekas plastik
Mama: Wah cantik comel je. Banyak ke buat.
Aku: Tak la sikit aje. Tapi penat la jugak buat.

Nasib baik mama aku puasa tu. Kalau tak mau dia keluarkan terus untuk goreng.

Ok ini cerita bergambar ye...

Bahan-Bahan:

1 kg kentang dipotong dadu
250 gm isi ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih (dikisar halus)

3 sudu besar rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
Garam & ajinomoto
Daun kari
Daun sup

Cara-caranya

Tumis bawang besar dan bawang putih, sampai kekuningan.
Masukkan rempah kari dan masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan daun kari.
Kemudian masukkan isi ayam.
Masukkan kentang dan sedikit air (sama takat dengan kentang). Masukkan sedikit daun sup yang diricik halus.
Masak sampai kentang empuk dan lembut. Keringkan kuah, jadi mudah nak dimasukkan dalam doh karipap.

Pastri ni memang sedap sebab rapuh. Kalau makan panas2 memang cair di mulut pastri ni. Nak buat pastri pulak ikut resipi dari kak Azlita Masam Manis

Bahan-Bahan (aku buat 2 adunan untuk padankan dengan inti)
400gm tepung gandum
1/2 cawan minyak masak (dipanaskan)
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk dicampur sedikit garam (letak kiub ais)
Minyak untuk menggoreng


Campurkan sedikit garam ke dalam air sejuk yang diletakkan ais
Masukkan marjerin dalam tepung dan gaul. Nanti jadi rupa macam ni
Masukkan pulak minyak masak yang telah dipanaskan. Gaul dengan sudu
Macam ni la rupanya lepas letak minyak panas. Lepas tu masukkan air sejuk tadi. Jangan masuk sekali semua, sampai tepung jadi doh saja. Uli sehingga adunan licin dan menjadi doh.
Ini la rupa dohnya. Simpan dalam bekas plastik dan perap letak dalam peti ais untuk tempoh 1-2 jam. Aku simpan dalam 1 1/2 jam aje.
Ambil sedikit doh dan canaikan nipis. Terap dengan acuan bulat. Aku guna mulut gelas je sebagai acuan. Pastikan bulatan ini lebih besar dari bulatan acuan karipap. Letakkan doh dalam acuan, masukkan inti dan tekan acuan. Jangan tekan terlalu kuat, takut bahagian kelim terputus. 


Ini la rupa karipap yang dah digoreng. Guna minyak yang banyak & api sederhana panas.
Kalau nak frozenkan, tak perlu goreng dulu. Letak dalam pinggan camni, tutup dengan plastik. Agak2 keras, baru susunkan dalam bekas plastik. Jadi tak la karipap tu melekat antara satu sama lain. Bila nak masak, keluar brp biji yang nak masak je dan nyahbekukan. Yang lain simpan balik dalam peti ais. 

Friday, April 18, 2014

Jom Pecahkan Lemak

Ok, misi untuk menurunkan berat badan perlu diteruskan! Start Januari 2014, aku dah mulakan balik misi diet aku selepas terkandas sejak keguguran sebelum masuknya bulan puasa tahun lepas. Setakat ni dari 81kg dah turun kepada 70.7kg. Alhamdulillah berkat penggunaan threadmill dan jugak pengambilan advance slim. Tapi sejak akhir2 ni, advance slim macam tak berapa berkesan. Maybe badan aku dah imun kot dengan kesan advance slim ni.  

Langkah pertama...beli threadmill. Kebetulan masa nak krismas tahun lepas ada offer threadmill ogawa. Jadi tidak la aku lepaskan peluang. Dari harga RM3500++ jadi RM2500++ tp boleh bayar ansuran kalo ko charge kat card credit. Daripada aku dok spend beli yang bukan2, pastu hujung bulan sesak. Baiklah aku beli threadmill ni. En. suami bergurau, katanya kalau hujung tahun ni berat aku tak turun, jual balik je threadmill ni. Sabar aje lah :-)

Ini la rupa threadmillnya. Tak la terlalu besar sebab ruang nak letak pun x la sebesar mana.
Ada banyak function dan senang nak guna. Pilih je nak mode apa. Selalu aku pilih mode untuk  weight loss. Pastu aku set la nak lari berapa minit. Selalunya antara 45 - 60 minit.
Sambil lari tu, kita boleh tengok berapa kalori yang terbakar dan boleh jugak check heart rate kita. Contohnya macam yang atas ni, lari selama 60 minit pada kelajuan yang berbeza (paling tinggi 4.5km/jam) dapat la bakar kalori sebanyak 211kcal. Sekarang ni dah boleh lari laju skit. Dah sampai 350kcal atau lebih kalau aku jogging sampai 1 jam.

