Monday, February 21, 2011

ONLINE SHOPPING: GAIATIMUR.COM

Kali ni shopping kain batik ela yang digital punye. Kain jenis crepe so senang nak gosok. Tahun lepas dah beli sehelai untuk baju raya.

Kali ni beli dua helai plak. Satu lagi untuk mama. Ni untuk mama punye. Buat baju raya tahun ni.


Yang ni plak tukang beli punye la.... Memang suka kain crepe ni sebab senang nak gosok, kainnye ringan & sejuk bila di pakai.



Jadi kali ni theme baju raya untuk familyku warna coklat sama dengan kain batik yg dibeli ni :-)

Booking kat gaiatimur hari khamis. Payment sabtu pagi, maklum la aku ni bkn ada akaun Maybank. Dah tu plak CDM kat dgn rumah ni buat hal plak ari jumaat tu. ahad inform kat gaiatimur. So maybe ari ni @ esok sampai la kain2 ni. x sabar la nak tengok kain2 ni 'live'

p/s: 22/2/2011 dah dapat kain ni. I like very much!

Friday, February 18, 2011

dessert segera untuk orang mengidam

alahai...tetiba tekak nak makan dessert plak. kalau makan aiskrim plain macam tu je, manis sangat & berapa nak lalu. so, sempat la membeli tepung pancake segera Pillsbury. apa lagi. Sonang keja nak buat pancake segera ni. Ikut je instruction kat kotak tu.


Siap je pancake, kaup aiskrim letak kat atas pancake tu. Pastu siram plak skit dengan Hershey's chocolate syrup. Selesai keja. dah boleh ngap. Hadi pun suka makan pancake ni. babah dia je, tekak orang Melayu pure. x bleh telan pancake dgn topping aiskrim & chocolate syrup. Udahnye, makan kosong macam tu je pancake tu.

BAWAL SWEET SOUR

bawang mesti banyak. meriah tuuuu
Ni lauk paling senang nak masak. main campak2 je. Masak masa cuti Maulud Nabi ari tu sebab malas nak kluar.

Bahan:
Ikan Bawal 2 ekor
Bawang Holland
Bawang Putih
Halia
Sos Cili Aminah Hassan
Sos Tomato Maggi
Air sedikit
Garam
Ajinomoto (kalau suka)
Serbuk kunyit
Minyak untuk menumis & menggoreng ikan bawal
Cili Merah untuk hiasan

Cara:
1. Siang & bersihkan ikan bawal. Letak serbuk kunyit dan garam. Lepas tu goreng. Jangan garing sangat. Nanti isi ikan jadi keras & kering je.
2. Ketepikan ikan yang dah digoreng.
3. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang holland, bawang putih, cili merah & halia sampai kuning.
4. Masukkan sos cili & sos tomato sama banyak ikut la berapa banyak kuah korang nak sepadan dengan saiz ikan bawal tu.
5. Masukkan sedikit air, garam & ajinomoto.
6. Masak sampai kuah pekat.
7. Kuah dah pekat. Tutup api & siramkan kuah ke atas ikan bawal yang dah digoreng tadi.

Nota: Ada orang yang suka letak bunga lawang & kulit kayu manis masa menumis bahan tumisan. But, i dont like. Tu pasal x letak. Ada gak orang suka letak nenas masak yang dipotong kiub. Tapi nenas x de kat umah time ni :-)

Kalau my mama plak suka letak baby corn & carrot nak bagi meriah sikit rupanye. tapi i like simple & plain one je. yang sebenarnya malas nak letak byk2 barang sebab nak makan 2 org je. Letak mcm2 nanti sudahnye x abis dijamah, dah membazir plak.

