Friday, April 18, 2014

Jom Pecahkan Lemak

Ok, misi untuk menurunkan berat badan perlu diteruskan! Start Januari 2014, aku dah mulakan balik misi diet aku selepas terkandas sejak keguguran sebelum masuknya bulan puasa tahun lepas. Setakat ni dari 81kg dah turun kepada 70.7kg. Alhamdulillah berkat penggunaan threadmill dan jugak pengambilan advance slim. Tapi sejak akhir2 ni, advance slim macam tak berapa berkesan. Maybe badan aku dah imun kot dengan kesan advance slim ni.  

Langkah pertama...beli threadmill. Kebetulan masa nak krismas tahun lepas ada offer threadmill ogawa. Jadi tidak la aku lepaskan peluang. Dari harga RM3500++ jadi RM2500++ tp boleh bayar ansuran kalo ko charge kat card credit. Daripada aku dok spend beli yang bukan2, pastu hujung bulan sesak. Baiklah aku beli threadmill ni. En. suami bergurau, katanya kalau hujung tahun ni berat aku tak turun, jual balik je threadmill ni. Sabar aje lah :-)

Ini la rupa threadmillnya. Tak la terlalu besar sebab ruang nak letak pun x la sebesar mana.
Ada banyak function dan senang nak guna. Pilih je nak mode apa. Selalu aku pilih mode untuk  weight loss. Pastu aku set la nak lari berapa minit. Selalunya antara 45 - 60 minit.
Sambil lari tu, kita boleh tengok berapa kalori yang terbakar dan boleh jugak check heart rate kita. Contohnya macam yang atas ni, lari selama 60 minit pada kelajuan yang berbeza (paling tinggi 4.5km/jam) dapat la bakar kalori sebanyak 211kcal. Sekarang ni dah boleh lari laju skit. Dah sampai 350kcal atau lebih kalau aku jogging sampai 1 jam.

Kalau ambil advance slim plak kena minum air banyak ikut berat badan. Kalau ikut berat aku dulu 81kg, lebih kurang 3 liter aku kena minum. Pastu kurangkan la makan benda manis & stop ambik karbohidrat eg nasi, kek, kuih muih. Tapi ada masa aku ada cheat day. Tapi berpada2 la makan. Masa berat aku 81kg tu, selang sehari atau 2 hari, bila nak jogging aku akan minum advance slim. Memang berpeluh sakan la. Nak tunggu sejam jugak lepas jogging untuk keringkan peluh sebelum boleh mandi.

Mula-mula penurunan kg tu cepat. Abis tu sekarang ni dah mula tak bergerak2. Asyik2 antara 70kg - 71kg. Siksa betul nak dapat kan digit 6 kat depan tu. Jadinya bila ada offer di groupon untuk kelas exercise a.k.a. aerobik dengan harga RM89 untuk sepuluh kelas (kira murah la 1 kelas RM8.90) dengan tak pikir panjang telur aku beli baucer tu.


Setakat ari ni, aku dah 3 kali attend kelas aerobik ni. 1st day aku rasa tak tercabar sangat sebab aku dah biasa jogging sejam lagi siksa. Kelas kedua dah mula mencabar tapi boleh handle lagi. Tapi kelas ketiga baru la rasa tercabar. Cuma seronok aerobik sebab kita dalam keadaan ceria dan tak la asyik2 tengok jam nak tunggu bila la nak habis. 

Abis baucar ni, aku ingat nak daftar jadi ahli. Tapi mahal jugak la dalam RM150 sebulan, cuma advantagenya x de limit berapa kelas ko bleh attend dalam sebulan. Korang nak attend kelas hari2 pun boleh. Ada option fitness center lain yang dekat dengan rumah mak aku tapi tak tau pulak jadual dia macam mana. Macam kat Jazzercise ni, jadual seblan dah fixed. Senang la ko nak plan bila nak datang, bila tak boleh datang. 

No comments:

Post a Comment