Kalau ambil advance slim plak kena minum air banyak ikut berat badan. Kalau ikut berat aku dulu 81kg, lebih kurang 3 liter aku kena minum. Pastu kurangkan la makan benda manis & stop ambik karbohidrat eg nasi, kek, kuih muih. Tapi ada masa aku ada cheat day. Tapi berpada2 la makan. Masa berat aku 81kg tu, selang sehari atau 2 hari, bila nak jogging aku akan minum advance slim. Memang berpeluh sakan la. Nak tunggu sejam jugak lepas jogging untuk keringkan peluh sebelum boleh mandi.

Mula-mula penurunan kg tu cepat. Abis tu sekarang ni dah mula tak bergerak2. Asyik2 antara 70kg - 71kg. Siksa betul nak dapat kan digit 6 kat depan tu. Jadinya bila ada offer di groupon untuk kelas exercise a.k.a. aerobik dengan harga RM89 untuk sepuluh kelas (kira murah la 1 kelas RM8.90) dengan tak pikir panjang telur aku beli baucer tu.


Setakat ari ni, aku dah 3 kali attend kelas aerobik ni. 1st day aku rasa tak tercabar sangat sebab aku dah biasa jogging sejam lagi siksa. Kelas kedua dah mula mencabar tapi boleh handle lagi. Tapi kelas ketiga baru la rasa tercabar. Cuma seronok aerobik sebab kita dalam keadaan ceria dan tak la asyik2 tengok jam nak tunggu bila la nak habis. 

Abis baucar ni, aku ingat nak daftar jadi ahli. Tapi mahal jugak la dalam RM150 sebulan, cuma advantagenya x de limit berapa kelas ko bleh attend dalam sebulan. Korang nak attend kelas hari2 pun boleh. Ada option fitness center lain yang dekat dengan rumah mak aku tapi tak tau pulak jadual dia macam mana. Macam kat Jazzercise ni, jadual seblan dah fixed. Senang la ko nak plan bila nak datang, bila tak boleh datang. 

Sunday, April 13, 2014

Redeem Coupon Living Social: Dinner @ Grand Dorsett Subang Jaya

Korang biasa tak beli baucer living social ni? Aku ni kira 1st time la beli dekat living social. Selalu beli kat groupon.

Ini kali kedua aku redeem baucar makan-makan. 1st time dulu baucar groupon dinner dekat Hotel Istana. Tapi masa tu pergi berempat. Makanan dia memang sedap sangat ikut tekak aku. Tapi memandangkan askar2 ada, so makan dalam keadaan yang tak berapa aman. Belajar dari pengalaman, kali kedua ni aku gi dinner dengan suami je. Sebelum tu, kami dah rasuah askar2 dua orang tu pergi tengok wayang cerita Rio2. Abis wayang, masuk kereta aje, Hana dah tertido dalam kereta. Senang skit dia dah tertido, kalau tidak ada drama sedih bila tengok ibu & babahnya keluar tak bawa dia. Hadi ok je, sebab dah dapat mainan segala. Tak heran dah ibu & babahnya keluar.

Ok balik kepada cerita makan di Terraza Brasserie, Grand Dorsett Hotel, kita org kira couple yang pertama sampai untuk dinner tu. Mana taknya, dekat baucer kata pukul 6.30 petang baru buffet start. Tapi pukul 6.15 kita orang dah ambik tempat, ni semua sebab nak balik awal. Kesian tinggal anak2 kat rumah neneknya. Tipikal sebagai mak bapak kan, macam tu la perasaannya. Oh ye, harga baucer buffet makan malam ni RM48/person.


Memandangkan aku diet, jadi memang tak makan la nasi. Ini kira 1st plate aku.
Ini plak yang second plate. Udang yang hitam tu sangat la sedap.

Untuk plate2 yang seterusnya, aku jadi segan nak ambik gambar sebab orang dah makin ramai. Part dessert semua sedap. Ada pie @ tart walnut, kek coklat, puding roti, trifle pudina, cream brulee etc etc. Aku masih teringat2 tart walnut & kek coklat dia. Dah balik baru terfikir, kenapa la tak makan kek coklat tu dengan 1@2 scoop eskrim vanilla. Huhuhu...