Wednesday, February 16, 2011

RENDANG CILI API SIMPLE

tetiba ujung minggu rajin plak masak untuk lunch. dalam peti sejuk ada ikan bawal & ayam. kali ni masak ayam la. dah lama x makan rendang cili api.

bahan2 nye mudah je nak dapat. tambahan plak ni resepi cincai, main masuk2 je. x sukat2. janji sedap :-)tapi untuk mudahkan sesape nak cuba, ni resepi ikut agak2 la ye


Bahan-bahan

Ayam (4 ketul)
Santan dari 1 biji kelapa
2 helai Daun kunyit (dihiris nipis)
1 batang Serai (dititik)
2 keping Asam keping

Dikisar
15 batang Cili api
1 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
2 batang Serai
1 inci Belacan
Air sedikit

Cara:
1. Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam. Masak sampai air ayam sejat & sebati dengan bahan tumisan.
3. Masukkan santan,serai yang dititik & asam keping.
4. Masukkan garam & ajinomoto (kalau suka).
5. Masak hingga santan pekat & masukkan daun kunyit yang dihiris.
6. Masak lagi dalam 5 - 10 minit. Jgn sampai kuah kering sgt.
7. Tutup api, bleh la disantap :-)

Kalau nak masukkan kerisik dan tambah daun limau purut pun boleh gak. Tapi sebab dua2 bahan pun x de kat umah, ini lah hasilnya

APA ADA PADA NAMA?

masa mula2 pregnant kan hadi dulu, aku & suami dah buat agreement. kalo anak lelaki dia yg bagi nama, kalo anak pompuan aku yg bg nama.

memandangkan masa hadi dulu, masuk 5 bulan lebih dah tau anak lelaki. jadi x la pening kepala aku nak pikirkan nama. serah bulat2 je la kat en suami. aku cuma tolong bagi ejaan yang sedap la. iyalah nak eja IKHWAN @ IKWAN @ IQWAN @ IQHWAN. So, aku bg la suggestion IKHWAN HADI. En. suami siap suruh tulis kat kertas & diangkutnya kertas sekeping tu ke jabatan pendaftaran.

untuk yang kali ni plak, dah masuk 5 bulan lebih, doktor x dapat nak tau lagi girl @ boy. kakinya asyik dikepit. hadi dulu siap tayang lagi 'burung'nye. hua hua hua...en suami dah bagi peringatan kat aku suruh pikir siap2. mana la tau tetiba kali ni rezeki kita org dapat pompuan plak. x pe la lama lagi kan. baru lima bulan, ada lebih kurang 3 bulan lebih lagi. kikiki. mana tau next appointment dah bleh tau gender. tapi org kata, kalau lelaki ni senang doktor nak confirm bila scan. cuma bila perempuan ni payah la skit sebab terlindung.

kalau ikut Islam, nama tu penting,. setiap kali kita sebut nama tu seperti kita mendoakan maksud nama tu pada anak kita. itu la sebabnya en suami masa pilih nama hadi dulu x nak nama yang panjang & susah nak sebut. bila nama panjang sangat, nanti mula la dipendekkan sebutannya. dah x sampai la maksud nama tu kan.

so, kena la guna panduan tu bila nak pikirkan nama nanti. buatnye dpt anak perempuan, letak nama payah nak sebut tambah plak berjela panjang. dah parah esok nak kahwin bakal suaminya semput x cukup nafas nak sebut nama. hihihi.

layan blues jap :-))

Antara lagu arwah sudir yg jadi favorite aku:-

Milik siapakah gadis ini
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Nilai Cintamu
Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

Terasing
Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Pelangi Petang
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

And...lagu terakhir yg arwah sempat rakamkan. huhuhu

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

TRIBUTE TO SUDIRMAN HAJI ARSHAD


x sabar rasanya nak tunggu 20/2 ni sebab History Channel ada buat biography tribute kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad sempena pemergian beliau on 22 Feb 1992. Sape yg x kenal Sudirman ni...bukan setakat penyanyi tapi penghibur tau. Bleh menang Penghibur no. 1 Asia lg. Siti Nurhaliza pun x mampu tau. hihihi..sori la ye kat fans siti :-)Face the music ok.


