Sempena tahun baru 2012 & celebrate 6th Anniversary, aku dah booked 1 bilik kat Gold Coast Morib. Nape pilih Gold Coast Morib?? Sebabnya aku malas nak drive jauh2. Lagipun kat situ ada water theme park. So, sesuai la bawa anak2 kan. Walau pun si Hana Dibab tu punye la merengek bila babahnya rendamkan dalam pool. Ratenye 1 malam dalam RM250 - RM300. Ok la sebab bilik dia besar & selesa. Siap ada jacuzzi dalam bilikair & ada 2 complimentary pass ke water theme park.
Kalau x silap bulan Jan 2012 ni ada promotion, 1 malam RM200. Cuba-cuba la tengok websitenya kalau berkenan. Kalau rasa rate bilik tu mahal, boleh je beli tiket untuk water theme park saja. Dewasa RM25 & kanak2 3 tahun ke atas RM15. Nak beli @ sewa pelampung semua ada kat situ.Nak tukar baju @ mandi, bilik air & tandas pun selesa & bersih.
Sebelum pergi GCM, kita orang singgah Morib dulu memandangkan penuh orang kat GCM tengah check out masa pkl 12 lebih tu. Malas nak citer panjang2. Layan gambar dengan caption je OK :-)
|
Sotong bakar dengan sos & kacang goreng memang terangkat. makan nasi goreng kat 1 kedai tu amatla x sedap. Ntah apa2. Aku masak lagi sedap kot. Tapi lapar punye pasal, telankan jugak. |
|
Jalan2 kat Morib..Sampai je En. Suami dah kena 'pau' kipas angry bird |
|
En. Suami melayan anak daranya, Hana Dibab |
|
Gelap la plak.. Jgn banyak komplen k. Nasib baik ada yg sudi ambikkan gambar :-)) |
|
View dari bilik |
|
Jacuzzi..selamat 3 beranak berendam. Hana Dibab x join sebab penakut air & dah tertido kepenatan. Ntah apa yg penat pun x tau cik Dibab tu :-) |
|
|
Memasing cuak. Hadi baru lepas tenggelam jap dalam air lepas naik gelongsor air kat belakang tu. Kesian dia. Marah dia kat En. Suami. |
|
Yang ni x takut plak. Sebab ibunye dah suruh babah peluk Hadi kuat2 |
|
Sempat berjalan tepi laut masa air surut waktu pagi. Kalau la air lautnya bersih, boleh la mandi laut |
|
Hana Dibab geli pijak pasir. Muka x mandi dengan baju tido lagi |
|
Aku plak kena 'pau' Cars punye pelampung. Huhuhu |
|
Pelampung Hana Dibab jadi mangsa Hadi |
|
Breakfast tepi kolam. Makanan asal boleh masuk tekak je ;-( |
|
Pesisiran pantai waktu air surut |
Oh ye lupa plak Hana Dibab dapat 1st bikini yang ku beli kat mothercare. Cute tak?? Tengok la pehanya tu huhuhu
Satu je kekurangannya kalau stay kat GCM, nak cari tempat makan yang sedap susah skit. Nak cari kedai makan kena menghala ke pantai morib. Kalo menghala ke Batu Laut alamat la gelap gelita je.Kat pantai morib tu ada la tempat makan, tapi nak yang sedap tu memang x dpt nak jamin la. Lagi pun kat area tu kawasan kampung, so x berapa nak hidup la.
Nak makan BBQ kat hotel mcm x berbaloi nak makan RM45 /head. Makan pun x berapa banyak sebab anak2 terlebih aktif kan. Bukan naknye lepak2 makan slow2 ni :-))
No comments:
Post a Comment