Ntah la..dah malas nak mengharap. Kalau ada rezeki dapat la. Kalau x duduk je la kat skim sekarang ni dah x payah gaduh2 lagi. Pasal SBPA ni yang orang nampak hanya isu GAJI & exit policy. Punye la takut dapat markah rendah & tergolong dalam yang terkena dalam exit policy tu. Hahhh kalo dah tau takut kena exit policy, keja elok2. Jangan dok mengular, keja dok taichi kat orang sana sini, gebang je kuat kerja x tau buat. Bila dapat markah rendah salahkan bos, kata bos berat sebelah la, x pandai bodek bos la. Aku ni pun x pandai langsung nak bodek bos. Tapi syukur alhamdulillah x pernah la plak dapat LNPT kurang dari 90.
Ingatla..gaji setinggi mana pun kalau kerja tu x ikhlas & amanah, pikir kan la apa effectnya pada anak bini yang makan hasil gaji kita tu. & aku pernah disajikan satu cerita yang mana katanya, rezeki tu bukan terletak pada gaji & wang ringgit sahaja. Contohnya, mungkin gaji kita kecil, tapi sebab kita ikhlas & komited pada kerja rezeki mungkin akan datang dalam bentuk kejayan anak2 kita dalam pendidikan. Wallahualam.
p/s: Huhuhu walaupun naik skit je gaji, tapi syukur alhamdulillah & dah bajet2 naik gaji dapat simpan lebih skit & bw family melancong @ bg duit lebih skit kat mama sebab tolong jagakan Hana. Tapi apakan daya...SYMP
tak paham langsung psl SBPA ni...huhuhu
ReplyDelete