Itu la bezanya artis yg berpelajaran tinggi dgn yg tidak. Allahyarham Sudir ni, dia lah lawyer, pengacara, penulis, kartunis, pelakon, usahawan & mcm2 lagi. Sekarang ni ramai artis yang nak ikut langkah Sudir ni, tapi nan ado. Yang dikejar x dapat, yg dikendong berciciran. Yang ramai nye (bukan semua ye, sebilangan) yang jadi penagih, peminum, pengedar dadah, pencuri & ada gak yg jadi perogol.

Tiap kali arwah Sudir ni buat performance, memang terbaekkk punye. Aku ingat lagi tengok juara lagu 1987 masa dia nyalakan lighter nyanyi lagu Merisik Khabar. Pergghhh memang feeling habis la. Satu lagi masa dia pakai baju bendera Malaysia nyanyi lagu Tanggal 31 untuk sambutan Merdeka. lagi satu masa dia & Noorkumalasari berduet nyanyi lagu apa ntah, tp dalam klip video dia org pakai tuksedo hitam. Kalau yg sezaman dengan abah @ mama aku, mesti ingat punye konsert arwah Sudir kat Jalan Chow Kit. Dalam byk2 tempat Jalan Chow Kit yang dipilihnya. Sebab apa??? Mungkin sebab arwah tau, peminatnya dr pelbagai latar belakang. x semuanye mampu nak beli tiket konsert kan. Artis sekarang, ada ke yg nak buat konsert free kat tepi jalan. Nak dapat sponsor pun susah.

Korang tengok berapa ramai manusia tengok konsert arwah kat Chow Kit tu...


Dalam banyak kisah gembira...arwah Sudir ni pernah kata dlm hidup dia 2 perkara yg dia dia sedih. First, pemergian arwah mak dia & second bila bercerai dgn isterinya yg juga kekasih dia sejak kecil.


Masa dia sakit dulu, mcm2 cerita yg kluar. Ada org kata dia kena AIDS la, tu sebab dia meninggal. Kalau ikut perubatan, dia meninggal sebab pneumonia. Tapi aku pernah tengok satu biography arwah Sudir ni kat tv dulu. x ingat dah channel apa. Tapi dalam biography tu, kakak sudir kata keluarga dia jumpa macam2 benda kat sekeliling rumah seolah2 macam ada org yang guna sihir & dengkikan arwah Sudir. well, x mustahil kan?? org kita ni mana bleh tengok org lain senang.

apa2 pun...Al-Fatihah untuk arwah. Semoga dia tenang di sana & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. AMIN.


Ok...utk yg nak tengok tu, ni infonye ye. jangan lupa tengok k :-)

History (Astro Channel 555)
Feb 20 @ 10mlm

Ulangan
22 Feb @ 11 mlm
23 Feb @ 9mlm
1 Mac @ 7mlm
11 Mac @ 11mlm
13 Mac @ 7mlm

Monday, February 14, 2011

PERSOALAN YG SERING DITANYA


kartun ni memang betul2 represent apa yg aku alami sekarang ni :-) i'm sure mothers to be selalu ditanya soalan2 cenggini kan?

anak no berapa ni?
dah berapa bulan?
bila due?
dah scan & tau ke anak lelaki @ perempuan?


x larat nak jawab dah....kalau bleh nak gantung statement mcm dlm kartun tu. hihihi

alkisahnye...ada beberapa situasi yg aku alami:-

kisah pertama:
masa tu kat opis tgh org sibuk cuti seminggu masa raya cina

senior officer: x ambik cuti ke?
aku: x cuti. tak de nak ke mana pun.
senior officer: oh...ingat x ambik cuti sebab dah tunggu hari nak bersalin.

aku pun terkedu masa tu. apa besar sgt ke perut aku ni sampai officer tu ingat aku ni dah tunggu hari je???