Nak compare dengan yang di Hotel Istana tak adil la sebab menunya lain2 kan. Abis je makan, besandar la laki bini dalam kereta sebab perut rasa tegang sangat. En. suami siap longgarkan tali pinggang lagi.

Ok next time ada lagi offer living social @ groupon yang harga rendah untuk makan2 kat hotel area Klang Valley mesti nak beli lagi. Kalau nak harap pergi terus ke hotel memang tak sanggup la nak bayar.

Saturday, April 12, 2014

NASI AYAM MY STYLE

Bila malas tak tau apa nak masak.....masak nasi ayam la paling senang & complete untuk anak2 dan suami. Sebab apa kata senang? Sebab kalau ikut cara aku masak ikut suka ati je. Janji anak2 suka makan bertambah2 tak cukup sepinggan.

Step pertama beli ayam sekor, bersihkan bahagian dalam dan luar ayam. Buang buntut ayam, leher dan kaki ayam. Lepas tu potong bawang besar 1 biji, halia 1 inci dihiris, bawang putih 3 ulas dihiris. Masukkan semua bahan2 ni dengan ayam dalam periuk besar. Isikan air sampai ayam tenggelam. Perasakan dengan serbuk Cukup Rasa atau pun masukkan 2 kiub knor perasa ayam. Kalau takde benda2 ni di rumah, pakai la garam & ajinomoto. Masak ayam sampai 3/4 masak. 
Bila ayam dah 3 suku masak, asingkan ayam dengan air yang dah jadi kuah sup tadi. Air kuah sup tu, panaskan lagi & taburkan daun sup. Agak-agak daun sup dah layur, tutup api. Ayam pulak dilumur dengan kicap pekat, kicap cair, kicap manis, madu & minyak bijan. Portion yang digunakan lebih kurang sama untuk semua kicap & madu. Perapkan ayam dalam 1 jam.
Lepas 1 jam, masukkan ayam dalam dulang pembakar & grill dalam oven pada suhu 160 darjah sehingga ayam nampak garing sedikit. Aku balik2kan ayam atas & bawah supaya sama rata masak & garingnya.
Ini la rupa ayam yang telah siap digrill
Ok, settle bab ayam. Sekarang ni basuh beras dan gunakan sebahagian sup mengikut sukatan (aku ikut sukatan jari) untuk masak nasi instead of guna air putih biasa. Tak payah la nak tumis2 bagai, terus tanak je nasi guna kuah sup tadi. Kalau nak nasi ayam bertambah sedap, guna la beras yg mahal skit i.e beras basmathi.

Selain dari ayam, untuk nasi ayam yang sedap kena ada kuah cili yang meletop! So, resipinya asalnya di sini ihsan dari blog potretkasih


Sos Cili Nasi Ayam Hainan Potret Kasih
6 batang cili merah
2 biji buah tomato ( aku pakai sebijik je yang saiz besar)
3 ulas bawang putih
1  inci halia
4-5 sudu besar cuka atau jus limau (aku pakai jus limau)
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam
sedikit air masak

Bahan-bahan ni disatukan semuanya dan dikisar sampai hancur. Sesuaikanla rasa ikut tekak masing2. Gambar x sempat nak ambik sebab masing2 masing dah kelaparan.

Untuk kicapnya pulak, jus ayam yang dipanggang tu di masukkan 2 @ 3 sudu sos tiram dan didihkan sebentar dalam kuali. Kalau jusnya terlalu sikit, tambahkan sikit dengan sup ayam tadi. Takpun kalau ikut anak2 aku, ko guna je kicap manis cap kipas udang tu :-)

Untuk hidangkan ayam, aku hiaskan dengan daun salad & timun jepun yang dipotong serong.

Monday, March 31, 2014

1ST TIME BUAT DONUT

Sebenarnya dah lama nak buat donut keledek. Tapi sampai la keledek tu tumbuh tunas, x jugak dia jadi donut. Akhirnya buat jemput2 saje.

Tapi beberapa hari lepas, mama bagi tau " Beli la donut untuk Hadi. Dia suka makan donut. Hari tu mak ngah dia beli donut, bukan main suka dia makan". Lepas tu tanya kat Hadi, Hadi suka ke makan donut? Dia jawab la " Kita suka makan donut gula ibu".