kisah kedua:
masa tu kat dalam surau

kerani: puan due bila?
aku: oh, lambat lagi ujung bulan lima @ awal bulan 6.
kerani: la iya ke? tengok perut puan macam dah x lama lagi je nak bersalin.
aku: perut sy memang besar mcm ni bila pregnant

kisah ketiga:
kat demc masa last check up

cashier: dah due ke?
aku: belum lagi kak. baru 5 bulan
cashier: oh ye ke? nampak macam dah sarat sangat.
aku: (hanya mampu tersenyum)

buat mereka yg melihat keadaan aku ni...berat mata memandang, berat lagi aku yang mengandung ni tau. masuk bulan ke 5 je, kaki semua dah bengkak. buku lali pun dah hampir tenggelam. muka dah sembab, hidung plak mengembang, jerawat plak x yah cerita la kan. tumbuh melata kat muka, leher & bahu.

tapi semuanya berbaloi bila dah bersalin nanti & dapat lihat cahayamata yg kedua kami ni :-)))

APPOINTMENT @ 22 minggu, 6 hari

appointment kali ni kena bt MGTT. so, sampai je kat klinik, mcm biasa nurse suruh bt urine test dulu. pastu kena ambik darah & minum air glukos yg manis teramat sangat kat lab. abis kat lab, naik balik gi klinik untuk jumpa doktor. biasa la kat DEMC ni tiap kali jumpa, dr. akan check BP nak tengok ada darah tinggi x. pastu dr. scan baby nak dengar heart beat & ukur tempurung kepala baby untuk tengok pembesaran. at the same time dr. sibuk dok godek2 scan tu kat perut aku sebab nak tengok baby boy @ girl. buat sekian kalinya, baby kat dalam perut ni dok kepit kaki dia. so, x nampak & x dpt tau la tau baby boy @ girl. hahaha...nak buat surprise ye baby :-)))

kali ni gak, dr. siap rekod scan baby & burn kat CD. saje soh aku tengok kat umah. mentang2 la skrg ni dah canggih mesin scan tu. aku kena sambung gak makan ubat retafer tu sebab dr kata baby kecik skit. kalau ikut ukuran baby baru 21 minggu 1 hari. kalau ikut kiraan LMP, baby patut dah 22 minggu 6 hari. nak buat camne, kali ni pregnant selera x berapa tinggi. masa hadi dulu melantak sampai x ingat. nampaknye kena rajin2 kan diri balik minum susu marigold. nak minum susu tepung anmum, x bleh nak masuk tekak la.

oh ye.. lepas 2 jam minum air glukos tadi, kena gi lab balik ambik darah lagi. huhuhu...kali ni tangan kiri plak. dah lama x kena cucuk jarum ni, seriau la plak. masa hadi dulu dah lali kena inject ni. result MGTT x tau lagi. kalau ada apa2, for sure DEMC call suruh bt follow up dengan dr. Kalau x de call apa2 tu, maknanye ok la kot MGTT aku ari tu. next appointment on 12 Mac 2011 bleh tau la result MGTT.

Wednesday, February 9, 2011

TERINGINYAAAAA..

Biasa la kan...bila lalu lalang kat blog org ni esp blog yg citer psl makan2 ni memang terliur la. rasa cam nak order. tp rasa cam nak buat sendiri. yelah peralatan ada kat umah, tp guna nye bila time nak raya je.

korang terliur x tengok ni

PAVLOVA... ni gambo dr blog nanirostam. mengancam kan tengok berries kat atas cream tu. wallaaaa


CHILLED MANGO CHEESECAKE...waaaaaa sejuk je tekak tengok cheesecake ni. ni hasil tangan che mat gebu ye


WHOPPIE PIE & PEANUT BUTTER FILLING


credit marthastewart.com

al kaedahnye..kalau MGTT ari sabtu ni result dia ok, bleh la aku buat either one of the above. hopefully ok la result test tu. huhuhu