Ok, bila anak dah cakap suka makan sesuatu, dah tentu2 la ibunya walaupun x tau nak buat donut macam mana tetap berusaha nak belajar buat donut. Sekarang ni semua di hujung jari kan. Jadi cari la resepi donut yang simple kat internet. Akhirnya terjumpa resipi dekat sini. Jadi sila la rujuk kat situ ye. Malas nak taip balik. 

Cumanya nak ingatkan, bila nak campur tepung dengan bahan cecair yang dah disebatikan, masukkan tepung tu sikit2 sampai tepung x melekat di jari atau bekas uli. Lagi satu, guna air yang suam2 kuku untuk larutkan gula, susu pekat & yis tu. Kalau tak nanti yis terbantut x kembang plak donut nanti.

Ini rupa adunan yang telah disebatikan sampai jadi doh

Ini adunan yang dah direhatkan selama 45 minit
Doh yang dah diterap dengan acuan donut
Doh yang digoreng dengan api sederhana panas
Goreng sedikit kecoklatan kalau nak makan terus.

Doh ni boleh dapat dalam 30 biji donut. Jadi sebahagiannya aku buat frozen dan hantar kat rumah mama. Kalau nak frozenkan, goreng sampai kekuningan sikit je. Sejukkan, lepas tu masuk dalam bekas kedap udara & simpan dalam freezer beku. Hari ni, neneknya gorengkan untuk bekal Hadi bawa ke sekolah.
Donut yang siap digolek2kan dengan gula kastor. Kalau nak fancy boleh la celup coklat di bahagian atas & tabur dengan kekacang yang dah dipanggang atau pun colorful coklat rice etc etc
Ini ni la rupa donut yang telah dingap sebelah. Dah telah berapa biji baru teringat, masa ngandungkan Hadi dulu aku memang suka breakfast donut boleh kata setiap hari bekerja donut la sarapan aku.
Alhamdulillah dapat jugak menunaikan tanggungjawab pada anak. In sha Allah lepas ni nak cuba pulak buat donut kentang @ donut keledek. Terbukti Hadi memang suka makan donut gula ni. Ada la dekat 4 @ 5 ketul dia makan. Hilang penat ibu buat donut *penatmanalasangat*

Thursday, February 20, 2014

WEDDING @ NEGERI SEMBILAN (30/11/2013)


Aku lupa dah nama tempat gi wedding ni. Rasanya Kuala Pilah, tapi for sure dekat2 dengan Seri Menanti sebab on d way balik kita orang menyinggah ke sini. Sejak ada highway ni senang nak ke sana sebab x payah dah dok berpusing2 ikut jalan Bukit Putus tu.

Hana memang suka bab-bab pergi wedding ni. Iyalah dapat melawa. Sekarang dah pandai pilih baju sendiri. Nak yang cantik2 je. T Shirt dengan seluar legging ikut mood. Kekadang nak pakai, kekadang tak cantik katanya.

Lokasi utama yang akan dituju dek Hana ni dah tentunya la pelamin. Settle je makan, mula la dok tunjuk kat pelamin. Nak suruh ibunya bawa la tu. Malu jugak la nak ke pelamin sebabnya si Hana ni siap nak duduk kat kerusi pengantin. Kalo sedara mara sendiri punya kenduri x pe la. Ni kawan en. suami yang punya kenduri. Tapi dah nak sangat, aku letak kan je dia kat pentas tu. Pepandai la dia nak buat apa pun kat atas pentas tu. Pastu posing bagai, suruh ibu ambik gambar.





Baju peplum bermanik ni beli masa jualan akhir tahun Jakel kat belakang Petronas Section 7 tu. RM22 je rasanya kalau tak silap.


Settle semua orang makan & posing2, maka menuju la ke Istana Seri Menanti.




Ini gambar cubaan nak ambik famili photo. Neneknya jadi camerawoman guna nhandphone android aku. En suami dok tolong tunjuk kat mak mertuanya camne nak ambik gambar. Kesudahannya...langsung x dapat ambik gambar family dengan askar2 dua orang tu dok berlari sana sini. Dengan neneknya dok fail je nak ambik gambar. 
 



On d way balik, neneknya dok memborong ikan keli salai & itik salai yang dijual sepanjang jalan2 kampung.